Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 30, 2010

Reality Check: Cemburu Tanda Sayang

dua-enam-sembilan.

cemburu
    1. iri hati   2. kurang percaya atau syak wasangka   3. hati-hati atau berjaga-jaga

Sumber: Kamus Dewan Edisi keempat.




Cemburu tanda sayang.

Ianya satu ungkapan yang biasa kita dengar dalam drama melayu tempatan.
Sekali dengar, ada betulnya.
Tapi, pada aku, kenapa cemburu dikaitan dengan perasaan sayang?

Sebagai lelaki, dan sebagai manusia,
aku pun pernah mengalami perasaan cemburu.
Tapi usia yang semakin meningkat membuatkan aku kerap berfikir,
cemburu dan sayang adalah dua perasaan yang TIADA KAITAN.

Pada aku,
cemburu boleh dikelaskan dalam dua bahagian.

Jika anda dalam perhubungan, sama ada suami/isteri atau kekasih,
dan anda berasa cemburu dengan perlakuan pasangan,
sebagai contoh perempuan cemburu melihat kekasih layan perempuan lain dengan lembut,
ianya bukanlah sayang tetapi hanyalah kurang rasa percaya terhadap pasangan.

Jika cemburu dengan orang lain yang tidak dalam perhubungan,
seperti cemburukan kawan yang berjaya dalam peperiksaan sedangkan kita tidak,
atau cemburukan adik yang dapat hadiah Nokia N8 sedangkan henset kita 3310 yang diikat getah,
ianya hanya adalah perasaan ingin memiliki apa yang kita tiada.
Cemburu ini juga boleh berlaku bagi pasangan dalam perhubungan.

Namun hakikat sebenar cemburu adalah meluas kerana ianya satu perasaan yang dilahirkan oleh manusia ketika mereka meningkat menjadi kompleks.

Ada orang kata, cemburu ada buruk dan ada baik.
Cemburu dengan kejayaan orang dikatakan BAIK.
Sebenarnya, ianya dikatakan BAIK hanya jika ianya diikuti dengan perlakuan ingin membaiki diri supaya lebih baik dari sebelumnya, dengan kata lain, TINDAKAN.
CEMBURU tanpa TINDAKAN hanya perasaan yang teruk!



Jadi,
mana datangnya perumpamaan 'cemburu tanda sayang'?

Pada aku,
'cemburu tanda sayang' hanyalah satu kata-kata yang digunakan untuk mempositifkan sesuatu yang negatif.
Cemburu adalah iri hati.
Dengan mengatakan 'cemburu tanda sayang', kita seolah-olah memujuk diri dengan mengatakan 'cemburu itu satu yang bagus, tiada salahnya mempunyai perasaan cemburu'.
Akibatnya, kita akan terus berasa cemburu, sedangkan kita tahu cemburu itu sakit dan terasa dalam hati.

Cuba google, berapa banyak kes bunuh di seluruh dunia berlaku disebabkan rasa cemburu yang bertukar dendam.



Jadi ingatlah,
tak salah perasaan cemburu itu,
kerana jika anda cemburu, ianya bermaksud anda masih manusia yang waras.
Namun,
apa yang aku nak tekankan adalah,
CEMBURU BUKAN TANDA SAYANG.

Jika anda rasa anda sedang cemburu, ingatlah,
sama ada anda KURANG RASA PERCAYA
ataupun hanya sekadar TIDAK MENDAPAT APA YANG DIFIKIRKAN HAK!

CEMBURU BUKAN TANDA SAYANG.

Kalian boleh baca tulisan yang bagus tentang cemburu dalam islam di sini.




Postquam-scriptum:
Secara penulisan di atas adalah hasil benak fikiran penulis. Kata-kata penulis bukanlah satu yang mutlak dan mewakili mana-mana jantina, bangsa atau agama. Ianya satu pandangan peribadi tentang bagaimana manusia mampu mempositifkan sesuatu yang negatif.









Tentang misteri dalam entri semalam:
Aku asyik pandang tangan yang sedang menggenggam handle kiri dan kanan berulang kali adalah kerana perasaan mengayuh basikal sama seperti sedang menunggang motosikal di mana setiap beberapa ketika, aku akan pandang cermin sisi untuk melihat kenderaan di belakang. Oleh kerana terlalu biasa dengan perlakuan demikian, semasa mengayuh basikal, secara spontan aku cuba untuk memandang 'cermin sisi', dan kerana tiada cermin sisi, mata akan tertumpu hanya pada tangan yang seang menggenggam handle basikal. Ini adalah fenomena yang dipanggil 'kebergantungan'. Sekian.

Nov 29, 2010

Berbasikal dalam Kehijauan

dua-enam-lapan
Maaf.

Ahad lalu (semalam) aku dan beberapa kawan sekolah dulu pergi berbasikal di Bukit Cerakah, Shah Alam.



Serius,
lama tak berbasikal.
Seorang kawan aku kata dia tak berbasikal sejak UPSR (darjah 6),
aku gelak..
Sedangkan aku sendiri tak ingat sejak bila basikal tak berada di punggung aku.

Penat.
Naik bukit memang seksa.
Tambahan pula basikal sewa aku tu gear tak berfungsi.
Sentiasa di takut 'Hi', membuatkan naik bukit seolah-olah menendang bumi.
Berat!

Dua pengajaran yang aku dapat masa aktiviti berbasikal ni:
  • Jangan minum air bersusu sebelum berbasikal.
    Ia akan membuatkan perut anda seperti enjin stim keretapi lokomotif yang mebuak-buak nak melepaskan isinya.
  • Dalam memilih basikal sewa, utamakan tempat duduk yang selesa berbanding yang lain.
    Akibat dari tempat duduk yang kurang selesa, tulang punggung anda akan sakit dan punggung anda LEBAM sampai nak duduk atas kerusi pun satu seksaan dunia.




Tapi berbasikal sambil menikmati alam ciptaan Tuhan memang menyeronokkan.
Ia mengingatkan diri supaya sentiasa bersyukur dengan kenikmatan yang paling sekali kita abaikan, UDARA.

Udara segar dari pokok-pokok merimbun di sana mencium pipi tatkala setiap kali basikal di kayuh.

Mata juga dicuci dengan warna hijau dedaun pokok hutan,
di samping juga amoi-amoi yang pakai seluar pendek macam pakai spende menampakkan peha putih. (Aaauuwww!!)

Rasanya ramai yang tak sedar,
tapi pokok-pokok di sekitar bandar kita sudah tidak sesihat mana.
Hijaunya kurang bermaya.
Terdapat lapisan habuk kota hinggap di permukaannya.
Jika dapat didengar rintihan mereka,
setiap pokok itu seolah-olah sedang menderita dengan kesan pembangunan alam yang tidak menitikberatkan kesempurnaan.

Balik dari aktiviti berbasikal,
aku terus siram pokok yang ditanam Abah di laman rumah.
Sekurang-kurangnya, aku berharap,
agar warna hijau akan kekal dikenali generasi akan datang,
bukan sekadar di dalam buku teks pembelajaran,
malah di dahan pohon yang tegak melambai.
(melankolik!)


OK!
Bagi menutup entri bosan ini,
aku nak semua pembaca yang bijak bestari menyelesaikan satu misteri.

Misterinya:
Semasa aku sedang mengayuh basikal,
secara spontan, aku akan pandang tangan aku yang sedang menggenggam handle basikal.
Sekejap kiri, sekejap kanan.
Walaupun aku sedar tindakan aku itu tidak membawa apa-apa makna,
aku akan tetap pandang setiap beberapa ketika.

Kenapakah hal ini berlaku?



postquam-scriptum:
Walaupun isi agak cacamarba, tapi harap pembaca dapat serap mesej kehijauan yang ingin disampaikan.

Nov 27, 2010

Jom berkata "HuuYooooo!!" #2

Juga dari blog Emilio Gomariz


klik simbol + kat kanan atas frame di atas untuk full screen.

walaupun tak se'HuYo' yang sebelum ni,
tapi kali ni aku agak ketagih nak dapatkan nama sendiri kat dalam segitiga tu.




cubalah! mesti bengang nak dapatkan nama sendiri!

SELAMAT HUJUNG MINGGU!

Nov 26, 2010

Berenang, Hari dan Aku

dua-enam-enam
maaf..


Aku ada masalah sikit baru-baru ni..



Hari Selasa lalu, aku dan beberapa teman sekolah dulu pergi berenang di Putrajaya.

Berenang memang best.
Sangat best!
Tersangat laa BEST!!!
Tapi hanya jika anda pandai berenang.

Macam aku,
trauma lemas masa aku umur 5 tahun masih segar dalam benak kepala.
Jadi, setiap kali air lebih paras dada, aku panik.
Maka, aku tak pandai berenang.

Tapi sekarang,
aku cuba kawal kepanikan diri.
Pada aku mind-set adalah penting.
Sekali panik, habis semua.

Maka,
bila orang loser tak pandai berenang macam aku ni datang kolam renang komuniti,
apa yang aku boleh buat hanya beberapa perkara sahaja:
  • Duduk gigi kolam main air dengan tapak tangan.
  • Buat muka kagum bila nampak orang pandai berenang merentasi satu kolam.
  • Celup kaki pastu kata "arrgh, sejuklah.."
  • Pergi tempat cetek, selam kepala dan kata "dah basah dah, jom balik!!"
  • Kongsi kolam cetek dengan kanak-kanak dengan alasan "Nak jaga keselamatan kanak-kanak. Diorang kan masa depan negara!!"




Semalam aku berkongsi pengalaman 'berenang' aku dengan keluarga semasa dalam perjalanan nak keluar makan malam di luar pada pukul 8 malam.
Semasa melalui surau perumahan kami, aku dengar orang baca Yaasin.

"Eh?? Kenapa orang kat surau baca Yaasin?? Ada orang meninggal ke??"
Semua ahli keluarga pandang aku serentak!

"Der, hari ni hari apa??" adik aku tanya.
"Hari Rabu...kan??"

Satu kereta bantai gelak.

"Hari ni hari Khamis laa. Malam Jumaat memang orang baca Yaasin kat surau."



OH! Itulah masalah aku.
Selama seminggu, aku terlambat satu hari.
Khamis aku kata rabu.
Rabu aku kata selasa.

Jadi, pengalaman loser berenang aku tu bukan hari Selasa yek.
Hari Rabu!
Aku terlambat satu hari.
Sila betulkan pembacaan anda di atas!


postquam-scriptum:
Itulah akibat bila tak alert dengan tarikh. Rupanya borang aku isi kat hospital hari tu semuanya silap tarikh, lambat sehari.


postquam-subscriptum:
Aku memang nak belajar berenang. Tapi segan laa..
Tambahan pulak kalo yang ajar aku tu garang ke, hape ke..
Adoi..Bile nak power berenang nih??

Nov 25, 2010

Satu Alam : The Pink Story



cEro kata,
"Saya yakin cerita ini akan dapat 40juta pageviews."

postquam-scriptum:
cEro bukan peminat pink!

Nov 24, 2010

Pusingkan Keadaan

dua-enam-empat..



Teman Mak pergi bank,
aku lepak kat luar dekat mesin ATM sebab aku bosan.
Dek kerana muka aku tak hensem,
semua yang cucuk duit kat ATM pandang aku macam aku peragut duit ATM orang.

Akibat dari ketidakselesaan itu,
aku berpindah tempat lepak ke tangga turun di depan pintu keluar bank.
Baru nampak macam pengemis sikit, tak nampak macam mat pit yang cilok duit ATM orang.


Keluar pasangan lelaki dan perempuan.
Muda, berpegangan tangan.
Tidak berfikiran buruk, aku anggap mereka kahwin muda.

Sedang turun tangga di mana aku merempat duduk di hujungnya,
si perempuan pasangan itu tersalah langkah
menyebabkan dia terjelepok terduduk di atas anak tangga.

Tu laa, pakai kasut wedges tinggi-tinggi lagi...



Sekarang muncul perkara menarik pada aku.

Selaku perempuan,
dengan jatuh terjelepok atas anak tangga,
malah di hadapan pasangan sendiri,
adalah SANGAT MEMALUKAN.

Pada si lelaki itu,
pasangannya terjatuh di hadapan mata.
Dia tahu kekasihnya dalam malu.

Kalau mahu ditolong, takut dikata memalukan.
Kalau mahu dibiar, takut dikata tidak sensitif.

Bagi ramai orang,
tindakan yang selalu dilakukan dalam situasi ini ialah,
si lelaki akan terus memegang pasangannya dan mengangkat.

Namun,
tindakan itu tidak menghilangkan rasa malu si perempuan,
seolah-olah kita malu berada dekat dengan pasangan yang jatuh.
Tambahan pula, aku dan beberapa pasang mata lain sedang melihat peristiwa memalukan itu.

Jadi, aku amat berminat dengan apa yang bakal dilakukan si lelaki itu.






"Tengok! Tangga pun dengki dengan kecantikan awak!"
Lalu si lelaki hulurkan tangan menanti disambut si perempuan yang sedang terduduk.

Si perempuan tersenyum.
Aku tersenyum.
Dan aku pasti, beberapa pasang mata yang lain pun turut tersenyum.
Tiada atmosfera memalukan di sekeliling mereka.

Si lelaki berjaya memusing keadaan memalukan kepada kata-kata manis yang bisa mengubat perasaan malu.
Dia tidak terus mengangkat pasangannya dan menampakkan dia malu dengan kejadian itu,
sebaliknya dia hanya menghulur tangan, dan keputusan untuk diangkat atau tidak terletak kepada si perempuan.


Aku suka.
Tindakannya memusingkan keadaan.

Aku suka.

Nov 22, 2010

Terus-Terang

dua-enam-tiga
maaf..


"Dia dah bertunang..."

------

Zaman kolej aku dulu,
aku ada seorang kawan sekelas. Namanya Y.
Lelaki ini dalam kawan-kawan aku memang kategori pak lawak.
Sesiapa pun yang duduk berhampiran dengan dia mesti takkan kering gusi, atau paling kurang akan tersenyum lebar.
Lawak dia tak pernah menyakitkan hati. Itu yang membuatkan dia disenangi.

Juga dalam kelompok kelas kami,
ada seorang perempuan nama N.
N seorang gadis yang pemalu.
Nak keluarkan suara pun, sangat perlahan nadanya.
Aku gelar dia 'Silent Princess'.
Tahap senyap habis.

Nak dipendekkan cerita,
aku pun pernah tersuka kat N.
Tapi atas sebab tertentu, aku batalkan niat aku.

Nak tahu sebabnya?
N aku umpamakan seperti matahari yang menyinar.
Bila terik, terasa bahangnya.
Bila redup, hilang silaunya.
Dengan kata lain, setiap tindak N dapat aku baca hanya dengan melihat wajahnya.

Satu hari aku ternampak N dalam kelompok dengan Y yang sedang berlawak.
N ketawa besar hasil jenaka si Y.
Satu permandangan yang berbeza.
Raut wajahnya kelihatan begitu selesa dengan Y.
Aku jangka, N menaruh hati terhadap Y.





"Aku suka N.."
Pengakuan Y membuatkan aku senyum.
Kata-kata tu diucap semasa aku dan Y berdua mengeteh di cafe.

"Tapi aku takut laa..
Dia cantik dan baik, sedangkan aku huha-huha orangnya.."



Satu hari lain, aku bertanya N.
"Kau tak ada suka mana-mana lelaki ke??"

"Aku ada suka sorang ni, tapi dia macam tak berminat dengan aku je.."
"Siapa??"


"Orangnya kelakar, semua orang suka dia..Aku tak layak.."

Penyataan itu menguatkan lagi kenyataan aku yang N sukakan Y.
N sukakan Y dan Y tidak tahu.
Y sukakan N dan N tidak tahu.
Masing-masing ada sebab sendiri tak mahu berterus-terang.
Rumit, kan??





Beberapa tahun kemudian,
aku keep in touch balik dengan Y.
Sambil lepak minum teh,
aku bertanya tentang N,
dia menjawab
"Dia dah bertunang. Baru je.."



Suasana sunyi seketika.




"Aku tak sempat pun beritahu dia yang aku sukakan dia.
Aku dapat tahu, dia bertunang atas desakan keluarga.
Beb, kalo aku tahu, dari awal aku terus-terang dengan dia.."

"Sabar laa bro. Dia dah jadi tunang orang.
Berdosa kacau tunang orang."
Aku tak layak nak nasihat.

Jelas.
Wajah Y jelas menunjukkan kekecewaan.
Sejelas lampu neon berkerdipan di kala bulan malam mengambang.
Sejelas mentari menyinar awan sehingga ternampak jalur peraknya.





Pengajaran buat aku,
betapa pentingnya jujur dengan hati sendiri
berterus-terang sebelum terlambat.
Andai dari awal salah seorang berterus-terang,
kesudahannya bukan begini.

Aku pun.
Kalau boleh, sekarang juga aku nak berterus-terang dengan gadis yang aku suka.
Tapi, apa daya,
persoalan utamanya adalah KALAU BOLEH,
sedangkan aku masih belum boleh.

Nov 21, 2010

Jom berkata "HuuYooooo!!"

Dari blog Emilio Gomariz



Amacam??
Cool huh??

Nov 20, 2010

Pada Mata Encik Google..

Hai dunia,



Inspirasi dari salah satu entri oleh Faisal Tehrani,



Kita dapat lihat apa seluruh dunia dengan diwakilkan Google ingin sampaikan.
Cubalah sendiri.

Lagi,



hm...
..dan mari kita fikirkan apa yang tersirat!

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!

postquam-scriptum:
Adakah kalian fikir Google bersikap jujur?


postquam-subscriptum:
73saat, aku makin hebat dalam membuat entri pendek camni. huh!

Nov 19, 2010

Ironi Kehidupan

dua-enam-KOSONG

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”



Aku seorang lelaki yang tak banyak kawan.
Dek kerana itu, aku amat hargai semua kawan-kawan aku..

Tapi,
dalam ramai-ramai kawan,
aku tak berkenan dengan satu jenis ni..
'Kawan yang memilih kawan kerana kejayaannya'

Ada seorang kawan. (dulu aku anggap dia member, tapi sekarang aku tak tahu status kami, sama ada kawan atau tidak lagi)
Dengan dia, kami pernah makan satu meja, buka puasa sama, duduk belajar sama-sama.

Tapi aku manusia,
ada jatuh bangun sendiri.
Malah aku akui, aku salah memilih masa depan satu tika dulu.
Ini membuatkan setiap langkah aku kini berat dengan beban.
Hingga ke satu tahap,
aku label diri aku sendiri sebagai seorang yang gagal, tiada apa-apa dan kosong. (dan dari situ aku dapat nama cEro).

Dengan kata lain, aku adalah manusia yang gagal.

Selepas berita kegagalan aku berkumandang di segenap telinga,
si kawan ni, langsung, diulang, LANGSUNG tidak bertegur sapa dengan aku, walaupun dalam Facebook, blog atau mana-mana medium yang wujud di alam fana ini.

Dia seolah-olah MALU nak mengaku aku sebagai seorang kawan lagi,
sedangkan satu masa dulu kita pernah makan tomyam satu meja disulami dengan gelak tawa lawak gay kita dulu.

Kalau aku seorang yang gagal,
sebagai kawan, kau patut membimbing aku,
atau paling kurang, masih menganggap aku sebagai seorang kawan.




Memang hadis Nabi S.A.W berkata kita hendaklah memilih kawan seperti petikan hadis yang aku kepilkan di atas,
tapi itu hadis yang membezakan antara rakan yang soleh dan rakan yang jahat.
Adakah dengan tidak berkawan dengan aku,
maksudnya aku adalah kawan yang jahat yang bakal membawa kau ke lembah kesesatan dan seterusnya menjadi bahan api neraka yang maha panas?

Dear friend,
at time I got stars,
and all As,
you were the one that came and asked for a hand.
And now, when I'm in my deepest valley,
you are the one that hide behind the damp.

YA!
Aku seorang yang gagal.
Sebab tu aku tak layak untuk mana-mana kebahagiaan.
Dan untuk anda si kawan,
aku redha!

postquam-scriptum:
Ironi, bila kita selalu dengar masalah orang, dan bila kita ada masalah, tiada siapa mampu mendengarnya.

Nov 18, 2010

Panggilan Dari 'Mak Mertua'

dua-lima-sembilan..
selamat hari raya haji.

Dalam dunia, ada sejenis orang yang takkan berhenti selagi tidak dapat apa yang dihajati. Bagi orang jenis begini, penyelesaian paling mudah adalah memberi apa yang dia mahukan. Namun, jika sudah melampaui batasan yang sepatutnya, terus-terang dan bersemuka adalah jalan terbaik. Hakikatnya, melarikan diri dari situasi bukanlah jalan yang bagus. Dan 'mendiamkan diri' juga salah satu dari cara melarikan diri.



Balik dari solat sunat Aidiladha,
bersalaman sesama ahli keluarga,
lalu aku baru sentuh makanan untuk sarapan.
Niat dalam hati nak pergi surau nak saksikan acara tumbangkan 9 ekor lembu korban,
tapi syaitan kukuh bergayut di mata menguasai diri,
aku rebah terlena dalam samping merah.

Pukul 12,
aku terjaga dek nada dering telefon bimbit.
Panggilan dari seseorang, tiada ID.

"Hello..." suara mamai aku memang seksi.
"Hello, ni makcik Ti ni.."

Makcik Ti?
Setahu aku, seorang je makcik yang ada simpan nombor telefon aku.
Makcik yang datang rumah masa orang lain sibuk berkampung hari raya lepas.
Makcik yang tegur aku kat stesen minyak tempoh hari.
Makcik yang sampai sudah aku tak tahu nama tu.
Mungkin dialah Makcik Ti yang dimaksudkan.

"Oh, ye..Makcik!! Selamat hari raya."
"Selamat hari raya...Hm, makcik telefon ni nak ajak hang datang rumah ujung minggu ni..Makcik ada buat kenduri aqiqah anak sedara makcik."

"Oh! Hari ape makcik??"
"Sabtu!"


"Kalau sabtu, mak abah ada hal..diorang pergi Klang ada kenduri gak."
"Alaa, mak abah hang takpa laa tak datang..Hang datang laa sorang. Kenduri kecik je pon.."

Uit, tak lain macam je bunyi.

"InsyaAllah makcik."
"Bagus! Datang na, jangan tak datang.."

---------



Petang aku cuba bertanya dengan emak aku.

"Mak, kenal tak Makcik Ti?"
"Yang mana? Yang mulut becok tu ka?"


"Yang loghat utara tu..Yang ari tu ada kenduri kawin anak sulung dia."
"Oh! Dia..Kenapa??"


"Dia suruh orang datang kenduri dia sabtu ni."
"Hm, mak lupa nak habaq. Hari tu jumpak dia kat kedai. Dia tanya psai hang."


"Psai orang?? Dia tanya apa?? Mak habaq apa??"
"Dia tanya hang buat apa. Mak habaq laa hang ada kat umah.
Abis tu, kenduri tu, dia ajak hang laa??"


"Dia ajak mak gak, tapi orang habaq laa mak abah ada kenduri kat Klang."
"Takpa. Hang pegi jaa.. Pergi sekali ja, bagi dia apa yang dia nak. Kalau tak, dia dok asyik tanya hang jaa.."


"OK laa mak, orang gi nanti.."
"Mak rasa dia berkenan dengan hang laa..Hahaha, nak jumpak mak mertua ka??"


"Aih mak ni.."
"Mak tak kesah. Soai jodoh anak-anak mak taknak masuk campoq!"


"Orang taknak laa..orang muda lagi!!"

Kata-kata mak aku sedikit sebanyak buat aku fikir panjang.
Apa pulak laa masalah aku dah libatkan diri ni.
Aku cuma nak hidup yang ringkas dan aman.
Adoi!!

postquam-scriptum:
Aku cadang nak pergi, pastu nak buat perangai buruk, pastu nak bagi Makcik Ti tu cancel aku sebagai calon menantu, pastu aku aman dan bebas. Hahaha!


postquam-subscriptum:
bagi tujuan privasi, Makcik Ti adalah bukan nama sebenar!

Nov 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431h

di sini,
dengan rendah dirinya aku mengucapkan,

SELAMAT HARI RAYA
AIDILADHA 1431h




"Jangan dipertikai sebanyak mana pengorbanan orang lain,
sebaliknya dihayati sedalam mana pengorbanan kita."

Nov 15, 2010

Suatu Ketika...

Suatu petang..




"Awak, nak tanya ni..
Sekarang ni, apa perkara yang paling awak teringin nak buat?"




"Oh!! Saya teringin nak makan mee segera yang dalam cup tu..
Kat rumah tak pernah ada..Selalu tengok iklan TV je.."




"Kalau camtu, JOM!!"
"Pergi mana???"




"Adalah..Nanti awak tahu laa..JOM!!"

Beberapa ketika kemudian..


"Nah!!"




"WAH!! Mee segera cup..
Awak ni, semata-mata...?"




"Amacam??"
Slurrrpp...sluurrppp!!!
"Mee segera paling sedap pernah saya makan.."
"Elehhh, mee segera je kot.."
.
.
.
.
.
.
.

"Sekarang giliran awak pulak bagitahu saya..
Apa perkara yang awak paling teringin nak buat sekarang?"

"Hm..Tak perlu kot.."
"Apesal??"

"Sebab saya dah dapat dah..."
"Apa dia??"

"Saya teringin nak lihat senyuman riang awak.." (perlahan)
"APA DIA?? Tak dengar laa..."

"Tak ada apa-apa laa.."
"Tak dengar laa, suara perlahan mengalahkan perempuan.."

"Oit, saya lelaki sejati tau.."
"Buwwekk..!!!"




postquam-scriptum:
Kadang-kala, kenangan terhebat bukan terletak pada harga, tetapi pada jiwa.
Ianya bukan berapa banyak anda berkorban, tetapi berapa dalam satu tindakan.


postquam-subscriptum:
Sebab tu aku suka sangat video 'Save The Date' perkahwinan Elyana dengan laki dia tu..Sebab salah satu scene dia terasa 'dekat' sangat..

updated:
Inilah link video 'Save The Date - Elyana & Khairul'




=============================
47) [link] 17 Minit Percuma Hidupku
46) [link] Sampai #3 Jika
45) [link] Sampai #2 Kenapa?
44) [link] Sampai
43) [link] Bergenang, namun Tidak Berlinang
42) [link] "Are We Cool?"




...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse

Nov 12, 2010

17 Minit Percuma Hidupku

dua-lima-tujuh-maaf.



"Awak, biar saya terus terang.
Hari tu, Padi ada suruh saya 'adjust' awak kat dia."

"Adjust?"
"Ya, dia kan suka awak. Dia nak saya cakap kat awak suruh terima dia."

"NO WAY!! Saya tak suka Padi. Dia buaya, ada banyak girlfriends."
"Banyak?? Serius??"


"Iya..Semua orang kat kolej dah tau.."
"Tapi kenapa Nani tak cakap apa-apa??"


"Nani suka kat Padi, tapi Padi tak mau.."

Sepintas, aku terasa macam zaman sekolah dulu.
Dia suka dia ni. Dia ni tak balas. Tapi dia ni suka dia tu. Jadi dia tolong dia ni pikat dia tu. Argh! Drama!!

"Awak macam rapat dengan Nani, awak suka dia ke??Nani tu kan macam comel-comel je.."
"Tak suka laa, tengok dia teringat adik saya..Sangat ntah hape-hape.."


"Hey, itu bestfriend saya tu yang awak kutuk tu.."
"Sape kutuk??"


"Awak kata dia ntah hape-hape.."
"Saya kata adik saya laa.."

"Hahahaha!!"

Perbualan telefon yang sangat meriah.
Aku sedang berada di bawah langit malam ketika tu.
Aku dapat 17 minit percuma sebab topup Celcom.
Bila dapat 17 minit percuma, apa lagi, tiada orang lain dalam fikiran aku untuk dihubungi.

Namun, keseronokan perbualan terhenti bila dia bertanyakan soalan ITU.

"Awak takde suka sape-sape ke??"

Kenapa dia tanya soalan begitu??
Tiba-tiba..
Takkan aku nak jawab,
"Saya suka awak tapi buat masa ni saya taknak fikir apa-apa.."

Lama aku terdiam.
Jadi, aku gunakan kemahiran 'menukar topik' aku.

"Cakap orang, awak tu tak ada suka sape-sape ke??"


"Saya ada suka seseorang, tapi dia macam tak suka saya balik.."

Hati aku dah berdebar semacam.

"Siapa? Saya kenal???"


"Ntah laa, tak tahu awak kenal ke tidak..Tapi rasanya awak kenal.."

Bukan nak perasan,
tapi tolonglah jangan cakap orang yang L maksudkan itu ialah aku.

"Bagitahu laa saya, mana tau saya boleh tolong tanyakan orang tu.."
.
.
.
.
.
"Hello??"
.
.
.
.
"Jangan kata dah tidur??"

Aku tengok muka depan henset aku.
Deng!!!
Henset aku padam sebab habis bateri!!
Patutlah warning tone tak dengar langsung, rupanya henset aku dalam silent mode.
Arghh!!!

Cepat-cepat aku masuk dalam rumah dan recharge henset.
Tapi,
sementara nak tunggu henset hidup semula,
dalam berbaring, aku terlena..
sampai esok pagi..




=============================
46) [link] Sampai #3 Jika
45) [link] Sampai #2 Kenapa?
44) [link] Sampai
43) [link] Bergenang, namun Tidak Berlinang
42) [link] "Are We Cool?"
41) [link] "You don't even have the right to say any 'L' words."




...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse

Nov 11, 2010

Impian Emas: Conteng Grafiti

salah satu dari 'golden dream' aku adalah buat mende ni.



Ini satu imej yang aku dah simpan lama dah dalam laptop aku,
tak ingat dah sumber dari mana..

Aku nak conteng grafiti ni kat dalam toilet awam.
In fact,
aku dah buat lakaran kasar atas buku sketch aku,
aku dah list-down aerosol paint yang diperlukan,
aku dah list antara toilet yang bakal jadi mangsa
dan salah satu toilet tersebut adalah toilet awam kat stesen LRT Bandar Tasik Selatan.


Jadi, para lelaki.
Kalau jumpa grafiti camni kat toilet awam yang korang masuk,
sila ingat aku..
Tapi jangan repot plak..
Tak psal-psal aku kena tangkap nanti...

Untuk para wanita,
aku belum berani lagi nak masuk toilet awam wanita,
sebab kalau kena dengan pendakwaraya yang hebat,
aku boleh didakwa di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan
di bawah seksyen 354: Kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.
Boleh dipenjara atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan.
(Aku tak reka, serius akta ni ada, tapi takde laa sampai ke tahap tu kena dakwa)

postquam-scriptum:
Anda mungkin rasa buat grafiti dalam toilet awam sesuatu yang menyusahkan orang.
Tapi pada aku, ianya lebih baik dan cantik dari golongan gay gila batang yang tinggalkan nombor telefon untuk pelanggan di dinding jamban.

Nov 10, 2010

Kalau Muka Cantik Tapi Mulut Busuk, Hati Busuk Juga!

dua-lima-enam
maaf..


Ingat lagi entri bertajuk 'DIA, yang Aku Sangat Kagumi' bertarikh 13 Jul?
Kalau tak ingat, ambil masa baca sekejap dengan klik link di atas.
Ianya kisah tentang seorang lelaki berketrampilan mat rempit, namun tidak langsung marahkan budak-budak yang melintas jalan tak pandang kiri kanan sehingga membahayakan dirinya dan budak-budak tersebut.

--------------------

Semalam,
semasa aku nak keluar,
ada berlaku satu peristiwa.


Rajah plan buruk di atas menunjukkan kedudukan moto aku di parking kawasan rumah aku.
Yang berkepala merah tu aku..
Dot dot merah itu adalah jalan yang harus aku ambil.
Kereta kuning besar tu adalah Storm, besar dan tinggi.





Aku undurkan moto untuk mengarah ke kanan,
tanpa disedari ada sebuah skuter Honda Click biru dari arah kanan.






Tak sempat aku nak ke depan balik mengelak,
BAAAMM!!!
Tercium mulutnya ke bontot aku.


Moto aku senget ke tepi,
tapi Honda Click tu tumbang ke kiri jalan.
Penunggangnya terdudk di atas jalan tar.
Penunggangnya seorang perempuan lebih kurang sebaya.

Dari segi salah,
aku mungkin salah sebab undur moto tak pandang kanan,
tapi aku pandang kiri.
Cik adik seorang lagi boleh disalahkan sebab itu jalan dua hala, tapi dia berada di kanan jalan.

Jadi, aku berniat nak marah dia.
Dah sedia dengan kata-kata maki dalam hati.
Tapi, bila nampak cik adik tu terduduk atas jalan tar,
dengan moto tersungkur kat kiri jalan,
aku cool sikit, dan teringatkan mat rempit dalam entri 'DIA, yang Aku Sangat Kagumi'.

"Sori, OK tak??" aku tanya.

"B*BI betol!" ayat mula cik adik tu.
"Ko ingat ni jalan bapak ko punye ke??
Sakit laa BODOH!!"

Kasar ayat dia.
Dia berdiri, gosok-gosok punggung seluar.
Aku dimaki hamun oleh dia dengan nada suara yang tinggi.
Sedangkan apa yang aku mampu buat ialah berdiam diri.
Segala jenis binatang keluar dari mulut 'wangi' dia.
Aku terus berulang kali meminta maaf.
Tapi tetap dibalas caci-maki...

"Sabar..Setiap sabar ada ganjarannya."
Benak hati kecil aku.

Bila ada dua moto berlanggar,
seorang lelaki, seorang perempuan,
yang perempuan asyik marah-marah,
yang lelaki asyik minta maaf,
orang luar yang tak nampak kejadian akan berfikiran bahawa yang salah adalah SI LELAKI.
Dan AKULAH lelaki itu.

Datang seorang pakcik yang aku tak kenal membebel depan aku.
Siap kata, "Aku kenal bapak ko ni, nak aku repot? Dasar mat rempit."

Tuhan saja yang tahu betapa terhinanya aku.
Dimaki dan dilabel mat rempit hanya kerena meminta maaf kepada orang yang buat salah.

Aku tak melawan, pekakkan diri, aku nak berambus dengan segera.
At least apa yang boleh aku buat ialah angkat moto Honda Click dia tu dan tolak ke tepi jalan.

Aku angkat.
Di bawahnya, aku ternampak sebijik henpon.
Aku angkat dan lihat.
Ada SMS yang tak sempat habis untuk ditaip.
Aku senyum.

"Itu henset aku laa.."
cik Adik tu meminta henfonnya.
Aku hulur, dan berkata,
"SMS semasa sedang bawak moto..
Awak patut malu dengan diri sendiri.."

Maka,
tersentaplah cik Adik tu dan pakcik yang tak dikenali yang nak repot kat bapak aku tu.
Ternyata Mat Rempit hina ni tak bersalah.
Kemalangan berpunca dari kecuaian berSMS sambil menunggang.

Aku berlalu tanpa kata.

Dua perkara aku kesali:
  • Perempuan yang sepatutnya bersifat lemah lembut, maki hamun aku padahal aku tak salah.
  • Pakcik yang tak tahu asal usul kejadian terus marah aku, ugut aku, dan label aku mat rempit hanya kerana aku lelaki yang tak hensem?

Dunia memang tak adil.


Kesian Elisa aku.
Tercabut nombor plat belakang.

postquam-scriptum:
Aku takkan lupa muka cik Adik tu.
Sekali lagi aku jumpa dia, aku rogol dia.
Hahaha (rogol rogol rogol rogol!!)

Nov 9, 2010

Aku dan Fesyen #2

dua-lima-lima
maaf..


Untuk kali kedua orang yang buta fesyen nak berbicara tentangnya.
Tapi kali ni aku lebih menjurus kepada trend lelaki yang pakai cermin mata gelap.

Memakai cermin mata gelap memang nampak cool habis.
Aku sendiri ada lebih lima cermin mata gelap.
Kebanyakannya aku gunakan ketika menunggang,
kerana, malangnya, silau mata aku tinggi dan mampu membahayakan penunggangan.
Dan juga untuk menghalang mata dicerobohi habuk!
Maklumlah, KL-Shah Alam dah macam perjalanan di padang pasir Gurun Sahara.

Tapi aku tiada niat langsung pakai cermin mata gelap untuk kelihatan 'kool'..
Alaa, kalau nampak kool tu kira bonus laa untuk aku yang kurang markah hensem ni.

Jadi,
amatlah menjadi satu isu pada aku tentang lelaki yang memakai cermin mata gelap DI DALAM BANGUNAN.
Kebanyakannya dalam shopping mall.

Tapi,
aku bukanlah suka sangat melabel orang tanpa sebab,
maka, dari menghukum, aku cuba memahami.



Atas sebab tertentu,
semalam aku ke sebuah shopping mall ni.
Bernasib baik, aku dapat bertemu hampir 8 orang lelaki yang bercermin mata gelap di dalam shopping mall itu.
Tapi yang paling menarik, ada seorang lelaki ni.

Penampilan memang sangat sama dengan apa yang aku selitkan dalam post sebelum ni (Aku dan Fesyen).
Bertopi felt, bermafla, berseluar pendek takat lutut, berkasut kanvas.
Bila difikirkan, kelakar pulak ada insan yang sebijik dengan description aku tu.

Aku tiada niat nak ekori dia.
Tapi kebetulan perjalanan kami di laluan yang sama.
Dia berjalan dengan seorang kawan lelaki,
gerak tubuh dia kelihatan sangat 'poyo'!
Oopps! Jangan menghukum, harus memahami.

Bersinggah di sebuah kedai baju,
baju yang dipegang dan diacahnya hanyalah baju ketat berkolar V.
Selama aku hidup, aku dapat tahu hanya golongan lelaki tertentu sahaja yang suka baju berkolar V ketat ni.
Sabar! Jangan menghukum, harus memahami.

Dia (dan kawannya) terserempak seorang kawan lain.
Bertepuk tampar sesama mereka..
Yang kawan baru dijumpainya itu, adoh, camne nak cakap ek??
Tangannya kelihatan sentiasa 'patah',
bergerak-gerak macam 'sotong'..(fahamkah anda?)
Aduh!! Jangan menghukum, harus memahami.

Mereka kelihatan seperti berbual-bual mengenai seluar yang dipakai encik 'poyo' ni..
Raba sana, belek sini.
Kelakar plak, nak je aku curi dengar apa yang diorang bualkan tentang seluar tu.
Sekali, dirabanya kawan tu di kawasan tengah itu.
Lepas tu mereka ketawa kuat.
AKU? Meremang!!
Cukup! Jangan menghukum, harus memahami.



Seketika,
encik 'poyo' tu menanggalkan topi feltnya.
Dari jauh, jelas kelihatan dia memakai subang hanya di satu belah telinganya sahaja.
Aku tak pasti kesahihannya, tapi kawan aku pernah kata lelaki yang bersubang di sebelah telinga adalah songsang.
Dan sedang aku berfikir tentang itu,
encik 'poyo' sedang mengusap belakang badan kawannya.

That's it!
Aku selesaikan apa yang aku perlu buat di situ.
Dan aku berambus dari tempat itu.

Mungkin kelihatan terlalu menghukum dan melabel,
tapi sejak dari itu, pada aku
kalau anda lelaki,
pakai cermin mata gelap dan topi felt,
bermafla, berseluar pendek dan berkasut kanvas,
ANDA ADALAH MANGSA FESYEN.

Tapi,
jika anda lelaki,
pakai cermin mata gelap dan topi felt,
bermafla, berseluar pendek dan berkasut kanvas,
suka baju V-neck, bersubang di sebelah telinga,
meraba kawan lelaki dan biarkan diri diraba kawan lelaki,
ANDA ADALAH MANGSA FESYEN yang GAY!



postquam-scriptum:
OK, secara peribadi,
aku nak berpesan kepada semua lelaki,
jika anda bukan gay, sila jangan berpakaian seperti di atas.
Dan untuk perempuan, sila jangan biarkan pasangan anda/ abang anda/ adik lelaki anda berpakaian seperti di atas.
Kesian, mangsa fesyen.

Nov 8, 2010

Aku dan Fesyen

dua-lima-empat
maaf...


Aku adalah lelaki biasa yang sangat tak peka dengan fashion terkini.
Dari kecil, pakaian atas aku kebanyakannya hanya t-shirt leher bulat.
Seluar, hanya kebelakangan ni je aku pakai jeans, yang kini sudah koyak di lutut.
Kasut aku, sepasang untuk 10 majlis.
Tapi untuk keluar, aku lebih gemar pakai selipar.
Selipar jepun yang kebanyakan dari kalian buat masuk jamban tu..



YA!
Aku adalah lelaki yang bosan!
Yang tak layak berbicara tentang fashion!

Dari mata aku,
aku lagi suka perempuan yang pakai baju kurung tradisional
tanpa corak yang berlebihan,
walaupun beribu jenis baju tradisional yang telah dimodenkan.
Aku lagi suka perempuan pakai tudung biasa,
yang biasa, bukan yang bersimpul-simpul apa segala bagai.
(Tapi yang pakai tudung bersimpul tu aku tak kata tak cantik yek!)
Penampilan kasual perempuan dengan berbaju T lengan panjang dan berseluar tidak terlalu ketat sudah memadai pada aku untuk kelihatan menarik.
Solekan minimal bedak asas dengan warna seiring dengan kulit sudah cukup.
Kasut sarung biasa yang tidak nampak menyusahkan sudah sedap mata memandang.

Tapi aku tahu,
semua ciri di atas, jika ada pada satu perempuan,
akan dikatakan 'tidak mengikut arus fashion'..

**********

Aku bukan jenis yang suka beli baju semberono.
Jika aku merasakan satu baju itu perlu,
baru aku keluar dan beli.

Sebagai contoh,
aku dapati stok baju lengan panjang aku sudah kurang.
Maka, semalam aku keluar ke JJ untuk merembat satu baju T leher bulat lengan panjang warna hitam tanpa corak. Plain black long-sleeve t-shirt.



Dengan niat mencari baju yang spesifik itu, aku keluar.
Pada aku, selagi tak jumpa baju yang diingini,
nampak laa baju lawa camne sekalipun, aku takkan tergugat.

Tapi,
tahukah anda,
terlalu spesifik untuk membeli sejenis baju juga adalah menyusahkan?

Hanya nak mencari baju-T hitam lengan panjang yang simple macam tu,
aku telah keluar masuk hampir 15 kedai baju termasuk Jusco Store,
dan hasilnya adalah KOSONG!
TIADA!

Yang ada terhampir adalah baju-T hitam lengan panjang dengan corak tulisan di badan, sedangkan aku mahu yang tiada corak.
Aku takkan beli kalau ianya tidak menepati citarasa.

Maka,
aku balik dengan hampa.

Tapi,
sepanjang aku berjalan mencari baju tersebut,
aku terberminat dengan satu pakaian orang perempuan ni.
Bahu dia kembong tapi bahagian lain agak mengikut badan.
Simple tapi sangat menarik.


Lebih kurang camni laa gayanya.

Aku tanya adik aku, dia kata itu dipanggil 'bubble shoulders',
tapi aku try google image 'bubble shoulder',
apa yang keluar bukan yang aku maksudkan.

Adakah ianya fashion yang terlalu baru?
Atau aku sendiri yang baru sedar kewujudan fashion baju tu?

Sesiapa tahu apa nama baju yang aku maksudkan tu??


postquam-scriptum:
Aku tak pasti, tapi adakah fashion untuk lelaki sekarang ialah baju yang T dan ada lilit mafla ala-ala duduk oversea, pakai seluar pendek takat lutut dan pakai topi felt?
Oh! Bercermin mata gelap yang besar walaupun duduk dalam shopping mall?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License