Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 21, 2017

Jawab Tapi Tidak Menjawab.



Salam.

Entri ini dijadualkan untuk diterbitkan pada 21 Jun 2017 jam 9 pagi.
Tarikh itu adalah rabu terakhir bulan Ramadan 1438h
jadi itu adalah tarikh terakhir untuk aku post komik puasa
sebab rabu minggu depan sudah Syawal :)


Ini adalah komik yang aku share di IG @ceromono
Maaf kalau ada yang sudah baca di sana dan rasa macam berulang.
Dijemput follow aku di @ceromono dan juga @cerolian.
Kalau rasa nak aku follow back, just DM je bagitau kalian pembaca blog aku.
Aku cuma follow orang yang aku nak follow, tapi kalau pembaca blog, aku akan follow tanpa bertanya panjang :)

Begitulah betapa aku sayangnya blog ini dan kalian semua :)





Untuk komik bertajuk BATAL! di atas,
sahaja aku tinggalkan caption di Instagram bertanyakan soalan.
"Adakah korek hidung batal puasa?"
Aku tahu jawapannya, tapi aku nak lihat apa jawapan orang lain.
Soalan ini, aku nampak, akan keluar tiap-tiap tahun bila bulan puasa.
Tapi tidak semua sepakat tentang jawapannya.

Pernah aku bertanya satu kenalan ini, seorang ustaz, soalan yang sama,
jawapan dia,
"Kenapa diberatkan perkara remeh seperti korek hidung sedangkan banyak lagi perkara lain perlu diberatkan?"

Walaupun kedengaran sangat tepat dan professional,
tapi jawapan sebeginilah yang paling aku tidak suka.
Pertama,
dia TIDAK menjawab soalan.
Seolah-olah soalan matematik tanya 1+1 sama dengan berapa
tapi kita jawapan 'kenapa tanya soalan mudah, tanyalah soalan fungsi kuadaratik dalam graf bentuk parabola'

Aku tidak pasti sama ada 'skil' ini diajar di mana-mana,
tapi kebanyakan ustaz dan penceramah motivasi dan orang-orang yang bekerja dengan bercakap ni ada kemahiran begini, kemahiran yang aku panggil 'jawab tapi tidak menjawab'.

Pada aku,
perkara seremeh korek hidunglah perlu dikukuhkan fahaman supaya perkara yang lebih besar boleh difahami mudah.
Kalau 1+1 pun tak boleh jawab, rasanya boleh ke nak jawab soalan fungsi kuadratik dalam graf parabola?

Jawapan yang aku ada untuk soalan 'korek hidung batal ke tidak' ialah
kalau memasukkan sesuatu ke dalam hidung menyebabkan kita kenyang, maka BATAL.
Kalau masuk jari korek tahi hidung dan kemudian jari keluar dan tak kenyang, maka TIDAK BATAL.
Kalau masuk paip plastik kecil dan salurkan air susu melalui hidung, maka BATAL.
Jawapan ini apa yang aku dapat dari ustaz yang betul-betul nak menjawab.

Jawapan di Instagram yang aku dapat banyak bercerita tentang rongga dan anatomi.
Kecuali ada ditegaskan secara definisi dan disepakatkan semua orang bahawa takat mana adalah 'rongga' dan takat mana yang bukan rongga, maka pada aku tak apa kalau nak bercerita tentang rongga.
Kalau si fulan ni kata rongga itu takat tulang soket hidung tengkorak,
ada si fulan ni kata kemasukan satu inci ke dalam,
ada si fulan ni pula kata sampai rasa isi dalam hidung,
itu semua tidak menjawab soalan.

Satu lagi jenis jawapan yang aku minat ialah
jawab dengan jenaka.
"Korek hidung batal kalau sambil korek sambil makan kuaci."
Jujur, bagitahu aku,
rasanya jawapan di atas menjawab ke tidak?

Sesetengah orang sangat minat dengan ustaz jenis seperti ini
tapi pada aku (secara peribadi, bukan wakil kepada mana-mana kumpulan) jawapan seperti itu akan buatkan orang lagi tertanya-tanya.
Bagus kalau lepas berjenaka, ustaz tadi terus ke jawapan sebenar
tapi kebanyakan ustaz dan penceramah lagi suka skip ke persoalan seterusnya tanpa menerangkan secara terperinci tentang 'jenaka' dia tadi.

Sekali lagi aku ulang, ini pendapat peribadi.
Kalian berhak untuk tidak setuju dengan aku.

Aku tidaklah tinggi ilmu agama.
Tapi sebab tidak tinggilah, aku amat mahukan jawapan yang jitu daripada mereka-mereka yang tinggi ilmu.
Memperlekehkan soalan orang lain,
atau menjawab soalan dengan jenaka tak bertempat,
atau tidak menjawab langsung kerana berasakan itu soalan 'remeh'
sangatlah tidak membantu orang yang rendah ilmu agama seperti aku untuk belajar.

Bayangkan daripada kecil aku dimomokkan dengan fakta 'korek hidung batal puasa' tapi tetiba bila dah tua bangka ni baru dengar yang korek hidung tidak batal, agaknya macam mana penerimaan aku?

Contohnya,
kita dari kecil tahu pelangi ada 7 warna.
Siap ada mnemonik lagi nak ingat susunan warna,
'Mat Jenin ke hulu beli ikan udang'
bila kelas pendidikan seni, cikgu siap marah lagi kenapa pelangi tak cukup 7 warna,
tapi bila besar purba ni
kita dapat tahu pelangi BUKAN 7 warna
bolehkan kita terima fakta itu bulat-bulat?

YA.
PELANGI BUKAN 7 WARNA.
Siapa nak argue dengan aku silakan. Hehe.

=========================


Next post sudah masuk Syawal,
jadi dengan ini aku nak ambil kesempatan untuk memohon maaf kepada kalian semua yang masih sudi baca blog ini.
Maaf kalau ada yang hantar kad raya tahun lepas aku tak balas.
Aku sangat nak balas tapi aku sibuk ya amat tahun ni.
Nanti aku bagi kad lain, boleh?
Kad kahwin maybe? #eh

Maafkan segala salah silap aku selama kita kenal di sini.
Aku tidak mahu kosong-kosong.
Aku nak kita berkomunikasi dua hala, korang maafkan aku, aku maafkan korang.
Aku juga mahu minta maaf kepada sesiapa yang sudah aku lukakan hatinya.
Ada yang dari kawan sudah anggap aku stranger sekarang, juga aku minta maaf.
Kalian datang blog aku tapi aku tak balas kunjungan, juga aku minta maaf.

Kalau kalian ada terasa buat salah dekat aku, bagitahu aku.
Contact aku dalam pelbagai media yang aku ada. Kita berkomunikasi.
InsyaAllah, kalau segalanya baik, segalanya akan kembali jernih.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN SALAH SILAP KHILAF PERBUATAN.




.


6 comments:

  1. "...tapi kalau pembaca blog, aku akan follow tanpa bertanya panjang :)

    Begitulah betapa aku sayangnya blog ini dan kalian semua :)"


    Awww sweeeeett~
    Cerita ke-3 tu memang selalu jadi. Dok ajak-ajak pastu hampehhh.
    Aku pun suka kalau ustaz jawab terus terang, tapi aku pon suka jugak kalau ustaz jawab sambil berjenaka (sekiranya tak mengelirukan lah).

    Tapi tu lah, ramai gak yang berbakat dalam memberikan jawapan yang tidak menjawab persoalan. HAHHA. Kalau aku, aku prefer straight to the point.

    Yang part korek hidung tu, aku pernah dengar ustaz cakap, korek hidung tu tak batal puasa as long tak rasa puas. HAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Kau ada instagram tak?
      Kalau ada aku follow :)

      Hahaha. Cerita ke-3 tu memang tak terhad dekat plan berbuka sama je. Hampir semua plan lain pun akan krik krik jugak kekadang tu hahahaha.

      Perkataan 'puas' tu terlalu subjektif, dan akan leads to another questions, jadi macam sedikit tidak menjawab. Nak mudah, tak payah korek hidung sepanjang puasa :)

      Delete
  2. selamat hari raya cero..semoga dapat jawab soalan 'bila nak kahwin' dengan yakin seperti menjawab soalan 1+1

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Hehehe. Terima kasih :)
      Selamat hari raya juga :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License