Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 7, 2017

Nama, Puji, dan 'Apa Yang Sudah Aku Buat Selama Ini?'



Salam.

Tiada komik juga kali ini.
Kalau ada yang berminat nak baca komik aku,
bolehlah ke Instagram @ceromono.
Di sana aku update komik secara berjadual.
Followlah sekali kalau berminat :)


Yang kenal aku tahu aku bukan muda lagi.
Jadi, bila aku dapat belajar perkara baru, aku sangat teruja.
Kenapa teruja?
Sebab aku baca kalau kita belajar benda baru,
kita dikira masih muda (fisiologi dan psikologi) sebab tanda-tanda seorang itu tua ialah dia tidak berminat nak belajar perkara baru.

Kalian ada contoh seorang tua seperti itu di dalam hidup kalian sendiri, kan?

Baru-baru ini aku ada belajar satu perkara baru:
Dalam masyarakat kita, kalau seseorang itu puji nama seseorang yang lain (selalunya berlainan jantina) itu tanda dia sedang cuba nak mengayat seorang lagi itu.

Ya. Aku tahu ramai yang tak setuju.
Ini bukan satu ajaran dari dalam buku atau mana-mana kitab.
Ini adalah 'unspoken law' yang akan terdetik sendiri dalam diri kita.
Masalahnya, hal ini hanya berlaku di kalangan masyarakat kita orang Malaysia.

Kalian mungkin tidak tahu nama aku,
tapi cukuplah aku sebut yang nama aku bukan nama biasa.
Jadi memang dari kecil lagi aku sangat suka dengar nama orang lain.
Dan kemudian aku akan banding nama seseorang itu dengan pemiliknya.
Jika aku rasa nama itu padan, aku akan puji.
Jika tidak, atau biasa-biasa, aku pun buat biasa je, tak laa sampai mengutuk.

Sebab dari kecil lagi aku sudah hardwired untuk memuji nama orang lain,
jadi perangai itu sudah sebati dengan aku.

Bila pergi kedai serbaneka yang memerlukan pekerjanya pakai tag nama,
aku suka baca nama mereka.
Kalau rasa terlebih mesra, aku akan berterima kasih dengan nama mereka.
"Terima kasih, Abu."
"Jumpa lagi, Siti."

Tapi kalau aku teruja lepas baca nama di tag nama mereka,
ayat yang akan keluar lain sikit.
"Terima kasih, Suraya. Oh, sedap nama tu!"
"Jumpa lagi. Shah, you should proud of your name!"

Mungkin sesetengah daripada kalian pernah dipuji namanya oleh aku.

Disebabkan aku sangat sangat tak ingat muka,
jadi pada aku nama adalah sangat penting supaya identiti kalian lekat di kepala aku.
Sebab itu sesetengah orang yang aku kenal via online,
aku akan assign nama lain, mostly codename huruf atau satu suku kata.
Aku even bagi diri sendiri codename 'C' bila bercakap tentang diri sendiri walaupun dalam nama aku tiada langsung huruf C.
I cannot give more examples, you just have to know yourself.

Berbalik kepada cerita puji nama tadi.

Satu hari aku berurusan dengan seseorang bernama Sarah.
Sarah is a very good name (for me).
Aku sangat suka nama Sarah, sampaikan kalau aku tidak kahwin dengan seorang Sarah,
aku mungkin akan berikan Sarah sebagai nama anak perempuan aku.

Setelah habis berurusan, sebagai penutup,
aku pun puji nama si Sarah tadi.

"Saya suka nama Sarah. Nama Sarah memang sesuai dengan puan."

Sarah tadi terdiam.
Mulut dia terbuka tutup macam nak bercakap sesuatu tapi tak keluar.
Aku pun tanya kenapa, dia jawab,
"Awak tahu saya sudah kahwin, kan?"

Aku pula terkedu.
Alamak. Aku sudah disalah anggap mengorat isteri orang.

Mungkin si Sarah ni nampak aku menggelabah walaupun beriya aku cover,
jadi dia pun sambung cakap,
"Awak memang selalu suka puji nama orang ke?"

Aku angguk. Aku terangkan segalanya.
Aku juga terangkan tiada niat lain selain hanya memuji nama dia.
Dia faham, tapi dia nasihatkan aku. Kata dia,
"Orang boleh salah faham kalau awak selalu puji orang.
Terutamanya kalau awak lelaki puji perempuan.
Walaupun sekadar memuji perkara kecil seperti nama, perempuan ni sensitif dan senang berfikiran melencong."

(Ayat di atas ayat dia selaku perempuan, bukan ayat aku ya, harap para perempuan yang baca tak kecam aku.)

Urusan kami pun berakhir di situ,
berakhir dengan aku disekolahkan Sarah sebab puji nama sesuka hati.

Tapi aku tidak puas hati macam itu sahaja.
Inginkan kepastian, aku tanya beberapa orang kawan aku yang lain,
lebih tepat lagi 4 lelaki dan 4 perempuan.

Hasilnya, dua orang lelaki kata puji nama itu perkara biasa,
tapi dua lagi kata kalau salah puji nanti orang anggap lain.
Dan mengejutkan, kesemua 4 perempuan yang aku tanya bersetuju dengan Puan Sarah tadi.

Selepas itu aku terduduk terfikir apa yang sudah aku buat selama ini.
Agaknya berapa ramai dah anggap aku mengorat mereka bila aku puji nama mereka.
Cashier kedai 7-11 yang selalu aku singgah tu.
Receptionist dekat pejabat yang selalu aku singgah tu.
Anak perempuan makcik jual apam balik selekoh simpang empat tu.
That one (or two, maybe three, four) person(s) yang aku puji namanya dalam chat.
Adakah mereka semua salah anggap pujian aku?

Kalian kena tahu.
Bila aku memuji, aku betul-betul memuji, tak ada niat lain.
Orang dengan muka macam aku ni tak layak mengorat,
sebab tahu hasilnya akan kena reject 100%.



Jadi, apa pendapat kalian?
Adakah memuji nama seseorang boleh dianggap sebagai flirting?
Dalam konteks macam mana baru seseorang itu akan salah faham dengan pujian aku?
Sekarang, macam mana aku nak buang perangai suka puji nama orang yang sudah sebati lama dalam diri aku sejak kecil ni?





.


30 comments:

  1. I never thought of that way before. maybe because no one have flirted with me lol

    are you smiling when you complimenting the girl's name? If yes, I can see how people could perceive it as flirting

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Rasya

      No one have flirted with you YET. The time will come, maybe? Hehehe

      Of course I was smiling. Natural kot smiling masa memuji hehehe. Tak sangka pula perangai macam ni senang nak disalah anggap hehehe

      Delete
  2. Saya pun rsa lain mcm kalau lelaki ckp macmtu. walaupun memang dia nak puji betul betul.Kalau ckp pada budak perempuan takpe lagi sbb mereka tak paham sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      I just assume you're a girl, right?
      Saya pun selama ni tak sangka yang perbuatan memuji tu boleh disalah anggap.
      Lepas ni kena berhati-hati laa nampak gayanya hehehe

      Delete
  3. c, siapa perempuan yg kau lukis tu. artis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Hmmm... Aku mengikut lukisan tu based on someone, tapi that someone bukan artis, just someone I fond of. Hehehe

      Delete
  4. urm....hurm...rumit jugak ya..sebab tak pernah lagi dengar or jumpa or alami situasi seseorang yang suka memuji nama orang ni...

    tapi setuju gak dengan akak tu..bahaya gak kalau puji random walau niat suci..

    macam mana nak buang tu, bagi aku cukuplah ko sorang je yang rasa nama dia cantik or sedap melainkan dia bukan stranger. mesti susahkan? sebab terbiasa...

    p/s:Sebab aku pun tak pernah suka nama aku sendiri. hahahahha sebab tu aku selalu suka nama orang lain! >_< kalau tukar nama tu senang, dah lama aku tukar...sungguh tak bersyukur hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Tu laa. Lepas ni kena simpan sorang2 je kalau ada dengar nama yang sedap. Hahaha.

      Hey, I'm sure nama kau pun nama yang sedap. Sayangilah nama sendiri, sebab mungkin itu sahajalah perkara yang kita punya secara mutlak dalam dunia ni. Ecewah :)

      Delete
  5. nama aku razfira.. tolong puji nama aku.. hhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      First time aku dengar nama Razfira. Sedap! Ikhlas, tak perlu suruh puji pun hehehe

      Delete
  6. aku selalu dapat pelik nama ko ni.. so bila ade orang ckp nama aku sedap.. aku mmg suka la! tp xde la sampai rasa org tu flirt dgn aku.. biasa2 ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      Hehehe baguslah kalau rasa macam tu. Jangan cepat salah sangka. Mana tau yang puji tu memang betul-betul nak puji tanpa ada niat lain hehehe

      Delete
  7. sebenarnya aku rasa biasa juga sebab aku suka tengok nama juga tapi kalau nama aku dipuji dengan orang yang aku suka, MAIGADDDDD

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Nama kau memang sedap, weyh!
      Dari awal kenal kau lagi aku dah suka nama kau hehehe

      Delete
  8. major rule : different people will react differently. according to the vibes that they perceived.
    some might take it as compliment, but some could interpret it as 'seduction'. and the 'vibes' will become greater if the one complimenting them is the one they had feeling for.

    well, that's only my two cents..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Haryz Khairuddin

      Yes! Couldn't agree more.
      I never thought that my intention of complementing will be seen as a form of seduction. Never in my mind I'll seduce people with compliments. Hahahah. Need to be very thoughtful next time.

      Delete
  9. pernah ada orang puji dan usik nama. tapi takpernah pulak rasa orang tu flirting ka apa sebab kekadang BV sendiri suka puji nama orang jugak. LOL

    n maybe, lain orang lain cara dia interpret pujian tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Rasanya begitulah.
      Tapi lain orang lain interpretasinya. Takut pula niat kita nak memuji, tapi jadi lain pula pada penerimaan orang lain. Hehehe

      BTW, apa nama BV ye?
      Hehehe

      Delete
  10. Aku pun pernah puji nama orang sedap tanpa sebarang niat lain. aku rasa benda tu spontaneous and tulus dari hati.

    ada jugak orang pernah cakap 'i like ur name' aku just senyum sebab aku pun suka nama aku hahahha poyo. kbye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Hahaha.
      Nadia always a nice name for me regardless siapa pun yang pegang nama tu. Hehehe.

      Tapi itulah. Niat kita sekadar nak puji, tapi senang disalah anggap. Hahaha

      Delete
  11. if you're trying to flirt. thats a good one. but if youre not. just keep it to yourself.haha.
    cmne nak buang? ubah perspective kot. or take it as it is- ur opinion is not that important. so mind dont share everything because you think you need to.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Hahaha. Sebab dari kecil lagi suka puji orang, jadi bila nak keep to myself ni macam sangat susah hahaha.

      Kekadang terkeluar dari mulut secara spontaneous. Maybe lepas ni kena control lebih sikit hahahaha

      Delete
  12. Depends, selalunya aku tengok riak muka dia dulu. Flirting dengan ikhlas memuji riak wajah dia lain-lain. Entahlah, itu cuma cara aku la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Hahaha.
      Muka aku muka miang kot, sebab tu walaupun niat ikhlas tapi asyik disalah anggap. Hahahha

      Delete
  13. Aku rasa, kalau ikhlas memuji tak perlu nak sembunyi2 tapi kena tengok reaksi orang yang dipuji. Macam puan tu, kalau lama sangat reaksi dia siap tutup buka mulut tu, kena explain cepat2 sebelum disalah anggap. Bagi aku, kalau perempuan ni tak kesah orang puji nama dia, reaksi dia pun nampak selamba je atau paling tak pun senyum sikit. Kalau reaksi dia sampai tergamam atau berkerut muka atau kening terangkat atau sewaktu dengannya, tu memang nak kena explain cepat2. Senang cite, kena alert body language orang perempuan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Betul juga tu. Salah aku juga tak cover cepat-cepat hahaha.
      Aku sebenarnya pelik bila dia buat reaksi macam tu. Tapi tak sangka pula dia salah anggap. Hahaha

      Mungkin lepas ni kena lebih berhati-hati. Hehe

      Delete
  14. Aku perempuan and aku rasa sekadar puji nama orang tu benda biasa je, kira bukan dalam bahasa mengorat. Memuji lain, mengorat tu lain, Kalau setakat cakap nama someone tu sedap depan dia rasanya takde ape kut melainkan kalau kau cakap 'Hai muka you flawless lepas tu ade dimple pulak tu, ni kalau I buat u jadi menantu mak I confirm dia suka' Tu cuma pendapat aku la sebab aku ni jenis bukan suka kena puji 🙄

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Erni Hasmiza

      Hahaha. Nasib baik laa selama ni aku tidaklah segatal tu nak puji pun. Selalunya aku puji direct je tak laa sampai berlebih-lebihan hehehe

      Eh? Kenapa tak suka kena puji? Bukan semua orang suka ke???

      Delete
  15. Perempuan yang kata orang memuji nama tu adalah nak mengorat, mesti dia jarang kena puji. Ada apa je dengan puji nama? Takkan nak perasan dah kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Hahaha. Mungkin ada betulnya cakap Amna ni. Sekadar puji nama, nak bawa mengorat jauh mana sangat, kan? Hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License