dan Sampai #2 Kenapa?
Aku tergamam...
Aku terlalu pandang rendah gadis depan mata aku ni.
Aku terlupa, dia pun seorang yang peka.
"Hm..."
Panjang aku berdehem.
"Awak perasan tak?
Ini kali pertama kita duduk dan berbual hal serius,
kan?"
L tersenyum.
"Kenapa? Awak tak suka ek??"
"Bukan tak suka, cuma terasa 'lebih dewasa'..."
"Lebih dewasa daripada biasa.."
"Hahaha!" Kami ketawa bersama.
"Awak takkan berjaya untuk tukar topik bila berdepan dengan saya,
percayalah!"
Aku terdiam.
L memang pandai.
Percubaan aku untuk tukar topik tidak menjadi.
"Tell me, kenapa?"
"Saya cuma rasa perkataan tu kurang sedap.."
"Kurang sedap? CINTA?"
"Ya..Kurang sedap untuk disebut, untuk didengar..."
"Sejak bila?"
"Sejak bila apa??"
"Sejak bila awak takut dengan cinta?"
Pergghhhh!!!
Ayat dia kali ni memang tepat ke diafragma aku.
"Perkataan takut macam terlalu ekstrem..
Saya prefer 'berhati-hati'..."
Ke hadapan L,
Jika setiap pagi,
pabila sinar mentari menyambar pipi,
dan apa yang terbayang adalah wajahnya,
akhirnya tersenyum sendiri,
itu bukannya CINTA.
Jika dalam lagu didengar di radio,
setiap nada irama mendayu,
dan alunannya membuai
kerana ianya lagu cinta,
itu bukannya CINTA.
Jika setiap pertemuan
apa yang ingin dilihat adalah senyuman dia,
dan di perakhiran
masih mahu melihat senyuman yang sama,
itu bukannya CINTA.
Jika di setiap masa bersama,
inginkan masa berlalu
selambat yang mungkin,
dan setiap kenangan tidak akan terpadam,
itu bukannya CINTA.
Jika di setiap tempat,
apa yang dilihat adalah indah dan kacak,
lalu diri dirasa kerdil,
sehingga terasa tiada layak,
itu bukannya CINTA.
Jika pada manusia biasa,
menyayangi seseorang,
namun dalam masa yang sama
sedar bahawa tiada kemampuan,
itu bukannya CINTA.
Jika pada diriku,
sanggup pertaruhkan segala milik
segala aset segala masa
hanya untuk memastikan kebahagiaan dirangkul kamu,
itu bukannya CINTA.
Jika bukan CINTA,
maka ianya APA?
------------
"Saya takut dengan perkataan tu sejak kenal awak, L"
ucap benak hati aku, tiada suara.
Di waktu akhir bersama L,
semasa melihat dia pergi melangkah ke dalam kereta,
dan dalam lambaian terakhirnya,
aku terdetik,
"Bagaimana aku nak beritahu dia yang aku sayangkan dia,
dan dalam masa yang sama aku tak mahu dia mengharap apa-apa dari aku?"
Maafkan aku Padi,
aku mungkin bodoh melepaskan gadis idaman dek kerana kebahagiaannya,
namun aku tak terlalu bodoh mempertaruhkan kebahagiaan gadis idaman kepada seseorang yang aku tak tahu pangkal alangnya.
Maafkan aku Padi.
Maafkan aku....
=============================
45) [link] Sampai #2 Kenapa?
44) [link] Sampai
43) [link] Bergenang, namun Tidak Berlinang
42) [link] "Are We Cool?"
41) [link] "You don't even have the right to say any 'L' words."
40) [link] Sampai Bila-Bila
...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse
hmmmm...blur....hhehehehe..
ReplyDeletetp ko jwb kt L ke x...blur ni...huhu
hahah kalau ko nak match23 kan ngn padi
ReplyDeleteaku unfollow blog ko
hahahaha
awak, stiap prempuan inginkan kebahagiaan. smpai bila awak perlu trus bgini??? tnya diri awak.. awak, tiada manusia yang smpurna dlm dunia ni, jadi kan stiap kekurang dlm dri awak sebagai kekuatan dlm hbungan awak bdua. atau awak takot untuk ade 1 tanggungjwab lain bila awak bterus trang.. saya doakan awak akan dpt kekuatan... pcayalah pada diri sndri.. sesungguhnya hnya kita yang mmpu mmlih ape yang terbaik dlm hdup ini. amin =)
ReplyDeletehmm..
ReplyDeleteso akhirnye ko xckp ape yg pd suh ckp tu kn..?
ReplyDeletegood..
tahniah bro.aku tabik kat kau.cuma aku rasa kau masih belum bersedia untuk ada sebarang hubungan kan dengan L? Just tell she.Aku tahu kau dapat bagitahu dia.Dan aku percaya dia akan faham. Kau biarkan dia macam tu terus membuat dia mengharap sesuatu yang tak pasti.
ReplyDeletethen? hurmm?
ReplyDeletela la la nak rebut hati seseorang biar ikhlas dari hati, usaha itu perlu, doa itu perlu.
ReplyDeletecinta kalau hanya indah di pangkal, konflik di pertengahan dan hiba di penghujung, bukanlah cinta.
tapi aku rasa ko perlu berterus terang juga lah, bila tuuu terpulang...
tapi still berterus terang itu adalah yang terbaek, paling tidak dia harus tahu. terima or tak terpulang, itu sememangnya di tangan dia.
yang lain-lain doalah banyak2. kita bukan romeo dan juliet, berharap cinta semata-mata tanpa harap dari Tuhan. Segala yang buruk, baik dan takdir di tanganNYa
'It's Hurts to love someone & not to be loved in return but what is more PAINFUL is when you love that person and you didn't find a COURAGE to let the person know how you feel'
ReplyDeletecero..cian L ko buat dia tertanya2...
ReplyDeletekau tak rasa cian ke cero?
buatnyee something happen dekat dia and dia cintakan kau...
t kau gak nyesal...sebab tak buat pape dekat dia...
aku doakan apa yg kau hajati dpat...
-nekmo-
nice one
ReplyDeletemasih tak faham.complicated sgt.
ReplyDeleteseperti ade sesuatu yg cuba d sembunyikan d cni. mesti ade sebab knp cuba d tidakkan perasaan tu kn?
ReplyDelete"bukan cinta biasa?"
hanya yg tahu saja yg tahu. (:
mungkin awak akta tak nak bagi dia berharap. tp dia nampak macamd ah berharap jerr.. hhuhu
ReplyDeletemari bermain teka-teki di sini...
ReplyDeleteaku rasa L adalah sorg perempuan yg smart lagi penyabar. dia xkan mendesak walaupun mungkin dia dpt tangkap apa dalam hati kau
cero, aku rasa nak nangis baca entry ni..ni aku baca dr pc. so, dapatlah komen sket.
ReplyDeleteaku rasa kisah ko ni macam komplicated. aku jeles plak bila kisah aku simple sangat-sangat. x macam kat dlm tv. x macam dalam kisah ko ni.
haih..wish u gud lux..
makin serius nmpk nya
ReplyDeletesy tunggu episod citer cEro nie.. gud luck cEro!
ReplyDeleteAku tk tau lah cero.. makin hari benda ni jadi complex sgt2.. be very careful in making ur decision ye.. :)
ReplyDeletebro cero..oh..bro cero..
ReplyDeletebgtau dpn2 trus sayang kat L tu boleh tak?
asal lambat sgt ni?!ish!geram tau baca kisah2 sedih bro ni! :p
...rumit...
ReplyDelete-dinie-
You start to get hurt the moment you start to care.
ReplyDelete-kudozu
cero,
ReplyDeletejika kedua kamu mengerti apa itu kasih sayang..kamu berdua akan kejar kearah itu.
kalau kamu rasakan kamu tidak setaraf..kamu boleh berusaha utk mencapai semua itu....perjalanan masih jauh..kamu juga dalam usaha untuk kejar cita-cita...
kamu bukan loser cero.
bukan.
dimata aku kau macam seorang pejuang....cuma kau tak nak kehilangan dia disaat kau sedang berusaha..dan kerana itu kau ingin beritahu dia..namun kau takut jika dia letakkan harapan pada kau but suatu hari kau terpaksa kecewa kan die...
ok aku merepek.
kau jgn pecaya ckp aku