Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 11, 2010

"Senyuman dalam tangisan diibarat seperti sejalur pelangi"

one-one-four
I'm sorry...


"smiling through tears makes you look like a rainbow"
"el sonreír entre lágrimas hace que te veas como un arco íris"




Kalau kalian baca profil aku dan post dalam blog ni,
kalian akan dapati antara hobi aku adalah melihat langit malam.
Hanya melihat langit malam.
Aku bukan pandai astronomi,
aku tak tahu pun nama bintang-bintang yang aku tengok,
satu-satunya entiti langit malam yang aku tahu namanya adalah 'Bulan'..
Tapi, entah kenapa dan sejak bila,
melihat langit malam sangat seronok..
Tenang, nyaman dan aman..
Aku selalu berfikiran yang pelengkap diri aku satu lagi juga sedang menatap langit yang sama ketika aku tengok langit itu..
Dan itulah cara kami berhubung..




*****************

Hari ni sangat memenatkan..
Aku ke Shah Alam atas urusan yang kena aku selesaikan.
Sebab tayar depan kuda aku bocor, aku putuskan nak naik kenderaan awam.
Aku naik komuter.

Di KL sentral, penuh dengan orang..
Teringat dulu, antara hobi pelik aku adalah duduk kat puduraya dan tengok gelagat manusia.
Okay, jom gelakkan aku sebab hobi tu memang tak berfaedah sangat.
Tapi melaluinya, aku dapat belajar bahawa
kalau 1000 orang kita kenal,
maka ada 1000 perangai kita kena lalui..

Semasa menunggu komuter tiba, aku serius berfikir..
Dari pihak pengurusan KTM sibuk dengan koc khusus wanita,
baik dia perbaiki kualiti dengan membaiki ketepatan waktu berlepas dan tiba..
Sebab, apa yang aku nampak, walaupun jadual nyata meletak waktu tertentu untuk komuter tiba dan berlepas,
namun tiada satu pun komuter yang tepat waktunya..
dan 100% daripadanya LEWAT!!
Kadang-kadang bukan seminit dua, tapi sejam dua..
Kalau ada pengarah urusan KTMB baca blog ni,
sila ambil berat cadangan saya yek!!

(Owh ye, boleh tak hapuskan komuter yang pintu masuk gerabaknya di hujung tu??..Macam siot je aku tengok orang keluar masuk guna pintu yang kecil dan sempit tu..Menyusahkan...)

Hm, just nak tanya..
Pelik ke kalau seorang lelaki yang berambut ala-ala rempit,
memakai kemeja ungu lengan panjang,
berseluar slack dengan kasut hitam,
bawa beg galas warna kuning sambil pegang komik Shin Chan,
naik komuter??
Sebab sepanjang aku naik komuter tu,
ramai gila orang usha pelik kat aku..



Selepas selesai urusan di Shah Alam,
aku pun berangkat pulang..
Waktu hampir petang, langit gelap..
Lalu, hujan turun..
Waktu aku sampai stesen Tasik Selatan tempat aku,
hujan masih turun..
Jadi, aku decide nak stay dalam terminal
sebab kalau aku keluar stesen pun bukan boleh balik rumah pun..
Kena meredah gak ke rumah..

Aku tatap hujan yang turun..
Setiap kali hujan,
memori yang lama yang sepatutnya aku buang muncul balik..
Huih, betapa hebatnya air hujan..
Mampu menukarkan perasaan seseorang..

Hujan pun reda,
indahnya, matahari pun keluar dari celah awan,
memberi sinar di kala petang..

Berlaku satu fenomena alam
di tempat aku duduk dalam terminal bersaksikan yang lain,
sejalur panjang terang pelangi menyinar..
Dari sebalik bukit hingga ke tepian tiada penghujung..
Amat indah...



Lalu hensetku berdering lagu
Chantek..
nada dering khusus untuk si dia..


"Hello, awak kat mana??" suara lembut L kedengaran.
Tapi kurang bertenaga, lemah..


"Kat stesen Komuter Tasik Selatan.."
"Awak pergi cari langit, tengok ke atas.." katanya..
"Pelangi.."
"Ya, pelangi..Sangat cantik..
Saya sangat berharap dapat kongsi saat ni dengan awak.."


Mulai saat itu,
selain menatap langit malam,
aku tambah satu lagi kegemaran diri..
Melihat
pelangi...

Namun suara di sebalik panggilan itu
lemah dan tidak bermaya..
Seolah-olah L sedang menahan sesuatu..
Sesuatu yang sakit dari dalam hatinya..
Apakah pelangi baginya??





17 comments:

  1. Org tgk ko sebab. Pelik kut tgk kombinasi purple dgn kuning. Tambah2 lagi pegang komik. Hihihi. Ataupn zip seluar tak tertutup kut? Hahaha.. Dah lama tak tgk pelangi. Jarang dh muncul sekarang.. :(

    ReplyDelete
  2. aku taw. org tgk ko sbb ko naik ladies coach. eiii

    ReplyDelete
  3. @Hirumi
    haha, maybe..
    tp beg aku bukan kuning terang pon..

    @oh farah
    hehehe, hrap2 tak laa..
    kalo ye, mmg malu besar aku...

    ReplyDelete
  4. alamak, kenape aku tak nmpak pelangi semalam??

    - ms cuAtro -

    ReplyDelete
  5. emm,,pe yg pelik ek??purple+kuning??
    tak pon yg komen 1st tu,ko tak zip sluar!haha!
    eh,pinjam komik shin chan!xD

    ReplyDelete
  6. cantek kan dapat tengok pelangi.
    sy paling suka tengok keindahan pelangi =)

    ReplyDelete
  7. Pelangi mmg cantik :)tp syg tak tahan lama..kejap jek ilang :(

    Mungkin ko tak zip suar kotttt

    ReplyDelete
  8. bukan psl kombinasi warna..tp kombinasi pakaian+rambut cam mat rempit+komik..of coz org pndg pelik..
    tgk rambut cam mat rempit baru pas merempit
    tgk bju cam keje koporat..
    tgk kat tgn bace Shin Chan..mcm budak2..
    xtau ko ni umur brape sbnrnyer..kihkihkih..

    anyway..pu3 suke pelangi jugak..
    it's nice dpt share that moment tgk ngn someone we like kn..?
    tp..i wonder why she sounds like that..

    ReplyDelete
  9. keh keh keh biarkan orang melihat, orang tak mengerti apa fesyen kita. apa hak mereka utk mengatakan kita pelik atau tidak selagi mana kita berpakaian sopan dan tidak mengganggu orang lain.

    jangan terlalu prejudis dgn fesyen orang lain, hatta orang tu skema nak mampus atau bling bling tahap dewa ke 18, hak masing2 selagi tidak melanggar apa-apa peraturan.

    ye aku stuju, perbaiki waktu ketibaan. dan dari perbanyakkan tren dekat lrt baik kerapkan tren di komuter, sbb senggat setengah jam tu cukup lama dan cukup padat. senggat 15min pun dah ok.

    berbalik kepada cerita ko tu, maybe ade bende die nak kongsi tetapi masih berat, so pelangi yang hadir tu die nak kongsi walaupun ada bende terpendam.

    aku suka tengok awan, tak kisah malam, siang, pagi2 atau nak senja sebab awan sgt lawa =)

    wooot lame tak membebel, so panjang lak hehe sori see yah next time punye posting!

    ReplyDelete
  10. @Anonymous
    wahai cik cuAtro,
    ko duk terperap dlm umah sape suro..

    @e~car182
    mungkin sbb gaya aku tak kena kot..
    hahaha
    nk Shin chan?? beli laa sndri..
    hehe

    @::m!SS edURA hanUM::
    sangat cantik..
    sangat terpegun dengan pelangi..

    @.::WaNiE::.
    haah, pelangai slalunya tak lama..
    tu laa kelemahan dia..
    hm, aku zip seluar laa..
    hehe

    @pu3aan
    mungkin gak..
    abes gaya tak kena, kan??
    teruk btol fashion taste aku..

    @shukjessa
    aku setuju semua yg ko ckap, shuk..
    btw, aku suka kalo komen panjang2 camni..
    serius best..

    ReplyDelete
  11. komik!beg kuning!purple shirt!black shoes!TERBAIK!!!!!!!!!!!!hahahahahha!

    btw,the rainbaw thinggy....TANYELAH DIA!

    ReplyDelete
  12. @iema_z
    hahaha, truk kan gaya aku berpakaian??

    btw, aku takkan tanya, unless dia nk bgtau..

    ReplyDelete
  13. haa. sbb kau hensem sgt kot. ehehe ;D anyway, btol tu. tak suke train yg pintu hujung tu. sbb nnti sume berkumpul dpn pintu. xnk masuk dlm2 sbb xnk keluar lmbt. ishh

    ReplyDelete
  14. tntg fesyen, fesyen kn hak milik peribadi...
    pkai yg kita suke n selesa...
    pelangi mmg cntik, well, semua ciptaan Allah cntik2 n indah2 belaka kn...:D
    lucky you...;)

    ReplyDelete
  15. @Amirah Rashid
    aku dan hensem tak berada dalam kamus yg sama..
    hahaha
    hm, ada gak org sependpt dgn aku ttg train pintu hujung tu..
    sgt menyusahkan

    @raja dinie
    sgt setuju..
    aku cuma risau kalo2 aku ni nmpk mcam penjenayah dikehendaki je..
    hehe..
    byw, aku taknah dgr lg org kata pelangi tak cantik, kan??

    ReplyDelete
  16. be caring larh...even bnd tu cm remeh n kecik..but klu kau take care n leh wt dye tharu kn bgus tu..kau tnye je dh ckup...jwpn tu blkg kire r

    ReplyDelete
  17. @iema_z
    trying to..
    tp belom kenal lagi dia camne,
    takut dia takleh trima cara aku..
    takpe, slow slow..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: