Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 8, 2010

Satu Cerita Bosan 4 : Kad Raya

two-o-one
I'm sorry


Pertengahan Ramadhan..

Adik: Apakah di tanganmu itu, wahai abangku..

Aku : Ini kad raya yang bakal abangmu hantar kepada kawan-kawannya, wahai adikku.

Adik: Kad raya?? So classic... Sedarkah kamu bahawa sekarang sudah wujud emel, e-kad, dan jugak Facebook?

Aku : Wahai adikku, jika kita dapat e-kad, kita hanya dapat membacanya hanya bila ada e (elektronik)..Tapi, kad raya adalah satu bentuk kewujudan, kamu boleh membacanya walaupun di dalam jamban.

Adik: Sungguh pandai abangku berhujah, namun realiti tetap realiti.
Percayalah, di akhir Ramadhan, bilangan ucapan raya kamu yang ditagged di Facebook Photo adalah lebih banyak dari kad raya yang kamu dapat, wahai abangku..


Aku: Let us wait and see..





Hujung Ramadhan
28 Ramadhan (Selasa)..

Aku : Adikku yang hodoh, tahukah kamu aku baru dapat kad raya dari posmen yang bertugas??

Adik: Abangku yang jijik, adakah mukaku seperti orang yang mengambil kisah tentang hal itu??

Aku : Lagipun, aku dengar tiada langsung kad raya yang tiba untukmu, wahai si LOSER.

Adik: Then tell me, o brainless man, how many cards did you get??

Aku : None of your business my douche sister..

Adik: Dan sudah tentu, secara mutlaknya, bilangan photo Facebook yang ditagged nama kamu, wahai abangku, adalah lebih banyak dari kad raya yang kamu dapat, kan??

Aku : Adakah muka aku seperti peduli semua tu?? (balas ayat dia tadi)

Adik: HAHAHA, lihat siapa yang LOSER sekarang...

Aku : Am I?? Oh!! Nak pergi baca kad raya ini kat dalam jamban..
Bolehkah kamu, wahai adikku, baca e-kad kamu dari dalam jamban..
Don't bother to answer it, my sister..
HAHAHAHAHA!!


Lalu aku berlalu ke dalam jamban dalam ketawa!



================================

Sedarkah kita,
dulu kirim kad raya satu tradisi??
Bila raya, kad raya yang dapat digantung di dinding??

Sekarang??
bolehkah e-kad digantung di dinding??
Apa jadi pada tradisi??
Posmen dah tak sibuk dalam bulan Ramadhan??

Ya,
jawapannya memanglah PEREDARAN ZAMAN.
Tapi, adakah kita juga mahu melihat duit raya diganti dengan e-money satu masa akan datang??




postquam-scriptum:
Aku hantar 10 kad raya kepada kawan-kawan.
Hanya 1 dibalas..
(tapi memang salah aku sebab aku tak tulis alamat kat dalam kad tu..)
Sedangkan aku ada 15 photo yang ditagged di Facebook sebagai ucapan selamat.




18 comments:

  1. mane kad raye aku. hehehe.

    siot jek, org bg kad raye elok2 dia bace kt jamban

    ReplyDelete
  2. hehehe...baca kat jamban yerrrr...

    ambil lah kad raya dari angah hehehe

    ReplyDelete
  3. dialog tu mcm mntk pelempang kedua-dua makhluk itu..ko igt ini zaman filem hitam putih????

    hahahhaaha!

    bce kad dlm jamban ha??asal kau xwt lap je trus kad tu??

    ReplyDelete
  4. @m i r a f i q a
    nak ke???
    emel aku alamat ko...
    nak??

    @AngahSayang2314
    NAK!!!
    hehehe

    @Fina Fento
    nak??
    emel laa alamat..hehehe

    @iemaZAIMAH
    haha, itu laa aku adik beradik..
    kasar tp still ade sayang (muntah....)

    ReplyDelete
  5. cero ngoxxxxx...ahahahahaahaha!

    lelaki melayu zaman hitam putih..hak3!

    ReplyDelete
  6. aku pon prefer kad raya by pos.baru feel lebey.hu3

    ReplyDelete
  7. HAHAHAHAHAHA!! bongok lah ko cero oi!!

    Aku pun banyak dpt kad kat Fb tu.. kad raya haram satu pun tak dpt.. T T.. Weh!! hantar lah kad raya aku!! serius nih!!

    ReplyDelete
  8. @iemaZAIMAH
    haha, aku klasik laa...
    bukan hitam putih...hahaha

    @aleen adela akoo ^_*
    kan??? sgt feeling bile ade kad...
    baru laa raya...

    @WZulhilmi
    WZ nak ke???
    antar laa alamat kat emel aku...
    tau tak emel aku???

    ReplyDelete
  9. salah 1 dari Serioustalk kan?hehe

    -kudozu

    ReplyDelete
  10. kalau sesape yg masih dpt real kad raya sememangnya korg masih ada true frens dan sudah tentu stok rajin.ada sentimental value tu...leh baca lam jamban lagi..haha

    ReplyDelete
  11. agak la kan..aku skarang recycle la kad2 raye lame beb..hahaha

    ReplyDelete
  12. ini semua adalah trend. bumi berputar dan beredar, begitulah jua dengan trend.

    aku rasa orang dah malas nak hantar kad raya sebab tak tahu nak tulis apa. mungkin ada juga manusia2 yg terlalu sibuk untuk menulis dan mengepos.

    bagi aku sendiri, ucapan raya adalah sama tiap2 tahun. walau ia boleh disimpan, boleh digantung, ianya tetap sama, dari orang yang sama yang suatu hari nanti pasti akan stop menghantar kepada kita (berpindah, status bertukar, sudah makin bz).

    dan utk org yg tak tahu nak tulis apa2, hanya turunkan signature saje, satu petanda ianya akan berakhir tidak lama lagi.

    ia semua adalah trend sahaja. unless sesuatu dibuat seperti kad raya berbentuk baru yang lebih menarik, ianya adalah sesuatu yang makin lupus ditelan zaman.

    p.s: aku dapat satu kad raya dari kedai spek aku tempah, tiada ucapan, hanya nama kedai dan sekeping kertas promosi buat spek =)

    ReplyDelete
  13. @Anonymous
    hehe, tu sbb kudozu yg hebat!!

    @Dark Half
    sgt ade sentimental value..
    bukan semua org rajin nk menulis, kan??

    @hentakbelipat
    haha, recycle pon orait gak..
    memandangkan kad pon dh kurang skang, pakai yg lame je gantung kt dinding..

    @Shukjessa
    tp shuk, satu satu tradisi raya ilang...
    dulu mercun n bunga api..
    skang kad raya...
    aku tak dpat bayang raya kita dlm 50 tahun akan dtg camne..

    @hamzah ian
    Yeah!! Raya!!!

    ReplyDelete
  14. hahaha, mmg style r dialog korg...
    cEro, nak jgak kad raya...hehe
    dinie tak prnah dpt pon kad raya, kesian btol...hahaha

    ReplyDelete
  15. nak kad raya.nak duit raya jugak.hhohoh

    selamat hari raya!

    ReplyDelete
  16. @raja dinie
    haha, nanti bakal dpt kad raya...

    @kata kila
    nak ke kad raya??
    tinggalkan alamat dlm emel yek..
    hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: