Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 12, 2017

Separuh Penuh atau Separuh Kosong?


Salam.




Jadi,
adakah gelas berisi air separuh penuh atau separuh kosong?

Dalam kita merancang masa hadapan, adakah kita jenis yang berharap perkara akan berlangsung dengan lancar ataupun kita jenis yang akan mempertimbangkan situasi paling buruk yang boleh berlaku?

Contoh,
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Shah Alam biasanya mengambil masa 30 minit.
Maka, jika perlu merancang perjalanan, adakah kita akan mengambil masa 30 minit itu sebagai tempoh perjalanan, ataupun kita masukkan faktor lain yang bakal menyumbang kepada kelewatan seperti kemalangan, kesesakan, dan kesesatan?

Jangan terkejut, memang wujud manusia yang ambil mudah semua perkara.
30 minit tempoh jangkaan, maka 30 minitlah tempoh perjalanan.

Tak kurang juga mereka yang mengambil kira segala perkara.
30 minit hanya tempoh perjalanan. Belum kira tempoh nak singgah isi minyak. Apa jadi kalau sesak? Apa jadi kalau sesat?

Jujurnya, aku jenis manusia yang kedua.
Kalian mesti fikir itu adalah perkara baik untuk sentiasa bersedia,
tapi biar aku beritahu bahawa ia tidaklah sentiasa baik.
Memasukkan terlalu banyak input dalam perancangan menyebabkan kita mudah tertekan.

Bahagian otak depan yang dipanggil 'arterior cingulate cortex', bahagian rostral-nya,
adalah bahagian yang bertanggungjawab menentukan sama ada perancangan kita akan menjadi 'baik', atau dipenuhi 'tekanan'. Pendek kata, itu adalah bahagian yang menjadikan kita seorang optimis (30 minit tempoh jangkaan = 30 minit tempoh perjalanan) ataupun pesimis (30 minit mana cukup untuk perjalanan).

Ya.
Optimis atau pesimisnya kita ditentukan oleh otak kita sendiri.

TAPI.
Optimis dan pesimis bukannya satu trait tetap.
They are not hardwired.

Pelbagai teknik boleh dilakukan untuk menukarkan sikap pesimis kepada optimis,
atau sebaliknya.

Ini adalah entri di mana aku mahu menasihatkan diri aku sendiri dan orang yang membaca.
It's okay to be optimist.
Seeing the bright side on every things.

We can dwell on the mistakes of the past,
pick a scabs of every wounds.
Analisa setiap perkara yang sudah berlaku dan cari di mana silapnya.
Tuding jari kepada yang salah dan sentiasa ingatkan kesalahan mereka.

...ataupun...

We can make a fresh start,
buka buku baru,
bersyukur dengan apa yang ada,
meraikan hubungan yang masih wujud sama ada keluarga, persahabatan mahupun hubungan sesama manusia atas muka bumi.

Aku baru sedar aku adalah manusia yang sangat pesimis.
Aku terlalu banyak berfikir, dan terlalu banyak mengkaji masa silam
sampaikan aku lupa masa silam tidak boleh diubah.
Apa yang penting adalah masa kini supaya masa depan menjadi lebih baik.

Aku boleh menjadi optimis.
Walaupun secara ilmiahnya aku tahu menjadi optimis menjadikan aku lebih 'kaya' dalam kehidupan, tapi aku sering gagal melihat air yang memenuhi separuh gelas.

Tolong!
Beritahu aku bagaimana mahu menjadi optimis.




.


6 comments:

  1. being pessimist is not really bad.it makes u have a back up plan or coping any coming problem better as u have figure out it earlier.. i chose to be both.. being pessimist if it is not occur yet and being optimist for the past..

    'banyak mengkaji masa silam'. x salah cero ko buat bnda nie.. ko nak belajar, ko x nak ulang lagi.. tapi know ur limit.. n dont live in the past.. ko kena set kan bila masa silam datang dlm pikiran ko, ko kena pkir pngajaran yg ko dah dpt drpda situ.. kawal fikiran ko drpad pikir 'argh why i did this, why i dont do that, why i being like that'.. masa silam menerjah minda mmg kita x boleh kawal, tp kita boleyh kawal how to manage it,how to get a positive lesson from it..

    i used konsep percaya pada qada dan qadar.. percaya pada setiap benda ada hikmah.. percaya pada mungkin Allah nak aku belajar sesuatu yang aku pun x tahu apa, tapi mungkin berguna pada masa depan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      This is one good advice. It took me few months just to reply, but believe me, I read this lama dah.

      Secara konsepnya aku sedar terlalu fikirkan masa lalu adalah sedikit membebankan jiwa, tapi entahlah...rasanya that's how I live. Tapi aku akan make sure benda tu tak consume aku bit by bit.

      Thank you 👍👍👍

      Delete
  2. aku orang jenis yang pertama. bab merancang perjalanan tu aku berani buat macam tu sebab aku duduk kat Perak kot and aku tahu keadaan perjalanan tu, susah nak jem.

    tapi bab lain pun aku memang optimis sampai kekadang aku terpaksa ajar diri aku utk jadi pessimist atas faktor keselamatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Aku pernah try nak cuba jadi yang first, tapi macam tak boleh lebih-lebih lagi aku ni cepat sesat walaupun ulang alik jalan sama beribu kali dah hahahaha

      Hahaha.
      Dari blog kau aku dah tahu kau ni jenis yang optimis dan cepat bersangka baik. Bahaya Nad. Tapi kau yakin kau dilindungi-Nya, jadi takpe. Keep on being the best version of yourself 👍👍👍

      Delete
  3. berat gak entri ni.. aku rasa aku yg kedau tu. Nak buat apa2 aku mesti pikir byk kali,macam2, benda yg paling buruk boleh jadi. SO last2 tak jadi buat apa haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Hahaha. Geng laa kita.
      Kekadang aku pun over-thinking juga sampai apa pun tak jalan. Kena ajar diri agak chill lebih kot lepas ni heheheh

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License