Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 4, 2010

Bergenang, namun Tidak Berlinang

doscientos veinticuatro
lo siento




Lebih kurang 20 tahun yang lalu,
dalam sebuah rumah,
tinggalnya keluarga bertiga.
Suami, Isteri, dan seorang anak.


"Abang, anak lelaki kita dah sekolah.
Nanti abang kerja, dia ke sekolah,
saya akan sunyi seorang kat rumah."
keluh si Isteri.


"Kalau awak sunyi, awak telefon saya.
Sepantas kilat saya datang temankan awak dari kerja."
Si Suami menjawab.


"Mana boleh, bang.
Sekarang ekonomi tak kukuh,
kalau awak main-main, teruk nanti"


Si Suami tersenyum,
perlahan dia usap tangan si Isteri.


"Semua usaha saya dalam syarikat adalah untuk kita sekeluarga.
Kalau awak saya abaikan, apa guna semua ni?"


Mereka berdua tersenyum.


"Apakata kita tambah satu anak.
Baru si W tu ada geng nak berkawan."
Si Isteri beri cadangan.


Wajah si Suami jelas berubah mendengar kenyataan si Isteri itu.
"Sayang, bukankah kita dah bincang hal ni dulu."


"Tapi bang, saya nak anak lagi.
Abang tak mahu?"
"Bukan abang tak mahu, tapi risiko.
Doktor pernah kata, awak terlalu lemah untuk mengandung."


"Itu dulu, bang!
Sekarang sudah moden.
Banyak kaedah baru yang mungkin sesuai.
Jom, kita bincang dengan doktor."


Selepas berfikir seketika,
si Suami bersetuju untuk meminta pandangan doktor.


********************


"Ianya memang tak mustahil, tapi tetap berisiko."
kata doktor.


Si Suami dan si Isteri berpandangan sesama sendiri.


"Kami sanggup tanggung risikonya, doktor."
Si Isteri membuat keputusan.
Sedangkan, si Suami diam mendengar.


"Baiklah, saya akan bantu puan sepanjang kandungan"


Mendengar kata-kata doktor,
si Isteri tersenyum lebar.
Tangan si Suami dirangkul erat.
Si Suami tersenyum.
Jauh di hati si Suami, berkata inilah senyuman yang membuatkan dia jatuh cinta dengan isterinya satu ketika dahulu.
Senyuman yang menghangatkan.


"Ya Allah, permudahkanlah segalanya."


********************


"Jika perempuan, saya nak letak namanya L*****.
Saya suka nama tu..
Kalau lelaki, awak berilah nama yang awak suka."
Si Isteri mengusap perutnya yang berisi 5 bulan.
Si Suami, di sebelah, mengucup dahi si Isteri.


"Ya Allah, permudahkanlah segalanya."


********************


10 bulan berlalu,
si Suami di wad bersalin menunggu.
Hampir separuh hari terdengar jeritan si Isteri dari dalam wad.


"Nurse, bagaimana?"
"Doktor, bagaimana?"
Resah si Suami bukan kepalang.


"Encik, banyakkan berdoa.
Sejak dari awal lagi, ianya satu risiko besar."
Doktor cuba tenangkan si Suami.


"Bersedia untuk segala kemungkinan."


Beberapa jam kemudian,
doktor, nurse, semua berpusu keluar dari wad.


"Bayi perempuan."
Kata seorang nurse.


"SYUKUR ALHAMDULILLAH!!"
Si Suami gembira sampai menitiskan airmata.


"Maafkan saya, Encik."
Si Suami tersentap.
Airmata gembira bertukar seram.
Kata-kata doktor bagaikan panahan petir yang tepat di dada si Suami.


"Kami sudah cuba sedaya upaya,
namun isteri encik terlalu lemah untuk bertahan terlalu lama.
Maafkan kami."

-----------------------------------------------


"Kalau awak nak tahu, W dan L diajar dari kecil untuk mengingati ibunya.
Walaupun L tak pernah bertemu, tapi Abah sentiasa terapkan nilai kasih sayang ibunya kepadanya.
L akan menatap gambar ibunya setiap hari sebelum tidur.
Dia sayangkan ibunya."

Mata aku bergenang,
namun aku tahu, aku tak patut linangkan.

"Wajah awak, sangat mirip wajah ibu L."
Abah menghulurkan album gambar lamanya.
Aku selak, aku terkesima.

MEMANG BENAR!
Seolah-olah melihat diri aku dalam versi lain jantina.
Cuma sudah tentu yang di dalam gambar kelihtan lebih cantik,
sedangkan aku masih bermasalah dalam sahsiah rupa diri.

"You have her face. She got her smile."

Sekarang,
ini menjelaskan segalanya.
Mengapa L mesra dengan aku dari mula.
Mengapa Abang W melayan aku baik dari awal.

Aku keliru.




=============================
42) [link] "Are We Cool?"
41) [link] "You don't even have the right to say any 'L' words."
40) [link] Sampai Bila-Bila
39) [link] Aku Genggam Tanganku, Aku Lepas Ikatannya
38) [link] HARAPAN? It's a BIG word.
37) [link] Awak JAHAT! Awak BODOH!!








...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse


35 comments:

  1. Kesian L... hilang ibu pada usia belum mencecah sehari..

    hah?? muka ko sama dgn muka emak L?? Betul ke?? eh pelik nih.. no wonder L suka beno dgn ko..

    ReplyDelete
  2. seriously..??!! majide..????
    uso..!
    xjauh rupanya pelanduk 2 serupa ko yerk..?
    patut L suka ko..n ley terima nasihat ko..
    teringin tgk muka mak die..n muka ko jugak..eheheh..

    ReplyDelete
  3. Wow! ni la org kate muka serupa 7 org n mgkin emak L slh seorg...n cma lain jantina...ko dh jmp 2 org muke iras ngn ko...tp mlgnye dua2 dh x de...klu x leh jmp face to face kan...

    ptt la L tabah n kuat...hurmmm...msa awl2 bc tue dh rasa ni cerita ttg L sbb de W...hihi3

    klu aku kat tmpt ko pon aku keliru...???
    btw aku x leh nk byg muke ko bertukar jntina...hihi3

    ReplyDelete
  4. alahaiii sedih la pulakkkkkkkk ciannnnnnn

    ReplyDelete
  5. muka ko sama dgn mak dia?
    biar betooollll...

    ReplyDelete
  6. wow..ni buat aku nak nagis lepas buat assigment. Patutlah dia sangat senang terima nasihat kau. Kau pun senang diterima dalam family dia. No wonderlah dia still dapat terima keputusan kau yang hari tu. Sebab kalau aku jadi L,aku susah nak terima keputusan kau.

    Kesian L kan.So sekarang kau ada alasan yang kukuh untuk terus ada dalam hidup L. Mungkin bukan sebagai kekasih. Tapi sebagai seorang sahabat dalam waktu L ketawa atau menangis.

    ReplyDelete
  7. it so touching...how could they told u now about it?

    ReplyDelete
  8. terkesima aku bce *fuh ayat.
    mmg keliru kot klau jd kau..
    pape pun, cool weh.. *speechless d

    ReplyDelete
  9. @WZulhilmi
    sama...serius!
    aku pon terkejut..

    @pu3aan
    versi perempuan punya aku..
    tp gmbar lame laa, gmbar tak brape nak kaler..

    @Miss Comot
    AKu sgt keliru...
    apa patut aku buat??

    @AngahSayang2314
    hm, sangat sedih...
    ada org bernasib macam ni..

    @KERAK NASI
    betoll..sangat...

    @sakura lover's
    itu yg aku fikirkan...
    mende ni membuatkan aku goyah dengan ape yg aku pernah putuskan...

    @FIFIEY LYCHEE MARATION
    maybe her dad thinks that I'm with her daughter..don't know, just a big MAYBE

    @m i r a f i q a
    keliru habes...
    aku buntu...

    ReplyDelete
  10. pehhh..sekali kau adik beradik camne..keliru double..hahaha..dah jadi cam cite kembar aku plak kn.

    ReplyDelete
  11. no comment.speechless.bye cero.u r on ur own.

    ReplyDelete
  12. sedeynya..
    tapi macam mana rupa bro cero dalam versi pompuan ek?jambu kot..heee

    ReplyDelete
  13. @hentakbelipat
    haha, giler arr super-dramatik kalo aku adik bradik dgn dia..hahaha
    takkan kot..hahaha

    @iemaZAIMAH
    mmg pon...sgt keliru...
    u r here dah memadai...

    @little cart00n
    dlm gmbar tu sgt cantik...
    tp hakikatnya aku tak secantik tu..hahaha

    ReplyDelete
  14. salam....
    sebenarnya suka baca blog ko tapi setakat nie x pernah bagi comment lagi...
    entry kali nie... hmmm... camne nak cakap ek~
    tergamam!!!

    ReplyDelete
  15. wowww...pelanduk 2 serupa...

    hmmm...nk kte mcm drama dh rmai kte camtu...tp mmg btul mcm drama...:)

    xsangka ek...smua kbtlan...

    n rasa kesian kt L...kalau aku kt tmpt die...xtau la...

    ReplyDelete
  16. sobs!!

    -kudozu

    ReplyDelete
  17. @3478824135363180381.0
    littlegirlz,
    terima kasih kerana komen...
    sila laa komen salalu, bukan susah pon, kan??
    hehehe

    @*dekli*
    haha, bukan macam drama laa,
    tp drama mcam aku...
    btw, itu yg buatkan aku tak brape nak pasti dgn keptusan sblom ni..

    @Anonymous
    Kudozu,
    sobs!!...

    ReplyDelete
  18. cero..adakah ini takdir??
    macam drama kan cite ni...
    diluar jangkaan

    ReplyDelete
  19. jgn byk pikir...;))



    -dinie-

    ReplyDelete
  20. @6653090466949069876.0
    nekmo,
    dr awal, semua ni mmg takdir...
    itu aku akui...

    @Anonymous
    tak boleh, kena byk pkir gak..
    dah terlalu celaru dah skang..
    tak tau ape patut buat lg..

    ReplyDelete
  21. i think i hv something to say,

    just follow the flow.all the best. :)

    ReplyDelete
  22. cero..
    sumpah macam tgh tgk cerekarama...
    citer kamu ni 1 dalam seribu tahu?

    ReplyDelete
  23. ini kan yang "abah" tu ckp masa die panggil kamu masuk bilik masa open house tuh kan??

    kan?

    ReplyDelete
  24. aku mahu sume ni berakhir dgn kebahagiaan....

    ReplyDelete
  25. @iemaZAIMAH
    thanks zaim!!
    dihargai..

    @AngahSayang2314
    haha, kalo angah tersentuh, cuba bayangkan cEro yg mendengar..

    @LUMUT
    yup, ni laa cite kat dalam bilik bacaan tu...
    yg Abah panggil tu...
    btw, sbb dia satu dlm seribu laa, cEro nak berkongsi...

    ReplyDelete
  26. cero said:
    haha, bukan macam drama laa,
    tp drama mcam aku...
    (btw, itu yg buatkan aku tak brape nak pasti dgn keptusan ni.)

    adakah cero menyesal?...

    ReplyDelete
  27. hehehe... insyallah~
    pasni if ada time surely komen

    ReplyDelete
  28. aku da bergenang air mata...tp tahan tak bagi berlinang..serius sedih....(~~)

    ReplyDelete
  29. @*dekli*
    menyesal???
    tidak!!!
    keputusan telah dibuat...
    segalanya demi kebaikan semua pihak..

    @♥♥LiTTLeGirLz♥♥
    thanks...

    @chomelxii
    hm, aku yg mendengar mmg lagi sedih kot...
    di pon dah potong2 dah cite ni...

    ReplyDelete
  30. nk tny...adakah gmbr yg ko edit tue gmbr mak L kew?

    ko mesti tgh pikir kan...
    apekah L kwn ngan ko sbb rupe ko @pun sbb die just nk kwn ngn ko kan...

    jwpn tue ade kat L...n klu aku jdi ko pon aku keliru...Tuhan temukan L dgn L...adakah ia satu kebetulan @ ketentuan??.....tiada siapa yg thu...hanya tuhan yg tahu.. :)
    (awat aku jiwang semacam ni?? hehe3)

    ReplyDelete
  31. @Miss Comot
    gambar tu? rahsia!!
    ko ckap mmg btol, aku keliru dgn L..
    tp skang aku tak kisah lg, sbb wlau apepon sbbnye, aku ttp nk jadi kawan dia..

    ReplyDelete
  32. meremang pulak bulu roma aku membacenye...baru rini dpt bace...bz macam haremmm...

    ReplyDelete
  33. @tuan tanah
    takpe, baca bila2 pon sama gak...
    thanks...
    teruskan meyokong yek!

    ReplyDelete
  34. mungkin serupa itu kebetulan,tp ko xperlu keliru ngn niat mereka...
    jaz tanam kn kt dri ko yg mereka ikhlas...believe in them n u'll belive in urself bro...u can do it...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License