Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Pokémon GO: I Want To Be The Very Best Like No One Ever Was.



Salam.

Selamat datang ke laman khas Pokémon GO.


Di laman ini dikumpulkan kesemua entri berkenaan Pokémon GO yang pernah aku terbitkan di blog ini.

Laman ini terbahagi kepada TIGA BAHAGIAN;

1) Hari Komuniti;
2) Penyelidikan Lapangan; dan
3) Penyelidikan Istimewa.

Dan sebagai pengingatan, ini adalah entri berkaitan Pokémon GO. Maka, di dalam entri ini akan terdapat banyak istilah dan frasa berkaitan permainan aplikasi Pokémon GO yang mungkin akan memberikan cabaran kepada para pembaca bukan pemain untuk memahami.


===================================================




HARI KOMUNITI.


Ringkasan:
Dalam perjalanan ingin menjadi yang terbaik berbanding yang lain, aku (cEro) sudah melalui berkali-kali Hari Komuniti. 'Hari Komuniti', atau nama sebenarnya Pokémon GO COMMUNITY DAY adalah acara bulanan bagi pemain Pokémon GO yang mula diperkenalkan pada awal tahun 2018 di mana setiap edisi Hari Komuniti akan menampilkan Pokémon istimewa bersama-sama dengan pelbagai lagi bonus dan ganjaran untuk pemain.

Berikut adalah senarai kesemua Hari Komuniti yang sudah aku lalui:

2018

Januari - 'Tangkap Pikachu di Taman.'
Februari - 'Memburu Anak Naga Merah Jambu.'
Mac - 'Mencari Raksasa Bawang.'
April - 'Episod Biri-Biri Elektrik Merah Jambu.'
Mei - 'Episod Si Naga Hitam.'
Jun - 'Episod Dinosaur Batu.'
Julai - 'Episod Kura-Kura Biru.'
Ogos - 'Episod Eevee.'
September - 'Episod Timun Berkaki.'
Oktober - 'Episod CCTV Terbang.'
November - 'Episod Cencurut Api.'
Disember - Hari Komuniti untuk bulan Disember meraikan kesemua 11 Pokémon istimewa untuk 11 kali Hari Komuniti sebelum ini. Tiada entri khusus yang aku terbitkan di blog ini untuk acara itu.


2019

Januari - 'Episod Buaya Biru Buaya Hijau.'
Februari - 'Episod Gajah Khinzir.'
Mac - 'Episod Cicak Pokok.'




---------------------------------------------------




PENYELIDIKAN LAPANGAN.


Ringkasan:
FIELD RESEARCH (Penyelidikan Lapangan) adalah salah satu feature di dalam Pokémon GO seperti pengembaraan di mana apabila pemain pergi ke satu lokasi dan memusing cakera gambar di PokéStop, pemain akan diberikan tugasan untuk diselesaikan. Setiap tugasan ada ganjarannya sendiri, dan apabila tugasan pertama untuk hari itu dapat diselesaikan, pemain akan diberi cop tarikh. Cop tarikh hanya diberi satu setiap hari dan apabila berjaya mengumpul 7 cop tarikh, maka ada ganjaran yang lebih besar akan diberi.

Penyelidikan Lapangan diperkenalkan bermula bulan April 2018 dan bersifat bulanan.

Berikut adalah senarai kesemua Penyelidikan Lapangan yang sudah aku lalui:

2018

1 - Episod Burung Api Lagenda.
2 - Episod Burung Elektrik Lagenda.
3 - Episod Burung Ais Lagenda.
4 - Episod Raksasa Tidur.
5 - Episod Kucing Besar Elektrik Lagenda.
6 - Episod Singa Api Lagenda.
7 - Episod Serigala Air Lagenda.
8 - Episod Kelongsong Serangga Berpuaka.
9 - Episod Sambutan Tahun Lagenda.


2019

Januari (AKAN DATANG)




---------------------------------------------------




PENYELIDIKAN ISTIMEWA.


Ringkasan:
SPECIAL RESEARCH (Penyelidikan Istimewa) adalah salah satu feature di dalam Pokémon GO seperti pengembaraan di mana tidak seperti Penyelidikan Lapangan, Penyelidikan Istimewa ini bersifat 'one-shot' dan tiada tempoh masa. Pengumuman akan dikeluarkan sebelum penyelidikan dilepaskan di dalam permainan. Penyelidikan akan bermula apabila dengan senarai tugas-tugas khas yang perlu diselesaikan pemain tanpa tempoh tamat. Ganjaran daripada Penyelidikan Istimewa adalah Pokémon yang lebih berharga dan istimewa seperti Mythical Pokémon. Pemain hanya boleh dapatkan satu sahaja Pokémon ganjaran bagi setiap penyelidikan.

Berikut adalah senarai kesemua Penyelidikan Istimewa yang sudah aku lalui:

Episod Kucing Merah Jambu Psikik.
Episod Kucing Merah Jambu Psikik [Bahagian 2].
AKAN DATANG
AKAN DATANG
AKAN DATANG




---------------------------------------------------




RAKSASA SAKU.


Ringkasan:
Bahagian ini adalah entri mengenai Pokémon GO yang tidak termasuk ke dalam TIGA kategori di atas.

Berikut adalah senarai kesemua entri yang ada:

Episod Jemputan Menentang Fliza.
Episod Pertarungan Kedua Menentang Fliza.





===================================================





Nantikan episod seterusnya dalam koleksi entri Pokémon GO.
Jika ada antara kalian yang mahu menyertai pengembaraan aku menangkap raksasa saku, atau mahu jadi 'friend' di dalam permainan Pokémon GO, jangan segan silu untuk hubungi aku di media sosial.

Selamat mengembara!





.

No comments:

Post a Comment

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License