Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 18, 2011

Hari #2 Memecah Tabiat

Untuk mengikuti cabaran 5 hari cEro tanpa air 3-in-1 dan bersusu,
klik link di bawah
Hari #0 Control your Drink
Hari #1 Deprivasi Gula


Tabiat boleh didefinisikan sebagai perlakuan yang berterusan dan sering kali dilakukan secara berulang sehingga menjadi rutin individu itu.

Memecah tabiat pula adalah suatu perilaku yang menentang tabiat tersebut.


17 Februari 2011

Sebagai penunggang motosikal dan sering bergerak dari satu titik ke satu titik yang lain, aku selalu singgah ke kedai serbaguna yang terhampir dengan kedudukan aku.
Selalunya yang boleh diterima pakai adalah 7-Eleven.
Maklumlah, bila dahaga atau lapar, kedai macam ni laa yang paling mudah untuk di akses.

Tabiat aku, setiap kali masuk 7-Eleven untuk melepaskan dahaga,
aku akan beli air tin Nescafe Ais (RM 2.00 +/-)



Nescafe ais versi tin ni amat lain dari nescafe yang lain.
Sebab, ini adalah satu-satunya air berasaskan kopi yang aku boleh minum tanpa perlu bergegas mencari tandas selepas 5 minit.
Mungkin kerana ada elemen mint dalam air ni kot, ntah laa, aku pun tak tahu..

Tak tahu lah sama ada aku terlupa ataupun dah terbiasa,
petang tadi aku masuk 7-Eleven dan rembat satu tin Nescafe Ais.
Sudah selesai bayar, sedang berdiri tegak di hadapan pintu 7-E,
baru aku sedar, aku dalam misi 5 hari tanpa minuman bersusu (dan 3-in-1).

Macam mana?
Air sudah di tangan.
Belum dibuka, tapi sudah dibayar.
Takkan nak refund, tak silap aku 7-Eleven tak boleh refund (kan?)

Ternampak seorang budak lelaki berumur lingkungan 14-15 tahun lintas di hadapan aku.
Dari pakaian, sama ada baru balik tusyen, ataupun ponteng dari kelas tambahan yang cikgu anjurkan di sekolah.

Dipanggilnya aku,
"Dik, sini kejap!"

Dia pandang, turuti dan datang dekat.

"Nak air ni tak? Abang tak minum kopi laa.." sambil aku hulur tin Nescafe ais tu.
Budak tu macam ragu-ragu.

"Abang tak letak racun kan?"
Sikap terbuka dalam kata-kata budak tu sedikit sebanyak menghiris jiwa.
Ai, budak zaman sekarang memang cakap main lepas je ke?

"Tak ada faedah nak racun ko,
kalau aku nak racun, baik aku racun anak menteri ke,
CEO syarikat ke, kan?"

Mungkin kerana logik, budak itu terima air tin Nescafe ais tu.
Selepas ucap terima kasih, dia berambus dari pandangan aku.

Tapi,
aku sangat dahaga dan perlukan air.
Apakah alternatif lain selain Nescafe ais di 7-Eleven?
Tanpa fikir panjang, ini jawapan aku.





Bila dah habis minum baru aku sedar.
Adakah air soya berada di bawah kategori 'susu'?
Sebab kan ada sesetengah orang panggil 'susu soya'?
Apa pendapat kalian?
Apa kata pakar soya encik WZulhilmi?


postquam-scriptum:
At the end of the day, aku terfikir, kalau tujuan aku singgah kedai serbaguna seperti itu adalah untuk menghilangkan dahaga, kenapa aku tak beli air botol mineral je? Bukankah air yang paling mujarab untuk hilangkan dahaga adalah air kosong? Mungkin memang tabiat aku selalu nak beli air yang manis dan tak tawar. Nampak gaya aku kena pecahkan tabiat aku tu.




23 comments:

  1. ape masalah kau dgn susu ni sbnrnye. Susu biasa tu boleh. cuma yg non-dairy je tak brape nak boleh. yg kat 3 in 1, coffemate, dlm air tin2 tu. tu kan non-dairy, tu yg boleh buat sistem bdn collapsed. tp kalau susu segar, susu dr kambing ke lembu ke, mak ke, ok jer. Susu soya takkan bg harmla pd bdn cuma kuantiti kalsium je kurg, kalau aku salah tlg betulkan ye.

    ReplyDelete
  2. ayat x bleh bla.. "menghiris jiwa"...hahaha

    soya x macam air 3 in 1 tu..elok untuk diminum..

    ReplyDelete
  3. mane plak dtgnye susu soya same ngn susu 3 in 1?? adesss la..
    ko minum la air oren ke, air buah ke..kn elok..(kalo xmo air tawar la..)

    ReplyDelete
  4. alaa..kalo tau, chummy nk tercongok depan cero time tu. bley dpt air free..yeeeaahaaa~

    ReplyDelete
  5. wehh..weh..kau ketagih kafein ke??

    ReplyDelete
  6. cero gila. macam kau cakap baik beli mineral. heh.


    -kudozu

    ReplyDelete
  7. air manis boleh bagi tenaga lebih ;)

    ReplyDelete
  8. hahaha3 de k ptut...byk je air x bersusu....air mineral, jus, air teh bunga(kerissantimun - air peberet aku) dan byk lg la....

    ReplyDelete
  9. anda kurang berjaya mengawal nafsu.keh3.

    skg ape-ape yg kaler putih dyeorg pgl susu.

    ever heard susu beras?bkn susu tp sbnrnye air beras.so,ap beza dgn susu soya?

    ReplyDelete
  10. susu soya xde lactose. kalau lactose intolerance digalakkan minum soya utk replace susu

    ReplyDelete
  11. susu soya tu bukan bagus ke? haha
    tapi sebenarnya air yg betul-betul menghilangkan dahaga is air mineral, so lepas ni kau kene pilih air mineral laa. :)

    ReplyDelete
  12. air soya orang panggil susu sebab warna same. aku panggey air kcg soya je, sebab bende tu la yg aku telan kecik2 dulu, kes takbley minum susu lembu, ada probs.

    neway air kcg soya bagus untuk kurangkan kolesterol, cuma nak beli, beli la yang kurang manis. nanti dok giler minum air soya sgt dapat kencing manis lak kuikuikui

    ReplyDelete
  13. tp kalau kate xnk mnum mnuman brsusu . . urmm soya ni kategori mnuman bsusu gak... warkkk

    ReplyDelete
  14. Keh keh.. sengal! meh sini profesor madya nak bagi komen pasal susu soya.

    susu soya x de susu dlm dia. perkataan susu tu just metaphor bagi air dia yg putih seakan2 susu. (teori WZulhilmi). Tapi x tau lah klu produk dlm kotak ada tambah susu. klu nk tau just tgk list of ingredients dia. tapi klu susu soya asli x de susu.

    Siyes lagi baik klu minum air mineral. It's is proven good! and btw aku hanya addict pada soya jenama V-soy. yang lain kureng. rasanya ada jual kt Seven-E dlm botol kaca.

    ReplyDelete
  15. soya kotak bergula.
    no good. bukan susu.

    ok bye.
    hehe

    ReplyDelete
  16. @Fisz
    hahaha, jap..nak leraikan salah faham..
    aku cuma berniat taknak minum minuman bersusu atau 3-in-1 atau kedua2nya sekali. Sbb kenapa aku cakap bersusu adalah, teh tarik di kedai mamak bukan 3-in-1, dan teh tarik juga antara air yg aku nak elak, so, aku kata laa nak elak minuman bersusu juga. Dan aku tahu susu as like susu kambing dan susu lembu bagus utk bdan, cume susu camtu bukan jenis minuman harian aku..tak mampu..hahahaah

    @tulip
    hm, rasenya cuma soya asli dan bukan GMO je yg elok..soya GMO boleh menyebab kanser..

    @pu3aan
    malangnya, air buah tak dijual di 7-E, air kotak buah mcam drinho dll tu sume adalah bahan buatan, bukan asli...

    @~* chirpy_chummy *~
    hahaha, nk air free ke?? rajin2 laa ponteng kelas tambahan di skola..hahahah

    @mr delirium
    bukan ketagih..cuma boleh kata BELUM ketagih lg, sbb tu nak kawal...

    @Anonymous
    hahaha, aku giler?? sbb tu aku rase nk ubah..nk jd kurang gile..

    @Lylee
    kalau terlampau manis boleh bg penyakit lebih..hehehe

    @Dark Half
    mungkin terlebih minum minuman bersusu je..tak tahap addict lg..

    @Miss Comot
    masa amik soya tu tak fikir plak teh bunga...baiklah, nanti akan dipertimbangkan...

    @CikGusi BingbOo
    revive ade gas, tak suka..

    @iemaZAIMAH
    hahaha, yg putih itu susu ek??
    jd aku nak awek susu laa..hahahaha

    @nourelcahaya
    sbb susu soya berasal dr tumbuhan bukan haiwan, kan???

    @luvly mya
    rasa mcam rugi plak beli air mineral kt kedai..kan balik rumah je pon dah boleh minum free???

    @Shukjessa
    bila nk beli, aku suka tgk ade tanda asli...sbb yg aku tau, soya GMO tak elok utk badan..boleh trigger cancer...

    @Miranisa =)
    kan? kan?? you r the only one who got my point..adakah aku dh melanggar perjanjian???

    @WZulhilmi
    ek? malangnya, 7-E aku kecik dan tak byk pilihan soya..asyik yg same je macam dlm gambar tu...tp ada yg siap ada perasa ros laa, soya jagung laa..pelik kejap..

    @m i r a f i q a
    hahaahha, bagus!
    tepat dan ringkas, aku suka...

    ReplyDelete
  17. menghiris hiris jiwa muahahaha

    ReplyDelete
  18. "Abang tak letak racun kan?"


    hahahahahaha

    ReplyDelete
  19. @kata kila
    budak2 zaman skang ni mmg lepas cakap je..org nk buat baik pon taklah...

    @Amir Auxin
    hahaha, kerek kan?? seb baik bukan adik aku..

    ReplyDelete
  20. @iemaZAIMAH
    hahaha, sbb nk awek putih!

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: