Selamat datang ke muka rahsia cEro.
Anda berada di sini akibat dari sifat ingin tahu bersulam dengan sedikit keberanian.
Juga mungkin sedikit nasib memainkan peranan.
Dahulu,
aku anggap tarikh hanya tarikh.
Setiap dua puluh empat jam, tarikh akan bertukar.
Yang lepas tetap lepas, yang datang tetap datang.
Tidak lewat, tidak cepat. Tiada istimewa.
Kemudian aku terfikir,
dalam tiga ratus enam puluh enam tarikh dalam satu tahun,
ada satu tarikh yang khusus untuk kita.
Tarikh tersebut milik kita.
Walaupun berbilion orang lain juga memiliki tarikh yang sama,
namun tarikh tersebut masih istimewa untuk kita.
Istimewa untuk kita, istimewa bagi mereka yang kita sayang.
Sesuatu yang istimewa tidak patut dipersia.
Jadi,
raikanlah.
Kerana siapa tahu mungkin akan datang kita tiada lagi untuk meraikannya,
sama ada milik kita mahupun milik mereka-mereka yang kita ada.
Dan umur aku bukanlah satu angka yang kecil.
Namun juga bukan angka yang besar.
Aku harap doa aku didengari-Nya.
Aku bukan muda, juga belum tua.
Nota: Sila tinggalkan jejak supaya aku tahu siapa yang penuh dengan sifat ingin tahu.
.
No comments:
Post a Comment
"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026