Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 29, 2010

Aftermath

Aftermath
/ˈæftərˌmæθ, ˈɑf-/
–noun
1. something that results or follows from an event, esp. one of a disastrous or unfortunate nature; consequence: the aftermath of war; the aftermath of the flood.
2. a new growth of grass following one or more mowings, which may be grazed, mowed, or plowed under.









...dan
AKU SETUJU!!




Backlink
1) [
link] ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker
2) [
link] Dilema Awekku Blogger Terkenal!
3) [
link] Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster
4) [
link] Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA?
5) [
link] Selepas seminggu, tanya soalan tu je??
6) [
link] Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia
7) [
link] Adakah ini yang dikatakan REBOUND?

Adakah ini yang dikatakan REBOUND?

one-o-fifth..
I'm sorry..


REBOUND
/v. rɪˈbaʊnd, ˈriˈbaʊnd; n. ˈriˌbaʊnd, rɪˈbaʊnd/
-on the rebound,
a. after bouncing off the ground, a wall, etc.: He hit the ball on the rebound.
b. after being rejected by another: She didn't really love him; she married him on the rebound.




Keluar dari pejabat pos, lega..
Lepas setelkan beberapa bil, walaupun poket kontang,
namun memang rasa hilang bebanan.

"EH?? L***..." seseorang menyapa.
Aku berpaling.
Abang W.

Lepas bersalaman, kami putuskan mahu lepak minum-minum di sebuah restoran 'pekan lama' minum kopi.

"Tak sangka jumpa abang kat sini.."
"Abang pon terkejut nampak kau kat sini.."
Kata Abang W, dia ke kawasan itu kerana ada hal syarikat yang perlu diuruskan.
Dari pakaian, memang ternyata dia seorang ahli perniagaan,
Berkemeja lengkap segalanya, termasuk cafling di lengan.
Lebih mengejutkan dia boleh 'lepak minum' di waktu pejabat seperti ini,
menunjukkan dia seorang yang 'berkuasa' di syarikatnya.

"Biar abang terus terang,
sebab kau takkan dengar hal ni dari adik abang"

Adik yang dimaksudkan tentunya L, gadis dalam perhatian aku sekarang.

"Kebelakangan ni, L nampak sangat gembira,
dia nampak lebih ceria, tak macam 6 bulan lepas.."

"Apa berlaku 6 bulan lepas??" aku ingin tahu.

"L putus cinta teruk 6 bulan lepas.
Dia pernah bercinta dengan seorang 'Tengku'..
Tapi, keluarga Tengku tu tak setuju..
Lagipun, dia masih muda bagi kami semua pada masa tu.."

Aku sentap!




"Sejak putus, dia diam, murung dan banyak berkurung..
Even dia selalu ponteng kolej dia...
Kami semua risau..."

Aku masih berdiam diri.
Seribu fikiran terbit dari minda.

"Tapi sejak jumpa kau, dia dah lain..
Makin ceria..
Itu satu petanda baik dalam keluarga kami...
Kedatangan kau membawa sinar kepada kami.."


"Maksud abang, dia putus dengan 'Tengku' tu bukan disebabkan mereka sendiri ke?"
Aku berbunyi seperti keluar topik perbualan.

"HA'AH"
Sejurus terdengar jawapan itu,
dunia aku jadi putih.
Aku ingin lari ke sebuah dataran di tengah kutub selatan,
menjerit ke jurusan aurora yang menyinar megah,
dan hanya didengari oleh hati dan penguin-penguin berkeliaran.
"WWAAAARRRGGHHHHHHH!!!!!"




Adakah aku hanya pengisi tempat kosong?
Adakah aku hanya pengubat duka lara?
Hanya kebetulan aku dipilih Tuhan dan perasaan
untuk memeriahkan hidup seorang insan?

Mungkin aku adalah berita gembira buat mereka,
namun, itu bukan suatu yang gembira bagi diriku.
Aku rupanya hanyalah pengisi.
At least itu yang aku fikir..



APA PATUT AKU LAKUKAN SEKARANG??
ataupun aku terlalu banyak berfikir?




Backlink
1) [
link] ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker
2) [
link] Dilema Awekku Blogger Terkenal!
3) [
link] Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster
4) [
link] Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA?
5) [
link] Selepas seminggu, tanya soalan tu je??
6) [
link] Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia

Apr 27, 2010

Si Kacak, Si Tidak Kacak, Bola Getah dan Sabar

one-o-fourth,
and I'm sorry!!



Cerita bermula di sebuah taman permainan kanak-kanak..
Dua lelaki duduk melepak,
seorang kacak seorang tidak,
bercerita tentang apa yang yang berlaku dalam hidup dan apa yang tidak..

Lalu,
akibat dari melepak berdekatan dengan tempat kanak-kanak bermain bola,
bola getah berisi angin terbang mengenai si lelaki yang tidak kacak itu.
"Sori bang!!" kata seorang budak.
Lelaki tidak kacak itu angkat tangan tanda tiada rasa apa.

Masih rancak berbual,
datang lagi sekali bola terbang
tepat ke bahu kanan lelaki tidak kacak itu.
Kawannya, si lelaki kacak, tersenyum,
namun tiada senyuman dibibir lelaki tidak kacak..
"Sori bang!!" kata seorang budak.
Si lelaki tidak kacak berdiam diri.
Perbualan mereka disambungnya..

Selang beberapa minit,
sekali lagi bola terbang menerjah ke satu kepala,
masih milik si lelaki tidak kacak..
"Ooppss!!!" kedengaran keluh salah seorang budak,
si lelaki tidak kacak itu bangun dari tempat duduknya..

"Sabar aku ada limitnya..
Kalau dah 3 kali, sape boleh tahan!!!"

Si lelaki tidak kacak ingin memarahi budak-budak berkenaan.
Namun,
lengannya diragut lelaki kacak selaku kawannya..

Lelaki kacak berkata,
"Aih, sabar ko limit dia 3 je??
Sape yang tentukan??
Kenapa tak limitkan banyak sket??
50 ke, 100 ke..
Baru banyak pahala dapat!!"


Tikaman 1000 jarum menusuk ke kalbu si lelaki tidak kacak itu..
Lalu dia kembali dulu dan sambung perbualan..

Kemudian,
bola sekali lagi terbang ke arah mereka
kini hinggap di satu hidung
bukan milik si lelaki tidak kacak,
tetapi milik lelaki kacak pula..
Hidungnya merah, dan lendiran merah mengalir perlahan keluar..

"CELAKA PUNYA BUDAK!!! KORANG SENGAJA KE??"
Herdik si lelaki kacak itu..
Hm.....










Lelaki tidak kacak itu adalah aku..

Apr 26, 2010

tEka-tEki #10 Dalam banyak-banyak...

one-o-third..
I'm sorry!!



tEka-tEki dah sampai bilangan ke #10..
Dalam merai kesepuluhan ini, aku beri tEka-tEki yang sangat senang.


Pernah main tEka-tEki yang mula dengan "Dalam banyak-banyak.."??
Selalunya jawapannya tak logik dan diikuti dengan sebab yang kelakar.
Aku selalu main, dlm bas masa nak gi berkhemah masa sekolah dulu,
dalam kelas masa cikgu tak ada, masa rehat takde duit nak gi kantin..
Hahaha!!

Ok,
sekarang aku berikan tEka-tEki bertajuk 'Dalam banyak-banyak'..
Sangat mudah, silalah jawab..
Owh ye, takde logik perlu diaplikasikan di sini.
Jawapan tak semestinya satu, mungkin 18..
Hehehehe..

Lebih banyak tEka-tEki di sini

================================

Dalam banyak-banyak..

Tahap kesukaran SS

  1. Dalam banyak-banyak jam, jam apa tidak menunjukkan waktu?

  2. Dalam banyak-banyak jam, jam apa yang gelap?

  3. Dalam banyak-banyak jam, jam apa yang harum?

  4. Dalam banyak-banyak jam, jam apa yang busuk?

  5. Dalam banyak-banyak superhero, superhero mana yang bengong?

  6. Dalam banyak-banyak rambut, rambut apa yang boleh makan?

  7. Dalam banyak-banyak mee, mee apa yang tak boleh dimakan?

  8. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?

  9. Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang tak boleh dikunyah?

  10. Dalam banyak-banyak straw, straw apa yang sedap dimakan?

  11. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang lompat dari pokok ke pokok?

  12. Dalam banyak-banyak benda, benda apa yang walaupun dia kecil, tetap akan dipanggil besar?

  13. Dalam banyak-banyak benda, benda apa yang sebelum guna warna hitam, semasa guna warna merah, selepas guna warna putih/kelabu?


================================

Silalah jawab..
Kalau anda ada versi anda punya (sure ada),
jom laa berkongsi di ruangan komen..
Btw, GOOD LUCK!!

Jawapan akan diterbitkan dalam post #112

Apr 25, 2010

Andai kau jatuh, ingatlah pesanku wahai kawan

Entri ini istimewa buat seorang insan ku gelar kawan. Wajahmu kuibarat matahari yang menyinar. Andai ada kepulan awan mendung menghadang, sinarmu menjadi malap. Orang buta juga mampu merasakan beza bahangnya. Apabila hujan, habamu tak dapat lagi dirasa. Apa yang ada hanya kemurungan.

Khusus untuk kawan aku yang sedang bersedih dalam hatinya.
Walaupun dirinya sentiasa senyum,
aku dapat rasa dia sedang menyembunyikan pedihnya.



Kau adalah insan bertuah,
di kala kawan keliling kau bahagia,
walaupun kau hanya menumpang gembira,
namun percayalah,
dugaan yang kau lalui itu adalah rahmat
satu ujian yang mendewasakan.

Kau beruntung, Tuhan memilih kau
untuk menghadapi dugaan sedemikian,
kerana bukan semua insan diberi ujian-Nya,
namun kau masih tempuhinya dengan tabah.
Dan itu mematangkan,
kerana kau dapat pengajaran dari guru terbaik dalam dunia,
seorang guru bernama pengalaman.

Andai aku mampu mengesat airmata hati kau,
aku rela gadaikan jiwa berbuat demikian.
Kerana aku sakit melihat kau senyum menahan pedih.
Malangnya, aku hanya mampu mengarang.

Bersyukurlah..
Biarkan yang lalu terus berlalu..
Kerana yang mendatang akan tetap datang.


=============================================

Entri khas untuk seorang kawan yang sering mengeluh akan nasibnya tanpa dia sedari di Facebook dan Twitter. Dan bila aku tanya 'kenapa?', jawapannya hanya 'tiada apa-apa'. Kalau kau tahu diri kau adalah orangnya, respon kepadaku. Kalau kau sudi, aku rela belanja kau tengok Iron Man 2 (premier seat lg) sebagai pereda sakit di hati. Kerana, sama ada kau sedar atau tak, kaulah sumber inspirasi diri ini.

Seriously, I'm hurt just by looking you smile while raining inside.

Apr 23, 2010

Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia

this is second after hundred,
I'm sorry!!



Satu SMS berbunyi,
"Pkul 6 ni L ikut abg pegi Mines..
Abg ada nk beli brg ape tah..
L saje nk ikut..
Jom minum2, nak?"


OK, dia ajak jumpa, aku kurang sedia..
Tapi, difikir-fikir balik, ape yang perlu aku sediakan, kan??



Dunkin Donuts the Mines tempatnya,
aku sampai agak lewat, 6.15 pm,
sebab singgah isi minyak jap tadi..
Sampai di
DD, aku dah nmpak si dia..
Duduk mengadap ke dalam dengan kelibat seorang lelaki di sebelah.
Lelaki kacak yang sama aku nampak dalam entri
#95..

"HAI!!" si dia tegur.
Aku senyum dan hai kembali..
Si Abang bangun dari kerusi dan bersalaman.
"Saya W***."
"Saya L***."
Si Abang W tersenyum.

"See. I told u nama kitorang sama..
Abang tak percaya nama awak cam pompuan.."

Aku tergelak kecil mengiringi senyuman lebar Abang W.

"Okay laa, korang minum dulu.
Abang pergi beli barang jap yek!!"

Abang W hilang dari pandangan mata.

Selepas order set, aku duduk.
Tabiat buruk aku bila jumpa orang adalah aku akan analisa orang itu setiap inci.
Berseluar jean, kasut perempuan yang dipanggil wedges or something,
pakai shirt dengan perkataan hapetah tertulis dekat tempat yang aku taknak tengok!
Rambut disepit, disisir rapi.
Ada kesan timbul di jari hantu tangan kiri menunjukkan dia pengguna tangan kiri.
Sama ada hobinya menulis, atau dia banyak menggunakan gunting.
Satu-satunya warna yang ada pada dia selepas 3 kali berjumpa adalah HIJAU.
Dan aku rasa dia suka warna hijau sebab casing henpon yang dia letak atas meja warna hijau.
Namun, bau harum dia tetap sama.
HENTIKAN!! Tak boleh bau banyak-banyak!!
Baiklah, sesi analisa tamat.

"Ari tu awak tanya psal blogging, awak blogging ke??"
Alamak, dia tanya camtu plak..
Apa patut aku jawab?? Tipu ke tak tipu??
"Alaa, saje tanya..Kebanyakan pompuan kan suka blogging.."
YES!!! Dapat beri jawapan dengan tidak menjawab soalan..
Aku memang hebat!!



"Awak nak tahu, tadi saya datang dengan abang.
Hujan kat tempat saya...
Nampak orang bawak moto, kesian saya tengok..
Basah!!
Awak bawak moto kan??"

"Ha'ah..Tapi kat tempat saya tak hujan.." aku jawab!
"Saya macam suka nak bawak moto,
macam best je dapat angin, kan??"


Kebanyakan perempuan lebih suka lelaki yang berkereta dari bermotosikal.
Alasannya keselamatan,
sedangkan faktor sebenar ialah orang berkereta lebih nampak meyakinkan dari segi kewangan.

"Apa kata lain kali awak ajar saya bawak moto.." dia bercakap sambil senyum.
Uhhh!!!
Kalau aku ais di kutub utara, dah lama aku cair,
bukan sebab pemanasan global, tapi sebab kemanisan senyuman tu.
Walau macam mana pun aku terkejut dengan permintaan dia.

"Awak serius??"
"Mesti laa.."
"Famili awak tak marah ke??"
"Hmm, tak tahu lagi..Sebab kitorang tak pernah terpikir pon nak ada moto.
Semua bawak krete je..."
AMEK KO..
Dari ayat dia, aku tahu dia bukan orang biasa.
Famili dia kaya rasanya.
Beg tangan yang dia bawak, walaupun nampak kasual, tp aku nampak logo bulat-bulat yang aku tahu tu logo jenama mahal..
Tapi aku tak tahu apa namanya ntah..

"Awak mintak kebenaran dulu dengan famili,
kalau dibenarkan, saya ajar awak bawak moto.."

"Yeeahh!!! Baguss!!"
Kali ni dia ketawa riang.
Adus, habis laa kutub utara lapang jadi padang jarak.


Lama kami berbual,
walaupun dia lebih banyak berkata-kata,
aku lebih banyak mendengar.
Bagiku ianya seolah-olah irama indah yang menenangkan perasaan.
Kalau aku ada alat kawalan jauh yang ada dalam filem Click,
aku nak 'slow motion'kan saat ketika ini supaya aku dapat nikmati setiap irama indahnya.

Abang W kelihatan dari jauh,
membimbit barang dalam plastik yang banyak.
Juga, itulah tanda bahawa terapi indah ini bakal berakhir.

"Rancak berbual?" Abang W menegur.
"Hahaha, dia ni lawak laa bang.
Ada dia boleh kata filem Kick Ass kalau translate BM jadi Tendang Punggung!!"

Si dia tak habis gelak lagi..

Sudah tiba saat masing-masing pulang.
Aku bersalaman dengan Abang W,
senyum dengan L..

Sebelum pulang, aku berkata,
"Awak, boleh mintak tolong sket??".
"Apa dia?? Cakaplah.."
"Boleh tak kita jangan ber'saya-awak', kita ber'aku-kau' je laa, OK??"

Dia terdiam.
Muka tiada perasaan.

"Hm, kalau awak nak ber'aku-kau' dengan saya, saya tak kesah.
Tapi saya tetap nak ber'saya-awak' dengan awak..
Sebab saya saya, awak awak!!"


Penangan hebat ke atas jantung aku.
Kalau kalian nak tahu,
permintaan itu aku sarankan kat semua perempuan yang aku label kawan.
Dan 100% dari mereka bersetuju dan ber'aku-kau' dengan aku..
Tapi, inilah kali pertama,
permintaan aku itu ditolak bulat-bulat..

Dan hanya kerana dia menolak permintaan itu,
aku semakin berminat dengan dia..
Kerana dia sangat lain dari perempuan yang pernah aku jumpa.



Backlink
1) ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker [
link]
2) Dilema Awekku Blogger Terkenal! [
link]
3) Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster [
link]
4) Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA? [
link]
5) Selepas seminggu, tanya soalan tu je?? [
link]

Apr 22, 2010

Amaran kepada Perokok: Kalau nak MATI, Jangan Susahkan Orang Lain!

this is one past hundredth,
and I'm sorry!!


Kalau anda seorang perokok,
sila keraskan hati sebab aku bakal menghina kalian semua dalam entri ini.

Pergi pekan nak beli air soya.
Semasa menunggu
ada mamat sorang ni merokok tepi aku.
Oleh sebab tak ada signboard
'dilarang merokok',
aku biarkan je sebab Malaysia negara merdeka.

Tak tahu mamat tu sengaja ke tidak,
dia buang puntung rokok ke bawah
dan serpihan abu rokok terpelanting ke kaki aku..
Dah laa aku pakai selipar jepun je..
SAKIT SIOT!!

Oleh sebab dia dah mintak maaf,
aku redha dan lepaskan..

Kes satu
TAMAT!


Balik rumah,
rumah aku rumah quarters tingkat bawah.
Jadi aku pon masuk laa ikut beranda.
Sebelum masuk,
PAAP!!
Bajuku berasap!!!

Aku pandang baju aku,
bajuku berlubang, kulitku melecur.
Cuba teka kenapa?
ADA BAHALOL BUANG PUNTUNG ROKOK DARI ATAS!!!
SAKIT SIOT!!


Nak jerit tak guna,
nampak mcam orang bodoh!
Jadi, aku kutip puntung berasap tu..
Pergi naik ketuk rumah yang bersalah.
Kebetulan yang membuka adalah si pesalah, seorang pakcik!

"Saya tak mahu dikatakan kurang ajar,
tapi saya nak bagi ni kat pakcik!"

Aku hulurkan puntung berasap dia tadi.

"Saya cuma nak cakap, kalau nak merokok,
sila jangan menyusahkan orang lain"
,
sambil aku tunjuk baju berlubang aku...

Dia diam.
Tapi muka dia nampak jelas tak puas hati.

Semenjak itu,
mak aku kata pakcik tu bermasam muka dengan famili aku.
ADAKAH AKU BERSALAH DI SINI??



Atas sebab aku hormat dia selaku orang yang lebih tua dari aku,
aku susun ayat yang baEk punya!!
tapi tetap takleh terima!!

Aku tak marah kalau nak merokok,
tapi kalau nak mati,
mati laa sorang-sorang!!
Jangan libatkan orang lain..
Bajet hebat merokok, tapi buang puntung merata-rata!
Kucing pun tau kambus tahi lepas berak!
Ni akal dikurnia Tuhan tak guna!!
BANGANG TAK SEDAR DEK UNTUNG!!

Now tell me,
MACAMANA AKU NAK TEGUR ORANG TUA PASAL MEROKOK?
TEGUR NAMPAK BIADAB.
TAK TEGUR MELAMPAU PULAK!!

Apr 21, 2010

100 post 1 tahun : nULL & aLteRnate

this is hundredth..
..in after one year..
..and I'm sorry!!



Pejam celik dah setahun blog ini berlalu..
22 April 2009, lahirnya blog ini..
Berteraskan prinsip perkongsian pengalaman dan hobi,
aku mula semakin aktif sejak 6 bulan yang lalu.

Kini, aku sediakan soalan dari pembaca yang aku kumpul dari post pertama sekali.
  1. Sebenarnya gambar header tu otak ke tahi??


    Hm, oleh sebab header hanya ada gambar tu, ramai yang tak tahu, nama blog ini adalah nULL & aLteRnate.
    Ianya datang Null and Alternative hypotheses [wiki Null - wiki Alternative].
    Kaitannya, kalau anda perasan, blog ini sentiasa memaparkan 2 keadaan dalam satu situasi dalam setiap entrinya.

    Gambar header itu sangat sesuai dengan tajuk blog ini.
    Ianya adalah representasi sama ada ianya otak, organ paling berguna dalam manusia, ataupun tahi, sisa buangan yang sangat tidak berguna.
    Ianya terpulang kepada pembaca untuk interpret gambar itu.

    Gambar itu juga merupakan daya penarik pertama blog ini memandangkan ianya adalah element pertama yang akan loading semasa blog ini dibuka.
    Secara psikologi, ianya memberi tanggapan kepada anda bahawa blog ini santai dan pembaca takkan memberi ekspektasi tinggi tentang segala yang diterbitkan.
  2. tEka-tEki memang menarik, tapi setiap entri tEka-tEki mesti kurang komen dari pembaca.
    Adakah anda syok sendiri atau perasan hebat?

    Berprinsipkan 'perkongsian pengalaman dan hobi', tEka-tEki memang salah satu dari hobi aku sejak kecil lagi. Maka, tak salah aku berkongsi hobi.

    Lagipun, walaupun banyak entri lain ada komen sampai berpuluh-puluh,
    tEka-tEki merupakan keyword utama blog ini setiap minggu dalam semua enjin carian internet.
    Ianya takkan berkurangan seperti gossip-gossip artis.
    Selagi ada orang search tEka-tEki, blog ini tetap akan berpengunjung.
  3. Lagi pasal tEka-tEki, boleh tak aku nak ambil tEka-tEki tu dan gunakannya?

    Adalah sangat dipersilakan.
    Tapi, kalau nak terbitkan dalam blog atau media lain,
    diharapkan bolehlah link balik ke blog ni yek!!
  4. Hari demi hari, wajah si penulis semakin hilang dari blog ni.
    Kau takut orang kutuk muka kau ke??

    Aku memang tak hensem, sebab tu tak ada awek lagi sampai sekarang.
    tapi itu bukan sebab aku tak letak gambar sendiri dalam post kebelakangan ni.
    Ianya adalah sebab aku sedang sedaya upaya merahsiakan blog ini dari seseorang.
    Maka, segala gambaran visual aku cuba dielakkan.
  5. Tak berminat ke nak guna domain dot com sendiri??

    Blogging is just my hobby.
    Aku bukan sangat serius, tapi dalam masa yang sama, aku tak ambil mudah blogging ni.
    Pada aku, dan sebilangan orang lain, perkataan 'blogspot' di link url tu adalah satu 'brand name'.
    Bayangkan, anda nampak URL dot com dan blogspot dot com,
    yang mana satu anda yakin itu adalah blog??
    Semestinya blogspot dot com, kan??
  6. Apa hobi kau?? Sekejap rasa macam photography, sekejap macam tEka-tEki?

    Dulu, hobi utama aku adalah melukis.
    Tapi, sejak aku terlibat dalam satu kemalangan, aku gagal melukis dengan baik sebab tangan aku sedikit sulit.
    Sekarang, aku mula melukis kembali, tp buruk laa..

    Kini, selain bertEka-tEki, aku sangat suka tatap langit malam.
    Tengok bintang dan bulan, so addictive!!!
    Dalam hidup aku, hanya seorang sahaja yang aku kenal ada hobi yang sama.
    Hanya dia seorang (buat masa ini) yang suka berkongsi tengok langit dengan aku.
  7. Antara Lisa Surihani dengan Scha Al-Yahya, mana kau suka??

    Sudah tentu,
    Lisa Surihani.

    Aku minat dia dari mula-mula dia jadi host rancangan Whoa! di NTV7 sebagai selingan anime-anime hari sabtu dan ahad. Waktu tu aku rasa tak ada sape kenal dia sebagai Lisa Surihani.

    Bukan aku tak suka Scha Al-Yahya, tapi aku kurang berminat dengan 'Al-Yahya' dan segala gelaran 'Al-' dalam dunia ni atas sebab pengalaman diri yang tak boleh aku ceritakan. Please, no offense
  8. Boleh kita kawan??

    BOLEH SANGAT!!!
    Boleh add aku dalam Facebook.
    Tapi pastikan aku tahu korang dari blog.

    Dan yang aku nak minta tolong,
    aku ada prinsip di mana aku takkan berbicara tentang blog di luar blog.
    Dengan kata lain, kalau nak kawan dengan aku,
    jangan bincang atau kata LANGSUNG tentang blog dengan aku di luar blog.
    Letak status "Woit, aku suka blog ko" dalam wall aku pun tak tak mahu layan.
    Kalau korang buat juga, jangan marah aku kalau aku tak layan.

    Aku orang yang tak banyak kawan.
    Jadi, kalau nak kawan dengan aku, aku mahukan kawan yang betul-betul kawan.
    HEHEHEHEHE!!



Sebarang soalan untuk aku,

tapi bolehlah anda emelkan ke

ceroofcerolian[at]gmail[dot]com

Apr 20, 2010

Selepas seminggu, tanya soalan tu je??

this is ninety-ninth..
..and I'm sorry..




But at least aku mulakan komunikasi,
dan aku dapat tahu yang dia tak blogging, even takde Facebook pon..
Katanya, "Saya SANGAT tak pandai dalam hal-hal komputer ni.."

Maknanya boleh laa aku teruskan posting pasal dia tanpa diketahui, kan??



Backlink
1) ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker [link]
2) Dilema Awekku Blogger Terkenal! [link]
3) Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster [link]
4) Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA? [link]

Apr 17, 2010

tEka-tEki #9 Nombor bukan Matematik

this is ninety-eighth..
..and I'm sorry..


Maklumbalas yang aku dapat dari pembaca tEka-tEki sebelum ni
banyak yang mengatakan tEka-tEki aku susah
lagi-lagi kalau nombor..
Mungkin sebab ramai yang tak suka matematik kot..
hehehe..

Kali ni aku nak bagi sekali lagi tEka-tEki berkaitan nombor..
Tapi lainnya kali ni, nombor ni bukan matematik..
Maka, logik akal je dah mampu nak jawab..

Enjoy!!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Serpihan yang Hilang

Tahap kesukaran C


Dari gambar di atas,
ianya dibina dari serpihan bentuk yang sama
(yang ditunjukkan dengan serpihan berwarna).

Namun, di rajah kedua,
terdapat satu kotak bahagian yang hilang.
Sedangkan segala bentuk sama dan hanya disusun kembali.

Apakah silapnya?


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Susunan

Tahap kesukaran D


Perhatikan susunan nombor di bawah..

1
11
21
1211
111221
312211
13112221
.....


Nombor apakah yang patut muncul selepasnya??


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lahir Tahun Lompat

Tahap kesukaran E


Salmah dan Johan gembira dengan kelahiran bayi mereka, Borhan, yang lahir pada 29 Februari 2008.
Ianya istimewa kerana lahir pada hari tahun lompat.
Namun,
kemudian mereka terfikir bagaimana mahu sambut ulangtahun kelahiran.
Sedangkan tahun lompat hanya sekali setiap empat tahun.
Maka,
keputusan dicapai,
mereka mahu sambut ulangtahun kelahiran Borhan pada 365 hari selepas tarikh lahir itu, seperti orang biasa sambut ulangtahun mereka.

Apakah tarikh ulangtahun pertama Borhan?


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebarang persoalan boleh ditujukan ke penulis dalam komen.
Cubalah jawab,
tak salah kalau salah,
takde sape pun nak gelak...

Jawapan telah dikeluarkan dalam post #106

ALL THE BEST!!!

Apr 16, 2010

Gambar yang Membuatkan Aku Terlopong 10 Saat

this is ninety-sixth
..and I'm sorry!


Margot Quan Knight,
sebut nama tu aku tak rasa kalian kenal..
Namun,
dalam dunia fotografi antarabangsa,
dia adalah somebody!!

She says,
“I begin with objects or bodies or plants and try to give them more life, or a different kind of life. Loneliness, exuberance, and wonder take on physical form.”

Lihat gambar di bawah,
dan fahami keunikan gambar yang membuatkan aku terlopong..
...
...
selama 10 saat!!










Now, tell me
berapa saat anda terlopong??


sumber:

Apr 14, 2010

Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster

this is ninty-fifth
..and I'm sorry!


Sekali lagi,
berlatar-belakangkan
The Mines,
Aku singgah ke kedai barangan komputer
dengan niat ingin beli DVD kosong,
nak burn bermacam-macam file dalam laptop.

Masa di kaunter nak bayar,
tiba-tiba ada seorang gadis tegur aku,
"Awak!! Awak kenal saya lagi tak??"
Aku berpaling.
Aku pandang wajah dia,
aku terkedu...
Dia, adalah gadis berkasut converse yang pernah aku ceritakan dalam post aku
'..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker...'




Dalam banyak-banyak orang,
kau lah yang paling aku nak terserempak sekali.
Apa patut aku buat?
Aku patut bersalam ke?
Aku patut gelak ke??

Sedar tak sedar,
dekat 10 saat aku tengok muka dia tanpa sebarang kata.
"Awak ingat saya tak?? Saya yang buat popcorn awak jatuh tu.."
Sudah tentu aku SANGAT ingat...
Masakan aku akan lupa...

"Yaa, saya ingat!!
Tapi awak nampak lain..."

"Awak pun nampak lain...Hari tu awak tak pakai cermin mata.
Saya tengok gak awak dari jauh tadi,
Macam cam tak cam je.."
dia explain.
"Hari tu saya pakai lens.."
Aku jawab pendek je...
Tapi mata aku tak lekang dari muka dia...

Sebenarnya tiada apa yang lain dari dia.
Wajahnya sama.
Gaya cakapnya sama.
Even bau dari perfume dia masih terlekat kat hidung aku...

"Macam ada jodoh plak.
Saya baru dua kali singgah sini, dua-dua kali jumpa awak.."

Huyooo, dia cakap soal jodoh!!

"Awak free skang??
Kalau free saya nak ajak minum sebagai ganti popcorn awak hari tu..
Tak sempat nak kata apa-apa ari tu..
Sorry..."

Aku bersorak riuh dalam hati..
Patut aku yang ajak dia minum..
Tapi dia dulu dah ajak..
Aku patut setuju je..

"Sorry laa, saya kena balik cepat ni..
Saya bawak moto, kat luar tu dah gelap nak hujan.."

Celaka aku..
Kenapa benda lain yang keluar dari mulut aku.
Bukan ke aku NAK sangat??
Aku rasa nak je pukul diri sendiri...




"Owh, takpe.. Mungkin lain kali"
Aku tak tahu sama ada aku perasan agaknya,
tapi wajah dia menunduk seperti menunjukkan kehampaan..

"Ya, lain kali." aku masih jawab pendek!
"TAPI..."
Dia kembali mendongak melihat aku...
"Kalau kita jumpa selepas ni, biar saya yang belanja.."
Aku keluarkan kata-kata ini supaya nak menceriakan dia kembali (kononnya!!)

"Baiklah...DEAL!!!"
Dia tersenyum...
Andaikata mata aku boleh merakam,
aku mahu capture senyuman itu dan printkan sebesar poster
dan tampal di dinding bilik aku..
Itu sebuah senyuman yang paling manis pernah aku nampak selepas 2 tahun.

"OK laa, saya pergi dulu..."
"KEJAP!!" Aku menahan...
"At least tell me your name.."
Aku memberanikan diri...

Dia pandang aku,
dan berkata,
"Nama saya L*****.
Awak boleh panggil saya L***"

Aku tersentap sekejap..
"Funny!! Nama saya pun L*** jugak!!"
Dia tertawa dan berkata,
"Kelakar laa awak.. L*** tu kan nama perempuan.."
"Tapi memang betul..Nama penuh saya ialah.."
Aku memberitahu nama penuh aku...

Dia terdiam..
"Sorry!! Saya ingat awak bergurau.."
"Hehehe" aku ketawa kecil.
Di kaunter bayar, aku minta pinjam sebatang pen dan kertas,
lalu aku tulis no telefon aku
sepertimana yang diajar si S dalam entri
'Dilema Awekku Blogger Terkenal!'

"Nah!! Ini nombor fon saya..
Kalau rasa nak saya belanja, silalah bagitau yek!!"

Aku terasa sungguh tebal muka ni..

Dia ambil, lihat dan simpan dalam genggaman.
"Baiklah", dia tersenyum lagi..
Aku cair....



"L***, dah abes ke??"
Ada suara dari luar memanggil gadis tu.
"DAH!! Jap.."
Aku ternampak seorang lelaki kacak di luar kedai, sedang pandang ke arah kami...
Gadis tu pun keluar selepas ucapkan 'bye-bye' kepada aku..
Aku tersenyum, tapi hati bergelora..

"Itu mesti pakwe dia...
Bodohlah aku kalau anggap orang comel macam dia takde pakwe.."

Aku hampa..
Hati berbunga hancur pecah ke lantai...

"Lu suka dia ka??"
Cina kedai tu tegur aku..
"Nampak sangat ke, Boss"
"Nampak laa..Dia cantik, sapa tarak suka loor.."
Hahaha, seolah-olah ada signboard kat dahi aku yang mengatakan aku berminat dengan dia..
Tapi apakan daya, aku pasrah!!
Selepas selesai urusan jual beli,
aku beredar dari situ dalam keadaan hampa..















Henset aku bergegar!!
SMS masuk.
Aku buka dan baca..
"Maaf,td tu abg sy..Lenkali jumpa lg - L***"

Bunga jiwa kembali mekar!

Apr 12, 2010

Si Sisi Cerah

this is ninety fourth..
..and I'm sorry!!


Hari yang indah,
semuanya berakhir dengan indah.

Satu kucupan bererti selamat malam,
saling memberi dan merasai.
Ah!! Ianya hanya ciuman,
hanya satu ciuman.


Ketika aku patut dibuai mimpi,
perasaan ingin tahu menyelubungi,
lalu aku mengekori si dia.
Dia ambil sebuah teksi,
menuju ke tempat seseorang jejaka.
Menuju ke ranjang,
perutku disinggahi rama-rama.
Segalanya dalam fikiranku..

Dia sentuh dada bidang jejaka itu.
Lalu dia ditelanjangi.
Ah!! Lepaskan aku pergi..

Aku tidak mampu melihat lagi,
ia membunuhku,
dan mengawalku...


Cemburu,
mencampakkan indah ke lembah tak bertepi,
menukar ke dodoian sengsara,
menjerut alibi mu.
Namun,
ianya harga yang patut aku tanggung,
takdir sedang memanggilku,
kerana membuka mata ingin tahuku,
kerana aku si sisi cerah.

Aku takkan..
Aku takkan..
Aku takkan..


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

berinspirasikan dari lagu
Mr Brightside oleh The Killers
gambar juga dari video klip alternate version lagu tersebut.

Lagu ini favorite aku,
dari 3 tahun dulu jadi ringtone henset,
sampai sekarang!

Apr 11, 2010

Jawapan tEka-tEki #8 Masalah Kehidupan Seharian

this is ninety-third..
..and I'm sorry!!..



Ini adalah entri jawapan bagi tEka-tEki #8
Bagi yang tidak berniat nak mengetahui jawapannya lagi,
sila ke soalan tEka-tEki #8 Masalah Kehidupan Seharian
mahu lebih tEka-tEki, di [sini].

*****************

Doktor itu tidak boleh membedah

Soalan

Seorang doktor dan anak lelakinya terlibat dalam kemalangan jalanraya.
Si bapa terkorban di tempat kejadian.
Anaknya dihantar ke hospital berdekatan.

Doktor yang merawat berkata,
"Saya tak boleh bedah dia. Dia anak saya."

Bagaimanakah ianya tak mustahil?




Jawapan

Doktor yang merawat si anak itu adalah ibunya.


=============================================


Lumba kuda

Soalan

Dua lelaki menunggang kuda ke rumah tukang besi di tengah pekan.
Niat merka ingin meminang anak perempuan tukang besi itu.
Sebagai bapa, tukang besi mengambil keputusan untuk membuat sebuah perlumbaan kuda.
Katanya,
"Kamu akan berlumba dari sini ke tengah bandar dan berpatah balik selepas mengelilingi dewan. Kuda siapa yang sampai TERAKHIR sekali, dia akan menikahi anakku."

Kedua lelaki itu bingung.
Bagaimana nak berlumba siapa yang paling lambat?
Namun, setelah keputusan dibuat, memang segalanya tidak mustahil.

Bagaimanakah halnya berlaku?




Jawapan

Lelaki tersebut boleh menunggang kuda milik lawan mereka,
kerana syarat tukang besi adalah
'kuda siapa yang sampai TERAKHIR sekali,akan menang'.
Maka, selagi kuda lawan sampai dahulu, dia akan menang.


=============================================

Pinjam tak pulang

Soalan

Ianya milik anda,
namun orang lain yang banyak gunakannya.
Dan takkan pulangkannya.

Apakah ia?




Jawapan

Nama anda


************************************

Tahniah kepada

kerana menjawab dengan betul
dan

kerana mengambil bahagian..

ANDA MEMANG TERBAIK!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License