Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 29, 2010

Adakah ini yang dikatakan REBOUND?

one-o-fifth..
I'm sorry..


REBOUND
/v. rɪˈbaʊnd, ˈriˈbaʊnd; n. ˈriˌbaʊnd, rɪˈbaʊnd/
-on the rebound,
a. after bouncing off the ground, a wall, etc.: He hit the ball on the rebound.
b. after being rejected by another: She didn't really love him; she married him on the rebound.




Keluar dari pejabat pos, lega..
Lepas setelkan beberapa bil, walaupun poket kontang,
namun memang rasa hilang bebanan.

"EH?? L***..." seseorang menyapa.
Aku berpaling.
Abang W.

Lepas bersalaman, kami putuskan mahu lepak minum-minum di sebuah restoran 'pekan lama' minum kopi.

"Tak sangka jumpa abang kat sini.."
"Abang pon terkejut nampak kau kat sini.."
Kata Abang W, dia ke kawasan itu kerana ada hal syarikat yang perlu diuruskan.
Dari pakaian, memang ternyata dia seorang ahli perniagaan,
Berkemeja lengkap segalanya, termasuk cafling di lengan.
Lebih mengejutkan dia boleh 'lepak minum' di waktu pejabat seperti ini,
menunjukkan dia seorang yang 'berkuasa' di syarikatnya.

"Biar abang terus terang,
sebab kau takkan dengar hal ni dari adik abang"

Adik yang dimaksudkan tentunya L, gadis dalam perhatian aku sekarang.

"Kebelakangan ni, L nampak sangat gembira,
dia nampak lebih ceria, tak macam 6 bulan lepas.."

"Apa berlaku 6 bulan lepas??" aku ingin tahu.

"L putus cinta teruk 6 bulan lepas.
Dia pernah bercinta dengan seorang 'Tengku'..
Tapi, keluarga Tengku tu tak setuju..
Lagipun, dia masih muda bagi kami semua pada masa tu.."

Aku sentap!




"Sejak putus, dia diam, murung dan banyak berkurung..
Even dia selalu ponteng kolej dia...
Kami semua risau..."

Aku masih berdiam diri.
Seribu fikiran terbit dari minda.

"Tapi sejak jumpa kau, dia dah lain..
Makin ceria..
Itu satu petanda baik dalam keluarga kami...
Kedatangan kau membawa sinar kepada kami.."


"Maksud abang, dia putus dengan 'Tengku' tu bukan disebabkan mereka sendiri ke?"
Aku berbunyi seperti keluar topik perbualan.

"HA'AH"
Sejurus terdengar jawapan itu,
dunia aku jadi putih.
Aku ingin lari ke sebuah dataran di tengah kutub selatan,
menjerit ke jurusan aurora yang menyinar megah,
dan hanya didengari oleh hati dan penguin-penguin berkeliaran.
"WWAAAARRRGGHHHHHHH!!!!!"




Adakah aku hanya pengisi tempat kosong?
Adakah aku hanya pengubat duka lara?
Hanya kebetulan aku dipilih Tuhan dan perasaan
untuk memeriahkan hidup seorang insan?

Mungkin aku adalah berita gembira buat mereka,
namun, itu bukan suatu yang gembira bagi diriku.
Aku rupanya hanyalah pengisi.
At least itu yang aku fikir..



APA PATUT AKU LAKUKAN SEKARANG??
ataupun aku terlalu banyak berfikir?




Backlink
1) [
link] ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker
2) [
link] Dilema Awekku Blogger Terkenal!
3) [
link] Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster
4) [
link] Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA?
5) [
link] Selepas seminggu, tanya soalan tu je??
6) [
link] Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia




22 comments:

  1. i setuju dgn kenyataan yg u terlalu banyak berfikir..

    ape daaaa...huuuu..

    ReplyDelete
  2. rebound...

    -kudozu

    ReplyDelete
  3. x la.u r her hero! relax.knal2 je dlu ;)

    ReplyDelete
  4. cero!!!sila jgn berfikir sedemikian,,laki suka btol fikir mcm tu,,if pompuan nak isi kekosongan pon,tadenye nak lyn ko beria siap knlkan kat abg,,

    s0,pliz3 jgn pk bukan2 oke,,kang melepas!

    for the 3rd time gud luck bro!xD

    ReplyDelete
  5. huhu macam baca novel plak... huhu teruskan... n berfikir sebelum bertindak... jgn pk negative... think positve k...

    ReplyDelete
  6. rilek bro.. jangan pk too much..

    maybe dat 6 months ialah masa bertenang dia, pk balik everything.. tapi sebab not yet ada sumbody, so orang pun tak nampak perubahan positif nyer..

    maybe she ready to be in a relationship lagi n dis time be herself n be happy again..

    but.. if both of u come true, terang2 bro dah dapat approval from her family.. ^_^

    rileks2.. mungkin kalau ader peluang nanti, bro leh tanyer ms converse sendiri.. n dat time, dia akan sendirinya boleh cerita balik tentang tu n u will know how her feelings for u..

    ganbatte~~

    ReplyDelete
  7. ko terlalu byk berfikir..

    percaya pada jodoh..

    ReplyDelete
  8. kalo laa ku dpat kepala ko skrang, nk je ku pukul guna gulungan paper..
    woit,
    ko terlalu byk pikir laa..
    observe dulu, baru decide..

    - ms cuatro -

    ReplyDelete
  9. comments reply:

    @little cart00n
    maksudnye, ni hal kecik je ke??

    @kudozu
    hehehe, bkan rebound basketball tau..

    @Misal Zarith
    suka ayat 'u r her hero'

    @e~car182
    dilihat dr sudut tu, agaknya mmg akubyk pikir kot..

    @SyahNas80 @ Nana
    n the positive site is???..
    hehehe..

    @sweet-luv
    hm, confront dgn dia..
    bgus cdgan tu..

    @KERAK NASI
    bukan hape, cume taknak bina harapan menggunung..

    @ms cuatro
    adus...
    sakeettt!!!
    hehehe

    ReplyDelete
  10. yes....
    "trlalu byk berfikir"...hahaha
    knp la nk pikir bnda scara -ve...
    think +ve oke....
    relax2...chill2...
    gud luck incik cEro....;)

    ReplyDelete
  11. kau terlalu byk berfikir..

    jgn sesakkn otak dgn fikiran cmtu la..dye sndr xckp pape kn?rilek sdh

    n dat abg xnmpk mcm menghalang pun..kau je yg inferior kot..

    ReplyDelete
  12. haha.. naj rase kau mmg ter~perasan dan ter~pikir dgn over..
    tp tak pe.. yg pasti..
    DIA SUDAH SINGLE!!
    semua jalann!

    ReplyDelete
  13. ala korang baru kawan. so rilek la. later on ko sendri boleh korek rahsia bende tu kalo ko jadi pendengar yang setia.

    bab cintan-cintan terserah la pada die, sbb pada aku, lelaki boleh ngayat seorang pompuan, tapi kalo diorang tamau, cinta takkan berputik.

    seandaianya cinta itu berputik dua-dua, so kalo kite tak ngayat sgt pun benda akan jadi.

    so pada aku stakat ni, better korang layari persahabatan tu dulu, so toksah pikir sgt la pasal ape2 yg jadi pasni. ade jodoh ade la kan?

    maybe she needs a friend more rite now utk isi kedukaan itu? so kite jgn ulangi ape yg dah berlaku, kita cuba ubati apa yang die terluka.

    bantu dia semana yang kau boleh, insyaAllah benda baik Allah balas baik kan =)

    ReplyDelete
  14. comments reply

    @raja dinie
    just bersedia utk worst case scenario..

    @iema_z
    hm, mungkin ni yg dikatakan inferiority complex..

    @NAJ HEBAT
    hm, btol gak ek??
    on d bright side, dia confirm single..hahaha

    @shukjessa
    dlm masa terdekat ni, mmg aku takmau ade ape2 komitmen, termasuk dgn dia..
    tp, sedangkan pintu rumah boleh diketuk, inikan pula pintu hati..

    =============
    Thanks!!!
    pendapat anda betul2 meredakan perasaan sangsi ni...

    ReplyDelete
  15. dear anon,
    letak nama please...

    ReplyDelete
  16. ishh, abes ko nak awek yg xpenah kapel kee,.. haduihh

    dah2 jgn byk pk. die da suke ko, ko da suke die. pe lg ko nak. grr ak rembat gak awek ko kang.

    hahahaha. xD juz kidding

    ReplyDelete
  17. @LUT

    thanks fren, ko sudah meningkatkan self esteem aku..
    hehehehe

    ReplyDelete
  18. hmm..aku baca entri ko ni..aku tau..ko ni da jadi org bermakna dlm life dia..
    yeh!!aku nk continue baca..hehe

    ReplyDelete
  19. @✿nenek moden✿
    tak tau lg laa...
    slagi tak ckap pape, aku tak berani kata...

    ReplyDelete
  20. ko nak pendam sampai hati ko bernanah ke weh?huhu..
    xpe..mula lagi..hehe

    ReplyDelete
  21. @✿nenek moden✿
    bkan hape, taknak kecewa dgn harapan mnggunung..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: