Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 5, 2010

Ahad terbaEk #3: Mencari Konklusi

one-one-zeroth
I'm sorry..


2nd May 2010, antara hari Ahad terbaEk aku dan kehidupan..

Kalian tahu Taiko no Tatsujin?
Pernah nampak tak kat arked terutamanya arked di Jusco selalunya ada satu permainan mesin simulator dram jepun?
Itulah dipanggil Taiko no Tatsujin.
Ataupun yang aku panggil game 'gendang jepun'.
Boleh main solo atau berdua dengan teman.


----------------------

Pedulikan sama ada dia sengaja kalah atau tidak,
aku yang kena putuskan di mana patut kami makan.
Dan, tanpa fikir panjang, aku pilih pilihan paling mudah.
Food court!

L tiada sebarang bantahan,
hanya menurut dengan senyuman.
Selepas minta kebenaran dari Abang W,
L dan aku meninggalkan pusat boling yang acaranya masih belum selesai.

Di food court,
kami berjalan sekali pusingan gerai-gerai yang ada,
dan aku order makanan aku..
Peliknya, L begitu teruja nak order nasi yang masak dalam kuali kecik comel tu..
Aku hanya ketawa dalam hati sebab takut dia kecil hati.

"You know what,
this is my very first time makan camni..
and first time gak makan nasi kuali comel ni.."

Aku terkejut bila dengar ayat 'first time' tu..
Tapi, lepas difikirkan,
tak pelik bagi anak orang kaya macam dia tak pernah makan kat food court camni.

Aku sengaja pilih food court sebagai destinasi makan
sebab aku nak tengok reaksi dia.
Sesetengah perempuan merungut dalam diam bila pasangan lelaki dia ajak makan kat food court je..
Bagi mereka kurang romantik dan nak tempat yang ada class sket..

Tapi, tiada satu rungutan pun dari L.
Malah, dia kelihatan sangat teruja.
Anak mata dia tak mengecut ketika itu,
menunjukkan dia tak berfikir panjang dalam tindakan dia,
dan segala reaksi dia adalah hanya semata-mata kawalan sistem saraf dan hipotalamus.
Pendek kata, dia tidak pura-pura.
Syukur aku ada belajar Neurobiology.



"Awak tak ape ke makan kat sini?"
"Sedap rupanya makanan ni yek, hahaha!!"
Walaupun tak jawab soalan,
tapi dah cukup terangkan apa yang sebenarnya berlaku.

"Kalau awak nak rasa, jangan mintak saya.
Pergi order sendiri..Hahaha!!"
"Hahaha, kedekut.."
Bersenda gurau kami berdua.
Banyak yang kami borakkan.
Dari sekecil-kecil kuku, sampailah sebesar-besar kutub selatan.
Tak perlu aku ceritakan di sini, kalian tentu bosan.

Selesai makan,
L bangun dari tempat duduk dia,
dan tarik kerusinya rapat ke sebelah aku.
Aku terkejut.

"Jom tangkap gambar sama. nak simpan wat kenangan."
"Ehh??"
Aku tersenyum, hanya menurut kemahuan.
Dan dia juga ada hantar gambar tersebut dalam henfon murah aku guna bluetooth.

"Simpan gambar ni sampai mati tau..
Even kalau tukar henfon lain pon, pastikan gambar ni tetap ada!"

Dia 'warning' aku siap dengan tuding jari lagi.
Aku? Tetap terus tersenyum.
"Baik cik adik!!!"



Mungkin kebiasaan,
aku suka buat keputusan berdasarkan benda yang simple.

Maka,
aku ajak L ke pusat permainan arked tempat tersebut.
Juga, itu adalah pertama kali baginya.

"Saya nak ajak awak main satu permainan.
Saya panggil 'gendang jepun'.
Nak main??"


"WAAHH!!! Sangat NAK!!
Camne main nih???"
Dia setuju.
Tak seperti seorang perempuan yang aku pernah ajak sebelum ni,
terus menolak tanpa tahu apa yang nak dimainkan pun.

Lumrah dunia,
manusia tak boleh berpura-pura jika dalam keadaan cemas.
Permainan ini perlukan ketelitian dan timing yang tepat.
Perangai sebenar pemain dapat digambarkan dari gaya dia bermain.

"Saya main dulu sorang, nak tunjuk kat awak camne nak main.
Then, baru kita main sama-sama, okay??"

"Baik Boss!!!" L menunjukkan ibujari tangannya tanda setuju.

Sebab aku dah biasa main,
markah aku agak tinggi.
Kini giliran kami bersama-sama.

Sepanjang 4 kali permainan, tiada sekali saat pun senyuman L lekang dari wajah.
Dia seakan-akan bayi yang dapat permainan baru.
Bergelak, muncung, suka, merungut.
Biarpun matanya sedikit, tapi cukup puas baginya.
Segala perlakuan itu menunjukkan dia betul-betul menikmati gendang itu.

Aku di tepi, bersama-sama ketawa dan suka.
Namun, jantungku di dalam berdetak lebih ligat.
Buat kali ke berapa ratus aku tak pasti,
aku tertawan dengan senyuman itu..
"Tak sangka dalam dunia ni ada permainan yang best camni.."

Maka, aku sudah sampai ke satu konklusi...
















"Awak, hari ni seronok sangat!
Jumpa lagi."

Selepas lambaian, L hilang dari mata aku bersama Abang W.
Aku berdiri terpacak di situ.
Walaupun berpusu-pusu orang di keliling,
aku rasakan aku sedang berada di puncak menara kejayaan.
Kerana aku dah buat satu kata putus...

Aku sedar kami tidak di taraf yang sama.
Aku sedar aku takkan pernah mampu berikan segala untuk dia.
Tapi,
aku rela gadaikan segala yang aku ada
hanya untuk pertahankan SENYUMAN ITU..
...dan itulah konklusi aku.







Dia TAK LAYAK untuk disakiti....
Ahad TerbaEk berakhir di sini
1) [link] ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker
2) [
link] Dilema Awekku Blogger Terkenal!
3) [
link] Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster
4) [
link] Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA?
5) [
link] Selepas seminggu, tanya soalan tu je??
6) [
link] Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia
7) [
link] Adakah ini yang dikatakan REBOUND?
8) [
link] Aftermath
9) [
link] Ahad terbaEk #1: Kenangan Lama Perlu Diganti
10) [
link] Ahad terbaEk #2: Kalau Belum Bersedia, Usah Katakan


28 comments:

  1. wehhh...

    aku cm nk jd awek tu...

    hahah..

    ReplyDelete
  2. aloloo..comel2..
    suke r baca!!leh wat telenovela la cite korg ni!!ahahah

    ReplyDelete
  3. haha last2 tacing lebey lak, x sama tarafff..aduii

    ReplyDelete
  4. @KERAK NASI
    nak ke?? hahaha..
    bley je..

    @little cart00n
    wahaha, wat drama slot akasia best gak, kan??

    @LUT
    btol laa..aku sedar diri aku ni..
    camne aku nk tanggung anak org kaya yg dh biasa idup kaya..
    kan??

    ReplyDelete
  5. Nice entry!! I can feel soul in it. tak nampak entry nie dibuat2. Tapi ayat2 agak gramatis disitu. Hihihi.. Tapi best dibaca.
    Btw pertahankan 'senyuman' tu klu hati dh capai keputusan muktamad. Ganbatte yo!! :)

    ReplyDelete
  6. comelnye cerita ni :D
    i loike..hehe

    ReplyDelete
  7. yea!yea! da capai pu konklusi mu itu.kay2,nk bace pe jadi pasni.hihi.ske2!

    ReplyDelete
  8. @Wzulhilmi
    Thanks...
    Tak boleh elak dari wat ayat yg camtu laa..
    dah biasa kot..
    hahaha

    @aNge
    comel ek??
    thanks!!

    @Misal Zarith
    Konklusi yang mudah..
    tp susah dipertahankan..

    ReplyDelete
  9. so, no wonder laa status FB ko kebelakangan ni jiwang semacam je ek??

    hehehe

    -ms cuAtro-

    ReplyDelete
  10. @8360919559983251136.0
    wahai ms cuAtro,
    thanks sbb perasan akan hal itu..
    jom aku blanje makan jom..

    ReplyDelete
  11. o0it!!!upload la gambar tu!!haha!!
    pompuan mana xnak g arked pmainan tu??rugi gler!

    aku rasa aku tak perlu nak ucap gud luck tuk kali ke 4 da,,kan??xD

    ReplyDelete
  12. wah wah gendang gendut tali kecapi... lame siot tak main benda alah tu. dulu rajin la main time ade kenangan, sampai nak hancur mesin tu kene ketuk wakakakak...

    well, bagus la dari cerita ko nih, nampak progressnye. graf makin menaik, keh keh keh. teruskan usaha, perjalanan masih jauh. banyak ranjau dan dugaan menanti, kalo xde bende ni tak bes la kan?

    heheh ouhhh rindunye nak men game arked~~!!

    ReplyDelete
  13. that girl is soooooooooooooooooooo cool!

    klu terlepas sgt la rugi..seriously i said,klu kau dh dpt,mmg bdoh klu kau wat dye sdey

    gudluck weyh!

    ReplyDelete
  14. hehe..besh2 cter nie. mcm ala2 cter korea n jepun. (^_^)

    ReplyDelete
  15. masih menunggu episod seterusnya... hehe

    ReplyDelete
  16. @e~car182
    takmo...aku takmo upload gambar tu..
    hehehe
    takkan dlm 1000tahun ni..

    @shukjessa
    ko pon slalu main kan??
    hahaha, super best oo gendang tu..
    aku slalu main sbb aku nk ganti kenangan, bukan buang..

    @iema_z
    thanks neighborku..
    aku consider tak dpat lg yek..

    @gooseberries
    woohooo..
    aku dpat bayangkan..

    @SyahNas80 @ Nana
    hahaha, lambat lg kot, sbb taknak readers sume bohsan asyik jaja ayat jiwang je..

    ReplyDelete
  17. =)..konklusi yg bagus..aku suka..moga2 di izin Allah bro..selamat berjaya!..

    ReplyDelete
  18. teliti giler...
    sampai ke anak mata...hohoho~~~
    and again, gud luck cEro
    ;D

    ReplyDelete
  19. 1 more...
    lagu Crush by David Archuleta sngat sesuai utk kamu skarang ni...

    dengar2 kn da slamat bramal....
    ;D

    ReplyDelete
  20. @theSkycrapper
    Amin...
    Thanks my fren..

    @raja dinie
    bukan teliti, tp sbb dh terbiasa..
    wokey, i'll find that song just bcoz of u..
    heheh

    ReplyDelete
  21. iye!consider lum dpt lg..kdg2 gurl ni nmpk cm leh dpt tp sbnrnye lum dpt lg..

    ReplyDelete
  22. cero..pu3 dh bace berkali2 entry berkaitan gadis kasut converse ni..
    still seronok dibace..

    BRO..!!u r DEFINITELY, TRULY MADLY FALLING for her..!!

    adoi..pu3 xsabo tggu ape lg kisah korg pasni..

    gud luck utk both of u..ko pun bro..jgn lemau sgt..i'm cheering for u..!

    *pu3 si gadis pompom*

    ReplyDelete
  23. @m i r a f i q a
    akan smbung kalo ade perkara yg boleh dikongsi atau dimintak pndapat je..
    hehehe

    @iema_z
    hm, no declaration whatsoever, so tak brani nak kata pape..

    @pu3aan
    Thanks pu3..bace laa post yg lain jugak yek..

    ReplyDelete
  24. of coz la..setiap satu pu3 bace..

    ReplyDelete
  25. @pu3aan
    thanks pu3..
    tq 4 being really supportive..

    ReplyDelete
  26. weh..ko..klu tv3 nak ganti cite adamaya..amek ;a cite ko ni..aku setia tunggu weh tengok!!!huhu
    tapi..aku pun pernah main jugak gendang tu..
    masa 1st time masuk tempat tu..argghh..aku xnak..bukan sebab memilih..hati aku meronta nak main permainan dlm tu..tapi..gelap sih..mak pak aku xpernah ajar aku masuk tempat cegitu..jadi..aku takut nak masuk..tapi..bila dah masuk..haila...aku main je gendang tu sampai sakit tangan..haha..xlarat aku nak ketuk..but..this girl..unik la..dia mcm baby kecik yg xtau pape..ko la jadi ibu bapa dia..
    panjang pulak komen aku..keh3..

    ReplyDelete
  27. @✿nenek moden✿
    dia hidup dlm dunia yg berbeza dgn aku..
    dia mane tau permainan aku main..
    aku pon sure tak tau ape yg dia main..
    mgkin sbb tu dia nmpak mcam kudus je..
    hahaha

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License