Kadang-kadang aku terfikir,
adakah kebergantungan terhadap teknologi sesuatu yang baik atau sebaliknya?
Alarm di pagi hari sangat menyakitkan hati.
Apatah lagi kalau alarm tersebut datang dari henset yang juga menyakitkan hati.
Double menyakitkan hati.
Sakit hati kuasa dua.
Tambahan pula, disebabkan henset ni, 320Gb memori laptop hilang sebab rosak.
Tapi,
aku ada alasan kuat untuk masih terus menggunakan henset aku ni walaupun macam-macam perkara sudah terjadi.
Alasan paling mudah ialah henset ni kecil berbanding henset-henset terkini di pasaran yang besar gedabak macam pinggan.
Siapa yang nak sumbat pinggan dalam poket, kan?
Namun,
alasan paling kukuh untuk aku terus menggunakan henset ini mungkin ialah kebergantungan.
Pada aku, dia bukan sekadar henset.
Dialah album peribadi aku.
Dialah pelayar internet untuk aku.
Dialah kamera, dialah alarm, dialah mp3 player.
Dialah tempat aku simpan nota-nota ringkas idea.
Dialah buku telefon, dialah lampu suluh.
Dialah tempat aku simpan list birthday kawan-kawan.
Dialah peneman aku ketika aku sakit, sihat, penat, sedih, gembira.
Ketika aku di ruang tamu, di bilik, di jamban masa meneran,
di hospital, di jalanraya, di dalam kereta, di atas motosikal.
Walaupun sudah ada henset baru, henset aku ini masih bersama aku sebagai organizer.
Antara banyak-banyak barang aku,
dialah yang paling selalu berada di sisi aku.
Aku rasa, bukan henset ini sahaja, begitu juga henset-henset kalian, kan?
Dari sudut yang berbeza, kebergantungan kita pada henset menjadikan henset adalah sahabat paling baik untuk kita, kan?
Tapi,
ini masih tidak mengubah fakta bahawa henset aku ini menjengkelkan.
Mungkin aku ada love-hate conflict dengan henset sendiri.
Ayat di atas bunyi sangat forever alone, kan?
Lagi mengenai Archenemy:
The Insignificant Misadventure of cEro with his Phone.
The Arch-Nemesis: Ep. 1 - The Unsettling Issue
The Arch-Nemesis: Ep. 2 - Night of Wut
.
oh tidak tidak..ia tak berbunyi forever alone..
ReplyDeleteia berbunyi kesetiaan disitu..hehehe..
btw, cuba set alarm dengan guna suara orang yang paling kita sayang, agak-agak sampai hati tak nak lempar hp tu?kehkehkeh
@nazha anua
Deletehahaha, mahunya nanti tak bangun tidur plak, anggap kena dodoi lg ada laa...hehehe
I love you
ReplyDelete@Anonymous
DeleteDah ni kenapa plak ni?
ya, aku rasa aku amat memahami perasaan itu, dan aku rasa, golongan generasi y dan z hampir kesemuanya dapat memahami kot... heheh ^^
ReplyDeleteaku pun tak suka smatpon yg besar gedabak cam pinggan, tak boleh masuk poket... annoying woh
@plain83
Deletetau takpe. Takkan laa semata2 nak bawak henset gedabak besar tu kena plak bawak beg. Tak macho langsung...hahahah
hahahaha. tak suka jugak smartphone besor2 sangat
ReplyDelete@nurdani
Deletekan? macam balik ke zaman dulu yg tahap henset buat ganti batu bata tu...hahaha
cuba bayangkan kalau tepon xde..padahal semua benda dalam tu..meroyan tau
ReplyDelete@merahitujambu
Deleteitu bakal menjadi satu mimpi ngeri bertukar realiti.
Alamak...kena backup cepat2 ni...hehehe
terasanya bab henset macam pinggan tue.. kakakaka.. eh.. henset aku taraf piring jer.. koh koh koh... memang pon henset aku mewakili album, kamera, kalkulator, diary, buku lukisan, laptop, video player, alarm, radio, jam macam macam lagi pusat melampiaskan kreativiti aku.. huhuhu...
ReplyDeletesebab tue masuk bilik pelaburan pun aku bawak.. (T____T) aku pun forever alone gamaknya.
@Aujinz
Deletegah gah gah..
Jangan nanti satu hari ada cerita henset ojin masuk lubang jamban sudah...hehehe
background calendar dengan nombor 25 yg dibulatkan.
ReplyDeletehappy becoming besday baby dicember :)
@MS. NO NAME
Deleteoit oit oit, mana tahu tu kalendar disember?
Mana tau bulan oktober ke...hehehe
tau la..
Deletesixth sense..ahahaha..
semoga memperoleh segala yg terbaik di dalam hidup..
:):)
@MS. NO NAME
DeleteHehehe, hush...hehe
Bunyi ringtone alarm kat hanset waktu pagi memang menjengkelkan. Lagi menjengkelkan kalau duduk kat rumah sewa bujang. Macam-macam bunyi keluar. Bangunnya tak jugak. Haha
ReplyDelete@Sylarius Yusof
DeleteAku pernah rasa masa duduk rumah sewa masa belajar dulu...
5 org bujang, 5 alarm berbeza, haram sape pon tak bangun...hahaha
nah ini alarm aku https://www.youtube.com/watch?v=JOjzanHPduU
ReplyDeletepilihan sangat tepat. kannn? -,,-"
tp yg bestnya alarm mak ada. takkan nk baling mak jugak kot kan? kikiki ;p
@shada wentz
Deletemacam mana ko boleh bangu dgn lagu camtu??? hehehe
tp alarm mak memang paling terbaik, silap2 kita yg kena baling...hehehe