Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 26, 2010

Sampai #2 Kenapa?

kesinambungan entri Sampai


"Selaku lelaki yang paling rapat dengan L,
dan sebagai lelaki dengan lelaki,
boleh kau tolong aku?"
"Tolong apa, Padi?"

Padi terdiam,
aku tahu, dia agak segan untuk katakannya.
Sebenarnya,
aku tahu apa yang bakal dia katakan.
Semua orang dalam keadaan aku, akan tahu.
Aku cuma mahu uji sama ada dia cukup berani untuk menggerakkan mulutnya mengeluarkan perkataan.

"Kalau boleh, kau...dia...dengan aku.."
Padi menunjukkan isyarat dua jari telunjuk bertemu.
Aku tersenyum.



"Kau tahu,
semasa aku sekolah dulu,
ada seorang cikgu ni ajar aku.."
Aku cuba tenangkan dia.

"Cikgu tu kata,
PERASAAN SAYANG ibarat budak belajar BERDIRI.
Semasa kita lahir di dunia, kita tak pandai berdiri.
Tapi, masa demi masa, kita mempelajarinya.
Pada saat kita sedar, kita sudah pun boleh berlari.
Tapi kita tak pernah terfikir bila kita belajar berdiri.
Tiada paksaan, ada yang lambat, ada yang cepat."

Padi cuba memahami.
Aku rasa dia faham..
YA! Aku anggap dia faham...

"Aku cuba sedaya aku..
Aku tak jamin dia akan terus suka kau..
Tapi, apa yang mampu aku buat adalah bercakap pada dia supaya mempertimbangkannya.
Adakah ianya cukup bagus untuk kau."

"Bagus! Ianya dah cukup bagus!
Terima kasih!"
Padi datang rapat dah pegang kedua bahu aku dari depan.
Ditepuknya bahu aku berkali-kali.
Dan aku tak suka.

"Hari nak hujan,
aku balik dulu ya...
Kau pun berhati-hati,
moto kau tu tak ada bumbung,
nanti basah pulak ditimpa hujan..."

Aku kurang selesa dengan kata-kata Padi tu.
Sangat kurang selesa.

Padi berlalu.

Aku keluarkan telefon bimbit,
berbekalkan WiFi percuma kedai tempat kami lepak,
aku update status Facebook;
"Hujan di langit sudah turun, hujan di hati siapa yang tahu?"
Aku redah hujan untuk pulang ke rumah.




--------------------------------------------------

Dua hari kemudian,
aku bersama L di sebuah restoran bajet.

"Awak, saya ada benda nak cakap dengan awak...
Benda serius..."
"Apa dia?"

"How about you find yourself a boyfriend?"

L terdiam.
Seketika, seperti masa di sekeliling L dihentikan.
Dia terkaku, pandang aku.

"Kenapa awak tiba-tiba?
Awak tak suka keluar dengan saya ke?"
"TIDAK! Keluar dengan awak adalah perkara zaman muda yang terbaik pernah saya lakukan."

"Haha, itu sesuai diucap lelaki berumur 50 tahun..
Berapa umur awak sekarang, huh? Pakcik?"

Aku tersenyum kecil.

"Awak sedang cuba menukar topik!"

L juga tersenyum.
Dia pandang ke lantai, dan mengeluh.
"Hanya awak yang memahami..."




"Biar saya ceritakan sebuah kisah cinta.
Seorang perempuan biasa dan seorang lelaki yang bergelar 'Tengku'"

Dang!
'Tengku'? Adakah 'Tengku' itu?

"Dua orang bercinta,
adakah awak tahu apa perasaan ketika bercinta?
Indah! Satu perkataan dah cukup nak describe segalanya.
Satu perasaan di mana kita sentiasa mahu bersama..."


"Saya sayang awak, awak sayang saya...
Nanti sampai masa kita kahwin.
Mudah.."


"Tapi itu hanya kata-kata mulut..
Bila si jejaka bawa perempuan ni ke keluarga,
dia ditolak mentah-mentah atas alasan
'Perempuan sakit seperti awak tak layak untuk kami'"


"Penghinaan itu bukan bahagian yang paling pedih.
Yang paling pedih ialah si jejaka tidak langsung mahu mempertahan.
Seolah-olah perempuan tu di bawa ke rumahnya hanya untuk dihina."

"Siapa dalam dunia minta sakit?
Dan akhirnya dihina kerana sakit?
Siapa? Siapa?"

Silap aku sebab sentuh hal ni terlalu awal.
Jelas kelihatan genangan air di pinggiran kelopak mata dia.

"Cinta, sayang, suka,
semua tu tak lagi terkesan di hati saya.
Nasib orang sakit, memang tidak bawa untung."

Aku angkat mata aku,
aku tenung mata dia dengan tajam tanda tidak setuju dengan ungkapannya.

"Awak bertuah!
Awak dihina kerana sakit.
Satu sebab yang boleh awak ubah jika awak sihat."

L pandang tepat ke mata aku.

"Saya pernah dibuang hanya kerana NAMA!
Satu perkara yang tak boleh saya ubah,
sampai bila bila.
Sampai ke tahap saya pernah benci nama sendiri."

L berubah muka.

"Tapi, sampai sekarang
saya tak pernah pertikaikan perasaan sayang.
Kerana perasaan itu tak bersalah.
Yang bersalah adalah orang yang tidak menghargainya."

"Kenapa?" L bertanya.
"Kenapa saya tak pernah dengar awak sebut perkataan 'cinta'?"





=============================
44) [link] Sampai
43) [link] Bergenang, namun Tidak Berlinang
42) [link] "Are We Cool?"
41) [link] "You don't even have the right to say any 'L' words."
40) [link] Sampai Bila-Bila
39) [link] Aku Genggam Tanganku, Aku Lepas Ikatannya










...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse


21 comments:

  1. walaweh...
    ade lagi sambungannya ke?
    tak soba dah nih,
    isshh...

    ReplyDelete
  2. jeg jeng jenggg..
    macam cite misteri plak.
    hehehe

    ReplyDelete
  3. dah agak dah mesti mamat tu nak minta tolong.

    tp pada aku biar usaha sendiri kalau betul2 suka. kalau orang tak boleh terima, angkat kaki. face the fact. inilah kehidupan.

    hohoho hanya kerana nama, terimbau kembali saat itu...

    ReplyDelete
  4. cero..L tu kira best la boleh dgr kau cerita itu ini dengan penuh mukadimah..kalau petisuara lah aku nk bukak cita..die dah buat muke nk mintak sedas due dkt dahi dah..kehkeh

    ReplyDelete
  5. L ialah seorang gadis yang penyabar...pendengar yang baik...tapi adakah dia pemberi nasihat yang terbaik?wonder~~ huhu

    ReplyDelete
  6. hmm..sila sambung lg..
    sbb aku xley nk wat komen cite yg x abis..

    ReplyDelete
  7. aku pun takleh nak komen ape sbb aku taktau cte sterusnya.

    ReplyDelete
  8. dan smpi di sini,

    aku nak ckp,

    aku dah tak faham apa-apa.

    ReplyDelete
  9. bersambung...sme2 la kte tunggu apa jawapannya...:)

    ReplyDelete
  10. ahhhhh jiwang syialll, i cant take it anymoreee hahah.

    bile nak smbung ni..ske la potong2 cite best..grr

    ReplyDelete
  11. aku menunggu..
    kau sanggup cero luahkan cinta org sedangkan kau pun suka dia??ee..mau lempang kau laju2..

    ReplyDelete
  12. terbaik lah. aku tengah emo baca lak entry ni.

    patutlah pasal hujan tu. nak tanya tapi tunggu dulu mesti ada kaitan dengan ni. haha


    -kudozu

    ReplyDelete
  13. kenapa mcm makin kompleks nih???

    ReplyDelete
  14. memang fitrah true luv ni kena kompleks kot.jarang tgk true luv yg senang2 nak happily ever after

    ReplyDelete
  15. semakin serius dan dramatik...

    cepat la pukul 9...

    ReplyDelete
  16. next...



    -dinie-

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License