Neh! Aku tahu entri tEka-tEki takkan mendapat sambutan hangat dari para blogger sebab tak ada sapa nak tunjuk hebat di blog orang lain dengan menjawab tEka-tEki yang dia tak tahu jawapannya.
So, hari ini aku keluarkan entri kedua pada pukul 12.01 tghari.
Kenapa 12.01 tghari?
Sebab smpai sekarang aku tak pasti 12 tghari adalah 12am ataupun 12pm.
Oleh kerana ini adalah
scheduled post,
aku hanya tahu 12.01 pm adalah 12.01 tghari...
(Tiba-tiba aku rasa aku sedang merumitkan keadaan)
-------------------------------------------
Aku ada anak buah, seorang..
Yup! Aku seorang
uncle..hahaha
Ceritanya anak buah aku yang setahun lebih ni baru je dapat kaki untuk berjalan.
Dulu asyik duk sorong dia dalam kereta sorong
baby tu je
(hape ntah namenya)
Kini, dia bebas untuk bergerak ke mana saja dia nak.
Sedang berjalan-jalan kat
shopping mall,
kami semua sekeluarga berjalan ke satu arah.
Tiba-tiba budak kecik ni melencong ke kanan...
Teka dia ke mana?
Dia ke seorang awek cun tengah berdiri tepi dinding bergayut telefon.
Dia pergi peluk kaki awek tu, awek tu tergelak je..
Abang aku
(merangkap bapak budak tu) pergilah selamatkan kehidupan awek tu sebelum lebih diganggu budak tu..
Perkara yang sama berlaku beberapa minit kemudian.
Budak kecik tu berlari menuju ke satu kelompok perempuan sedang berbual di meja makan.
Yang menarik, ada 3 orang gadis,
seorang agak jauh,
seorang cun rambut perang sikit,
seorang badan berisi dan tak menarik...
My dear nephew terus menuju ke yang cun berambut perang tu.
Siap peluk dekat pinggang mintak nak dukung...
Abah aku
(merangkap datuk budak kecik tu) berkata,
"Pandai pulak budak kecik ni memilih orang ek.."
Aku jawab,
"Abah patut bersyukur, at least cucu abah tu lelaki sejati..
Jadi satu hal pulak kalo dia pergi peluk lelaki, kan?"
-------------------------------------------
Nafsu manusia tak pernah berkesudahan, kan?
Aku selalu ber'
window-shopping' ke dalam kedai Apple.
Sebab aku berangan nak dapat
iPad sebijik.
Perasaan memegang, menyentuh dan menggosok permukaan
iPad macam lebih seronok dari makan makanan kegemaran.
Tapi, bila aku tengok
price label dia,
hamekkaw...
Pecah tabung pon tak cukup lagi...
So, aku biarkan ia terus jadi angan-angan...
-------------------------------------------
Bertemu dengan satu manusia ini di sebuah
shopping mall amatlah menyakitkan mata aku.
Dia bukan musuh aku, malah juga bukan kawan aku.
Aku tak kenal dia, dia pun takkan kenal aku.
Tapi, aku tetap sakit mata dengan dia.
Bertembung dengan dia membuatkan aku nak bunuh diri.
Memusingkan mood aku sepanjang hari.
Pencemaran!!
Dia perempuan.
Bertudung.
Pemakaiannya agak
up-to-date laa sebab dia pakai jaket kecil dengan
puffy-shoulders.
Tapi apa yang menyakitkan hati?
Dia pakai baju singkat, nampak pusat.
Dan maafkan aku, aku tak patut sebut hal ni...
Tapi pusat dia jelas hitam berdaki.
(Aku dapat bayang ekspresi muka kalian bila baca ayat di atas)
Please! Cover your navel!