Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 6, 2017

Tentang Demam (Aku).



Salam.

Topik kita pada hari ini ialah DEMAM.


Demam suatu masa lalu pernah menjadi kebanggaan aku.
Bukan aku berbangga aku demam, tapi aku sangat jarang diserang demam.
Tapi bila sekali aku demam, aku demam teruk.
Terlantar atas katil, lenguh satu badan, muntah sana sini.
Namun episod teruk selalunya hanya sehari,
pada hari kedua aku sudah masuk fasa sembuh.

Namun itu dulu.
Ketika entri ini ditaip, aku sudah masuk hari keenam demam.
Masih lembik satu badan.
Aku sambut Hari Merdeka Malaysia ke-60 dalam keadaan demam.
Aku sambut Hari Raya Aidiladha juga dalam keadaan demam.
Dan selang seminggu lebih sebelum aku diserang demam ini,
aku sudahpun demam 4 hari.

Mana pergi entah ajaib jarang demam yang dulu.
Mungkin sebab selalu sangat canang, jadi ajaib makin hilang.
Atau mungkin juga faktor usia, almaklumlah, aku bukannya makin muda.
Atau mungkin juga tulah akibat sakitkan hati siapa-siapa.
Atau Allah SWT tarik nikmat kerana aku kurang bersyukur.
Habis hilang segala kelebihan yang ada pada diri.

Orang keliling aku kata demam sekarang dengan demam 2 minggu lepas adalah demam yang sama.
Tapi aku menafikan sebab di antara demam itu aku sihat walafiat.
Aku siap boleh buat kerja luar jauh lagi tanpa masalah.
Lagipun, kalau demam itu demam yang sama,
maka aku sudah demam hampir 20 hari tanpa sembuh.
Kurang boleh diterima akal di situ.

Jadi aku sendiri buat kesimpulan yang dua demam itu adalah demam yang berbeza.


KENAPA TAK PERGI KLINIK?

Soalan cepu emas yang selalu aku dapat bila cakap diri demam ialah
"Pergi klinik tak?"
Well, how to say this in a proper way...
Bila engkau seorang diri, dan kau demam terlantar tak sedar diri,
pergi klinik bukan satu perkara mudah, tahu tak?
Lagipun aku ada perangai tak suka susahkan orang nak papah, usung, pegang sana sini.
Memang aku tak suka susahkan orang sebegitu
walaupun di mata orang lain akan nampak aku macam egois tak nak nampak lemah.

Di saat sebeginilah aku kepingin teman sehidup semati #ewah
Entahlah... Jauh sangat jodoh ni, apakan daya.

Tapi setiap demam (pada aku) adalah pengalaman baru.
Benda yang aku nak kongsi di bawah mungkin kedengaran tak masuk akal.
Kalian boleh kata aku reka cerita, menipu atau tokok tambah,
tapi ini memang sebenar-benarnya yang berlaku pada diri aku.


CERITA TAK MASUK AKAL.

Setiap demam pada aku adalah pengalaman baru.
Setiap demam akan beri sensasi yang berbeza.
Bermacam-macam jenis sensasi pernah aku dapat,
namun ada beberapa yang kuat melekat dalam benak otak aku sebab pengalamannya yang berbeza sangat.

Dulu pernah sekali semasa aku demam,
aku dapat sensasi yang badan aku mengecil dan membesar sesuka hati.
Juga pernah sekali dulu aku demam,
aku dapat sensasi badan aku kurus dan gemuk silih berganti.
Juga pernah sekali dulu aku demam,
aku dapat rasa organ dalaman aku bergerak ke kiri ke kanan semasa sedang terbaring atas katil.
Aku tak pernah kongsi pengalaman ini secara peribadi dengan sesiapa pun sebab aku sendiri tahu itu semua tak masuk akal.

Aku orang sains.
Penjelasan saintifik paling dekat aku boleh kata adalah semua itu sejenis bentuk halusinasi.
Bila badan lemah, sistem organ (dan otak terutamanya) menjadi kacau bilau.
Jadi otak terpaksa terjemah setiap maklumat kacau bilau itu sebagai data yang masuk akal, maka wujudlah sesuatu sensasi yang tak sepatutnya wujud, dicetuskan hanya di dalam otak sendiri.

Penjelasan selain daripada itu aku kurang pasti.

Namun,
dua demam terakhir yang aku lalui (yang hanya berjarak seminggu) ini
lain daripada sensasi yang aku sebutkan di atas.
Sensasi-sensasi di atas berlaku semasa aku sedang terlantar atas katil.
Dua demam terakhir ini, berbeza.

Demam sebelum ini,
sensasi yang datang adalah rabun aku tiba-tiba hilang.
Sepanjang aku demam, aku tak perlu pakai cermin mata langsung
dan masih boleh membaca mana-mana perkataan yang ada tidak kira jaraknya.
Aku menjadi tidak rabun lagi.

(Kalau di sini ada sesiapa terkejut dan baru tahu, YA, aku pemakai cermin mata walaupun bukan sepanjang masa)

Namun,
'keajaiban' rabun yang hilang itu pun hilang sendiri bila demam aku sudah kebah.
Sebab itu aku tahu dua demam itu demam yang berbeza,
sebab kalau demam yang sama, aku masih menjadi tidak rabun sekarang ini.

Ok.
Untuk demam yang sekarang ini sedang melanda pula,
sensasinya juga berbeza.
Bila aku dengar lagu di radio,
aku mampu asingkan muzik dan lirik lagu tersebut seperti satu suis flip.
Maksud aku asingkan muzik dan lirik lagu itu ialah
bila aku dengar lagu dan aku fokuskan pada muziknya,
lirik nyanyian lagu itu akan hilang menjadikan lagu itu seperti minus one.
Dan bila masa yang aku mahu,
aku boleh terbaliknya, hilangkan muzik dan hanya lirik nyanyian sahaja didengari.
Kedengaran seperti seorang sedang baca puisi secara tidak normal.

See.
Sebab itu aku kata tak masuk akal.
Kalau lapan orang yang baca entri ini, mesti kelapan-lapan orang itu tidak percaya.
Mesti ada yang tuduh aku reka cerita.
Mesti ada yang kata aku tokok tambah fakta.
Mesti ada yang cakap aku sudah tak ada idea.

Dude. I don't believe myself, either.

Tapi aku orang yang sentiasa mahukan penjelasan.
Hipotesis paling masuk akal boleh aku fikirkan tentang dua fenomena ini ialah:

1) Pada demam pertama itu, kerabunan mata aku boleh hilang mungkin kerana peningkatan tekanan di salur darah sekitar mata yang membuatkan mata berubah bentuk (buat sementara) dan menghilangkan rabun. Rabun kan disebabkan oleh bola mata yang berubah bentuk normal dan membuatkan titik temu objek jatuh di kawasan yang salah. Jadi bila bola mata aku berubah sekali lagi disebabkan tekanan dari salur darah sekitarnya (yang disebabkan oleh demam), maka tidak mustahil rabun aku hilang, walaupun buat sementara.

2) Pada demam kedua (sekarang, sedang demam), kebolehan asingkan irama muzik dengan nyanyian lirik dari lagu di radio adalah disebabkan...hmmm...sekali lagi...halusinasi. Halusinasi ada pelbagai jenis, salah satu jenisnya ialah audio. Kita dengar sesuatu yang orang normal lain tidak dengar. Dalam kes aku, aku dengar lagi itu seperti hilang muzik atau hilang lirik tapi sebenarnya lagu itu normal dimainkan seperti biasa.


PENUTUP.

Look.
Don't believe me.
Semua kekonon fakta sains yang aku sebut di atas adalah sekadar andaian aku yang tidak ada pembuktian dan sokongan teori tentang kesahihan faktanya.
Kalau kalian pernah belajar sains kalian akan tahu, andaian tanpa pembuktian hanyalah kata-kata kosong.
Jadi tolong jangan quote aku dalam mana-mana.

Aku tahu dari awal lagi,
dunia yang aku pandang tak sama dengan dunia yang orang lain pandang.
Sebab itu,
dalam perjalanan hidup aku sampai ke titik ini,
aku sudah hilang berapa ramai kawan hanya sebab cara pandangan kami berbeza.
Ia sakit pada mulanya,
tapi makin lama,
aku sedar bahawa tiada cara untuk aku masuk dalam fikiran orang lain dan lihat melalui kaca mata dia dan setuju dengan apa yang dia pandang.
I'm stuck with this body.
Sakit, demam, mata rabun, mata buta, semuanya aku kena hadap kerana aku tiada pilihan.

Jadi tak apalah.
Jika ada individu yang tidak setuju dengan pandangan kalian, teruskan.
Teruskan mara ke hadapan.
Kerana kita tiada pilihan selain maju ke hadapan.




InsyaAllah minggu depan ada komik.
Doakan aku sembuh demam segera.
Dah masuk hari keenam dah ni.




.


22 comments:

  1. hai cEro.

    walaupon dlm keadaan demam hang tetap dpt menghasilkan satu entry yang padat bkn sekadar memenuhi carta entry semata.

    aku pon sejenis manusia yg jarang dilanda sakit & demam which is aku sgt bersyukur sbb aku dpt pergi kerja penuh je tanpa perlu ambik sebarang MC ataupun EL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      hai Ana.
      Sorry berbulan baru nak reply hahaha.
      Terima kasih. Entri ini ditaip masa demam, jadi nada tulisan macam sedikit tinggi but still harap dapat tangkap isinya.

      Syukurlah Ana sentiasa sihat. Sihat ni, kadang-kadang kita cepat lupa nikmatnya.

      Delete
  2. Orang sains mmg akan try cari penjelasan secara sains utk semua perkara. Its in the blood; for some. Aku pun sama. Kdg2 automatically aku akan try utk cr justifications. Cepat sembuh bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Thanks Mashy.
      Memang orang macam kita ni kalau boleh nak dapat jawapan untuk segala benda, tapi itulah...sesetengah perkara memang tak boleh dijawab pun hahaha

      Delete
  3. pergi check dengan doktor. loya muntah, sakit biji mata, rasa lenguh (sakit sendi) tu simptom demam denggi.
    pergi check dengan doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >firdaus_m

      Selepas beberapa hari demam, aku pergi check doktor.
      Doktor pun khuatir mngkin denggi, tapi selepas periksa darah, aku bebas denggi.
      Alhamdulillah :)

      Delete
  4. get well soon cero. aku percaya sebab macam kau cakap, kalau badan terlalu panas, sistem badan pun kucar kacir. but u better jumpa doktor, ambil ubat untuk demam. bahaya dibiarkan. siapa je nak menyusahkan orang? tapi ada masa memang itu lumrah manusia. kalau kita boleh hidup sendiri mungkin kita keluar dari tanah bukan dari rahim. kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Bila kau sentuh tentang keluar dari rahim tu buat aku terfikir, manusia memang tak dapat tidak untuk tidak menyusahkan mana-mana orang, even seawal kelahiran pun, kan?

      Thank you Nad :)

      Delete
  5. kagum dowh. terasa macm kau ada super power pulak. indahnya demam kau. huhuhuhu
    apa2 pun get well soon cero!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      hahaha. Indah tu bila cerita balik je, bila tengah merasa tak laa seindah mana. Kekadang rasa macam nyawa ni dah tak lama dah :)

      Delete
  6. mcm teruk sgt je dmm nya
    dah elok ke dmm?
    xperlu fkir sbb susahkan org.. minta je tlg org, nti esok2 ko blh tlg dia balik. kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Semasa mengalami tu memang rasa macam teruk. Maybe sampai tahap susah nak bergerak, tu yang rasa teruk tu.
      Tapi sekarang dah sihat, rasa macam alaa tak laa teruk mana pun, drama je tu hahaha.

      Susah sebenarnya nak minta tolong orang ni, sebab kekadang nampak dari perbuatan dan wajah mereka yang mereka tak ikhlas hahaha

      Delete
  7. Hai cero. saya lambat baca sebab bulan ni saya dilanda kesibukkan yang melampau. Harap pada ketika ini, cero sudah sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Hai Amna.
      Tak apa. Bukan satu kewajipan pun kena baca blog ini tiap-tiap minggu hehehe.

      Alhamdulillah, sekarang sudah sihat. Ada laa sikit sana sini tapi overall sihat walafiat hehehe

      Delete
  8. cEro, saya nasihatkan cEro supaya pergi klinik sebab takut demam denggi, bahaya. Jangan biar lama-lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Erni Hasmiza

      Terima kasih, Erni.
      Alhamdulillah bukan denggi walaupun doktor pun risau ia denggi. Lain kali mungkin tak boleh biar lama-lama, bila mula rasa nak demam je kena terus ke klinik buat pemeriksaan.

      Terima kasih :)

      Delete
  9. as salam dan hi..halusinasi yg boleh asingkan lagu dgn lirik tu pon slalu terjadi dkt diri saya..entah la sbb apa..tp kdg2 cuma nk dngar lirik ja..kdg2 nk dngar alat muzik dia ja sampai main teka2 ni alat muzik apa ni alat muzik apa tp tak pulak rajin dngar yg instrumental..lol..apa2 pon ni cuma utk kepuasan diri sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >cik

      Hah, I'm glad ada juga yang pernah rasa. Nasib baik. Aku fikir diri ni pelik dan perlukan bantuan hehehe

      Tapi masa jadi benda tu memang rasa best sebab boleh melayan, memang untuk kepuasan sendiri 😁

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License