Maaf.
Berhenti seketika di stesen minyak,
aku singgah membeli satu yogurt.
Disambung perjalanan seketika, aku berhenti di bawah sebatang pokok.
Sambil menikmati yogurt dibeli tadi, aku layani perasaan wajah ditiup angin sepoi bahasa.
Tenang.
Permandangannya adalah tepi hentian tol lebuhraya Kesas.
Dilihat jam di telefon bimbit,
7.07 petang.
Hampir Maghrib.
Aku terkenang apa yang berlaku 2 jam sebelumnya.
-----------
Bermula dengan sedikit perbualan kosong,
aku mulakan apa yang aku ingin perkatakan sejak semalam.
"L, saya ada hal nak cerita..."
"Apa dia??"
Aku mulakan sesi menipu aku.
"Semalam, ada seorang kawan, seorang perempuan..
Dia jumpa saya...
Dan dia terus terang pada saya..
Dia katakan dia sukakan saya...
Dia nak bersama saya..."
Aku sedaya upaya memandang ke tempat lain,
tapi aku sedar L menatap tepat ke wajah aku...
"Apa awak jawab?? Awak terima??"
"TIDAK!
Saya menolak...
Saya menolak dengan alasan saya belum bersedia untuk apa-apa komitmen.
At least for the next few years."
L diam.
"Saya masih mahu berkawan dengan dia.
Tapi dia kata, kami takkan boleh jadi sebagai kawan memandangkan saya dah menolak hati dia.."
L masih diam.
"Sekarang, saya nak pastikan sesuatu dari awak.
Awak tak ada apa-apa perasaan kat saya, kan???
Sebab, kalau awak ada, saya tak mampu nak membalas perasaan itu.."
L masih lagi diam.
"Namun, saya harap awak dan saya tetap kawan sampai bila-bila."
"Tapi kenapa sekarang baru awak cakap??"
L mula bersuara.
Aku pejam mata, tak mampu nak lihat muka dia.
"Seperti manusia lain, saya juga suka bila disayangi dan menyayangi.
Tapi, saya sedar, saya belum bersedia.
Saya manusia kerdil.
Dan saya tak mahu menjadi penghalang kepada kehidupan awak."
"Apa maksud awak??"
"Saya mahu kita terus sebagai kawan.
Dan dalam masa yang sama,
saya tak mahu menghalang awak kalau ada lelaki lain nak mendekati awak..."
"Awak nak beritahu, saya dan awak akan tetap sebagai kawan.
Kawan yang bermaksud kawan??"
It's a long pause.
"YA"
-------------------
Maka, aku sudahpun menegaskan kepadanya,
bahawa kami sekadar kawan.
Semuanya disebabkan, dari awal aku sudah membina harapan.
Dan aku sedia maklum, harapan aku hanyalah satu senda takdir.
Aku manusia kerdil.
Kini,
aku genggam tanganku, aku lepaskan ikatan.
Aku benci.
Tiba-tiba yogurt yang sepatutnya masam
menjadi masin.
=============================
38) [link] HARAPAN? It's a BIG word.
37) [link] Awak JAHAT! Awak BODOH!!
36) [link] Tiga L Bawah Satu Bumbung
35) [link] Ceritera Rindu
34) [link] Tentang Seseorang 5 [The Interlude]
33) [link] Tentang Seseorang 4 [The Last Verse]
...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse
ko yakin ke ko xde perasaan kat dia?
ReplyDeletewhy do u have to do this?
ReplyDeletebagi diri sendiri peluang boleh tak?
u never know what you future will be.
its not fair for her
xtau nak ckp pe bro..
ReplyDeletebile pikir2 balik logik jugak ape ko wat..
tp aku tau L mesti sedih ko ckp mcm tu..sbb korg masing2 penah membina harapan tu tanpa disedari..
tp kalo ko sendiri xbersedia dia nak ckp mcm mane lg..mesti la die terima seadanya keputusan ko..
ntah la bro..
xtau nak ckp pe...
................................
ReplyDeleteaku benci gak..
cehhhh..rugi beb..tapi ade sbb musibat sndri kn..jalan jelah
ReplyDeletecubalah lagi. mana tahu peluang masih ade
ReplyDeleteala..kenapa pulak.....
ReplyDeletehaish,kamoo sngaje menyulitkan kadaan.mungkin kah?
ReplyDeletekalo dah jodoh,tak ke mane,
ReplyDeleteokeh..
wish u best of luck..
^.^
ikut gerak hati berpandukan akal..
ReplyDeletejiwa ko akan tenang nanti
ape pon bro, all the best.
ReplyDeleteaku rase ko lebih mengerti kenapa ko perlu buat begitu kan.
berundur tak bererti kita kalah, mengalah bukan bererti kita lemah.
mungkin bukan masanya lagi, aku percaya pada benda itu juga, aku pun satu kapal dengan ko.
burung yang dilepas, akan senantiasa gembira hidupnya berbanding burung di sangkar, dan mungkin akan kembali suatu hari nanti...
aku pon buat lebih kurg camni jugak, last2 nyesal..hahaha
ReplyDeletetp aku tatau la ko camana. :)
jangan menipu diri sendiri kalau anda tak ckukup kuat...
ReplyDeleteitulah kata-kata yg penah seseorg ckp dekat aku...
tp tanpa mereka sedar...kita kene menipu diri sendiri utk hidup kadang2..
dats all
tapi kau kan suke die...
ReplyDeletesiot tol.
aku tak puas hati...haha
boooooooooosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
ReplyDeleteboooooooooooooo
booooooooooo
boooooooo
if u really love her,why u did this?
@KERAK NASI
ReplyDeleteaku yakin aku sedang menipu..
@.::WaNiE::.
diri aku bukan persoalan..
tp aku taknak tanam apa2 harapan..
mmg tak adil utk dia,
tp percaya, ini yg terbaik...
@pu3aan
kalo nak dicari salah,
salahkan aku..
sbb sekarang, i'm realyy NOBODY..
@tuan tanah
aku benci...
@hentakbelipat
rugi sekarang, tp aku percaya untung utk dia masa hadapan...
@kata kila
sudah cukup utk aku..
masa skang utk membina diri...
@Fina Fento
sbbkan perbezaan...
@aleen adela akoo ^_*
keadaan dah cukup sulit sejak dr mula..
@aYaz
percaya pd jodoh..
mmg btol..
@mimizuzuhaha
akal aku mengatakan ianya tepat walaupun hati pedih..
@Shukjessa
Aku ada sebab paling kukuh buat camni..
dan aku percaya, aku betul...
@Lupi
kalo camtu, dah tentu kau faham kesakitannya, kan??
@LUMUT
Diakui, aku memang suka dia..
tp suka je tak bawa ke mana...
@iemaZAIMAH
ReplyDeletesebab aku suka dia laa, aku buat camni...
suka bukan bermaksud perlu bersama..
aku hanya nak dia gembira, bukan sementara, tapi sampai bila-bila...
sampai bila-bila...
kau percaya yg kau tak ada menyimpan perasaan terhadap dia???
ReplyDeletekau tak rase kau mampu buat dia gembira ke?
ReplyDelete@AngahSayang2314
ReplyDeleteAku percaya aku sedang menipu..
@iemaZAIMAH
TAK! at least belum masanya...
life is always unfair and truth always hurt....
ReplyDeletetp aku rase ko dah wat yg terbaik yg ko mmpu n at least ko brani berterus terang dari ko terus biar die berteka-teki...
mgkin ni jln yg terbaik kan...wlpn pon hati serba-salah....
aku pon tgh alami ape yg ko alami...hahaha3 so aku tau rase mcm mn...hehe3
cal!!!!!!!!
ReplyDeleteapekah apekah apekah???
*__*
demmit cal!
ReplyDelete-kudozu
cero..hmm..kau nangis ke time kat tol kesas tu?kenapa yogurt tu dr masam jd masin?adakah sbb airmata kau?
ReplyDeletehmm...someone bagi aku...aku tak pandai bi...kau tolong translate ek..kau pandai bi kan??
its hurt to love someone and not be loved in return,but what is more paintfull is to loved someone and never find the courage to let that person know how you feel...
jika dia bijak, dia akan faham apa yg sudah anda lakukan. itu yang terbaik dari melukakan bila ianya dah terlambat. =)
ReplyDeletekawan,aku percaya kau tahu apa yang kau buat..memang kau sedang menipu diri kau..tapi kau tahu akan ada sesuatu yang manis menanti kau..semoga kau dan L tenang dengan keputusan ini..
ReplyDelete@Miss Comot
ReplyDeletesakit skarang hanya sementara..
dr aku biarkan harapan terus membina..
@LMN
hahaha, not a very happy ending laa..
@Anonymous
kudozu,
yes demmit cal...
@5212765168405628618.0
nenek moden,
tak! aku tak nangis sampai masuk dlm yogurt..
aku suma tahan sebak dan menyebabkan aku punya lidah hilang daya rasa sebenar..
'Pedih mencintai seseorang yang tidak balas cinta, tapi apa yang lebih pedih ialah mencintai seseorang dan tiada keberanian menyuarakan perasaannya'
@Fatin Mazelan
Dia bijak...
tapi kebenaran selalunya menyakitkan...
@sakura lover's
AKu juga percaya kalian faham apa yang aku buat...
Aku memang sedang menipu perasaan..
Tapi ianya untuk kebaikan dia..
and then when the time comes but she's already with someone else?r u willingly to face it?
ReplyDeleteada kau faham tak maksud tu?apa kau rasa?..al maklum..ak xpandai bi..tu ak mnx ko translate..hmm..pedih kan cero...
ReplyDelete@iemaZAIMAH
ReplyDeletebelieve it or not,
there'll never be the time..
kalo dia dah ade sape2, bukankah bermakna dia bahagia??
utk ape aku nak rebut kebahagiaan dia,kan??
@8055222269265442176.0
dear nekmo,
biar pedih, asal kesudahannya bahagia..
dan aku tahu, ko bukan tak pandai BI..
bongoxx....
ReplyDeleteaku yg sedih jd tambah sedih....
"sebab cinta tak semestinya bersatu"[ebiet g. ade-lagu untuk sebuah nama]
@chomelxii
ReplyDeleteayat tu mmg senang cakap..
tp nak laksanakan,
mmg sakit sgt..
then kau btul2 lepaskan dye lah ni?
ReplyDelete@iemaZAIMAH
ReplyDeleteayat 'lepaskan dia' tak brapa sesuai..
aku prefer 'tak nak dia membina harapan'..
YA! Aku tak nak dia membina harapan utk aku..
membaca kisah kau ni umpama membaca sebuah novel cinta yang tiada kesudahan.
ReplyDeleteaku yakin kau ade sebab kenapa kau buat mcm tu, mcm ni.
cinta tak perlukan jawapan.
cinta tak perlukan persoalan.
apa2pun aku doakan kalian bahagia.
*serius, aku mcm baca novel je ni.
lepaskan in term of perasaan.mksudnye adakah kau betul2 melepaskan perasaan kau terhadap dia?
ReplyDeleteigtkan sastera sgt mamat ni.cis.kih kih kih.
@hanaahmad
ReplyDeletedan 'novel' ini ditulis oleh orang yg tak pernah membaca habis mana-mana novel..
but then, I still wish that life will be as good as novel..
@iemaZAIMAH
tidak!
perasaan aku tetap sama...
siapa yang bertakhta, hanya aku saja yang tahu..
aku kan manusia, takde button delete semudah laptop..
kan??
elehhhhhhhhhhhhh...siapa bertakhta hanya kau yg tau konon.
ReplyDeletekiteorg yg bace ni.semuaaaaaaaaaaaaaaa tau.dia jugak yg kau mahu.
@iemaZAIMAH
ReplyDeletebeb! truth is far beyond reach..
AKu tak kata ya, aku tak kata tak..
aku tau..aku pun tengah lalui benda yang sama...tapi aku tak berdaya lagi nak buat macam apa yang kau buat nie..masih lagi simpan harapan..masih berharap restu...
ReplyDeletehmm..ok.
ReplyDeleteif kau mmg boleh lepas kn perasaan tu.
mungkin betul,she's not meant for u.
hidup pjg lg kn?
@chomelxii
ReplyDeletesakit kan??
tak apa, harapan tak salah..
aku cuma tak mahu dia ters mmbina harapan..
walaupun harapan kdg2 memberi sinar..
tp harapan aku tak bawa ke mana..
@iemaZAIMAH
haha, walaupun macam nak berakhir,
tp aku rasa semua ni baru permulaan...
life is a journey.
ReplyDeletedan byk lagi yg kite sndr pun x taw.
so,i'll sure that u'll be ok.kn?
btw,permulaan?mksd kau?
aku harap sgt aku jd cm kau boleh buat cerita dramatik macam ni. kalau baca novel lg membuatkan aku jd tak reti menulis. lebih baik aku berhenti membaca. haha. tapi, laki susah nak tls cerita mcm ni. gud job bro. aku kagum dan...
ReplyDeleteadmire ko!
hurmm...
ReplyDeletetak nak faham...
cz cEro sorg je yg btol2 faham...
tp rsanya bunga kt hati tetap mekar kn cEro...
kn...
@iemaZAIMAH
ReplyDeleteini satu permulaan aku bina diri sendiri...
@hanaahmad
admire is a big word..
haha, thanks...
@raja dinie
bunga ada di mana-mana..
hehehe