Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 30, 2009

End of 2009's life SUX!!

this is my forty-third post...
..and I'm sorry!!


Kurang beberapa puluh jam je, tahun 2009 bakal melabuhkan tirai...
Sepanjang beratus hari tahun 2009, aku teka lebih byk airmata dari ketawa untuk aku...
And the only two good things happened to me in this 2009 were:



..aku jadi seorang uncle pd 10 Dec


*****

..aku dapat penuhi azam dgn menderma darah 3 kali dalam setahun tahun nih..


other than that, just as good as my middle finger!!
Life
SUX!!
Sekian, terima kasih!!

Dec 21, 2009

Jawapan Teka-Teki #2

this is my fortieth post..
..and I'm sorry!!!


tEka-tEki #2 - 7cm 1cm setiap hari

Untuk yang masih belum baca teka-teki #2 dalam entri ke-28 blog ni, sila jangan teruskan bacaan anda dan baca dulu teki-teki tersebut di sini..

Soalannya,
berapa kali potongankah rod emas 7cm tu patut dipotong untuk menjadikan bayaran sebanyak 1cm setiap hari selama 7 hari??


Perlu dititik-beratkan bahaya memang boleh kalau rod tu dipotong menjadi tujuh bahagian,
dgn 1cm setiap bahagian supaya memungkinkan bayaran sehari 1cm,
Namun, setiap kesan potongan menurunkan nilai emas tersebut,
seperti kita gergaji kayu roti, sedikit bahagian perlu dikorbankan kepada tempat memotong...
Dengan kata lain,
nilai emas dpat dioptimumkan kalau mengurangkan tempat potongan...

Jawapannya:
Hanya 2 potongan menjadikan 3 bahagian..

Penyelesaiannya:
Potong rod emas kepada 3 bahagian; 1cm, 2cm, 4cm...

Cara bayaran:

Hari 1 - Bayar dengan rod 1cm [Jumlah 1cm rod]
Hari 2 - Bayar dengan rod 2cm selepas ambil kembali rod 1cm [Jumlah 2cm rod]
Hari 3 - Bayar dengan rod 1cm [Jumlah 2+1 = 3cm]
Hari 4 - Bayar dengan rod 4cm selepas ambil kembali rod 2cm dan 1cm [Jumlah 4cm]
Hari 5 - Bayar dengan rod 1cm [Jumlah 4+1 = 5cm]
Hari 6 - Bayar dengan rod 2cm selepas ambil kembali rod 1cm [Jumlah 4+2 = 6cm]
Hari 7 - Bayar dengan rod 1cm [Jumlah 4+2+1 = 7cm]

kasut sotong!!!

Selesai..
Any comment?? Silakan!!!

Nov 30, 2009

Time Do Really Heals...

this is my thirty-nineth post..
..and I'm sorry


Masa memang menyembuhkan luka...

Selama lebih 22 tahun aku hidup,
banyak kali dah aku saksikan dgn mata dan minda aku sendiri..
Masa betul-betul menyembuhkan...
Dari luka fizikal, hinggalah ke luka di hati...
Memang ajaib...

Mak aku patah tulang tangan seminggu sebelum Ramadhan lepas..
& sekarang Alhamdulillah, semakin sembuh..
walaupun masih tak sepenuhnya...
Dia sntiasa dalam doa aku..

Aku jatuh moto sebab kemalangan,
menyebabkan tak boleh aktif dlm melukis..
namun setelah setengah tahun,
tangan aku mula aktif..

Sebulan lepas aku ada masalah dengan seorang kawan...
Maklumlah, masing-masing punya ego dan emo..
Namun kebelakangan nih selesai semua masalah dengan hanya satu SMS..
"Mlm ni cntik,kn? bulan mengambang terang sgt. bintang pn byk..kt sana nmpak x?"
Kerana kami kongsi hobi yg sama, melihat langit malam..
Segalanya selesai...

Kawan baik aku asyik bermasalah je dgn abang Chenta dia dulu,
namun as time went by, diorang berdua nampak saling memahami...
hari demi hari saling kenal-mengenali...
dan aku sangat gembira dengan hal tuh..
janji aku akan jadi pengapit waktu masa nasi minyak nanti sudah...

Demam aku sgt panjang sampai masuk hari ke-10 masa aku wat entri nih..
Tp compare dgn awal2 dulu, dah kebah sket dah..
Esok lusa kembali melompat aa aku...

Aku pernah bertemu dgn orang yang derita putus chenta
dan kembali sembuh hanya dalam masa
SEMINGGU!
Aku jugak pernah bertemu orang derita putus chenta
dan mengambil masa
6 BULAN hanya untuk melihat senyumannya...
Kedua2 hal ini bergantung kepada definisi CHENTA pd si penderita..


Yes,
Time really heals...
But the matter of fact now is for HOW LONG IT TAKES TO HEAL..

Elemen penting dalam MASA adalah SABAR...
dan musuh kepada SABAR adalah DENDAM...

Yes,
Revenges do never heal..

Nov 29, 2009

Perasaan ini...

this is my thirty-eighth post..
..and I'm sorry..


Satu perasaan...
Tekak rasa sperti sedang telan guli besar ibu jari diselaputi pasir...
Kepala rase seperti dibeban berat 15.4 kilogram..
Tangan menggenggam seperti tangan bayi 2 minggu lahir..
Kaki menapak seperti di atas alam kayangan dengan lantai kapas sbg alas..
Kulit menjadi super-sensitive, bila bergesel dgn baju, geli mcam org sedang geletek celah lutut..

Perasaan ini...
Nafsu amarah membuak2 seperti duduk dlm sidang Parlimen...
Rasa nak baring begitu mndalam seperti orang tak tidur 5 minggu...
Selera makan seperti orang sudah jemu dgn makanan dunia...
Air di toilet seperti hasil hakisan ais di kutub utara...
Pandangan mata seperti orang putus chenta, sentiasa berair...
Telinga seperti satu entiti yang merimaskan...
Hidung seperti tapak logi air lendir..

Apakah perasaan ini??
Owh duniya,
apakah neraka yang berlaku di dalam sistem badan aku sebagai manusia???


Oh, RUPANYA!!!
Aku DEMAM, maaf dunia...

Nov 20, 2009

Kawan yang tidak boleh dipercayai

this is my thirty-sixth post...
and I'm sorry..
..I'm sorry if this post hurts you..


Kadang kala, aku consider hidup aku macam satu papan puzzle..
Dan setiap kisah dalamnya adalah serpihan puzzle tersebut..
Di mana kita takkan dapat lihat gmbaran seluruh
kalo tak selesaikan puzzle tuh hingga sempurna...


Pada kawan, aku kelihatan seperti banyak simpan rahsia..
Namun, hakikatnya aku tak pernah berahsia..
There's always someone out there knows my secret..
At least one to share with..

baru-baru nih aku ade wat satu eksperimen terhadap kawan..
Dengar macam aku nih wat jahat sbb gunakan kawan,
but it necessary to find out either friends are can be trusted or not..

Ada satu hal tentang aku telah terbongkar...
Dibongkar oleh seorang kawan lelaki yang (kalau boleh) aku takkan kongsi rahsia bersamanya..
Aku pelik...
Aku hanya berkongsi tentang hal tu dengan
tiga (3) orang perempuan BERNYAWA atas muka bumi nih..
Dan setiap orang yg aku kongsi tuh aku ade pesan,
"Please, jangan bagitahu sape2 tentang hal nih. Biar aku yg bongkarkan satu hari nanti..."
Dan kesemua mereka
SETUJU dengan perjanjian tuh..

Gadis pertama:
Seorang yg pernah jadi istimewa dalam hidup aku..
(please read aloud on the word PERNAH)
Aku beritahu dia hal tu sbb dia pernah bertanyakan macammana hidup aku berjalan..
So, nothing interested to say, aku just kongsi dgn dia rahsia tuh..
Walaupon dia ada dendam dengan aku,
namun dialah orang terakhir dalam dunia yang akan bongkar hal tuh..
Sbb aku PERCAYA dengan dia..

Gadis kedua:
Teman sekolah dulu..
Berjumpa skejap je mkan kt mcD...
Tp dia citer hal dia, aku citer hal aku...
Kami tak pernah rapat seblom nih,
tp at that moment, sume mende kuar...
Sometimes kita jd selesa bercakap dgn org yg kita tak rapat, kan??

Gadis ketiga:
One of my course-mate..
Luaran mmg boleh dipercayai,
Namun didalam aku tak pasti sbb aku tak rapat pon dgn dia..
Oleh sbb tak rapat,aku rasekan dia takkan bercerita ttg hal aku kt org laen..
Lgipon, tak pnah aku dgn hal buruk psal dia...
Seorg kawan yg bagus (agaknya..)


Nak dijadikan kisah,
si lelaki tuh takkan tahu sendri tanpa salah seorang dr 3 pompuan nih yg citerkan...
So, only (and ONLY) one of them je...

Deduction method:

Gadis kedua tuh takkan dapat bgtau si Lelaki nih sbb diorg mmg takde talian n tak kenal pon sesama sendri...
She's OUT!!

Gadis pertama pulak TAKKAN (dan TAKKAN) bongkarkannye sbb dia jenis yg tak amik peduli pon sume nih..
Aku bet kalo aku tanye lg psal hal tuh, mustio dia dh lupa...
N kalo dia ingat skalipon, dia takkan bongkar jgak sbb dia tahu aku tahu 1001 rahsia dia...
Mmg naya laa kalo dia yg bongkarkan...
So, she's OUT!!

Conslusion:

The culprit is the Gadis Ketiga
Just by that, (and THAT only) terus hilang semua kebolehpercayaan aku terhadap dia..
I'm sorry, bukan nak menghukum..
tp aku perlukan kawan yang boleh dipercayai
tambahan pulak dalam saat aku genting camnih...

Gadis ketiga,
U still my friend, n FRIEND only...
but not my Trustworthy FRIEND

Nov 12, 2009

Memories in the Rain

this is my thirty-third post..
..and I'm sorry..


10 Nov 2009

Memori dalam hujan..

Jam menunjukkan pukul 1.30 petang,
aku perlu berada di markas pada jam 3 ptg..
Shah Alam ke Sungai Besi mengambil masa 40minit
dengan Caballo Blanco di bawah mod kelajuan 80km/j..

Jam 1345,
Aku keluar sarang Rowell dgn disinari cahaya terik mentari..
Berbekalkan makan tghari di Restoran Tajmaah,
aku menuju ke blok 58 dengan niat nak memberi kawan pinjam cakera keras luaran..

Jam 1351,
Selesai berurusan dgn budak busuk belum mandi,
aku teruskan perjalanan ke Sungai Besi,
Laluan Lebuhraya Persekutuan di ambil..
Sampai di satu susur,
Aku ambil jalan ke Lebuhraya NPE (stands for ape aku pon tak tau)

Sampai satu ketika di dada NPE,
Langit di hadapan aku berwarna gelita,
Kelabu gelap dgn kod #b4b4b4,
Di persisiran jalan banyak penunggang lain berhenti
Bersiap-siap dengan perisai baju hujan masing-masing,
Namun,
aku teruskan perjalanan dengan angkuh dan bongkaknya.

Sebelum melepasi tol NPE Sunway,
Hujan turun riuh dengan sentapnya,
Lalu berhentilah diri di hentian motosikal selepas tol,
hanya 9 saat, namun aku telah basah dengan jayanya..

Bertukar ke kostum hujan merah,
dengan Shoei tertera di belakang,
aku smbung perjalanan ke destinasi..

Hujan bertambah lebat,
Ibarat pertempuran antara Madara dengan Hashirama,
hinggakan satu ketika
jarak pandangan aku hanya 10meter,
memaksa inersia mnerkam otot kardiak.

Agak-agak 10km sebelum destinasi,
Hujan reda hanya sedikit, masih buta jalan,
Jarak hanya bertambah menjadi 50meter,
namun sesuai untuk memecut 70km/j...

Adalah alkisah arakian,
Dua pedati beroda 4 memecut di sebelah kanan dan kiri,
dengan pantas menghadiahkan aku segerombolan air...
Lantas mencurahi diri ini dengan penuh kasih sayang,
Ibarat irama Mozart bergema ke seluruh pembuluh,
Air hujan dengan keasidan pH 4.3 terjah ke mulut aku,
Juga meresapi segenap tubuhku,
seolah-olah memberitahu
"Baju hujanmu itu hanyalah hiasan.."

Aku hanya mampu tersenyum,
Volkwagen Beetle dan Lotus Elise 111R impian di benak kalbu,
terbentang seperti projektor Dewan Kuliah Alpha,
kesabaran mencengkam jiwa..
Aku sedar aku hanya penunggang kuda..

Sampai di rumah,
Aku cuba mencelah diri sendiri,
Apakah barangan yang tidak dikucupi Dihydrogen Oxide..
Hanyalah 5300 dan A400 empunya diri,
Selamat hanya dititisi molekul ini..

Pengajaran kisah:
Keberanian menempuh hujan di kala lebat,
Membuatkan Malaikat Maut gemar berseloka di belakang anda..
Hargai nyawa,
Ingatlah Mama yang tersayang..

Nov 9, 2009

Perempuan Makhluk Rumit #4 : Merajuk!

this is my thirty-second post..
..and I'm sorry!!


Yes,
I'm sorry...
post ke 30 aku tetibe je lenyap dari post list..
hebat btol, post tu agak panas..
sekejap je org hapuskan dia dr muka bumi nih...
bagus, TAHNIAH!!

Merah still yg terbaik!!
yg dah bace jadikan iktibar...
yg blom bace nasib korg laa..
aku malas nk karang balik...


==============================

this is my post..
..this is a story of mine..
..and I'm sorry..


Dalam Facebook aku 7 Nov,
aku ade wat satu status,
Please, define 'merajuk'!!

and the first comment sounded,
terasa hati..membawa diri...

(thanks 4 Cik N Sz for that)

mungkin ada orang paham hal nih..
tp mmg polisi aku dari dulu lagi,
ape yg aku karang dlm blog,
aku takkan bincangkan kat luar blog...
KECUALI, i wanted to..

Ada seorang kawan, mambaca blog nih
dan cuba nk bagi pandangan kt aku melalui YM..
Aku hargai ke'amik-berat'an anda,
namun,
apebila aku bgtau ttg polisi aku yg takkan bincangkan hal blog di luar blog,
dia trus mrajuk, dan berkata,

"..I'm sorry 4 not knowing ur policy"

dan terus nak merajuk...

hm, salah aku ke??
aku rase aku bersalah,
tp aku try cari gak kat mane salah aku tuh..
just by telling her my policy,
dh mengguris hati dia ke???


Satu kesimpulan yg aku wat,
dia ade terasa kt aku ttg something...
tp aku tak tau ape dia..
Hm..
How am I suppose to know ape yg dia TERASA kt aku sedangkan dia sendri tak mo bgtau??

Merajuk mgkin satu hal biasa bg kebykan org..

tapi BUKAN aku (mcam tajuk lagu Kerispatih)
Pada aku,
merajuk ada syaratnya:
1) Bersebab (tanpa sbb adalah mustahil)
2) Kedua belah pihak TAHU sebabnya..
3) Ada pihak yg merajuk DAN pihak yg dirajukkan..


Dlm kes aku,
hanya syarat pertama yg dipenuhi..
yg kedua dan ketiga aku ragui...

Kepada yg merajuk itu,
sila confront..
Sbb segalanya boleh diselesaikan dgn
KOMUNIKASI...
dan satu nasihat aku..
Aku bukan telepat yg dpat bacae fikiran org..
So, ape yg anda pkir,
Apa yg anda harap,
Takkan didengari aku
selagi tiada
KOMUNIKASI...

hope you'll understand..
and for all that,
I'm SORRY!!


Aku tak nampak,
tp aku tau aku ada salah,
APAKAH SALAHKU???

Nov 6, 2009

Perempuan Makhluk Rumit #3 : Tunang Orang

this is my thirtieth post...
..and this is serious stuff..
..and I'm sorry..

Ini adalah sebuah cerita kawan kepada seorang kawan aku...
We all connected by six degree of people..
So, saya mahu berkongsi kisah ini dengan semua yg membaca...

Namanya Abu (bukan nama sebenar),
wajah tak laa kacak macam lelaki zaman sekarang..

Duit plak takde arr berkepul mcam anak datuk..
Pendek kata, dia takde sebarang kelebihan..
Namun, prinsip hidupnya kuat, takkan bersama dengan perempuan yg berhubungan...
Bg dia, hubungan adalah satu yg SUCI..

Tapi,
segalanya mula goyah apabila dia didekati seorg perempuan..
Namanya Ema (bukan nama sebenar)..
Ema berkata kpd Abu yg dia dah lama perhatikan Abu...
Namun, hanya kebelakangan nih je berani sket...

Abu melayan,
SMS, chatting, calling, dan sampai tahap NAK dating dh..
Abu happy, Ema lg happy...
Tetiba, Abu dapat tau dr status Facebook Ema,
SHE'S ENGAGED!!

Bila ditanya bila,
Ema kata 2 minggu baru,
dan dia dipaksa kerana keluarga...
Abu terfikirkan prinsipnya...
"Never with someone in relationship"
Kepalanya buntu,
Segalanya bercelaru..
Penjelasan diperlukan..

Ema jelaskan,
dia mahu putuskan tunangannya,
atas sbb dia tak mahu menipu diri sndri...

Abu terfikir,
adakah sbbnya, Ema bakal putus tunang??
adakah dia akan dicop 'pemutus tunang'??
adakah segalanya akan sama slepas putus tunang???

Nasihat diminta dr kawan (which is my friend)
Kawannya berkata, 'Just let it go, dude!!'
Namun, soal hati bukan semudah 4 perkataan itu..

Kini,
Abu belajar melepaskan segalanya...
Sakit, namun itu yg terbaik..
Sesalnya,
"Jika semua ni berlaku 2 minggu lebih awal.."

Ema,
aku anggap sbg seorg yg tidak berprinsip..
Kenapa harus terima kalo akhirnya mahu diputuskan..
Dan kalo dh terima pinang org,
apa kata jgn cuba nk dekat dgn yg lain..
BELAJAR BERSYUKUR...

Ini pandangan aku sbg LELAKI..
of coz aku tuding jari kt pompuan..
but aku tak tau belah pompuan...
GIRLS sila komen on behave of Ema..
Please!!

==============================

Nov 4, 2009

Identiti dalam Kegelisahan

this is my twenty-ninth post..
..and I'm sorry!!


Baru-baru ni aku ade rapat sket dgn sorang kawan...
Nama dia rahsia...
Si rahsia nih ada puji yang senyuman aku manis...
Senyuman manis tuh!!!
Bukan senang org nk puji senyuman org..
N for sure laa org tu pompuan,
kalo laki, rase mcam
GAY plak...

Lalu aku dengan terasa kembangnya brusaha mencari mana-mana gambar dalam laman sesawang sosial
Facebook aku yang memaparkan gambar aku senyum..
Ye laa, nak wat profile picture supaya org yg puji tu boleh tgk slalu...

The thing was, aku gagal mencari mana-mana gambar dalam 200++ gambar aku termasuk 9 album yang telah aku terbitkan..
TIADA GAMBAR SENYUM!!!
dan hal ini sangat membimbangkan aku..

Selama ini aku sangka aku berjaya berpura-pura gembira walaupon hati aku sakit n derita..
Aku terasa macam aku dah buat sedaya upaya,
buat lawak,
memperbodohkan diri,
memperbodohkan orang lain,
dengan harapan kalau tidak perasaan sakit itu hilang,
sekurang2nya aku dapat jadikan perbuatan itu satu selimut..
Menutup luka yg bernanah...
Rupa-rupanya,
AKU GAGAL...

Krisis identiti selalu berlaku dlm awal remaja belasan tahun,
dan juga awal 40-an dgn krisis usia pertengahan..
Tp aku yg berumur 23 nih??
Krisis apakah??


Sekali lagi,
aku merasakan yang aku ni tak ada identiti,
adakah aku patut tonjolkan diri aku yg TUMPUL??
atau terus bersembunyi di bawah selimut KEPURAAN??
Apa patut aku buat??

==============================

p/s:
Sila jangan lupa selesaikan teka-teki yang aku taip di post sebelum ini..
Sila klik di sini... Oooppss!!! Sinilah!!!

Nov 3, 2009

tEka-tEki #2 - 7cm 1cm setiap hari

this is my twenty-eighth post...
and I'm sorry...

Dear cErolian,
seperti yg aku dah janji,
akan datang tEka-tEki..
rupanya ada peminat gak tEka-tEki aku nih ek...
hehehehe...


==============================

Teka-teki ini aku baca dari satu buku masa form 2,
buatkan aku teringat kat dua gadis
bernama Aizat dan Hanisah.

kasut sotong!!!

Anda mengupah seorang tukang kasut terbaEK di bandar
untuk membuat kasut terbaEk bagi anda
dengan upah 7cm rod emas..
(byar guna emas mcam kat zaman jahiliah je..)

Tukang kasut berkata,
"I'll finish this in 7 days..."
"So, bayor I dgn 1cm per day..."

(pergh, speaking....)

Anda dgn riak menjawab,
"Amik je laa sume rod emas nih,"
"Malas nak kena jumpa tiap2 ari..."


Si tukang kasut membalas,
"Tak mau...I nak tatap wajah U tiap2 hari.."
"Kalo tak I tak wat kasut nih..."

(Gay rupenye...)

Anda dgn tensennye setuju..
(dlm ati anda berbisik)
"Nasib baik dia terbaEk!!"
"Kalo tak dah lame aku cari org lain.."


Tukang tu tetiba mencelah seolah2 dengar bebelan hati anda,
"Haaa,tapi kalo potong byk2, kurang pulak nilai emas tuh.."
"U potong sket je..tp I tetap nak 1cm sehari.."


Anda tak puas ati,
"Camne nak potong sket je??"
"Potong 7 bahagian laa, 1cm satu bahagian..."
"Senang sket..."


"Ish, degil macam baby laa U nih.."
"Ikut je laa kata I..."

Si tukang tu usap muka anda dengan senyuman...

Anda geli,
"Sialan, gay nih..."
"OK OK, aku setuju.."
"Esok aku dtg balek!!!"

Anda pergi dgn pantasnye dlm keadaan geli geleman...


Masalahnye,
Berapa bahagian paling sikit boleh anda potong rod emas 7cm untuk dapat membayar 1cm setiap hari selama 7 hari??
Dan macammana nak buat??


Sila jawab!!!
Aku tau korang genius!!!
jangan risau salah...
paling busuk pon aku gelak sampai berguling je...
HAHAHAHAHAHA!!!

==============================

para genius mmberitahu bahawa TAK PAHAM SOALAN!!
takpe, aku paham..
ini soalan dengan terangnya:
soalannye, brapa kali potongan yg paling minimum boleh dipotong kat rod emas tu utk mnjadikan korang mampu bayar 1cm rod emas setiap hari selama 7 hari?? dan bagaimana??
Ada PAHAM?? (mamak style!!)

Nov 2, 2009

Lagu ini Memberi anda Neraka

this is my twenty-seventh post..
and i'm sorry...


Wahai cerolian,
kalo kalian tonton video clip lagu nih,
sangat menarik!!! (pada aku laa)
But yg aku nk tekankan adalah lyric dia...
So bace laa...
N try translate...
serius best!!!

p/s:
aku tujukan lagu nih kepada seseorg yg dia tak tau pon aku tgh tujukan lagu nih kat dia...
hahahaha!!!

==============================
Photobucket




All American Rejects — Gives You Hell

I wake up every evening, with a big smile on my face
And it never feels out of place

And your still probably working at a 9 to 5 pace
I wonder how bad that tastes

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell

Now wheres you picket fence love
And wheres that shiny car,
And did it ever get you far

You've never seem so tense love
I've never seen you fall so hard,
Do you know where you are

And truth be told I miss you
And truth be told I'm lying

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
If you find a man that's worth a damn and treats you well
Then he's a fool, your just as well, hope it gives you hell

Hope it gives you hell

Tomorrow you'll be thinking to yourself
Where'd it all go wrong, the list goes on and on

And truth be told I miss you
And truth be told I'm lying

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
If you find a man that's worth a damn and treats you well
Then he's a fool, your just as well, hope it gives you hell

Now you'll never see, what you've done to me
You can take back your memories they're no good to me
And here's all your lies,
You can look me in my eyes
With that sad sad look that you wear so well

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
If you find a man that's worth a damn and treats you well
Then he's a fool, your just as well, hope it gives you hell

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you hear this song and sing along oh you'll never tell
Then you're the fool, I'm just as well
Hope it gives you hell
When you hear this song I hope that it will give you hell
You can sing along I hope that it will treat you well

==============================

Aug 28, 2009

19.8 Merdeka di Bulan Ramadhan..

this is my nineteen-point-eighth post..(boring!!!)


Saat aku tulis entry in, aku baru lepas solat jumaat...
Cuti skola, jadi tak brape ramai org sgt...
Selalu ramai dgn bdak2 skola je...

Khutbah berkisar tentang MERDEKA...
Ape yg bagus sangat merdeka nih??
Mane2 pergi musti nak canang sana sini...
Benda dah lame, takyah arr kecoh...
Kita pon tak abes kena jajah lagi,kan???


BODOH!!!
Sape yg sependapat dengan statement di atas..
SILA ANGKAT TANGAN...
Senang sikit aku nak maki n lepok kpala bengong korang tuh...

Mungkin korang tak penah rase suasana perang...
Mungkin mak abah korang pon tak pnah rase..
Aku pon tak pernah rase perang...
Lahir2 je dah aman dah negara nih...
Tp, atas alasan tu, patut ke korg perkecilkan Merdeka???

Tengok je laa senario skang..
Setiap kaum masing2 berkejar2...
Bukan menuju kejayaan, tp berkejar menjatuhkan org lain...

Lagi best bila Org Melayu sendiri TIKAM Melayu lain...
Sanggup belot, berjuang dgn bangsa lain nak jatuhkan bangsa sendiri..
Hanya kerana dendam, pangkat, harta dan nama...

Kerajaan pon satu...
Korup sana sini...
Yang atas sibuk goyang kaki, minum kopi, main golf...
Yang tengah plak birokrasi mengalahkan Perdana Menteri...
Yang bawah kena pijak tp tak sedar diri...

Aku tak kata aku cukup merdeka...
But at least aku tak jatuhkan org lain...
Bukan mcam setengah Melayu,
nama berketurunan, namun tak sedar diri...
Bila org bagitau salah, ckap jgn sibuk...
Bila tak bgtau plak, ilang pedoman...

Cukup laa aku marah dengan korang...
Cuma mjoriti yg bace nih Melayu...
tanya diri sendri,
APA YANG KORANG PERNAH BUAT UNTUK BANGSA KORANG???

jangan sampai kita merdeka sekian lama...
Namun dijajah perasaan PENTINGKAN DIRI SENDIRI selama itu..

Aug 19, 2009

19.6 - Sakit n Hujan..

this is my nineteen-point-sixth post (bley plak...)


Based on previous entry,
A friend of mine (you know who you are) cadangkan kat aku supaya nangis dalam bilik mandi semasa mandi...
Yeah, aku mmg nak cuba...
but yet, tak sempat sbb smalam aku tak mandi (kantoi)..

Nak di buat cerita, semalam hujan masa malam pkul 7.30ptg ke 8 mlm kat Shah Alam..
Aku nak gi kelas nih, tp hujan...
Hm, ape aku wat???
Hujan rintik2 tu aku tempuh dgn slamber je...
N the best part is, aku nangis dlm hujan tuh...

Mmg idea genius, takde sape tau aku nangis...
sbb air mata n air hujan dah berasimilasi kat muka aku...

Yeah, mcam kawan aku ckap, mmg lega lpas nangis..
Tp, starting dr tuh, aku mudah sgt nangis...
Sblom tido nangis...
Tgh tido nangis...
Bangun tido pon nangis...
Hahaha...

Yes, hal yg berlaku ttp tak berubah...
But at least aku yg dah berubah...
Aku hargai segala pengalaman nih...

Hm...
Dengan bersaksikan BLOG nih dan seluruh isinya...
Aku berjanji akan CUBA tidak menangis lagi...
TIDAK MENANGIS LAGI!!!!

[credit to Misz Liana]

Aug 17, 2009

19.5 - Sakit!!!

this is my nineteen-point-fifth post..(hahaha)


SAKIT..
Satu perkataan yg ringkas...

Aku penah rasa pelbagai jenis sakit...
Kena belasah waktu kat SBP dulu...sakit!!!
Belasah junior waktu form 5 pon...sakit!!!
Kena belasah waktu kat matrix dulu...sakit!!!
Belasah org kat komuter Seremban mase balik dr kenduri Teah pon...sakit!!!

Duit kena curi mase skolah dulu...sakit!!
Kena rotan sbb balik umah lambat mase kecik pon...sakit!!!
Kena warning dgn bapak budak pompuan sbb aku kaco anak dia...sakit!!!

Jatuh motor kali pertama, calar tangan...sakit!!!
Jatuh motor kali kedua, casing pecah...sakit!!!
Jatuh motor kali ke brape ntah, tangan tergeliat, dada sakit, kaki luka...sakit!!!
Jatuh hati kat tunangan orang pon...sakit!!!
Kena buang mcam sampah sebab nama aku bermula dgn 'AHMAD' pon...sakit!!

Patah2 blom lagi, tp tgk org patah tangan pon dah rase...sakit!!!
Sakit mata kena infection...sakit!!!
Sakit perut sbb minum kopi n Yakult...sakit!!!
Cramp kaki sbb main air kat air terjun...sakit!!!

Tapi,
ade org kate, sakit melahirkan adalah paling sakit,
dan sakit gigi adalah kedua yg tersakit selepas melahirkan...
comfirm laa aku takkan pnah rase sakit melahirkan...
Aku penah sakit gigi...memang sakit!!!

korg ckap je sakit ape, aku mgkin pnah rase...(kot!!!)

Namun,
pada aku...
Sakit yang paling sakit pernah aku rasa...
Dan masih alami sampai sekarang...
adalah SAKIT MENAHAN TANGISAN...

stupid...
banyak mende nak aku tangiskan...
tp aku tak mahu nangis...

Aug 11, 2009

Taknak Derma Darah??? Tak boleh ke, takut???

blood drive


this is my nineteenth post...

hmm...
satu lagi aku tak brape paham dgn manusia (ayat mcam aku nih makhluk asing!!!)
KENAPA SEGELINTIR MANUSIA TAKUT DERMA DARAH???


Cite nih bermula bila aku ajak beberapa kawan aku derma darah...
Pusat Darah Negara datang kat tempat aku blaja nak mintak sket darah student...
Masalahnye,
dari byk kawan, laki pompuan yg aku tanya tuh,
hanya sorang je jawab terus,
"JOM!!!" and terus ikut aku gi derma...
the heck with all others??
taknak ke takut???

hand and needle


Aku tak tau ape yg diorg pikir...
mgkin sbb dari awal aku tak pnah takut dgn derma darah...
dan jadi mcam tanggungjawab plak...

terus terang aku bgtau...
first derma darah dulu,
ape yg aku kejarkan adalah sijil..
masa tu tgh gile kumpul sijil...
tp, masa dah abes derma..
nurse bertugas letak kantung darah aku kat depan darah aku,
sementara dia nak bersiap utk hal lain...
jd, aku pon pegang laa kantung merah tuh...

WOW!!!
tak sangka darah aku sehangat tuh...
terasa selesa sgt...
dalam hati, aku berbangga...
darah tu mungkin dapat selamatkan nyawa seseorg...

Satu kerugian kalo korg tak penah rase kehangatan beg darah tuh...
dr beg berisi sodium citrate, phosphate, dextrose dan kadang2 adenine yg sejuk...
jadi beg berisi plasma dan seluruh darah yg hangat dan bernyawa...
jgn ckap korang manusia kalo tak penah rase hangat darah...

blood donation help people

selalu yg kita dgr alasan taknak derma darah dtg dr pompuan...
takut gemuk, takut darah, tak cukup darah...
tp lebih memalukan kalo korang nak tau...
65% blood donors are female...
so, mane male yg GAGAH tuh???

Apa alasan anda taknak derma darah???

Jul 29, 2009

Wishlist yang takkan termakbul...

this is my eighteenth post...

Budak kecik comey!!!
Maaf ler kalo kebelakangan nih aku slalu online tp tak selalu update page nih!!!

Setiap hari, aku ade wishlist aku sendiri...
Lain dr to-do-list,
wishlist lebey kpada perkara yg aku nak buat atau mahukan tp aku tau aku takkan dapat,
at least bukan dlm masa terdekat...
Kali nih, aku nak kongsi wishlist aku hari nih...

Tasik
Aku berharap,
aku dapat berdepan dengan si dia...
dan bagi tahu hal nih...

Awak, semalam saya bermimpikan sesuatu yang
indah...
Semasa sedang melihat ketenangan air tasik disirami
sinar mentari petang,
datang seorang kanak-kanak berumur dalam 2-3 tahun dari
belakang,
sambil dia menjerit,
Papa!!! Papa!!!

Aku menoleh dan menerima pelukan anak itu,
sambil mendukungnya ke bahu, aku melihat seraut wajah
senyum padaku...
Pemilik wajah tuh bergerak perlahan
kepadaku,
sambil mengekalkan senyuman manisnya...
Dan wajah itu milik kamu...
Aku tersenyum...

Malang,
itu semua hanya mimpi...
Dan kekal hanya mimpi...
kerana takkan mungkin terjalin apa2...

Satu wishlist yang begitu pendek..
Tapi begitu mustahil untuk aku lakukan...

Ketahuilah sesuatu...
Aku begitu rindukan senyumanmu...
Mungkin aku salah, but at least bgtau apa salah aku...
hm..
tak guna pon kalo aku luahkan dlm nih...
bukan dia baca pon benda alah nih...

p/s:
Aku petik hasil dr blog sorg kawan...
Pernah tak dengar orang cakap jangan pegang sabun kuat-kuat nanti dia terlepas?

Jul 7, 2009

Perempuan Makhluk Rumit #2 : Lelaki EGO Perempuan SETIA??

this is my seventeenth post...
a boy n two girls
ini satu kisah yang berlaku kat aku sendiri...
a living proof of ape org kata 'manusia berubah'..
tp pada aku, nih bukan berubah, tp bragging...
suka cakap ape yg kita nak jadi, bukan ape diri sendiri...

cerita bermula semasa aku dalam semester ke2 Ijazah Sarjana Muda di UiTM...
semasa satu subjek makmal nih, General Chemistry,
oleh sebab masa yg lama,
dan wat experiment yg remeh (bakar pita magnesium),
jadi aku dgn MALASNYA melepak kat luar kelas sorg2...

tgh syok melepak dan berangan,
datang dua org bdak pompuan yg aku knal,
kuar gak dr kelas tu n lepak sekali dgn aku...
one of them is the factor 00...
agaknye diorg same malas dengan aku nih...

nak dijadikan cherita,
terbukak laa plak cite psal balak masing2...
masing2 terus hentam lelaki...
kata lelaki nih FULL with EGO...
lelaki TAK SETIA...
lelaki itu...lelaki ini...

aku dengar je...
tp aku ingat setiap perkataan diorang...
EGO
sorg nih ckap yg walaupon dia dgn balak dia jauh kat oversea,
tp dia tetap setia dan takkan bertukar hati dgn mane2 laki lain...
hahaha,
shame on you...
tak sampai sebulan perkataan tu kuar dr mulut dia,
dia dah kuar dating dgn sorg mamat bermotor nih...
siap makan mcD tgh2 malam (pagi) lagi...
nampak berperwatakkan baik,
gi kelas pakai jubah...
perangai camtu plak...
soalnye, tu masa tgh couple (long distance) tuh...
dua tiga minggu lpas tuh,
dgr plak cite yg dia dah putus dgn laki dia tuh...
atas sbb, "you are too good for me"
alasan busuk pompuan skang kalo putus...
pdahal aku tahu, sebab dia lain...
aku tau citer dr A-Z...
yeah, she's the factor 00...
pathetic...

sorg lagi nih plak...
dia dh putus dgn laki dia sblom msuk U...
alasannye, tak dpt tumpu studi...
but dia kate yg hatinye ttp utk laki tuh...
"soulmate" katanye...
hahaha,
by the end of that semester,
dia dh couple plak dgn bdak kelas dia sendiri...
eh???
td kate putus sbb nak tumpu blaja,
n hati tetap utk org tuh...
tp nape cepat sgt plak couple dgn yg lain???
tak kaco blaja dah ke???
mgkin sbb sekelas kot, senang blaja sesame...

mungkin, aku ulang, MUNGKIN diorg ade alasan sendiri...
tp ape pon alasan diorg,
diorg ttp ckap tak serupa bikin...
dah abes kutuk laki,
bragging dgn 'setianya wanita',
finally gini plak citenye...
ingat bila kutuk laki dpan aku, aku tak rase pape ke???

tu blom aku cite lagi perihal diorg skang...
mcam aku ckap, 'living proof'..
dari berjubah ke baju senseng lengan...

mungkin ramai lelaki yang EGO di luar sana...
tp semua perempuan takde yg EGO gak ke???
Lelaki EGO
aku pernah jumpa sorng laki nih...
BEKAS girlfriend dia kena buatan org...
tp pompuan tu tak sedar...
tau kenapa??
sbb laki tu gi jumpa bomoh suruh tahan buatan org tuh...
tp bomoh tu kate takleh tahan, cuma boleh ganti...
demi sayang yang dah tak kemana,
laki tuh jadi pengganti...
sekarang laki tu tgh derita (spatutnya bukan dia)
yg pompuan tu plak tgh seronok menjaja cite buruk laki tuh kat kawan2...
haprak punye pompuan...
Hmm...
tu ke LELAKI YANG EGO???

okay lah...
cukup laa...
nanti marah plak pembaca pompuan...
tak pepasal kata aku seksis plak...

cuma aku nak tanya semua,
egokah semua lelaki???
setiakah semua perempuan???
egokah anda???
setiakah anda????

Jun 11, 2009

Jawapan tEka-tEki 001

this is my fifteenth post...

AMARAN!!!
sape tak bace lagi tEka-tEki 001, jangan mengada nak bace entry nih trus...
aku comfirm, korang takkan paham ape2...
jadi, kalo tak bace lagi, gi laa bace...
klik
sini tau... bukan sini....

sebenarnye aku nak tunggu sampai post ke 19, baru arr nak bg jawapan, n post ke 20 aku bg tEka-tEki lain plak...
tp, kawan aku sorg nih tak sabar2 plak...
takpe laa, aku redha n pasrah!!!

--------------------

Bagi tEka-tEki #1


teka teki 001
Jawapan:
Kunci moto kesayangan anda di kotak C!!

Alasan:

Dua dari meraka berbohong
Hanya satu berkata benar...
Oleh kerana Man dan Aini mengeluarkan kenyataan yang bercanggah,
maka sudah tentu salah seorang dari mereka benar, dan seorang lagi salah...

Maka, kenyataan Borhan adalah SALAH..
" Dah tentu takde kat C"
dah tentu SALAH, maka kunci berada di kotak C...

Persoalannya, siapa berkata BENAR??
Aini berkata,
"Bukan B. Lagipon Man berbohong!!"
terkandung dua kenyataan,
"Bukan B" dan
"Lagipon Man berbohong!!"

Andaikan
"Bukan B" adalah BENAR berdasarkan jawapan, dan
"Lagipon Man berbohong!!" adalah SALAH,

Maka,
'BENAR' dan 'SALAH'
positive and negative
(+) x (-) = (-)


Tuntas,
Kenyataan Aini adalah SALAH tanpa mengira berapa kenyataan dia beri...
Man berkata BENAR!!

Nampak susah, tapi sebenarnya hanya perlukan sedikit penaakulan mantik dan pengetahuan asas matematik sudah dapat selesai...

--------------------

untuk tEka-tEki #2

Soalan pola perubahan nombor selalunya senang, tapi ada sikit perangkap diberi...

Orang yang selalu selesaikan soalan pola nombor hanya menganggap terdapat satu pola sahaja,
tp soalan ini terdapat dua (2) pola yang berbeza,

1, 3, 4, 6, 9, 9, 16, 12, 25, 15, _, _,...
sebenarnya,
1, 4, 9, 16, 25, _,
berselang dengan
3, 6, 9, 12, 15, _,
dengan rumus
n(n) dan 3n


Maka,
hasil tambah
6(6) + 3(6) = 36 + 18 = 54

---------------------

Musti ramai lepas baca jawapan nih akan berkata,
"Ooooh!!! Camtu aku pon tahu..."
Tapi faktanya,
kalau dah tahu kenapa perlukan lampu untuk bersuluh??

Kalo ada yg marah, just remember this...
Rule of thumb in tEka-tEki is

'There are NO rules'


wait for my next tEka-tEki entry in 20th..

Jun 9, 2009

Lagu si Jiwa Pecah

this is my fourteenth post...




Juliette - Bukannya Aku Takut

ku tak peduli
bila ku benar-benar cinta mati
ku tak peduli

ku memang begini
bila ku benar-benar cinta mati
ku tak peduli
apa saja yang ku inginkan kamu rela

bukannya aku takut akan kehilangan dirimu
tapi aku takut kehilangan cintamu
mungkin saja saat itu
kau mempermainkan aku
seakan kau bisa membalas cintaku

kau takkan mengerti
yang selama ini aku rasakan, pasti
kau tak peduli
bila saja yang ku inginkan kamu rela

----------------------

bukan dirimu yang aku pinta,
sbb aku tahu, aku mmg tak layak untuk mu..
tapi, aku tak mahu kau kehilangan CINTA..
kerana sesungguhnya,
CINTA BUKAN BERERTI MEMILIKI..

Namun kini aku tahu,
bukan setakat cinta sudah tiada,
tapi benci datang mencengkam...
apa salah aku agaknya??

====================


Jun 3, 2009

Balasan sbb aku JAHAT!!!

this is my thirteenth post...
calar balar!!!

pada 22 April yg lepas, aku alami satu kemalangan motosikal yg pd aku takde arr serius sgt...
jatuh moto, abes moto aku calar...
sian dia, calar sana sini...

hm, mmg ar mende tu dah lebih sebulan...
tapi, masa jatuh tuh, tulang rusuk aku n pergelangan tangan kanan aku sakit...
tang rusuk tu, gi klinik kate takde pape, just lebam...
tp sampai skang nih aku sakit lagi...
tmbah2 plak bile aku tarik nafas dalam2,
n waktu melentingkan badan ke blakang...

hm, takpe laa...
mungkin badan aku lambat nak sembuh kot...
low level body healling system...

tp, bab tangan kana aku yg sedih sket...
dr dulu, aku menulis pon susah...
dh laa waktu jatuh tu tgh exam...
abes buruk tulisan aku...

then, baru2 nih aku cuba nak melukis balik...
yg Allah, ampunkanlah dosa hamba-Mu yg hina ini...
aku tak mampu nak melukis mcam dulu...
lukisan aku tahap buruk!!!
bukan TAK LAWA tau, tp BURUK!!!
tangan aku dah taknak dgr kata aku dah...
lukisan buruk!!! (bukan aku punya tau)
melukis is one of my passion...
aku melepaskan perasaan melalui lukisan...
kalo skang aku dh tak dapat melukis mcam dulu...
hilang laa LAGI satu nikmat dalam hidup aku...

Mungkin itu balasan pd aku sbb aku jahat...
takpe, aku redha!!!

May 22, 2009

tEka-tEki 001 : Good Luck!!!

this is my tenth post.

aku suka teka teki... Sangat suka...
dari kecik aku mmg suka sgt main teka-teki...
teringat lagi kartun 'Where's Wally' yg suro cari mana Wally dlm timbunan lautan manusia..
wally
click here to play Where's Wally?
want something notty? here!!

So, to make LifE more interesting, aku nak wat post about teka-teki...
Aku bg teka-teki, korg jawab dlm comments...
Sape jawab btol, aku bg kredit kat next tEka-tEki post...
Stuju???

Teka-teki akan ada dlam setiap post ke-10 (10th, 20th, 30th bla bla bla...)
kecuali diberitahu...
Dlam setiap post, akan ada minimum 2 teka-teki..
Sume teka-teki adalah logik, bukan mcam
"binatang apa yg kedekut?"
Hahaha...
Sume teka-teki datang dr otak aku hasil dr bacaan aku dr kecik smapi skarg...
(tak main copy-and-paste tau)...
alaa, kdg2 bkan teka-teki pon...
ada gak masalah penaakulan mantik ting 4 je...

Then, enjoy the tEka-tEki...

================

tEka-tEki pertama:

Tiga orang kawan anda pedajal anda dgn sorokkan kunci moto kesyangan anda dalam salah satu dari tiga kotak; A, B dan C...
teka teki 001

Man berkata,
"Kunci ko ada dalam kotak C, percayalah"
dengan wajah yang ikhlas (konon...)

Aini potong,
"Bukan B. Lagipon Man berbohong!!!"
dengan wajah konon comel...

Borhan abiskan,
"Dah tentu takde kat C.."
dengan nada serius...

Dua dr kawan anda tu berkata BOHONG. Sorg je betul...
Tp yg mane, tu keje korg utk cari, bukan aku...

Dengan sekali tekaan dr klu-klu yg telah diberi di atas,
TEKA MANA KUNCI MOTO ANDA???
Kotak A, B atau C???

--------------------

tEka-tEki kedua:

Observe susunan nombor nih,
1, 3, 4, 6, 9, 9, 16, 12, 25, 15, _, _,...


what is the sum of the blank numbers???

===============

Amacam???
berapi tak medulla oblongata korg???
HAHAHAHAHa!!!

¡buena suerte!
hasta cumplir con los dedos el teclado de nuevo!!

May 20, 2009

Perempuan Makhluk Rumit #1 : Rahsia Tak Bertempat

this is my nineth post.

Gloomy Girl

sila bace smpai abes..
sori kalo pnjg sgt...
hehehe...

maaf kalo tajuk agak seksis, tp hakikatnya mmg begitu..
drpada tajuk, dpat kita tau yg post nih akan ade sequel sendiri...
smpai berapa tak pasti, tp yg pasti maksimum dia smpai chapter 99 laa...

niat nak mintak pendapat...
bukan nak burukkan sape2...
ikuti kisah dibawah....

================

ada seorang kawan aku begitu berbangga kerana dia ada seorang awek yg cun...
bg dia, takde sape dh yg cun...
letak arr Jessica Alba ke, Kyoko Fukada ke,
ttp awek dia yg paling cun...
aku namakan dia si Y (bukan nama sbnar) [HAHAHAHA]

yup,
aku mmg pnah tgk awek dia...
serius cun,sikit japanese look...
bg lelaki yg kategori 'average joe' mcam kawan aku tuh...
dpat awek mcam minah nih dh kira bertuah bangat dah...
bertuah badan...
untung sbb ade kereta kot...

hm,
walaupon tak selalu jumpa, tp diorg nih mcam bahagia je...
tukar2 gmbr dlam emel...
chatting dlm YM...
pendek kata sweet arr...
'i love u, u love me'... >_<

tp ada satu perkara yg si Y nih tak berapa nak paham...
awek dia nih declare 'single' kat org lain,
walaupon mmg dh sah diorg nih bercouple...
dlm friendster, facebook, tagged, dan mcam2 laman sesawang jaringan sosial yg ade...
status musti 'single'...
paling busuk pon 'it's complicated'..

si Y nih pnah tanye knape...
dia kate tak perlu kecoh, bile org tanye baru bgtau...
hm...
i smell something fishy...

the thing is, hanya beberapa org yg rapat dgn awek si Y nih je tau dia dh dgn si Y...
tu pon sbb diorg tu mmber sebilik dia...
yg lain, HARAM....
siap suro kawan2 dia nih jgn bgtau kawan yg lain lg...
hm,pelik...

si Y ngadu kat aku slaku kawan merangkap penasihat chenta dia...
yg lain OK, just hal nih je wat dia bengong...
sbb muka dia tak hensem ke???
kalo tak hensem, apsal declare couple dulu??

aku tanye lebih lanjut...
rupanya dlm famili awek dia tuh, hanya adik pompuan dia je tau...
dgn parents, just ckap kawan biasa...
aku jd lebih pelik...

pd aku,
kalo nak sorok dr keluarga, mgkin sbb utama dia supaya taknak parents kita risau...
tmbah2 kalo parents tu over protective smacam...
ortodox, konservatif dll...
tggu dah bersedia baru bgtau laa kononnye..
tp aku tak brape paham knape perlu sorok dr kawan2...

kalo kwan2 tu baik dgn mak bapak awek dia tu lain arr citer...
mgkin takut bgtau parents dia...
tp takde pon yg baik dgn parents dia...

Aku sian kat si Y nih...
dia btol punye serius, siap kumpul duit nk masuk minang lg...
sggup mkan maggi, jual tin & botol...

kalo ikut pemerhatian aku,
si awek dia nih wat camtu sbb dia mmg pkir taknak lame dgn si Y ni..
maklum arr, keturunan nama tuan besar nih susah sket..
kalo putus, senang arr pd dia, dia takkan terasa sgt...
lelaki TOUCH 'n GO...
pendek kata, dia nih nak gunakan si Y nih je...
ade kereta maa, bkan tu ke kriteria utama awek zaman skang???

tp tu pndangan aku sbg lelaki...
nak bgtau dia, tak sampai hati beb..
tp kalo awek dia btol camtuh, mmg aku org pertama serang beb...

kalo2 aku tersalah tafsir, aku mintak maaf awal2...
tp mcam takde sbab yg munasabah je kena berlakon mcam bukan couple...
baik takyah declare dr awal, kan???

===============

aku mempelawa pembaca (terutamanya gadis2) bg komen...
bgtau aku ape sbb yg munasabah...
nak tanye direct, kdg2 pompuan nih jaga hati sgt...
kesian kat member aku si Y tu...

kepada Y,
kalo ko bace post nih (rasenye ko tak bace kot blog aku sbb ko tak tau),
aku mintak maaf sbb jaja kesah chenta ko...
sori bro...

chiaooo!!!!
hasta cumplir con los dedos el teclado de nuevo!!

May 18, 2009

A Song from the HEART

this is my eighth post.


Rama Band




SAAT-SAAT TERINDAH
by RAMA BAND

saat kau hadir dalam hidupku
terasa indah
hanya bayangmu menyentuh jiwa
temani sepi
kini semua cintamu tlah pergi
meninggalkan diriku dalam kehampaan
sendiri

waktu trus berjalan dan memberi
perih di hati
hanya rindu yang aku dapatkan
bukan cintamu
kini baru aku menyadari kau begitu berarti
di dalam hidupku ini

saat - saat yang indah
saat masih bersamamu
waktu kita berdua dan mewarnai dunia
semua yg tlah berlalu
kini teringat lagi
kini terkenang lagi
ku ingin kembali
ku ingin kembali

hanya rindu yang aku dapatkan
bukan cintamu
meski kini kau tak mencintai
diriku lagi
kini baru aku menyadari kau begitu berarti
di dalam hidupku ini



===============

lagu ni ade dalam citer Cinta Untuk Ain, time2 dia tgh sedih2 tuh...
lagu nih arr...
1st time dgr, tetiba meleleh airmata...
tak dapat kawal beb...
cuba ar dgr...
1st time lagu band wat aku nangis tetiba...

hm, try hayati lirik dia...
walaupon pendek, but still faham n tau jalan citer die...
hahaha...

===============

May 14, 2009

Arigatō gozaimashita

This is my seventh post

Make It Happen

Aku nak ucapkan
faleminderit ؎كر благПЎарМПстО 谢谢 díky tak aitÀh bedankt salamat Danke תודה 감사 tack ευχαριστώ хвала àž‚àž­àžšàž„ุàž“ teşekkÃŒrler ありがずう thank you
yang tak terhingga kat
swEet zirCon and futbolmaster
sbb korg, aku dapat tgk citer Make It Happen...

You guys yg Make It Happen!!!
U guys ROXXXX!!!!!!

May 8, 2009

Happy Journey 25128.6 km

this is my fifth post.

caballo blanco

25128.6 kilometer berlalu..
kuda putih aku bernama caballo blanco dh meningkat dewasa...
aku ingat lg masa awal2 kemunculan dia kat idup aku,
menjadi rebutan ooo...
sume kawan nak try tunggang...
tp skang,
sestgh dr org2 tu dh tak bergelar kawan dah pon!!!
kuda aku nih byk berjasa kat aku...
dr aku berpenat lelah naik bas dulu...
wlaupon berkali2 aku wat kuda aku nih sakit...
calar sana sini...
tp dia tetap aku jaga, sampai mati...

kuda aku byk berjasa...
dulu jadi bahan tunggangan seorg puteri..
but not even once dia pnah ckap 'thanks'...
it's OK, aku paham...
25128.6 km away
tp skang nih, aku ni dipandang hina...
hanya sbb aku nih penunggang kuda...
bukan pemandu pedati mcm si DIA tu...
takpe, aku paham!!!

tp ingatlah manusia...
ko dpat terus hidup pon atas sbb takdir tuhan tak tertulis yg ko akan jatuh bersama kudaku...
jd tolong jgn bongkak,
bukan dgn aku, tp dgn kuda aku...

enough,

25128.6 km perjalanan dgn kuda aku,hanya Tuhan tahu nikmatnya...dialah tempat aku sandar pd suka atau duka...luv u my fren!!

bersama kudaku
p/s:
kenapa 25128.6 km?
kalo korg tahu, korg super genius...
hahaha....

May 5, 2009

A Song to My F****** Ex-Girlfriend..

this is my fourth post


press play

Photobucket
by
The Wonders - That Thing You Do

You,
doing that thing you do
Breakin' my heart into a million pieces
Like you always do

And you,
don't mean to be cruel
You never even knew, about the heartache
I've been going through

And I try and try to forget you girl
But it's just so hard to do
Everytime you do that thing you do

And I,
know all the games you play
And I'm gonna find a way to let you know that,
You'll be mine someday
'Cause we,
could be happy can't you see
If you'd only let me be the one to hold you
And keep you here with me

Cause I try and try to forget you girl
But it's just so hard to do
Everytime you do that thing you do

I don't ask a lot girl(I don't ask a lot girl)
But I know one thing for sure (Know one thing for sure)
It's the love that I haven't got girl
And I just can't take it anymore (Woah!!)

Cause we,
could be happy can't you see
If you'd only let me be the one to hold you
And keep you here with me
Cause it hurts me so just to see you go
Around with someone new
And if I know you you're doing that thing
Everyday just doing that thing
I can't take you doing that thing you do

xx [end] xx
p/s :
this post is dedicated to her to celebrate her birthday on
(entah bile ntah aku pon wat2 tak ingat dah)...
and word ' F****** ' at the title sebenarnye bermaksud
'FANTASTIC'.. yeah, Fantastic

heyppy blurfday GIRL!!! you're F****** rockX!!! (i mean fantastic)

birthday cake

xxx [hahaahahahahahaha] xxx

May 4, 2009

Manusia Parasit menggegar dunia...

this is my third post...

Photobucket

aku sgt berminat nk tgk kehidupan...
aku ade satu isu tentang orang...

aku ade kenal 2 org, yg aku tak brape consider kawan walaupon diorg dgn hipokritnye ngaku aku ni kawan diorg...
mereka berdua aku gelar symbiont parasites...
dua2 parasites yg bergantung sesama sendiri, but at the same time memusnahkan host diorg...

sorang nih, dikenali sbgai factor 00 sgt bergantung kat sorg lagi...
but at the same time, dia just hipokrit...
pernah dikatanya yg si symbiont no 2 tu tak boleh percaya n tak pandai jaga rahsia...
tp skang si factor 00 nih plak yg bergantung harap nak kemana2 pon...'
ibarat 'buran dan umang2' cuma buran nih jenis yg karnivor, makan umang2 dlm diam...

yg kedua nih, si symbiont 02 plak, jenis yg tak dpat nak hidup sendiri2...
musti kena ade org temankan...
kebetulan si factor 00 nih takde kuda...
di asanggup jd kuda semata2 nakkan berteman je...
pnah dulu dia risau kawan baik dia abaikan dia just hanya kerana kwan baik dia tu dah ade pakwe...
hahaha...

aku berminat nak tgk...
smpai satu masa, si buran tu akan meninggalkan si umang2 terkontang kanting...
si umang2 tu plak, bile buran takde kat sisi dia,
perghhhh!!!
ckap buruk blakang baik punye...
tp time sorg2, si buran tu jgak jd peneman di kala sunyi...

bgus laa...
dua2 hipokrit...
pandai nasihat org laen suro berubah...
tp cermin kat bilik sendiri tak pakai...
HAHAHAHAHAHA!!!

p/s : sape terasa, pandai arr pikir sendiri...
aku tak bgtau nama tau...
jd jgan marah aku...

May 2, 2009

N+A+M+A = upside-down WORLD

this is my second post.


my name is EARL

Gini laa...
Sbgai permulaan aku nak sentuh sket psal satu isu...
Satu perkataan, start dgn huruf 'N'...
Ada 4 huruf, 3 characters..Selain N, ade A dan M...
Cuba teka!!!

Semuanya mende ade NAMA...
mcam aku, aku namakan henset aku sendiri...
moto aku pon ade nama gak...
even pendrive aku yg berlambak tu pon aku namakan...
haha!!!
the thing is, ada ape dgn nama???

Stgh org kata nama nih tunjukkan personaliti...
YES!!! Nama aku bermaksud 'kekasihku'...
Tp adakah aku nih kekasih org???
Atau pon jiwang karat mcam paku besi di tgh hujan???

zaman skang sume nak nama anak2 canggih manggih mcam buah manggis...
sampai kadang2 tu aku dgr pon rase mcam "mcam nama dibuat2 je"...

cEro berkata,
Ada org menggunakan alasan nama untuk menolak sesuatu... Mane taknye, adeorg tak
dapat terima sedekah tp dpat terima hadiah hanya kerana nama... Ada orgsanggup
putus kawan putus kasih hanya kerana nama jugak... mlah ade org sanggupbunuh org
laen sbb nak dpatkan title depan nama...

uNo pula berkata,
Nama adalah satu-satunya yg hanya kita ada yg membuatkan kita berbeza dgnorg
lain... Kembar yg dilahirkan seiras dpat dibezakan dgn nama... Tanpa nama,mak
bapak kembar tu pon susah nak bezakan diorg masa bayi...

Hanya kerana nama,sesetengah manusia pandang org lain dengan sebelah mata...
Ye laa, kita pham, kdg2 keturunan diorng yg bg nama tu...
tp, adakah itu satu sebab yg kuat smpai diorg boleh pandang org lain HINA???
sampai belom knal lg dh nak COP mcam2
hanya kerana diorg rase diorg lebih SUPERIOR!!!

sini aku ingatkan...
Nabi Muhammad S.A.W pilih isteri buakan tgk ke nama..
Nabi S.A.W tak pilih menantu dgn hanya pndang pd nama...
Jd, keturunan nabi tu knapa plak nak label2 org lain tak mulia plak???
manusia sama taraf je ketika dilahirkan...

Owh ye, satu agi...
tgk kerabat diraja Britain, keturunan Queen Elizabeth...
sbb diorg MEMILIH sgt nama anak menantu,dok kawin dgn spupu dua pupu tiga pupu je...
last2 berlapis2 keturunan bwak penyakit Genetik...

korg bukan bodoh, korg pandai...
jd jgn arr pikir bukan2 yekk...

p/s : sorry kalo sesetgh pembaca tak paham... aku pn kadang2 bengong gak!!! mcam EARL dlm cite My Name is Earl tuh...

CHIAOOOO!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License