Salam.
Hari ini ada komik.
Yahuuuu.
Sebenarnya lama sudah aku perasan,
tapi sebab ini perkara remeh dan kecil
jadi aku tak pernah perbesarkan.
Perasan tak,
lelaki, kalau berambut panjang dan nak ikat rambut,
hanya ikat satu sahaja yang diterima masyarakat.
Kalau tiba-tiba ada lelaki yang rambut ikat dua,
maka akan dipandang serong masyarakat.
Betul, kan?
Manusia seantero dunia menerima lelaki yang rambutnya ikat satu.
Rambut ikat satu lebih dikenali sebagai 'ponytail' atau dalam bahasa Mak aku ialah 'ekor kuda'.
Ekor kuda ni sudah biasa kita lihat lelaki gayakan.
Contoh mudah seperti Johnny Depp, Salt Bae dan OC Ankel Jonni yang dulu.
Aku pun selalu buat rambut ikat satu.
Rambut ikat dua pula lain ceritanya,
juga dikenali sebagai bunches/twintails/pigtails lebih sinonim dengan perempuan sahaja.
Amatlah tidak normal untuk melihat lelaki menggayakan rambut sebegini.
Itulah yang menjadi persoalan aku.
Kalau lelaki dengan rambut ikat satu diterima semua,
kenapa lelaki dengan rambut ikat dua tidak diterima sama macam rambut ikat satu?
Maksud aku, berapa banyak ikat rambut tidak melambangkan apa-apa simbolik dan pemahaman, sekadar menambah jumlah ikatan rambut, tapi kenapa hanya satu jantina sahaja diterima menggayakannya?
Untuk mengukuhkan fakta,
satu hari aku sengaja buat rambut ikat dua (seperti dalam komik)
dan keluar rumah main Pokemon GO.
Seperti yang semua orang jangka,
mata-mata yang melihat sama ada pelik,
gelak sorok-sorok ataupun buat muka geli dan menyampah.
Secara teknikal,
aku hanya bahagikan rambut aku kepada dua dan ikat di kiri dan kanan kepala.
Tiada apa yang berubah melainkan ikatan rambut.
Aku masih lelaki.
Kalau aku bercakap, masih bersuara lelaki.
Kalau aku menumbuk, sakitnya masih sama dengan sakit aku tumbuk ketika rambut aku diikat satu.
Tiada apa yang berubah.
Tapi kenapa aku mendapat dua reaksi yang berbeza?
Aku rasa tiada jawapan jitu untuk persoalan aku ini.
Tapi apa yang boleh aku kaitkan ialah MENTALITI.
Mentaliti masyarakat zaman sekarang berpendapat lelaki tidak seharusnya menggayakan rambut ikat dua untuk apa sahaja keadaan.
Mereka yang tidak mengikut mentaliti ini akan dilabel 'pelik' dan 'tidak normal'.
Tapi,
mentaliti boleh diubah (walaupun bukan semalaman).
Masih ingat pada satu saat dulu,
buat sanggul rambut di atas kepala hanya perempuan?
Kini, 'man bun' (sanggul lelaki) diterima sebagai satu bentuk gaya rambut lelaki.
Malah man bun menjadi kegilaan ramai perempuan,
apatah lagi bila digandingkan dengan jambang yang lebat di dagu.
Begitulah mentaliti masyarakat yang berubah,
menerima sesuatu yang pada satu masa dulu satu taboo menjadi satu perkara normal.
Banyak lagi contoh konsep mentaliti yang boleh diubah.
Dahulu hanya lelaki yang layak mengundi,
sekarang sesiapa sahaja layak tidak kira apa dalam kain.
Dahulu hanya lelaki sahaja menunggang motosikal berkuasa besar,
sekarang selagi tak buka helmet tayang muka, memang susah nak beza jantina.
Bukan aku nak suruh masyarakat ubah mentaliti menerima lelaki dengan rambut ikat dua.
Aku sendiri pun bukannya boleh terima sangat lelaki dengan rambut ikat dua ni.
Kalau lepas ikat dua tu muka makin kacak, tak apalah juga.
Ini muka pun dah macam kaki pecah rumah, sekali ikat dua terus rasa nak rejam dengan selipar.
Apa yang aku nak sampaikan ialah
mentaliti diubah secara berperingkat dan memakan masa.
Jika kita mahu mengubah sesuatu,
jadikan amalan yang 'kurang normal' itu sebagai satu amalan dahulu.
Lama kelamaan ia akan diterima sebagai satu norma.
Contohnya,
beratur ketika naik LRT.
Simpan dahulu sampah selagi tidak jumpa tong sampah.
Ucap terima kasih kepada sesiapa sahaja yang berbuat baik kepada kita.
Senyum kepada semua orang tanpa prejudis.
Kurangkan melihat keburukan orang sebaliknya raikan kebaikan orang.
Berfikir dahulu sebelum rasa nak kritik orang lain di media sosial.
Semua yang aku senaraikan di atas walaupun sebenarnya sangat basic,
tapi kebanyakannya bukanlah satu amalan. Bukan norma.
Percayalah,
dengan mengubah benda basic dan asas sebegini dan dijadikan amalan
maka benda besar dan kompleks yang lain akan turut berubah ke arah yang lebih baik.
Kita tinggal di dalam negara membangun yang menuju ke arah maju.
Takkan mentaliti kita pula nak ketinggalan masih seperti di zaman dahulu?
Nota kaki:
Pada Sukan SEA 2017 yang lepas,
aku ada timbulkan satu persoalan.
Kenapa sukan seperti bolasepak, ragbi dan hoki ada kategori lelaki dan perempuannya
tapi sukan bola jaring hanya untuk perempuan sahaja dipertandingkan?
*emoji gosok dagu memikir*
.
Well, when it comes to the matter of human mentality, it's quite hard to be predict, especially when it comes to the matter of sexist.. Maybe sebab kita dah dibiasakan dengan norms yg lelaki seharusnya sebegini and perempuan seharusnya sebegitu.. Maybe..
ReplyDelete>Flavnesz
DeleteYup. Agreed. More to a cultural thing. Dia jadi satu budaya sebab memang dari dahulu sudah diamalkan cara pemikiran macam itu. Tiada salah benar, cuma kadang-kadang kita terlalu menilai sesuatu hanya dari pemahaman kita, bukan pemahaman orang lain. Kan?
mentaliti buang sampah rata-rata tu. Susahnya masyarakat kita nak ubah. Kempen sayangi alam, banyak dah.
ReplyDelete>Amna
DeleteBetul.
Jadi macam satu tabiat pula suka buang sampah merata. Asalkan tak susahkan diri, tak kisah kalau perbuatan itu susahkan orang lain :)
the crowd tend to follow the norm.
ReplyDeleteikat satu menunjukkan ciri2 kekemasan manakala ikat dua @ lebih menunjukkan ciri2 kecomelan. lelaki dengan comel ibarat minyak dengan air.
mentaliti manusia memang sukar diubah. sedangkan dalam bab akidah & ibadahpun manusia sukar menerima hakikat sebenar, apatah lagi dalam isu2 sahsiah & jati diri.
>Haryz Khairuddin
DeleteSetuju. Sebab kita manusia bermasyarakat ada satu garis etika tidak bersebut yang kena kita ikut. Sesiapa yang langgar garis etika tersebut, maka akan dilihat sebagai sesuatu yang pelik dan lari dari norma sepatutnya. Sedangkan garis norma itu kita manusia sendiri yang letak.