Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 9, 2010

Aku dan Fesyen #2

dua-lima-lima
maaf..


Untuk kali kedua orang yang buta fesyen nak berbicara tentangnya.
Tapi kali ni aku lebih menjurus kepada trend lelaki yang pakai cermin mata gelap.

Memakai cermin mata gelap memang nampak cool habis.
Aku sendiri ada lebih lima cermin mata gelap.
Kebanyakannya aku gunakan ketika menunggang,
kerana, malangnya, silau mata aku tinggi dan mampu membahayakan penunggangan.
Dan juga untuk menghalang mata dicerobohi habuk!
Maklumlah, KL-Shah Alam dah macam perjalanan di padang pasir Gurun Sahara.

Tapi aku tiada niat langsung pakai cermin mata gelap untuk kelihatan 'kool'..
Alaa, kalau nampak kool tu kira bonus laa untuk aku yang kurang markah hensem ni.

Jadi,
amatlah menjadi satu isu pada aku tentang lelaki yang memakai cermin mata gelap DI DALAM BANGUNAN.
Kebanyakannya dalam shopping mall.

Tapi,
aku bukanlah suka sangat melabel orang tanpa sebab,
maka, dari menghukum, aku cuba memahami.



Atas sebab tertentu,
semalam aku ke sebuah shopping mall ni.
Bernasib baik, aku dapat bertemu hampir 8 orang lelaki yang bercermin mata gelap di dalam shopping mall itu.
Tapi yang paling menarik, ada seorang lelaki ni.

Penampilan memang sangat sama dengan apa yang aku selitkan dalam post sebelum ni (Aku dan Fesyen).
Bertopi felt, bermafla, berseluar pendek takat lutut, berkasut kanvas.
Bila difikirkan, kelakar pulak ada insan yang sebijik dengan description aku tu.

Aku tiada niat nak ekori dia.
Tapi kebetulan perjalanan kami di laluan yang sama.
Dia berjalan dengan seorang kawan lelaki,
gerak tubuh dia kelihatan sangat 'poyo'!
Oopps! Jangan menghukum, harus memahami.

Bersinggah di sebuah kedai baju,
baju yang dipegang dan diacahnya hanyalah baju ketat berkolar V.
Selama aku hidup, aku dapat tahu hanya golongan lelaki tertentu sahaja yang suka baju berkolar V ketat ni.
Sabar! Jangan menghukum, harus memahami.

Dia (dan kawannya) terserempak seorang kawan lain.
Bertepuk tampar sesama mereka..
Yang kawan baru dijumpainya itu, adoh, camne nak cakap ek??
Tangannya kelihatan sentiasa 'patah',
bergerak-gerak macam 'sotong'..(fahamkah anda?)
Aduh!! Jangan menghukum, harus memahami.

Mereka kelihatan seperti berbual-bual mengenai seluar yang dipakai encik 'poyo' ni..
Raba sana, belek sini.
Kelakar plak, nak je aku curi dengar apa yang diorang bualkan tentang seluar tu.
Sekali, dirabanya kawan tu di kawasan tengah itu.
Lepas tu mereka ketawa kuat.
AKU? Meremang!!
Cukup! Jangan menghukum, harus memahami.



Seketika,
encik 'poyo' tu menanggalkan topi feltnya.
Dari jauh, jelas kelihatan dia memakai subang hanya di satu belah telinganya sahaja.
Aku tak pasti kesahihannya, tapi kawan aku pernah kata lelaki yang bersubang di sebelah telinga adalah songsang.
Dan sedang aku berfikir tentang itu,
encik 'poyo' sedang mengusap belakang badan kawannya.

That's it!
Aku selesaikan apa yang aku perlu buat di situ.
Dan aku berambus dari tempat itu.

Mungkin kelihatan terlalu menghukum dan melabel,
tapi sejak dari itu, pada aku
kalau anda lelaki,
pakai cermin mata gelap dan topi felt,
bermafla, berseluar pendek dan berkasut kanvas,
ANDA ADALAH MANGSA FESYEN.

Tapi,
jika anda lelaki,
pakai cermin mata gelap dan topi felt,
bermafla, berseluar pendek dan berkasut kanvas,
suka baju V-neck, bersubang di sebelah telinga,
meraba kawan lelaki dan biarkan diri diraba kawan lelaki,
ANDA ADALAH MANGSA FESYEN yang GAY!



postquam-scriptum:
OK, secara peribadi,
aku nak berpesan kepada semua lelaki,
jika anda bukan gay, sila jangan berpakaian seperti di atas.
Dan untuk perempuan, sila jangan biarkan pasangan anda/ abang anda/ adik lelaki anda berpakaian seperti di atas.
Kesian, mangsa fesyen.




27 comments:

  1. hahahah

    nak gelak la baca entry ni

    ReplyDelete
  2. lelaki yang hensem dan smart selalunya lembut dan gay.
    aku nak semart pun takut

    Jangan menghukum, harus memahami.
    huhu

    ReplyDelete
  3. hakhak

    gelak pon ade ak bace ni
    ak rasa stiap kbetulan dlm idup ko mcm tlh dirancang baek punye
    mcm ko jmp laki tu
    atau ksh ko jmp L dlu

    ReplyDelete
  4. ehehehe. yu ni lawak taw. ai loike.hahaha

    ReplyDelete
  5. baik cero p bertepuk tampar bersama2.. br la btol2 x menghukum tapi sgt memahami..wahahhahaha...

    ReplyDelete
  6. eeuuuuwwwww...
    so gay..!!! hahahah..
    header baru nampak..?

    ReplyDelete
  7. ahahahahha terbaik!
    ape nasib la ye of all orang2 pakai camtu.. ko bleh ter'stalk' yg songsang. malang sungguh

    ReplyDelete
  8. perghh..aku pun ade baju v neck oi..ketat tu xla ketat sangat tapi ngam2 la.sebab kalau aku pakai baju besa kmperm mengelebeh.camne?? aku xnk jadi gay oi!..ke memang org pandang itu gay..patut la...damn!

    ReplyDelete
  9. hahaha..
    tapi tau tak yg gay tak semestinya berpakaian mcm tu je tau..
    kat kolej elie, yg muka smart, badan tough.konon machco..yg tu yg gay..
    kalau yg species 'patah2 sotong' tu mmg bleh nmpk..tp yg ni, kalau tgk sekali mmg xpercaya dorg gay boy!
    eee..geli!!

    ReplyDelete
  10. thnks cero...klu ko tak *point out* baju *V neck* tu aku takkan tahu sampai sekarang itu adalah slh satu identiti *mereka*...auww~

    ReplyDelete
  11. errr..cmana agaknya kalau terkawan or terbercinta dengan lelaki cmni. atau lagi teruk dengan lelaki dua alam (biseksual) :-ss

    ReplyDelete
  12. hai cero.
    Bertopi felt,bermafla,short pant, bg ak agak stylo dan ak suka tgk lelaki yg stylo. Tp itu bukanla mangsa fesyen bg ak sbb fesyen tu xkan lapuk.my uncle dr dulu sampai skang trendy je pakai cm2.
    He2,pendapat aku je lah.
    Ramai rupanya yg x gemar dgn lelaki yg style cm2.ak suke tgk org2 stylo ni tp bukan yg gay..
    P.s: still viewing frm phone. Test2 komen.

    ReplyDelete
  13. Aku pun tak gemar lah tgk fashion cam ko ckp tu.. tak rimas ke? Dah lah berlilit dekat leher lepas tambah topi lagi.. ok fine sejuk dalam mall.. boleh terima.. tapi seluar plak sampai lutut.. kata sejuk! Eh tak paham aku..

    ReplyDelete
  14. pkai spec hitam bru rase kelas kot..

    rasa cam dok kt luar ngra!pergh!

    ReplyDelete
  15. susah la macam ni..tinggal bape kerat lagi lelaki normal??hahahahaha..[gedikk]

    ReplyDelete
  16. kalau laki aku pkai mcm tu aku bogelkan dye.mcm xde baju lain je nk pkai.

    ReplyDelete
  17. @.::WaNiE::.
    haha, klakar kan??

    @Sca Ndx
    haha, hensem dan smart dh pakej..
    sekali gay, mmg down habes..

    @Al
    itulah kehidupan, semuanya bukan kebetulan, tapi takdir...

    @kata kila
    haha, jumpa gay pon lawak kan??

    @~* chirpy_chummy *~
    haha, taknak...
    nanti kena raba gak kat 'situ'..hehehe

    @pu3aan
    hehe, suka tak??
    ke bosan???

    @kusut
    haha, tak tau laa..dah nasib..

    @hentakbelipat
    haha, aku sndri ade 2 helai baju V, tp tak ketat laa..
    tp sjak tau bahana baju V neck ni, kalo nk pakai, aku mesti pakai dgn jaket...
    haha, jgn kate prg nmpak ko gay plak??

    @little cart00n
    ahaha, tu gay tahap tinggi tu..
    boleh blend dgn persekitaran...
    gay camtu yg bahaya..bg laki laa..
    hahah

    ReplyDelete
  18. @airaniez wirdani
    tp tak semua V-neck adalah gay tau..
    kang aku plak disalahkan bila yg V-neck kena cop gay..
    hahah

    @Fina Fento
    dua alam??(dR Rozmey??)
    hahah, sbb tu kita kena knal hati budi dulu sbelom bercinta..
    takut jadi mcam ni laa...

    @nurul nadea
    neh! bukan salah kpd fesyen, tp salah kpd pemakai...
    pakai begitu agak tak sesuai utk ke dlm shopping mall..
    seolah2 pakai baju warna merah ke kenduri arwah, kan sgt tak sesuai..
    hehehe..
    btw, mobile blog sedikit lain, kalo nk komen dipersilakanlah yek!

    @WZulhilmi
    setuju dgn ko..
    yg atas nak lilit konon sejuk, tp yg bawah terbuka mcam panas plak..
    adoila org asa kini (dh bunyik mcam pakcik-pakcik plak)

    @shirakawa
    hahaha, tp hakikatnya, kita dlm negara..
    kat luar, org bogel pon tak jadi hal..
    kat sini, butang tak penuh pon org dh bising...

    @sakura lover's
    byk!! tp yg normal slalunya tak menyerlah..lebih down to earth dr tonjolkan diri..
    maka, perempuan kena laa gali dan cari...

    @Sophie Al-yahya
    haha, yg penting AKU BUKAN GAY!

    @iemaZAIMAH
    hahaha, jgn beb..
    nanti parah plak dia hati terluka..
    dah laa hati lembut, nanti naluri memberontak, terus tukar jantina.

    ReplyDelete
  19. AHAHAHAH!laki aku tak lembut woi.tak! :D

    btw,aq xigt dh ckp ke belum.
    but,your header,SANGAT COMEL!chongmal kyupta!

    ReplyDelete
  20. alah dari pakai mufler yg takde pekdah tu dekat malaysia ni baik pakai serban.

    kdg2 jgn lah terikut2 sgt jadi mangsa fesyen tak kena tempat. aku dulu penah jadi cani, kes obses dengan hooded sweater. pegi mane2 pakai macam tu, mula2 ok tapi bila lama2 rase mcm bangang lak. dok malaysia dah la panas, satu kerja lak nak buka bila dah berpeluh2 tu.

    so rentikanlah fesyen yg tak bawak pekdah tu. sesuaikan fesyen dengan cuaca dan tempat. pakai shorts mmg la up to date tapi tak semua tempat boleh masuk. contoh paling simple, nak masuk surau or masjid agak2 tak segan ke?

    p.s: aku pergi kedai beli nasi lemak pun pakai sluar trek, segan dooo nak tunjuk bulu kaki dekat orang, kalo lawa takpe la juga

    ReplyDelete
  21. wow....erkss...kdg2 klu perhati btol2...GAY ni mmg jnis metroseksual n de org kate selain pki subang die pki cincin kat ibu jari...yeke?
    tp klu tgk die raba2 tue...mmg sah...erkks!
    klu Pengkid...nmpk sgt kan cma lesbian ssh nk tau sbb de yg mcm pompuan sejati...

    sumer gmbr ni ko lukis mllui hp k?
    ni yg jeles n menguatkn lgi semangat nk bli...hehe3 awat la KL ni mhal skit dri Melaka...spoil mood tol r....grrrr...

    ReplyDelete
  22. @iemaZAIMAH
    haha, thanks..
    header tu bertujuan mengecilkan saiz blog supaya cepat loading..

    @Shukjessa
    hahaha, aku sndri segan nk berseluar pendek kat luar rumah..
    kaki bulu beb, hahaha..
    tp kata org, less is more,
    so aku stick dgn simple aku..
    hehehe

    @Miss Comot
    YUP! semua henst ni aku lukis dgn henset...
    walaupon buruk, tp aku puas hati..
    beli laa beli laa..
    btw, aku tak pasti ttg cincin tu..
    nanti aku tanya kawan gay aku..
    hahah

    ReplyDelete
  23. weh, hang nak tahu tak...aku dari dulu tak suka tgk laki pakai short sbb aku prnh terbca dkat mana ntah ada ckp yg laki GAY suka pakai short sbb sng............ (sila isi tempat kosong)...
    oich! Jangan menghukum , harus memahami. erk...haha

    ReplyDelete
  24. Hahahahaha3 slesa plak ko kwn ngn GAY...aku tgk mmber2 aku klu diorg dpt tau mmber diorg GAY...mesti diorg agk jauhkn diri skit...haha3
    ala....nk bli...tp kat KL mhal skit...nk g mlaka x pnh pi n jauh sgt...kirim kat ko la lps de duit ckp...haha3

    ReplyDelete
  25. @hanaahmad
    haha, yeke???
    serius baru tau...
    senang buat projek??hehehe

    @Miss Comot
    kawan biasa2 ok laa...
    tp nk rapat mmg takkan arr...
    hahaha
    nk kirim?? tak kisah..hahaha

    ReplyDelete
  26. [url=http://monclerfemmefr.org/]http://monclerfemmefr.org/[/url] uxygx [url=http://burberryfemmefr.org/]burberry[/url] pksft [url=http://uggfrancebuy.com/]bottes ugg[/url] cfzkv [url=http://uggfrancebuy.com/]ugg pas cher[/url] fbxlz

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: