Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 17, 2010

Pertemuan Empat Mata #2: Impressi Pertamaku Musnah

one-one-nine
I'm sorry...


Dilihat dari hasil tulisan aku,
aku nak berkongsi satu keburukan aku..

Aku tak pernah habis membaca buku..
Walaupun banyak novel, buku bukan fiksyen, atau buku cerita pendek,
aku tak pernah habis baca.
Semuanya berhenti separuh jalan.
Kecuali buku komik laa
(jika kalian masukkan komik sebagai buku..)

Walaupun semasa tingkatan 5 kita perlu baca buku cerita untuk jawab soalan Komsas BM dan Literature BI, aku tak pernah habis.
Baca sinopsis je..
Masa aku, buku Terminal 3 dan The Pearl.
Hm, mungkin dah jadi hobi rasanya baca buku tak habis ni...



"Apa saya nak panggil awak?" dia bertanya.
"Nama saya A**** K******. Pakcik boleh panggil saya L***..."
"OH! Sama nama dengan anak pakcik.." dia tertawa kecil.
"Jadi L boleh laa panggil pakcik ni Abah,
sebab semua kawan-kawan anak Abah, semua panggil Abah.."


Aku terkelu sekejap..
"Baik, ABAH..."

"L pernah baca buku 'Empire' tu??"
"Maaf lah Abah, saya bukan jenis yang baca buku tebal camtu..
Saya kurang minat membaca.."

Adus, ayat terpacul dari mulut aku agak membunuh..
Habis impressi pertama aku..
Orang jenis apa yang cakap dirinya tak suka membaca??
Adus!!!

"Oh! Kalau L nak tahu,
membaca jambatan ilmu..."

Tembakan tepat ke dada aku menembusi jantung.

"Beginilah, kita terus ke agenda utama..
Semua ibubapa sayangkan anak mereka..
Semua ibubapa nak anak meraka sentiasa gembira..
Termasuk Abah.."

Aku mendengar dengan teliti walaupun sedar imej aku dah buruk..

"Pada Abah, tiada keperluan untuk L belajar menunggang moto.."
Penyataan yang agak mengguris hati aku..
"Tapi itu satu ilmu, dan ianya menggembirakan L..
Jelas dari mata L, dia sangat teruja nak belajar moto.."


"So, Abah benarkan L ajar L bawak moto.."
Aku tergelak kecil sebab dia ulang nama yang sama dengan nada yang lain dan penyertian yang lain.
"Tapi dengan satu syarat..." Abah bertukar tegas..

"Apa syaratnya, Abah??"
"Jangan sakiti L. Sekali je L sakiti L, Abah takkan teragak-agak balasnya dengan lebih teruk.."



Aku terdiam...
Mungkin Abah maksudkan 'jangan sakiti' tu sebagai jangan bagi L tercedera sama ada terjatuh dari motosikal atau kemalangan.
Namun,
'sakiti' juga satu definisi yang luas..

"Baiklah Abah..Saya akan cuba yang terbaik.."
"Bagus! Minum laa kopi tu..
Tambah lagi.."

Hm, 5 minit seperti telah berlalu..
Perut aku mula berpusing-pusing..

Abah bangun dari tempat duduk dia
ke arah rak buku dan ambil satu buku..

"Ini Abah hadiahkan satu buku..."
Abah hulurkan satu buku kecil warna ungu.
Aku sambut huluran itu..

"Cuba baca buku tu sampai habis..
Lepas tu, Abah rasa L mesti akan lebih suka membaca.."

"Terima kasih, Abah..."



Bertajuk
Confessions of an Old Boy: The Dato' Hamid Adventures,
kenapa dalam otak aku, aku macam pernah dengar tajuk buku ni..
Tapi aku tak ingat dari mana..

"Abah nak duduk dalam bilik ni sekejap..
Kalau L nak keluar makan-makan, pergilah.."

Haha, cara orang tua menghalau, penuh berhemah dan tiada rasa kecil hati..

Aku keluar bilik,
aku terkejut...
cuba teka siapa yang pertama aku nampak?
Mak Tom..

"Mak Tom, boleh tanya..
Tandas kat mana???"

Mak Tom terkejut kecil, dan dia tunjukkan arah ke tandas..
Dan di tandas lah, semua keperitan dilepaskan..
AKU LEGA..

Keluar tandas, lagi aku terkejut..
Dan cuba teka siapa menunggu aku di luar tandas?
Abang W.


Kenapa laa semua orang suka tunggu aku di luar pintu??

==============================
1) [link] ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker
2) [
link] Dilema Awekku Blogger Terkenal!
3) [
link] Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster
4) [
link] Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA?
5) [
link] Selepas seminggu, tanya soalan tu je??
6) [
link] Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia
7) [
link] Adakah ini yang dikatakan REBOUND?
8) [
link] Aftermath
9) [
link] Ahad terbaEk #1: Kenangan Lama Perlu Diganti
10) [
link] Ahad terbaEk #2: Kalau Belum Bersedia, Usah Katakan
11) [
link] Ahad terbaEk #3: Mencari Konklusi
12) [
link] Butang PAUSE dunia aku telah ditekan
13) [
link] Pertemuan Empat Mata #1: Bahana Kopi


16 comments:

  1. wah.. dah jumpa ayahanda L ... bagus ar... siap dah suh panggey abah lagi.. ermmm JGN DISAKITI tu makna tu mendalam tu... renung2kan dan selamat beramal hehe..

    pss... sila try test cuba baca tu sampai habis.. pastu citer ar kat blog ek hehe

    ReplyDelete
  2. good info la tu, maknenye die bukan seseorang yang kita selalu anggap kontra dengan apa yang mereka ada.

    so kene anggap diorang ni mcm family. satu benda yang bagus rekod ko setakat ni bersih di mata dia, so truskan dgn rekod bersih.

    hehe aku rase tade hal la nanti utk korang pergi lebih jauh, cuma berhati-hati je la, spanjang perjalanan byk bende yg akan tiba.

    all the best bro, satu langkah bijak bila ko dah dapat jumpe ayahandanya, paling tidak itulah walinya nanti. ibundanya gi mana?

    ReplyDelete
  3. @SyahNas80 @ Nana
    hahaha, malas nak bace laa..
    tgk laa camne..
    bace sket2 kot..

    @shukjessa
    emaknya yek..
    tu yg jadi tanda tanya kt aku..
    nanti aku try tanye dia..
    tak nampak muka pon ari tu...

    ReplyDelete
  4. cero, jgn tnye psl mak die..
    ko kan suke tunggu die yg cerita.
    hee...

    ok, aku rasa mcm ko masuk dlm rumah agam yg scary gile. hehe.

    buku tu dah bace blom?
    bst x?

    ReplyDelete
  5. baru dramatic sket tgu blakang pintu, ahak3

    ReplyDelete
  6. Kikiki. Abang W tak dengar ke bunyi2 yang dasyat masa dia tggu kat luar tandas tu.Kakaka :)

    ReplyDelete
  7. ouch...'jgn sakiti'..gerun aku..
    mesti gadis L ni,permata yg ditatang bagai minyak yg penuh..byk kan maksudnyee..mcm jgn cedera..jgn bg gadis L sakit hati..jgn bg moody..
    mcm2 perkara bermain dlm fikiran..tapi..ayah L tu org yg suka membaca..adeh..kasi aku pun,aku xbaca..baca sekerat or skip bleh ar..hehe..tapi xpe bro..ko baca la...
    mudah-mudahan ko berminat baca buku ilmiah pasni..bak kata abah*

    ReplyDelete
  8. scary + dramatic....haha

    tp ape slahnye ckp prkara yg btol wlaupn bunuh first impression org tntg diri kita...
    janji x menipu kn...
    ;D

    ReplyDelete
  9. huh.."JGN SAKITI" yer..?
    ayat tu bg pu3 lebih kepada jgn sakiti HATI dia..
    kn cero penah cite psl die ngn si TengkuJUH tu..
    well..do your best..ganbatte ne..?

    ReplyDelete
  10. @KERAK NASI
    baEk..
    aku takkan tanye kecuali dia yg bagitau..
    buku tu, aku baru selak 2 helai pertama..
    dah ngantuk!!!
    zzzz..

    @LUT
    aku asyik terkejut dgn org blakang pintu je..
    suka btol diorg tunggu blakang pintu..

    @WZulhilmi
    rasenye toilet diorg kalis bunyi kot..
    hahahaha

    @✿nenek moden✿
    aku terasa macam nak baca buku tu sbb jadi kewajipan..
    org dh bagi, takkan nk kecewakan plak, kan??

    @raja dinie
    terlepas cakap, abes laa aku..
    mesti dicop sbg malas baca buku..

    @pu3aan
    aku mcam nak cuba tanya maksud 'sakiti' tu, tp tak brani laa..
    perut tgh memulas..
    hahaha

    ReplyDelete
  11. @iema_z
    aku rase dia bongsu..
    tak tanya plak..
    takut salah tanya nanti, abes aku..

    ReplyDelete
  12. mcm bongsu je..sbb dye cm priority dlm keluarga dye..da only girl dlm family eh?

    ReplyDelete
  13. @iema_z
    maybe bongsu..
    tp yg aku tau dia mmg da only girl..

    ReplyDelete
  14. gudluck arh bro!klu dye da only one tough r nk dpt n nk jge...dye ok tp org2 sekeliling dye yg bwk prob nnt..

    ReplyDelete
  15. @iema_z
    haha, thanks..
    it's a long way to go..
    tak pkir ke situ lg...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License