Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 30, 2010

Melankolik Malam Hari



Dengarkanlah, malam...
Aku mahukan diriku didengari
sebagai satu entiti
bukan sekadar bayang sari

Aku memang mahu melangkah
setapak ke hadapan demi setapak...
Namun perangkap masa meruntun jiwa
perasaan takutkan penerimaan
dan sifat ketidak-terbukaan
menggenggam jiwa meruntun lara...

Bukan tak mahu
tapi aku meragui
Keselesaan diterima bakal direntap
bagai sentap meratap benang
Aku gagal melolos diri
Aku mati.....


-----------------------------------
Maaf, aku betul-betul mahu berkongsi, namun ianya terlalu peribadi sehinggakan diri tak daya lagi meratapi..Jauh di sudut hati, aku tak mahu ditangisi. Namun, realiti tak mampu diubahi, melainkan terdapat penerimaan dan keterbukaan duniawi, namun semuanya hanya ilusi, fantasi, tiada lagi harapan diri, selain menempuhi walaupun sepahit mana rasa hati..
Doakan diri ini..


p/s: Tiada kena-mengena dengan gadis itu...





11 comments:

  1. aku bace p/s bawah tuh..aku lega~..ewah..lebih plak aku nih..hehe..chaiyok..cero..

    ReplyDelete
  2. walaupun aku ni tak berapa nak faham apa yang ko cuba sampaikan tapi apa2pun.. be strong ok.. :)

    ReplyDelete
  3. tony stark berkata "sometimes you have learn to run before u can learn to walk" (not exact tapi lebih kurang camtu la bunyinya).

    bunyi mcm imposible tapi tak, mmg tapi ianya penuh berisiko apabila kita skip sesuatu.

    tp pada aku kalo takut berjalan, apa salahnya kita merangkak atau gunakan tongkat perlahan-lahan, yang penting semangat tu sentiasa membara sepanjang masa.

    apa yang menarik dalam mencapai sesuatu impian bukanlah betapa cepatnya kita menggapainya, tetapi betapa berlikunya cabaran yang perlu kita tempuhi untuk mengecapi kemanisan itu, pada aku la. mungkin ada orang lebih suka cara senang, terpulang.

    one step forward is better than none or one step backward =)

    ReplyDelete
  4. sllu org ckp sabar ek.....
    sy rase sy nk ckp sabar gak..
    hope dpt atsinye k..:)

    ReplyDelete
  5. sllu org ckp sabar ek.....
    sy rase sy nk ckp sabar gak..
    hope dpt atsinye k..:)

    ReplyDelete
  6. angah tak berapa paham la story nie tapi apa pun angah harap u tak tension.... sebab ayat2 yang u bagi mcm ada tersirat

    ReplyDelete
  7. @tuan tanah
    hidup sgt rumit, but yet interesting...

    @WZulhilmi
    thanks...mmg takde yg akan faham, sbb aku tak mampu nak berkongsi ttgnya..

    @Shukjessa
    aku faham maksud ko,
    tp lumrah manusia, nak mencari cela..

    @echah mashuri
    yup, sabar adalah satu2nya cara...

    @2899781621036589322.0
    dear nenk moden,
    baiklah..tak tensen..dh lepas dh...
    thanks..

    @AngahSayang2314
    kalo dibaca byk kali, mungkin ada yg faham...
    tp takpe, thanks 4 supporting...

    ReplyDelete
  8. sentiasa mendoakan yg terbaik utkmu..

    ReplyDelete
  9. sila tabah ye...
    chayok...chayok...
    akan sentiasa doa kn yg terbaek utk kamu cEro...
    ;))

    ReplyDelete
  10. @pu3aan
    terima kasih...

    @raja dinie
    terima kasih, tiada opsyen lain selain tabah..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: