Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 30, 2010

Enam Bulan Sahaja

double-two-and-a-one
I'm sorry.





Ini akan jadi entri teringkas yang pernah aku tulis.
Tapi, ini juga adalah entri yang paling bermakna sejak aku menulis blog.


Aku sedang dalam satu projek
diberi nama Project Hotwind.


Salah satu task projek tersebut memerlukan aku memahami perasaan seseorang yang dapat tahu hidupnya hanya berbaki 6 bulan.


Maka,
aku perlukan pertolongan kalian.


Jika anda dapat tahu,
diri anda hanya akan mampu hidup selama 6 bulan sahaja,
selain dari mengabdikan diri sepenuhnya kepada Yang Maha Kuasa,
apakah yang anda
akan lakukan sepanjang 
6 bulan tersebut?


(dengan menganggap sepanjang 6 bulan itu anda mampu bergerak seperti manusia normal)


Sangat-sangat perlukan pendapat semua.
Kalau nak komen panjang-panjang pun tak kisah.


Sama ada menolong atau tidak, atau sekadar melepaskan batuk di sini,
aku dahului dengan ucapan


"TERIMA KASIH"




22 comments:

  1. hmmm...nampak soklan ko simple..tp susah gak nak jawab nih..

    ReplyDelete
  2. 1. bertaubat
    2. minta maaf dgn semua yg aku kenal
    3. pergi haji.
    4. kawen =P

    ReplyDelete
  3. kalau ko tny aku...
    aku akn kata...
    dlm enam bulan aku akn cuba:
    1.spend msa aku dgn org yg aku syg...
    2.bertaubat selagi boleh..
    3.buat baik (sbb skg ni kdg2 aku wat jht...haha3)
    4. mtak maaf ngn sumer org...
    5.klu sempat n de duit pergi haji
    6.buat benda2 yg aku nk sgt buat selama ni...mcm keliling satu malaysia n buat pelbagai aktiviti lasak yg blom cuba...
    7. enjoy kehidupan dan saki baki masa yg aku ade sebaiknye...
    8. wat wasiat...bg rabbits aku kat org len....n harta2 (kalau ade) kat family...

    tapi aku rase klu ko nk real jwpn la kan jwpn...bek ko g hosptal k...cri pesakit kanser k leukimia k...n tny diorg...(mgkin pyah nk wat tp x slh mencuba benda yg mencabar...hehe3)

    ReplyDelete
  4. cukup ke 6?

    yg penting, amalkan ape yang Allah wajibkan

    lepas tu mesti lah nak sentiase dengan org tersayang

    wah!

    ReplyDelete
  5. 6 bulan yer..?
    selain pd btaubat, mintak maaf kat sume org,n amalkn suruhan Allah, tgglkn wasiat..
    aku teringin nak pi Eiffel Tower, nak pi Jepun (jumpe Arashi..kyaaaaaa..!!), teringin nak jumpe kawan2 lama yg dah lama menghilang..(ke aku yg hilangkan diri..?)..
    ape lg yer..?
    kalo tnye aku mmg merepek2 la jawapannyer..ehehe..

    ReplyDelete
  6. bergembira.
    langsaikan sagala hutang yang tertangguh..*nk2 ag PTPTN*
    heee..
    bersama mereka2 yg disekeliling sentiasa.

    gudluck bro :)

    ReplyDelete
  7. cero apa yg perlu minta maaf ngan org sekeliling lepas tue bertaubat kepada -Nya...

    ReplyDelete
  8. kalau aku ada 6 bulan lagi nk hidup..macam kau cakaplah,mengabdikan diri kepada Allah.tu paling penting.then kalau boleh aku spent masa aku dgn org yang aku sayang.nak gembira untuk masa yang sekejap.nak habiskan masa dengan family.travel dengan diaorang.then kalau aku ada duit sikit aku nak buat macam taman.aku nak decorate taman tu.aku nk tanam pokok pokok.at least kalau aku mati,ada tanda untuk orang lain ingat aku.next aku nak senyum lepas tu gembirakan hati orang lain. even hakikatnya aku akan mati. kalau boleh,aku nak jumpa semua orang yang aku kenal.nak mintak maaf tpi kalau diaorang taknak maafkan xpelah.lepas tu,aku akan slow slow jauhkan diri dari semua orang.aku nak semua orang hidup normal tanpa aku sebelum aku mati.kalau tak nanti mesti dioarg sedih.

    ReplyDelete
  9. 1.beribadah,buat amal soleh
    2. Bagitau kat org yang aku suka selama 4tahun bhw aku sgt2 suka kat dia (at least dlm kubo tak nyesal..huhu)
    3. Belajar rajin2 spy time convo,mak abah bangga naik pentas utk aku
    4. Buat baik dengan semua org
    5. Beli kain kapan & tempah tpt kubur utk diri sendiri
    6. selesaikan sume hutang top-up dll.

    ReplyDelete
  10. selain dr beribadat dan bayar2 semua hutang yg tak langsai.. aku akan buat:

    1. Tak bagi tau siapa2 pun yg aku akan pergi lagi 6 bulan.. tapi klu family maybe tau. Sbb tak nak mintak simpati dr org lain..
    2. Live life to the fullest. Doing something yang aku tak terpikir nak buat.. Macm pergi bugee jumping ke.. pergi somewhere yg boleh melihat keindahan dunia..
    3. try to make someone happy.. especially kwan2 rapat. buatkan birthday surprise ke.. belikan hadiah ke.. buat aktiviti yg memorable..
    4. buat sumbangan at least half to my wealth (klu ada) dekat nonprofit organisasi yg diperlukan especially bg organisasi yg melindungi animals yg hampir pupus..
    5. try to change at least one people perception about thinking that life is sucks..

    Ada lagi.. tapi cukup lah lima :)

    ReplyDelete
  11. 1. menunaikan 5 rukun Islam (walla)
    2. mintak ampun at mak abah and sdare seangkatan.
    3. hang out ngan kengkawan....enjoy tp jgn terlebey njoy takut tak ckup 6 bulan
    4. wat bende yg plg disukai...cam aku teringin uh nak bela minatang...bisnes lorrr...lembu kmbing ayam itik.....t ayah ku leh uruskan lau aku takde dah t..(mati la)
    5. aku nk always duk ngan org kesayangan...wat sume mende ngan yg tersayang....family + kawan + special one...
    6. collect hutang....and bayar segale hutang yg tak langsai lau ade arr...cam kuih raye ke ann..(cik nab bukan ku ok)
    7. tunang + kawen teros dlm mase 6 bulan niee...
    8. lau tkde calon teros carik xpun pakse mk g minang ank cik temah hjung kg uh...
    9. cukup laa...krg ade yg mati mate terbukak sbb sume hajat tak kesmpaian


    kkkkkkkk.....luck for u

    ReplyDelete
  12. ganti semayang yg tggl mase zaman mude2 dlu.

    ganti puasa. hehe.

    mintak maaf dgn semua org.

    mntk halal makan minum ngn ibu bapa.

    dekat kan diri dengan Allah sentiasa (:

    hihi.

    ReplyDelete
  13. -mohon ampun dari Pencipta
    -mohon ampun dan maaf dari insan2 terdekat mau pun tidak
    -bayar mane2 utang yg ade
    -tingkatkan amal ibadat
    -think +ve bcoz ajal maut kat tgn DIA,mane tahu ditakdirkan umo dia lbh pjg dr yg disebutkan..who knows?

    *yang laen2,tpulang la pade org tersebut nak buat ape2...

    ReplyDelete
  14. 6 bulan ye bro...aku nk taubat kaw2 lah..pastu happy sepanjang mase..nk semua org yang aku pnah knl pn sayang aku dan jgn ade sorang pn yg msam2 muke.

    ReplyDelete
  15. wah.seronok nye soalan!
    hm..
    aku nk berdoa kpd tuhan!
    aku nk bela arnab angora.
    aku nk kawin!yeay.
    tp kalau mngndung t..mngal time ngandung..cmne.?

    ok.last sekali.
    aku nk jumpe cero!

    ReplyDelete
  16. kalau dia ader duit yang secukupnya, boleh la menderma sebahagian kepada yang memerlukan..

    bagitau parent tu yang paling penting kalau takmo bagitau kawan2 pun..

    buat baik dan ceria sehingga ke akhir hayatnya supaya sentiasa akan diingati walaupun dah tiada..

    travel!! to the place yang badly sangat nak pi n enjoy~~

    berdoa dan tawakal jangan dilupa.. ader orang kata, sekiranya kita berdoa dengan bersungguh2.. insya allah akan dimakbulkan tuhan.. even orang yang ada cancer estimated beberapa bulan atau tahun pun ada jer yang melepasi tempoh tu.. ada yang bertahun2 hidup selepas tarikh yang dijangka tu..

    jangan putus harapan n sentiasa ceria..

    ^_^

    ReplyDelete
  17. kalau aku la...

    6 bulan tu kena travel satu malaysia paling tidak...

    sedekah...

    tolong orang sebaik mungkin

    banyak sertai program motivasi, sebagai penceramah untuk memberi kata semangat

    minta maaf dan maafkan orang

    langsaikan hutang yang ada

    bercinta kalau masih single

    berkahwen kalau dah kapel

    jadi seorang ayah kalau isteri mengandung

    p.s: pendek kata, mati hanyalah satu proses, hidup di dunia ni hanya sementara, yang kekal masih di sana. berpisah di dunia, boleh jumpa semula

    ReplyDelete
  18. @tempatberkurung
    suka no.2

    @aYaz
    suka yg think +ve tu

    @si nelayan
    yang nk jumpa cEro tu, skang pon aku boleh tunaikan..hehehe

    @Shukjessa cukup ke nak wat semua tu 6 bulan?

    ReplyDelete
  19. 6 bulan.
    1. Minta maaf dengan semua orang.
    2. Buat perkara yang paling nak buat melancong, etc.
    3. Spent masa sebaik mungkin dgn fmly dan org tersayang.
    4. Bayar hutang.
    5. Buat sesuatu yang paling bermakna dalam hidup contoh > menulis sesuatu, cerpen, novel, lagu etc.
    6. Paling aku nak buat beritahu perasaan aku dkt orang yang aku pernah suka tapi selama ni aku pendam.
    7. Paling penting, beramal sebaik mungkin.

    *Ajal, maut, jodoh semua di tangan Tuhan. Kalau kita boleh tahu ajal kita bila kita memang bertuah sebab kita boleh buat apa yang kita nak sebelum kita hembus nafas terakhir. :)

    ReplyDelete
  20. Aku nak happykan semua org.Bantu sebanyak mana yg boleh.

    Aku nak kerja kt rumah kebajikan tanpa gaji pun takpe.

    Nak derma darah. Kalau derma organ dibolehkan dlm ISlam,aku nak derma semua yg boleh.mungkin aku akan mati.tp ada sesuatu dari aku yg masih hidup yg boleh meringankan kesusahan org lain & bagi kehidupan yg lebih bermakna bg org lain. Kalau 5 organ aku boleh diberi pada org yg memerlukan,sekurang2nya aku bagi kehidupan baru pada 5 org berbanding 1 kematian aku. =)

    ReplyDelete
  21. kalau ezan, first thing yang ezan akan buat buat sembahyang taubat nasuha, mohon keampunan kepada allah, diatas segala kelalaian kita sebagai hambanya,yang banyak melakukan kejahatan dan benda-benda yang dilarang olehny. tapi manusia selalu begitukan kalau berada dalam keadaan susah, mesti barulah nak teringatkan allah, tapi allah tak pernah melupakan kita, yang kedua, langsaikan segala hutang kepada orang-orang yang kita pinjam,sebab nanti bila dah mati, tak ada lah ahli keluarga kita nak susah payah nak langsaikan hutang kita pulak, lepas tue mintak maaf kat semua orang yang ezan kenal,mintak mereka halalkan segalanya yang terlebih dan terkurang, habiskan masa dengan family, orang-orang yang ezan sayang, dan kalau ada duit ezan nak sedekahkan kepada masjid dan anak-anak yatim dan jika ada kesempatan nak bawak family pergi menunaikan haji. lastly nak kahwin, hehe nak rasa ada anak, sempat tak 6 bulan? hehe


    mungkin andaian kita mampu hidup 6 bulan sahaja, tapi ajal maut, jodoh pertemuan allah yang maha berkuasa, jadi banyak-banyak kan lah berdoa kepadanya :)

    ReplyDelete
  22. selain dari mengabdikan diri sepenuhnya kepada Yang Maha Kuasa,
    yg dinie nk buat spnjg 6 bln tu ialah luangkn masa spenuhnya dgn family...
    mintak maaf dgn semua trutama ibu dan bapa...
    slain 2 memaafkn org lain...
    setiap minit slama 6bln 2 sngt brhrga utk diluangkn dgn org yg kita syg sprti family, sdara mara, kwn2 atau kekasih...
    dinie xnk brcuti, tp buat haji penting jika mampu...

    -dinie-

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License