Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 25, 2013

Tiga Kuasa Tiga


"Yang sebenarnya, Dragon Ball ada tujuh biji semuanya."
Kalau kalian peminat siri Dragon Ball, kalian akan tahu Dragon Ball bukan hanya tujuh biji, tapi 21.




Aku anggap zaman kanak-kanak aku amat seronok.
Bukan hanya sebab aku tiada masalah besar yang perlu difikirkan.
Juga bukan sebab aku tak perlu risau tentang harga barang naik.
Tapi antara sebab aku rasa zaman kanak-kanak aku seronok adalah kerana aku membesar bersama-sama dengan Dragon Ball.

Namun,
itu bukanlah sebab utama kenapa zaman kanak-kanak aku seronok.
Sebab utamanya ialah daya akal kreatif dan imaginatif semasa aku kanak-kanak (dan kanak-kanak lain) sangat tinggi.
SANGAT TINGGI sampai tahap kita mampu hidup dalam imaginasi sendiri.

Sebagai contoh terbaik ialah
daya imaginasi aku pada zaman kanak-kanak semasa aku pertama kali terdengar perkataan 'kuasa tiga'.

Ini imaginasi aku tentang 'tiga kuasa tiga':









Tiap kali aku terdengar 'kuasa tiga', aku akan tergelak seorang.
Sampai sekarang.

Tapi,
semakin dewasa, kreatif dan imaginatif semakin hilang.
Kalian fikir kalian kreatif? Fikir semula...
Kalian tak sekreatif seperti sewaktu zaman kanak-kanak dulu, kan?

Kalau matang perlu dibayar dengan itu, aku rela jadi kanak-kanak seumur hidup.

Dan siapa tak layan Dragon Ball masa kecil dulu tak awesome.

InsyaAllah, aku akan ceritakan cerita lebih lanjut tentang cerita di atas dalam masa terdekat ini.
Nantikannya.




.

Dec 18, 2013

The Arch-Nemesis: Rage at Dawn





Kadang-kadang aku terfikir,
adakah kebergantungan terhadap teknologi sesuatu yang baik atau sebaliknya?






Alarm di pagi hari sangat menyakitkan hati.
Apatah lagi kalau alarm tersebut datang dari henset yang juga menyakitkan hati.
Double menyakitkan hati.
Sakit hati kuasa dua.
Tambahan pula, disebabkan henset ni, 320Gb memori laptop hilang sebab rosak.

Tapi,
aku ada alasan kuat untuk masih terus menggunakan henset aku ni walaupun macam-macam perkara sudah terjadi.
Alasan paling mudah ialah henset ni kecil berbanding henset-henset terkini di pasaran yang besar gedabak macam pinggan.
Siapa yang nak sumbat pinggan dalam poket, kan?

Namun,
alasan paling kukuh untuk aku terus menggunakan henset ini mungkin ialah kebergantungan.
Pada aku, dia bukan sekadar henset.
Dialah album peribadi aku.
Dialah pelayar internet untuk aku.
Dialah kamera, dialah alarm, dialah mp3 player.
Dialah tempat aku simpan nota-nota ringkas idea.
Dialah buku telefon, dialah lampu suluh.
Dialah tempat aku simpan list birthday kawan-kawan.

Dialah peneman aku ketika aku sakit, sihat, penat, sedih, gembira.
Ketika aku di ruang tamu, di bilik, di jamban masa meneran,
di hospital, di jalanraya, di dalam kereta, di atas motosikal.

Walaupun sudah ada henset baru, henset aku ini masih bersama aku sebagai organizer.

Antara banyak-banyak barang aku,
dialah yang paling selalu berada di sisi aku.
Aku rasa, bukan henset ini sahaja, begitu juga henset-henset kalian, kan?

Dari sudut yang berbeza, kebergantungan kita pada henset menjadikan henset adalah sahabat paling baik untuk kita, kan?

Tapi,
ini masih tidak mengubah fakta bahawa henset aku ini menjengkelkan.

Mungkin aku ada love-hate conflict dengan henset sendiri.
Ayat di atas bunyi sangat forever alone, kan?



Lagi mengenai Archenemy:
The Insignificant Misadventure of cEro with his Phone.
The Arch-Nemesis: Ep. 1 - The Unsettling Issue
The Arch-Nemesis: Ep. 2 - Night of Wut




.

Dec 15, 2013

Rambut Oh Rambut #5 [Oh Rambut Idaman]




Hello,
nama aku cEro.
Sebutannya 'se' (seperti dalam tosey) dan 'ro' (seperti dalam semberono)
Lagi bagus kalau sambil sebut tu kalian masukkan sekali slang Asturian atau Spanish.
Sedap sikit dengar.

Aku adalah pemilik tunggal blog ini.

Jika kalian baca blog aku dari dulu,
kalian akan perasan antara isu yang selalu timbul dalam blog ini selain dari kisah cinta yang tidak kesampaian, entri-entri lukisan yang disulami dengan lawak yang kurang memberangsangkan dan cerita tentang diri yang tidak siapapun peduli
ialah isu rambut.



Di atas adalah karakter yang aku selalu pakai untuk mewakili diri aku sendiri.
Rambut yang aku lukis untuk karakter tersebut adalah yang paling hampir dengan keadaan rambut aku sekarang.
Rambut aku lurus tak lurus, kerinting tak kerinting.
Yang pasti, hujungnya akan bergulung ala-ala rambut palsu hakim mahkamah.
Aku suka rambut aku.
Tambahan pula, aku tak berapa minat sikat rambut.
Rambut aku yang tak tersikat masih lagi kelihatan boleh diterima orang.
Jadi, aku OK.

Namun,
aku pun ada rambut idaman.







Rambut Belah Tengah

Rambut belah tengah adalah rambut idaman aku masa sekolah rendah.
Tak salah aku, masa tu memang 'in' habis rambut ni.
Katanya, semua disebabkan BackStreet Boys yang cukup popular waktu tu.
Siapa tak kenal Nick Carter kan?
Tapi, aku lebih terpengaruh dengan Future Trunks dari Dragon Ball.

Tapi, sebab masa tu aku sekolah rendah lagi.
Peraturan sekolah rendah, rambut tak boleh lebih kening.
Selaku pengawas yang berdedikasi, aku kena ikut peraturan.
Barulah boleh tangkap budak yang rambut panjang masa perhimpunan.
Hahaha.







Afro

Believe it or not, ada satu tahap dalam hidup aku di mana aku sukakan rambut afro.
Afro, rambut kembang besar bulat yang selalunya bouncy.
Since aku pun tak berapa nak putih, jadi aku rasa rambut afro sangat kena dengan aku.
Ada tengok filem Ada Apa Dengan Cinta?
Ingat kawan sekelas Rangga yang cool gila rambut afro tu?
Dialah pencetus minat aku dengan afro.

Tapi, malangnya.
Rambut afro kena bermula dengan kinky hair, rambut kerinting ala-ala orang afrika.
Orang yang tak berambut kinky, kalau nak buat afro, susah nak maintain.
Kena rajin. Aku tak rajin.
Jadi, idaman tinggal idaman.







Dreadlocks

Dari sejarahnya, Dreadlocks terbentuk apabila rambut yang memanjang tidak disikat dan dibasuh, membuatkan rambut tersebut terbelit dan terlilit sesama sendiri.
Tapi rambut jenis ini juga boleh dibuat di salon.

Dreadlocks mula menarik minat aku selepas aku baca manga Eyeshield 21.
Salah satu watak dalam cerita tersebut bernama Agon.
Agon seorang genius dalam sukan American Football, seorang pemain serba boleh, mampu berada di mana-mana posisi.
Disebabkan kegeniusan dia, dia menjadi seorang yang bongkak, sombong dan kaki perempuan.

Agon Kongo berambut dreadlocks.
Aku, sebenarnya, nak jadi macam Agon.
Tapi, rambut dreadlocks untuk orang macam aku,
sama ada akan dihalau keluar dari rumah ataupun kena putus keluarga.








Rambut belah tengah, rambut afro dan rambut dreadlocks.
Ketiga-tiganya merupakan rambut idaman aku.
Tapi, ketiga-tiga jenis rambut ini hanyalah idaman yang bermusim.
Sekarang dah tak idaman dah.
Tapi, aku ada satu rambut idaman sepanjang zaman, sampai sekarang....


...iaitu,




Macam kenal je..Macam kenal je..

Mohawk

Semua orang tahu rambut Mohawk macam mana.
Tapi tak ramai orang tahu, Mohawk ada banyak variasi.
Mohawk yang kononnya orang muda buat ala-ala tarik rambut tegak ke tengah tu dipanggil fauxhawk, dahulu pernah dipopularkan oleh David Beckham.
Sesetengah peminat mohawk anggap fauxhawk itu bukan mohawk sebenar.

Tapi, mohawk yang aku minat lebih radikal.
Aku minat 'fanhawk', mohawk berbentuk kipas.
Kalau bahasa aku dulu-dulu, aku panggil rambut trojan.
Tapi mungkin tidaklah sebegitu keras macam berus macam kita selalu nampak budak-budak punk buat.
Sekadar cukup selesa untuk berada di atas kepala, sudahlah.

Tapi, aku sudah dewasa.
Apa yang menghalang aku dari memiliki rambut mohawk idaman?


Faux Pas

Dari empat jenis rambut di atas, tiga daripadanya adalah faux pas.
Rambut afro, dreadlocks dan mohawk secara umumnya tidak diterima dari segi sosial.
Sesiapa yang mempunyai rambut sebegini akan dipandang masyarakat.
Pandangan yang diberikan termasuklah pandangan positif dan (terutamanya) pandangan serong.
Hakikatnya, manusia memang menilai seseorang dari pandangan luaran.
Dengan kata lain, kalau ingin memiliki rambut seperti ini,
keyakinan diri kena tinggi.
Kena tahan pandangan mata yang sentiasa memerhati.
Kena tahan kata cemuh yang sentiasa dilempari.

Selain itu,
di dunia ini seperti ada satu 'unspoken rule'
di mana apabila berbicara tentang lelaki kemas,
kita akan mula terfikir lelaki yang berambut pendek.
Lelaki yang tidak berambut pendek akan dilabel tidak kemas.
Syarikat-syarikat korporat mengkehendakkan semua pekerja lelaki berambut pendek.
Sektor awam ada peraturan tentang tatacara dan etika pemotongan rambut.
Mak mertua sentiasa mencari bakal menantu lelaki yang berambut pendek.
Awek-awek jenis kontrol selalu suruh pakwenya potong rambut bila rambut panjang.

Dengan kata lain,
lelaki berambut afro, dreadlock dan (real) mohawk akan dipandang rendah masyarakat.

Aku pun tak tahu kenapa.
Seperti perempuan dilabel sebagai pemandu yang teruk,
lelaki pula dikehendaki berambut pendek untuk diterima di setiap peringkat sosial.

InsyaAllah,
bila aku berjaya tawan dunia ni,
aku akan ubah peraturan tersebut.

BERIKAN KEBEBASAN RAMBUT KEPADA LELAKI.






Lagi Rambut Oh Rambut:
Rambut Oh Rambut #4 [Diari Rambut Ahad]
Rambut Oh Rambut #3
Rambut Oh Rambut #2
Rambut Oh Rambut

Lagi mengenai rambut:
Cikgu Anita dan Epal Washington
Pendek? Bengong!
'Spiky' jadi 'Spooky'




.

Dec 8, 2013

Permainan Kelaparan: Menangkap Api.


Kadang-kadang, aku kuat berangan.
Agaknya, bagaimana kalau aku jadi tribute untuk Hunger Games...



Tentu aku paling awal terbunuh.



Ok, tak lawak.
Tapi, siapa dapat tahan penangan Katniss Everdeen, kan?

Bagi yang sudah tonton The Hunger Games: Catching Fire
mungkin boleh ingat scene yang aku ubah di atas.
Part tu, satu panggung jerit terkezut.
Aku pun.

Oh, aku bukanlah peminat kepada cerita The Hunger Games,
tapi aku suka idea jalan ceritanya
di mana seorang perempuan menjadi pencetus kepada revolusi.
Ianya memberitahu bahawa tak kira jantina, umur, atau kedudukan,
seseorang mampu mengubah dunia asalkan ada semangat dan kecekalan.

Ok, kidding...
Sebenarnya aku peminat Jennifer Lawrence sejak kemunculan dia dalam X-Men: First Class.
Aku even beli badge X-Men masa singgah Big Bad Wolf kelmarin.
Aku tertunggu-tunggu filem X-Men tahun depan.
Aku peminat X-Men terutamanya Wolverine.
Cita-cita aku nak ada jambang macam Wolverine.
Kalau aku ada jambang, aku nak berambut botak.

Nampak tak macam mana aku boleh jauh menyimpang dari topik utama.
Itulah keistimewaan aku. Mungkin super power kot.

Baidewey,
aku dengar next installment untuk Hunger Games (Mockingjay) ada dua bahagian: Part 1 dan Part 2.
Marketing betul producer filem ni..
Nak korek untung banyak lettew...



C-Card #5:
Post ni aku lukis lama dah, masa awal-awal aku tengok Catching Fire lagi. Tapi oleh sebab macam ada unsur-unsur spoiler, jadi aku kepam dulu dalam draft sampai laa sekarang ni di mana sekarang sudah masuk minggu ketiga tayangan. Kalau sampai sekarang korang tak tengok lagi cerita ni, maknanya korang bukan fan, jadi tak apalah kalau aku spoil sikit-sikit. As much as I hate my ex-girlfriend, aku pun benci spoiler. Aku faham, keterujaan sesetengah umat yang kononnya dah tengok satu-satu cerita ni, then sibuk nak buat ulasan dekat Facebook dan Twitter. Dude, kecuali anda adalah pengkritik filem yang profesional, tak ada siapa pun kisah dan nak baca ulasan anda yang ntahapehape itu.



.

Dec 1, 2013

Jawapan tEka-tEki #18 'Bas Sekolah'


Kini, sudah sampai giliran untuk jawapan tEka-tEki.
Adakah anda sudah bersedia untuk jawapannya?



Baiklah.
Kepada yang belum bersedia untuk membaca jawapannya
dan mahu ke entri soalan, sila klik sini.
Ketahuilah,
keseronokan tEka-tEki bukan terletak pada jawapan
tetapi terletak kepada usaha kita mencari jawapan.
(Pergh! Ayat berfalsafah bagai...)

Ini soalannya:
Perhatikan imej di bawah.



Bayangkan itu adalah bas sekolah yang pernah kita naik setiap pagi semasa kecil untuk ke sekolah.
Jika bas itu bergerak ke hadapan,
ke arah manakah akan bas itu tuju?
Ke kiri gambar atau ke kanan gambar?


Mudah.
Sama ada ke kiri ←
atau ke kanan →



Jawapannya?
Ke kanan →

Kenapa?

Dalam soalan tEka-tEki,
bila aku kata...
Abaikan lukisan aku yang taraf budak tadika ini
dan cuba gunakan imaginasi anda bayangkan ianya bas yang sebenar.
...aku bukan saja-saja kata.
Aku betul-betul maksudkannya.
Imaginasi memainkan peranan yang penting dalam tEka kali ini.

Bas yang sebenar, tak seperti lukisan aku, akan dipenuhi dengan detail-detail yang membolehkan kita terus menjawab mana depan mana belakang.
Bentuk bas, side mirror, kedudukan ekzos, pintu pemandu
dan yang paling penting ialah PINTU MASUK BAS.

Dari lukisan aku itu, tidak terdapat pintu, termasuk pintu pemandu,
seperti yang aku katakan, lukisan tersebut kekurangan detail.
Maka kita boleh andaikan bahawa pintu masuk bas yang menjadi ciri utama setiap bas berada di sebelah satu lagi yang tidak kita nampak.
Oleh kerana Malaysia adalah negara dengan pemandu berada di kanan kenderaan,
maka pintu masuk ke dalam bas berada di sebelah kiri
memberi maksud, jika bas tersebut bergerak ke depan
maka bas itu akan bergerak ke arah kanan gambar.

Untuk lebih pemahaman,
ini ialah lukisan sebelah satu lagi bas tersebut.


Got it?

Kajian di barat ada mendapati hampir 80% kanak-kanak bawah umur 10 tahun dapat jawab soalan yang sama dengan SERTA MERTA.
Kenapa kanak-kanak?
Kerana fikiran kanak-kanak mudah.
Perkara pertama difikirkan kanak-kanak apabila melihat lukisan itu (walaupun seburuk manapun) adalah hubungan lukisan dengan alamnya.
Dalam kes bas ini, lukisan bas pada mereka adalah bas.
Namun, pada kita yang dewasa, kita sukar terima lukisan bas itu adalah bas kerana pada kita ianya hanya lukisan (yang tidak cukup lengkap; tiada side mirror, tiada ekzos, tiada lampu dll).

Semakin kita dewasa, daya imaginasi kita jadi lemah.
Sebab itu kanak-kanak melihat ranting pokok yang patah sebagai pedang
sedangkan kita nampak ranting yang sama hanya sebagai ranting pokok.
Masa kecik pernah main 'jangan pijak lantai nanti mati'?
Aku pernah. Ianya punya konsep yang sama.
Gunakan imaginasi sebagai permainan.

Cikgu aku pernah pesan,
"Kalau jumpa jalan buntu, cuba pandang dari sudut kanak-kanak."
Ianya satu nasihat yang bagus yang aku guna setiap kali aku teringat.
Sebab kalau kita sebut tentang kreativiti dan imaginasi,
tiada yang lagi hebat berbanding kanak-kanak kecil.


Jumpa lagi dalam slot tEka-tEki yang seterusnya.

Lagi tEka-tEki dalam koleksi:




.

Nov 27, 2013

Zombi Makan Kawan-Kawan Aku.


Tahu tak bagaimana aku buang ketagihan aku terhadap game handphone yang gesek-gesek gula-gula tu?
Jawapannya,
dengan ketagihkan game lain pula.



Zombies Ate My Friends
Itulah tajuk game apps terbaru yang berjaya menggantikan ketagihan terhadap game gesek-gesek gula-gula.
Ok, salah satu sebab lain aku tinggalkan game gesek tu ialah aku stuck dekat level 184 sekian lama sampai tahap aku malas nak kisah dah.
Abaikan.

Mungkin kalian sudah tahu keterujaan aku terhadap sesuatu yang berkaitan dengan zombi.
Sejarah aku dengan zombi sangat panjang,
dan tak akan aku ceritakan di sini. Hehehe.

Jadi, demi meraikan ketagihan baru aku terhadap game zombi,
aku lukiskan artwork rendisi sendiri diberi nama
Zombi Makan Kawan-Kawan Aku.


Alternate background here.

Dari kanan:
Dr. Dexter (bersama zombified monkey petnya), Teeter, Violet, AKU, Red, dan Blitz Von Crank.

Zombies Ate My Friends adalah satu permainan aplikasi mobil yang berkisar tentang watak utama (tak lain tak bukan ANDA sendiri) yang selamat dan terus hidup di dalam zaman di mana dunia ditelan wabak zombi. Bertempat di Festerville, anda terpaksa menentang jiran-jiran yang sudah bertukar menjadi zombi hodoh dengan menggunakan apa sahaja alat yang ada di sekitar, termasuklah tangan zombi yang anda bunuh. Hidup kena terus walaupun terpaksa makan makanan kucing dalam tin. Selepas pertama kali berjumpa dengan gadis cosplay bernama Violet, anda melihat harapan untuk terus hidup. Seorang demi seorang menyertai perjuangan anda mencari penawar wabak Zirus (yup, itu nama wabak zombi yang dia beri) di samping membantu orang awam yang anda temui di perjalanan.
Namun, perjuangan murni anda dimusuhi bukan sahaja oleh zombi-zombi yang kuat merengek, tapi juga sekumpulan penjahat yang mengambil kesempatan terhadap kemusnahan dunia.

Dapatkah anda selamatkan dunia?
Dapatkah cinta abadi kekal dalam dunia yang mati?
Dapatkah mamak di kedai kembali menjual roti canai seperti dahulu?
Jawapannya terletak di tangan anda.
(Actually, terletak di jari sebab jari anda yang tekan skrin handphone untuk memilih pilihan game)


Dekat sebulan rasanya aku dah main game ini.
Setiap hari, tiap kali ada masa lapang,
mesti dibunuhnya zombi dalam game ini.

Bila lama tu kau main,
kau akan develop personaliti untuk setiap watak di dalamnya.
Ini ringkasan personaliti yang aku dapat.

  1. Aku.
    Selaku watak utama, aku adalah insan yang nampak ganas di luar tapi dalam berhati bunga. Kelihatan seperti berkepala angin, tapi sebenarnya bersifat protektif. Aku tidak akan membunuh manusia yang bernyawa, walaupun manusia itu sudah nyawa-nyawa ikan digigit zombi. "Kau adalah kau semasa manusia. Aku tidak akan bunuh kau yang manusia," kata aku. Walaupun dunia sudah tiada harapan, tapi aku masih menginginkan pasangan hidup yang sederhana, tinggal di luar bandar ditemani udara segar dari pokok yang hijau.

  2. Violet.
    The Bossy.
    Watak pertama yang dijumpai aku. Berpakaian pelik, aku suspek dia minat cosplay. Kulit terlebih terdedah, langsung tak menaikkan sifat keperempuanan. Kena gigit zombi baru tahu. Violet ni sangat bossy dan tak pernah mengaku salah walaupun terang-terangan salah. Selalu pandang rendah dekat aku walaupun berkali-kali aku selamatkan nyawa dia dari zombi yang rakus. Terjumpa helikopter, terus kata pandai bawak. Bawak sekali terus rosak, terus salahkan aku padahal aku duduk belakang je. Siot betul.

  3. Blitz Von Crank.
    The Mechanic.
    Katanya, Blitz ni ex-askar. Tangan kanannya hilang semasa perang dan sekarang bertangan robotik. Merupakan mekanik dalam team aku, kerjanya membaiki dan memandu helikopter yang (kononnya) milik Violet. Malas orang tua ni. Selalu ngelat. Orang lain cari supply, dia lepak dalam heli. "Aku kena sediakan heli, mana tahu korang nak berangkat dalam kecemasan." Alasan paling tak masuk akal. Tapi, apa nak buat. Dia seorang je yang pandai bab-bab jentera.

  4. Red.
    The Scavenger.
    Sampai sekarang aku tak pasti Red ni pakai topeng atau muka dia bercat. Aku bet, kalau dia tunjukkan muka dia yang sebenar, dia mesti cun. Tugas dia adalah mencari supply dan bahan-bahan keperluan untuk team kami. Badan penuh dengan senjata, tapi yang selalu aku nampak ialah dia hisap gula-gula. Mana dia dapat stock Chupa Chups? Dia selalu terperangkap dengan zombi yang menyerang dan cuba teka siapa yang akan datang selamatkan dia? *berdehem-dehem bangga*

  5. Dr. Dexter.
    The Scientist.
    Dr. Dexter adalah sinar harapan kepada manusia. Sentiasa dilihat membawa monyet zombi kajiannya sebagai teman, Dr. Dexter dan beberapa saintis lain sedang dalam usaha mencari penawar kepada wabak Zirus yang melanda. Hasil kajian telah dipecahkan kepada beberapa bahagian dan diedarkan kepada saintis yang lain untuk kajian susulan. Namun, misi sekarang ialah mengumpul bahagian-bahagian tersebut menjadi satu supaya penawar yang sebenar boleh dicipta. Hm, aku rasa, Dr. Dexter suka dekat aku dalam diam. Mungkin sebab bad boy attitude aku, kot?

  6. Teeter.
    The Geek.
    Teeter berkurung dalam bilik dan hidup dalam alam maya sehingga berumur 30 tahun. Seminggu selepas dia dipaksa keluar oleh ibubapanya untuk melihat alam di luar, wabak Zirus melanda dunia. Dia melihat sendiri ibubapanya digigit zombi. Sejak itu, dia menganggap dirinya pembawa malang. Namun di sebalik sifat kurang berkeyakinan, Teeter sangat arif tentang barang-barang elektronik dan mampu hack mana-mana sistem komputer yang ada. Aku teka, dia dulu peminat anime hentai.


Oh, sesetengah fakta di atas aku reka. Sesetengah darinya memang dapat dari game itu sendiri.
Kalau nak tahu mana satu reka mana satu fakta, mainlah game tersebut.
Untung-untung, kita boleh buat gang dalam talian (walaupun aku tak pasti macam mana)

Game ini gratis untuk pengguna iOS dan Android.
Sampai entri ini ditaip, aku sudah sampai episod 8.
Hanya ada 10 episod (tak silap), dan mungkin akan datang akan ditambah, aku pun tak pasti.
Harap-harap tamat 10 episod je, sebab dah tahap ketagih sangat dah aku sekarang.
Hehehe.

Di bawah adalah screenshot game yang aku main:














Klik sini untuk melihat proses penghasilan artwork tersebut.




.

Nov 24, 2013

Ajaran #24 - Malang Sentiasa Menimpa Untuk Setiap Kentut yang Dipaksa.


"[Perkara] tak boleh dipaksa."

Kita acap kali mendengar frasa di atas diungkapkan oleh orang sekeliling,
tidak kira apa [perkara] yang disebut.
Tapi berapa ramai dari kita betul-betul tahu intipati di sebalik ungkapan tersebut?



Intipatinya mudah.
Sesetengah perkara BOLEH dipaksa.
Paksa belajar, contohnya.
Paksa bangun pagi solat Subuh.
Paksa baca buku untuk peperiksaan yang sudah dekat.

Namun,
banyak juga perkara yang perlu dibiarkan berlaku tanpa paksaan.
Antaranya:



Memang,
kebanyakan perkara tidak boleh dipaksa.
Malang akan menimpa untuk setiap kentut yang dipaksa.
Walaupun tidak boleh difikir dalam keadaan apa yang memaksa kita untuk kentut.
Silap hari bulan, kita terpaksa tukar seluar dalam hanya disebabkan kelakuan kita yang memaksa kentut.

Apa yang aku nak tekankan ialah
sesetengah perkara perlu dibiarkan berlaku secara semulajadi.
Jika dipaksa juga, hasilnya kadang-kadang tidak dijangka
dan lebih buruk lagi
boleh membawa malang.

Makan yang dipaksa berakhir dengan muntah.
Tidur yang dipaksa tidak akan lena.
Berak yang dipaksa mengundang buasir.

Cinta yang dipaksa tidak akan pernah menjadi.


Moralnya,
kenalpasti perkara yang ingin anda lakukan.
Sama ada ianya boleh dipaksa atau sebaliknya.
Jika boleh, tak apa. Paksalah.
Tapi, ingat
malang sentiasa menimpa untuk setiap kentut yang dipaksa.
Biarkan ia berlaku semulajadi.
Barulah bererti.

Dapat?



Lagi #Ajaran cEro dalam koleksi:




.

Nov 22, 2013

ABU



Pada jam 2013 malam semalam (21 November 2013),
kucing aku yang diberi nama Abu telahpun meninggalkan kami sekeluarga.
Dia dilanggar mati oleh kereta semasa sedang melintas jalanraya.
Kejadian berlaku di hadapan mata kakak aku sendiri.
Yang melanggar tidak dapat dikenal pasti.
Malah, aku rasa, yang melanggar itu tak tahu pun dia melanggar.



Abu seekor kucing jantan muda.
Umur dia baru empat bulan (lebih kurang).
Cergas, manja dan pandai.
Hobi dia adalah tidur seperti manusia
(terlentang panjang dengan perut menghala ke atas).
Tipikal, nama 'Abu' diperoleh dari warna bulunya (kelabu).

Mati dilanggar kereta ketika melintas jalan pada waktu malam.
Ianya bukan kali pertama berlaku kepada kucing.
Selalu kita dengar, dan nampak,
bagaimana terdapat kucing mati keras di tepi jalan pada pagi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja/ tempat belajar.
Semua itu hilang nyawa hanya bermatlamatkan untuk ke seberang jalan.

Jadi,
mana silapnya?




Tiada silap. Cuma kurang kesedaran.

Kucing dikatakan mempunyai penglihatan yang luarbiasa yang merupakan aset mereka sebagai haiwan pemburu, tapi kucing masih kurang sesuatu iaitu perspektif terhadap kelajuan.

Manusia mampu mengagak kedudukan kereta yang bergerak untuk beberapa saat akan datang berdasarkan kelajuan kereta tersebut.
Kita ada fizik untuk memberitahu minda.
Sebab itu kita mampu pandu keluar dari simpang tiga jalan dengan mudah.
Tapi, kucing tidak.

Apabila kucing melihat objek yang bergerak,
kucing tidak berkemampuan meneka ke mana arah objek tersebut berdasarkan kelajuannya.
Pada mereka, sesuatu objek berada di situ pada waktu itu. Sudah.
Mereka tiada kemampuan untuk berfikir seperti
"Ah, objek itu menuju ke arah sini. Maka selepas 1 saat, objek itu akan berada di sini."

Dapat tak apa yang aku maksudkan?

Jadi apa yang patut kita buat kalau ternampak kucing sedang melintas jalan di hadapan kita semasa kita sedang memandu?

Ini cara aku.
Setakat ini, berkesan.

Pertama,
jika kucing itu masih dalam medan penglihatan kita, PERLAHANKAN KENDERAAN.
Pastikan kucing itu sentiasa berada dalam medan penglihatan kita.

Kedua,
jika kucing itu hilang dari penglihatan mata,
sama ada berada di bawah kereta kita,
berada di bawah kereta orang lain atau berada di titik buta mata,
BERHENTIKAN KENDERAAN.

KENALPASTI KEDUDUKAN kucing tersebut sebelum bertindak seterusnya.

Ketiga,
selepas dikenalpasti kedudukan kucing tersebut,
pastikan kucing itu BERADA DI TEMPAT YANG SELAMAT sebelum meneruskan kenderaan.


INGAT!
Kucing adalah haiwan pemangsa.
Haiwan pemangsa akan kaku apabila mendapati keberadaan haiwan pemangsa lain yang lebih besar dari mereka.
Logiknya, lebih baik kaku dan menyorok daripada lari selamatkan diri yang tentunya akan dikejar.
Sudah tentu, haiwan tidak mampu berfikiran munasabah,
sebab itu mereka bergantung kepada survival instinct yang memang sudah tertanam dalam gen untuk teruskan hidup.

Dan pada haiwan, dalam kes ini, kucing,
kereta adalah pemangsa yang lebih besar. Bagaimana mereka lihat singa dalam hutan, sebegitulah mereka melihat kereta di bandar. Maka, reaksi mereka yang normal adalah kaku dan berharap pemangsa itu berlalu pergi.

Jika mereka kaku semasa berada di tepi jalan, tak apa.
Tapi jika mereka kaku semasa sedang melintas jalan, alamatnya, BYE-BYE!

Jadi,
apa yang kita boleh buat (dan bertolak ansur) ialah memberhentikan kenderaan dan pastikan kucing itu selamat melintas. Kucing tidak akan kaku selamanya. Apabila naluri untuk selamatkan diri mereka timbul, mereka akan lari mencari tempat yang lebih selamat.

Sedikit kesabaran dapat menyelamatkan kucing.
Walaupun bukan kucing anda, tapi sekurang-kurangnya kucing itu pernah memberi kebahagiaan kepada seseorang.
Dek kerana kurang sabar, kucing itu dilanggar.
Anda akan berasa bersalah sepanjang memori tentangnya ada.
Apatah lagi jika semasa anda melanggar si kucing itu, kedengaran bunyi 'crack' seperti sesuatu telah patah dan hancur.

Dengan sedikit kesabaran,
kucing selamat, anda tenteram, dan saksi depan mata (seperti kakak aku) tidak akan mengalami trauma kerana melihat peristiwa ngeri depan mata.

Pesan aku satu,
bersabarlah di atas jalanraya.
Tidak kira dengan siapa, manusia atau bukan.



Selamat tinggal, Abu.
Kau akan tetap dalam kenangan.


.

Nov 17, 2013

tEka-tEki #18 'Bas Sekolah'


Bertemu kembali dalam slot tEka-tEki.
Slot di mana pointer tinggi tak bermakna anda tak pandai.



Baiklah.
Kali ini aku berminat nak kongsi satu tEka yang aku pernah tengok dulu (dan gagal jawab).
Soalannya mudah, tapi ianya melibatkan daya imaginasi yang bukan calang-calang orang ada.
Bagi yang tahu jawapannya, atau pernah dengar di mana-mana
bolehlah jawab dengan jayanya.
Bagi yang memang mahu mencuba, sila jangan putus asa dan baca jawapan orang lain di bahagian 'comment'. (kalau ada yang jawab laa)
Salah tak apa. Yang penting cuba.

Ok.
Perhatikan imej di bawah.



Abaikan lukisan aku yang taraf budak tadika ini
dan cuba gunakan imaginasi anda bayangkan ianya bas yang sebenar.

Soalannya:

Bayangkan itu adalah bas sekolah yang pernah kita naik setiap pagi semasa kecil untuk ke sekolah.
Jika bas itu bergerak ke hadapan,
ke arah manakah akan bas itu tuju?
Ke kiri gambar atau ke kanan gambar?


Mudah.
Sama ada ke kiri ←
atau ke kanan →


Jika anda berminat untuk ketahui jawapannya, klik sini.
Tapi link di atas hanya berfungsi bermula pada 1 Disember 2013
bersamaan dengan dua minggu selepas post ini diterbitkan.

Marilah mencabar daya kreativiti dan imaginasi diri untuk menyelesaikan masalah ini.
Selamat mencuba.

GOOD LUCK!

Lagi tEka-tEki dalam koleksi:




.

Nov 13, 2013

Lipas VS. Dunia: Evolusi Lipas




Tahu tak apa yang sama hebat dengan ninja?
Lipas.



Kalau bukan sebab aku major biologi, aku mungkin percaya ninja adalah evolusi dari lipas bagaimana Darwin kata manusia berasal dari beruk.
Tangkas, pantas dan licik.
Tiada yang setanding dengan ninja selain lipas.




Entri lain mengenai lipas:
Lipas Makhluk Sempurna.
Lelaki Yang Takut Tapi Bukan Penakut.
Lipas VS. Dunia
Lipas VS. Dunia: Himpunan Lipas
6 Peranan Lipas dalam Kehidupan dan Alam.



.

Nov 10, 2013

6 Elemen Sepunya Dalam Kebanyakan Video Viral Malaysia.


Ok, bare bear with me. Ini adalah entri mengenai viral video.
Mungkin aku terlebih excited dengan viral video yang ada baru-baru ni.
Tapi aku janji, ini entri terakhir berkaitan dengan Awek Legoland dalam blog ini.
Basi dah isu ni.



Apa yang menarik minat aku bukanlah video tersebut,
tapi lebih kepada respon masyarakat.
Aku berminat respon individu, mahupun kelompok individu terhadap video itu.
Jadi, dipendekkan cerita, aku berminat untuk mengkaji
apa elemen sepunya yang ada dalam setiap video yang berjaya menjadi viral di kalangan masyarakat Malaysia.
Hanya video viral di Malaysia.

Sebelum apa-apa, biar aku jelaskan.
Kajian aku ini hanya mengambil masa 2 jam dalam hidup aku
dan tiada sumber-sumber ilmiah yang menjadi rujukan aku.
SUmber-sumber video pun hanya yang mampu aku fikirkan sahaja.
Ini sepenuhnya hasil janaan otak aku yang tak selalunya betul.
Jadi, sila jangan ambil berat tentang apa yang aku bentangkan
dan jangan sekali-kali jadikan entri ini sebagai sumber rujukan bahan ilmiah korang.
Jangan pula nanti nama blog ni naik dalam bibliografi tesis projek akhir tahun korang pula.
Kalau nak buat, buat betul-betul, guna metodologi yang betul.

Dan,
berikut adalah enam (6) elemen yang membuatkan sesebuah video menjadi viral:



1. Subjek

Kesemuanya video viral berkisar tentang subjek dalam video.
Ada dua poin yang perlu diambil kira.
Pertama, adakah subjek disukai atau dibenci.
Contoh terbaik subjek yang disukai ialah video Gwiyomi yang pernah melanda Malaysia satu masa dahulu.
Contoh untuk subjek yang dibenci ada banyak. Ingat lagi video pekerja KFC yang letak tapak kasut dekat ayam yang akan digoreng dulu? Ada sesiapa yang suka ke?

Kedua, subjek selalunya rare.
Aku tak boleh translate 'rare' tu dalam BM, sebab 'jarang berlaku' bukan istilah yang tepat.
Contoh subjek yang rare adalah video Bini MatYo.
Yang menjadikan ia rare ialah subjek di dalamnya, iaitu melibatkan orang yang dikenali ramai.
Berapa kali sangat kes video tersebar melibatkan orang terkenal ada dekat Malaysia ni?




2. Medium

Medium video itu disebarkan juga adalah penyumbang kepada ke'viral'an video tersebut.
Kebanyakannya guna YouTube.
Tapi, kemunculan aplikasi video sharing yang semakin banyak melalui media sosial yang ada masa kini juga membantu. Facebook, Keek, Instagram vid...
Namun, kebanyakannya akan berakhir dengan YouTube juga, disebabkan YouTube adalah sumber utama masyarakat Malaysia menbuat carian video.
Banyak orang akan download dan upload semula video yang dikatakan viral ke dalam channel mereka kerana gilakan hit view.




3. Tagline

Tagline, punchline, catchphrase.
Semua viral video (yang beraudio) akan mempunyai barisan ayat yang diingati pendengar.
"Macam cantik jer..."
"Jantan dayus. Jantan dayus."
"Comey tak Kak Ton?"
"Listen, listen, listen."
Barisan ayat sebegini memudahkan masyarakat untuk recall video mana yang dimaksudkan.

Tapi ada juga video yang tak perlukan tagline.
Contohnya, video cctv anak kecil didera di pusat asuhan.
Kenapa video ini viral tanpa perlukan tagline?
Sebab perlakuan biadab itu sendiri sudah menjadi taglinenya.
Sama kes dengan pekerja KFC yang letak ayam di tapak kasut.




4. Pihak Berpengaruh

Definisi viral adalah terletak kepada kuasa dalam berkongsi (sharing) di dalam media sosial.
Apa yang lagi bagus untuk tingkatkan kuasa viral selain daripada dikongsi oleh golongan yang mempunyai banyak followers.
Studio pengiklanan dalam media sosial, selebriti terkenal tanahair, penggiat forum, blogger terkenal dan twitfamous.
Kalau mereka ini kongsikan satu video yang dikatakan 'menarik', kemungkinan video tersebut menjadi viral di Malaysia adalah tinggi.
Lagi ramai follower, lagi tinggi ke'viral'an, namun tetap bergantung kepada isi video.

Aku sendiri dapat tahu tentang kebanyakan video viral melalui Facebook.




5. Penonton

Untuk menjadi viral, penonton video memainkan peranan penting.
Penyebar video viral selalunya individu yang banyak menghabiskan masa di atas talian.
Since smartphone sekarang membuatkan kita boleh online di mana-mana, maka ianya bukan masalah besar.
Hasil korekan aku, golongan yang banyak habiskan masa online dan bersemangat menyebar video viral ke laman sosial mereka adalah individu berusia antara 9 hingga 30 tahun.
Video yang berjaya menyentuh golongan ini berkemampuan menjadi viral.

Orang lebih tua (atas 35) kemungkinan hanya akan menonton sahaja dan mempersoalkan apa yang sudah berlaku kepada generasi zaman sekarang.




6. Respon

Yang menjadikan sesebuah video semakin viral adalah kewujudan video respon,
atau dalam terma yang lebih difahami, PARODI.
Parodi kebanyakannya bersifat berlebih-lebihan, dan membuatkan penonton parodi akan tertanya-tanya adakah video asal sebegitu rupa.

Hanya selepas sehari video Awek Legoland tersebut menjadi trend di Facebook,
berpuluh-puluh parodi muncul.
Daripada orang biasa, sampai ke artis, sampai ke pengkid,
macam-macam jenis parodi berjaya dihasilkan.
Kesannya, video asal menjadi semakin ditonton dan dikenali.
Kini, even mak aku pun tertanya-tanya
"Apa benda yang asyik 'macam cantik je' tu?" sebab dah banyak sangat orang perkatakan di TV.


++++++



Aku dapati ada satu elemen tersendiri yang tak mampu dikawal orang.

TIMING.
(Timing dalam BM apekebende ek?)

Tak kira berada bagusnya video itu untuk dijadikan viral,
walaupun sudah diambil kira semua 6 elemen yang aku bentangkan di atas, tapi kalau timing tak sesuai, tak jalan.
Tak mungkin video Awek Legoland dan Bini MatYo boleh menjadi viral dalam masa yang sama.
Nasib baik timing mereka agak tepat.

Juga, video viral kebanyakannya hanya bertahan seminggu.
Selepas masuk minggu kedua, suasana menjadi semakin suram dan boleh dikatakan basi.
KECUALI ada perkara berbangkit seperti
kes Bini MatYo nak saman Pak Guard Azman,
Pak Guard Azman dapat naik kereta mewah
dan Pak Guard Azman ditawarkan peluang berlakon drama.

Murah rezeki sungguh Pak Guard Azman ni...

PERGH!

Korang ada teringat mana-mana video viral Malaysia yang aku tak sebut di atas?





C-Card #004:
Macam yang aku katakan, aku bukan berminat dengan video yang dihasilkan, tetapi aku lebih berminat dengan reaksi manusia sama ada individu ataupun kelompok masyarakat terhadap video tersebut. Manusia sebagai individu memang berbeza-beza, tapi bila dikelaskan dalam satu kelompok, perlakuan mereka boleh diramal dan dirancang. Namun, yang lebih menarik minat aku ialah subjek dalam video tersebut. Agaknya, apa perasaan Awek Legoland sekarang selepas videonya menjadi bahan pelecehan? Apa perasaan Bini MatYo terhadap masyarakat yang mencemuhnya? Malu? Marah? Adakah kawan-kawan pekerja KFC yang letak ayam di tapak kasut sebelum digoreng itu masih berkawan dengannya? Adakah semua video Gwiyomi dianggap comel? Yang orang anggap comel pun aku rasa tak comel mana pun, lebih kepada usaha memalukan diri sendiri sahaja. Namun, satu yang aku kagum tentang masyarakat Malaysia yang suka membuat parodi ni ialah sifat self-esteem yang tinggi. Aku? Bercakap depan 5 orang pun sudah buat aku gugup, apatah lagi ditonton beribu orang berulang-ulang kali. Btw, gambar pertama dalam entri ini ialah bacteriophage, sejenis virus yang paling aku gemari sebab nampak macam spaceship gittew.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License