Masa aku sekolah dulu,
ada seorang kawan lukiskan aku satu rajah yang dinamanya sebagai
SEGITIGA REMAJA.
Kata dia,
"Sebagai remaja, kita ada pilihan untuk memilih cara hidup.
Tapi perlu diingat pilihan bermaksud ada batasan.
Ini dia pilihan dan batasannya."
"Malangnya, kita hanya mampu pilih dua dari tiga pilihan."
Semakin usia aku meningkat,
aku dapati memang betul apa yang dikatakannya.
Aku pernah terjumpa dengan orang yang berniat nak memperolah ketiga-tiga pilihan.
Percayalah, jika kalian mahu ketiga-tiganya,
apa yang kalian dapat hanyalah
sebahagian dari ketiga-tiga.
Dengan kata lain, kalian takkan dapat manfaat sepenuhnya dari mana-mana pilihan tersebut.
postquam-scriptum:
Bagi yang 'kurang remaja' atau 'bukan pelajar',
anda boleh ganti 'Cemerlang Dalam Pelajaran' dengan 'Cemerlang dalam Kerjaya' atau yang sama erti dengannya.
aku kt tgah2 lah mcm ni. tido aku sentiasa cukup hehehehe.
ReplyDeletehehe..kadang2 x semua ape yg kite nak dapat kan..sekadar secukupnye pun dah mampu wat aku tersenyum..=)
ReplyDeletehuhuhu tak mungkinnnn
ReplyDeleteaku rasa kerjaya aku sekarang menyebabkan aku terlebih tidur tetapi kurang bersosial. tetapi aku mahukan bersosial itu dan berjaya dalam kerjaya.
ReplyDeleteok jugak tu..kalu amek tiga2..boleh rse semuA:D
ReplyDeleteBtol....sbb aku tiga2 kot jdi sederhana je...hehe3
ReplyDeletetp sesetengah org yg 'gifted'....diorg leh dptkn ketiga2nya skali....ugh! jeles...
ermmm..jadi nesa pun mungkin salah seorang yg cube kejar ketiga2 pilihan ni :| dan..mmg x dpt sepenuhnye.
ReplyDeleteuntuk capai ketiga-tiganya dlm masa yg sama adalah posible, tapi hasil yg dapat akan hanya separuh masak
ReplyDeleteaverage? itu la majoriti dari kita
untuk cemerlang dlm pelajaran,kemungkinan tidak punya tidur yg ckup,kekadang juga tidak punya sosial yg hebat.
ReplyDeletekan?