Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 20, 2010

K untuk KETOT!!

one-two-two
I'm sorry..


Aku baringkan diri dalam bilik lepas mandi
Lalu, aku benarkan diri terbang ke beberapa belas tahun yang lalu..



Nama dia ala-ala kampung sikit..
Ada sikit nak dekat nama aku..
Tapi kawan-kawan panggil dia Kelly..
Aku panggil dia K..
K for Ketot..

Mula kenal dari darjah 3
kelas sama,
dia dapat nombor 2, aku nombor 3
dia pengawas kesayangan cikgu,
aku pengawas yang aku pun tak pasti kenapa aku dilantik
dia tali pinggang merah taekwon-do
aku budak yang lagi suka main basikal dengan kawan..
Kami berbeza, kami rival!!

Darjah 3,
malangnya kami sama-sama bertugas jaga pagar..
Aku tak suka, dia pun rasanya tak suka..
Asyik bergaduh je..
Kawan-kawan aku yang lambat aku lepaskan,
dia marah..
Kawan-kawan dia yang lambat dia lepaskan,
aku ludah..
Ptuiihhh!!!

Naik darjah 4,
syukur dia kelas lain, tapi kelas sebelah..
Malangnya, kami tetap bertugas sama,
Kata cikgu,
"Kamu partner yang bagus!!"
Aku nyaris termuntah hijau,
dia?? Aku rasa loya tekak..

Walaupun kelas lain,
kami masih rival sejati..
selalu tunjuk-tunjuk kertas ujian..
Dia power matematik, aku power sains..



Satu hari di darjah 4,
dia ke sekolah dengan tudung..
Kawan aku, Z tanya aku,
"Apasal dia bertudung??
Sekejap pakai sekejap tak.."

Aku jawab,
"Lantak laa dia, malas nak kesah.."

Z ada lukis satu gambar dlm kertas..
Orang lidi dgn kepala pakai tudung,
Aku ketawa, aku tulis
"Ini K..."
Z balas..
"..yang bogel.."
Kami ketawa..



Entah macammana dan bagaimana,
K dapat kertas conteng tu..
Dia datang jumpa aku dan Z di kelas aku..

"Esok aku bawak bapak aku datang..
SIAP KORANG..."

K menangis, lari ke kelasnya..
Aku, Z terkelu..
Masakan budak taekwon-do ganas cam dia boleh nangis atas hal kecik??

Esoknya,
bapak dia betul-betul datang
pagi sebelum kelas bermula..
Z tinggal jauh, jadi dia selalu lambat..
Maka, aku seorang berdepan dengan bapak dia..

Muka bapak dia macam samseng..
Datang dengan T-shirt tanpa lengan..
Di leher ada rantai dengan kuku helang (katanya) sebagai loket..
Aku??
Cuak menguasai diri...



"Apa kau kata kat anak aku??"
Aku diam..
"Kalau kau tak sayang muka kau,
buat laa lagi..."

Bapak K lorekkan kuku helang tu ke muka aku..
Konon nak gempak,
peliknya, aku lagi takut dengan muka bapak dia dari kuku helang tu..
K di tepi tersenyum sinis...

Sejak hal itu,
kami tak bertegur sapa..
walaupun bertugas sama, tetap tak bersapa..

Itulah dia,
Sxxx Kxxxxxxx..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kini dah hampir 13 tahun..
Aku pernah dengar dari kawan yang dia dah berpindah..

Tapi,
siang tadi aku ada terjumpa seseorang mirip dia..
Ketot, putih, rambut pendek takat bahu..
Bezanya hanya dia lebih ciri-ciri kewanitaan (ehem ehem..)
Aku pandang dia lama..
Dia pun macam pandang aku gak..
Ntah laa,
mungkin dia kot..


Tapi, selepas 13 tahun
Kalau aku berjumpa dengan dia lagi
APA PATUT AKU KATAKAN??
Hai?? Hello?? Apa khabar??


21 comments:

  1. patut kau mntak alamat fbook dia bro...baru nampak brader2

    ReplyDelete
  2. laa..tak tegur ke?

    ops..rival kan..hehehe..

    ReplyDelete
  3. ada pun!! uurrghh..
    terus xde mood..

    bye cEro..

    ReplyDelete
  4. kalo elie, elie tgk je dr jauh..sbb kalo tgur, tkut salah org..malu!!hehehe

    ReplyDelete
  5. @hentakbelipat
    haha, cam pelik je baru jumpa trus mintak facebook..

    @KERAK NASI
    x3
    haha, rival..
    itu dulu, skang tak tau plak..
    dia mcam cun je..
    wahahaha

    @little cart00n
    haha, same laa..
    tgk dr jauh je..
    kalo tegur, salah org
    mmg malu...

    ReplyDelete
  6. aku sokong hentak belipat. patut mintak fb dia terus.

    ReplyDelete
  7. @oh farah
    kalo salah org camne??
    hahah

    ReplyDelete
  8. wah...
    nmpaknye kemunculan si K mampu buat cEro imbau kisah yg 13 thn da brlalu...
    bsar gak penangan si K ni dlm hdup cEro ek...(ehem...ehem...)
    hihi~~~
    ;D

    ReplyDelete
  9. @iema_z
    haha, mmg skang aku tgh buat tataw je laa..
    hahah

    @raja dinie
    haha, K tu slalu wat aku sakit ati..
    bajet power je..
    sape tak ingat dgn org yg kita sakit ati, kan??

    ReplyDelete
  10. tanye la bapak die simpan lagi tak kuku helang tu wakakakak, pastu ko tunjuk la ko pun ade kuku gak, kukubesi! hahaha

    ReplyDelete
  11. tak jumpe 13 tahun ko teringin nak bertegur sapa balik?

    kalu aku...tunggu pihak sana dulu.wakkakaka!
    schoolmate yang 2-3 tahun tak jumpe pon aku tak tegur.
    ish3


    -kudozu

    ReplyDelete
  12. ko buka la kisah lama ko..huhu
    "eh..awak ni kan yg nangis dulu g report kat bapak awak tu kan??"

    sure pastu dia alik report kat bapak dia lagi..hahaha
    bapak dia pun dtg..sejarah berulang..hehehehe

    ReplyDelete
  13. @✿nenek moden✿
    hahaha, good idea...
    nak try laa kalo jumpa lg..
    hehehe

    ReplyDelete
  14. klo betol die. tgor j. kisah lama ;)
    ntah2 die pon gelak2 j nnt

    ReplyDelete
  15. @ajlaa
    hahaha, tu laa psal..
    takkan laa kecik2 rival, bsar2 nk rival lg mcam kecik2 kan??

    ReplyDelete
  16. kalo aku kan, aku buat2 tak nampak jer... kekok gila kot, ahahaa... manusia pasti berubah, dulu lain sekarang lain, kawan skolah rendah mostly aku da lupa (nmpk sgt tak significant), kalo member skolah menengah atau uni tu aku tegur lah... kot ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      aku pun, aku akan buat tak tahu je...
      tp kalau keadaan tak mengizinkan utk aku buat2 tak nampak, contohnya dia dah ada betul2 depan mata, mungkin aku tegur2 pendek je..
      "Dah makan? Dah minum? Dah kahwin?"

      Delete
    2. wahaha yer, aku pun mcm tu la...

      btw, aku suka jawab teka teki, saja jer aku nk teka nama dia tu... ko tak payah jawab betul ke tak... aku teka nama dia, siti khadijah... huehehe ;p

      Delete
    3. @plain83
      Walaupun kau kata tak payah jawab betul ke tak, tp aku ttp nak bgtau...
      Salah...Dua huruf dari 12 huruf tu salah.
      Hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License