Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 16, 2010

Kisah Dua Insan



Kisah dua insan..
Si Teruna dan Si Dara berkenalan dalam dunia maya hampir setahun lalu.
Berlainan tanah, namun jaringan sesawang mengeratkan hubungan.
Si Dara selesa, dan selalu berkongsi cerita.
Si Teruna teruja, makin menaruh hati, hari demi hari.

Satu ketika, Si Dara terkejut,
Si Teruna meluahkan perasaan tiba-tiba,
ingin mengenali, mahu dirapati..

Si Dara tidak menolak, namun tidak jua menerima.
Hanya ditekankan "Masih banyak yang perlu diselesaikan sebelum memikirkannya"
Si Teruna kecewa, namun tidak berputus asa.

Ramadhan lalu,
mereka bertemu sua ingin kepastian bicara.
Kimia di alam atas talian tidak sama dengan realiti.
Namun, Si Teruna tetap teruja,
hatinya tak pernah berubah.
Si Dara, masih berahsia, menolak segalanya,
katanya "Pengalaman lalu masih berbekas di dada."
Si Teruna membantah, "Biar saya merawat luka."
Si Dara mencelah, "Tidak semudah rupa."
Si Teruna menerjah, "Saya mampu, jika diberi ruang dan peluang."
Si Dara menoktah, "Maaf, mungkin bukan sekarang."

Kini,
kedua mereka dipisahkan separuh dunia.
Si Teruna di tanah jajahan merah.
Si Dara di negara si helang.
Semalam berdengung di Facebook wall mereka,
kata Si Teruna kepada Si Dara,
"Remember that I'm waiting for you, I love you!"

Aku di mana?
Aku adalah penonton setia kepada dua insan ini.
Aku dah hidu hubungan mereka sejak 6 bulan lalu lagi.
Namun, sekarang ni agak dah masuk intermission.
Cuma klimaksnya mungkin 2 tahun akan datang.

Aku tak sabar nak tunggu..
Cinta dua insan,
Si Teruna percaya dan yakin dirinya mampu..
Si Dara basah berdarah luka lama walaupun mahu..

Hope it will end with two smiles.
I'll make it three.
The rest of the world will count it eternity.

postquam-scriptum:
It's ok kalau kalian tak faham. Tapi ketahuilah, cinta boleh datang dalam 1001 bentuk.




10 comments:

  1. hopefully ada happy endingnyer..

    ReplyDelete
  2. nice story.....i loike....hak3
    hope hepi ending but in realty life...nothing can be predictable because life is unpredictable...*wink2*

    ReplyDelete
  3. btol..banyak cara tu..
    lebih pon ader..uhuhu

    ReplyDelete
  4. Dah 207 kan?
    haha tak letak sebab ape?
    Post ni tak kira eh?

    -kudozu

    ReplyDelete
  5. Minta si Teruna katakan pada Dara
    "kalau tak cuba tak tahu lah dah sedia ke belum"

    that's what got me into him.-my buah hati.hehe..

    80% daripada perempuan mmg akan bg jawapan begitu bila lelaki inginkan lebih dari persahabatan.-fakta

    ReplyDelete
  6. menarik! terkesan di hati aku. haha

    ReplyDelete
  7. mmg cinta boleh dtg dlm 1001 bentuk, tp rmai yg ragu2...
    kn...

    ReplyDelete
  8. pe bnd jiwang2 niyh?

    aku anti jiwang

    buek!

    ReplyDelete
  9. wah.semoga teruna suke dara.dara suke teruna dan dara masih darah.ha

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: