Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 27, 2013

The Arch-Nemesis: Night of Wut


Tahu tak apa yang buat aku sangat tertekan?
Tidur aku diganggu.









Aku kerap merungut tentang henset aku.
Tiba-tiba, ada seseorang berkata,
"Asyik merungut je, tukar laa baru! Habis cerita."

Bak botol kicap cap kipas udang terjatuh dari para dan berkecai,
begitu juga hati aku terguris dengan kata-kata itu.

Tapi, betul juga.
Kalau dah tak tahan dengan henset sendiri,
tukar baru je laa..

TAK SEMUDAH ITU!

Alasan biasa aku tak tukar henset baru ialah faktor kewangan.
Mana aku nak cekau duit untuk henset yang kebanyakkannya dah cecah 4 angka.

Tapi kewangan bukan satu-satunya alasan.
Sebenarnya, aku sayang henset aku ni.
Fungsi dalamnya semua bagus-bagus belaka.
Semuanya memudahkan diri aku.
Aku takut kalau aku tukar baru, yang baru tak sebagus yang sekarang.
Masalah yang sekarang hanya dua;
line tak kuat walaupun duduk tengah bandar
dan suka restart sesuka hati.
Selain dari tu, semuanya hebat belaka.

Alasan lain,
frankly, aku tak ada minat dengan mana-mana henset di pasaran sekarang.
iPhone 5, Samsung Galaxy SIII, SIV, Note, Note II,
semua henset sekarang semua besar-besar belaka.
Aku ni hanya seorang lelaki mudah yang hanya simpan henset dalam kocek.
Kalau dah sebesar buku, aku nak simpan kocek mana?
Yang kecil pula, semuanya tak menarik.
Banyak fungsi dikurangkan.
Jadi, senang cerita, aku memang tak minat dengan henset terkini zaman sekarang.

Aku pernah kata sampai tahap henset ni rosak sepenuhnya,
aku nak cuba hidup dalam satu tempoh masa tanpa henset.
Henset telah mengalami transisi dari barangan kehendak kepada barangan keperluan.
Susah nak cari orang yang tak pakai henset zaman sekarang.

Tak apalah.
Selagi boleh, aku bertahan.
Lagipun, kalau aku tukar henset baru,
memang habislah cerita.
Dah tak adalah cerita The Arch-Nemesis lepas ni. Hehehe.


Entri lain mengenai Archenemy aku ni:
The Insignificant Misadventure of cEro with his Phone.
The Arch-nemesis: The Unsettling Issue




.


8 comments:

  1. hebat betul 'musuh' kau tu.. baling ke dinding pon xde kesan apa. hoho.. ;P

    xkan langsung xde yang kau minat selain ipong n samsung? ada banyak lagi kot brand henpon skrg ni.

    ReplyDelete
  2. henset baru semuanya semakin komplikated. Bukan saja dengan operasinya malahan penggunaannya... aku rasa, kalau cEro bertukar ke handphone semasa, benda pertama yang akan beliau rungutkan adalah...



    Bateri.


    koh koh koh

    ReplyDelete
  3. hahaha ye betul2, hp skrg makin gedabak, esok2 letak laptop tepi telinga.

    ReplyDelete
  4. dahsyat jugak cero punya taste.
    aku ni pakai fon kecik je.
    so kalau tetibe dapat fon besar tapak tgn tu, aku jual kot. lagi untung!

    cuba la research specification fon dia.
    smoga dpt mmbantu

    takziah buat si henfon :P

    ke belom??

    ReplyDelete
  5. Hp skg mkin lama mkin besar..suke sgt note 2 sbb function die leh lukis2 tp tue la..bsar sgt..=.="

    ReplyDelete
  6. aku pun guna NOKLA jugak:) skrin dah blur2 dah tapi tetap taknak tukar sebab tak ada nafsu kot dengan hempon semasa keh keh keh

    ReplyDelete
  7. oh aku tak penah pakai hp brand nok*a... dlm bnyk2 hp mmg aku paling kekok guna brand tu, mmg tak compatible btol ngan aku hahah...

    ReplyDelete
  8. @Haryz Khairuddin
    Aku dah belek dah semua katalog, pamphlet dan iklan2 hp, tapi takde satu pon aku minat...
    Yg hebat, besar gedabak!
    Yg murah, fungsi tak lengkap..
    Adoi...

    @Aujinz
    Itu aku heran...
    Kenapa diorg berlumba2 nak buat henset super canggih, tp tak berlumba2 nak buat henset super-tahan baterinya...adeeehhh!

    @.::WaNiE::.
    Hahaha, sure kelakar habis letak laptop tepi telinga..adoilaaa...

    @Nia Syikin
    Belum!
    Dia sangt lasak dan tahan hentaman...
    Aku tunggu gak dia nak rosak teruk, tp setakat ni asyik ok je lagi walaupun byk buat hal...

    @Miss Comot
    Kalo Note 2, asal nak keluar, mesti kena bawak beg kecik satu...
    Nak masuk poket mmg muat, tp takut terduduk terkepak adoilaa dua ribu melayang...

    @nazha anua
    kaaaannn?
    henpon skang ni sgt tak menarik minat..Gaya sama le semua, jenis leper tapi lebar...

    @plain83
    Orang kata pengguna NOKLA ni setia..Aku mmg dari awal guna henpon, skali je aku pakai motorola, yg lain semua NOKLA...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License