Hujan.
Bosan.
Nak beli topup, tapi hujan menghalang.
Oleh sebab penting, ambil keputusan untuk redah.
Kalau nak merempit dengan moto,
hanya yang tulen tahu sakitnya redah hujan dengan moto.
Kalau nak bawak moto perlahan dengan payung,
bukan idea bernas sebab nanti payung akan terbuka ke atas.
Maka, keputusannya...
Lipat kaki seluar berkali-kali,
pakai sweater,
sarung selipar,
buka payung,
redah.
Destinasi: 7Eleven berjarak 800meter.
Selesai beli topup,
selang dua kedai ke kanan nampak seorang yang dikenali.
"Oh, S!!" (sila rujuk entri ini dan ini)
Aku tegur dia dari belakang.
"Terperangkap dalam hujan?"
S berpaling, tapi ada sesuatu pelik tentang mata dia.
Seperti sedang bersedih.
Aku pun tak tahu nak sifatkan bagaimana dalam perkataan.
"Eh, awak.." S kelihatan terkejut.
"Cikgu dari mana?"
"Tadi pergi kedai belakang, masa tu hujan renyai lagi, sekarang dah lebat. Dah laa tak bawak payung."
Berseluar, berselipar, berbaju ringkas dan bertudung biasa.
Memang niat dia nak keluar rumah sekejap.
"Awak pulak dari mana?" S pula bertanya.
"Saya beli topup tadi..Maklumlah, orang prepaid."
Suasana terdiam seketika,
sehinggalah S menanyakan satu soalan.
"Maaflah, tapi saya nak mintak pendapat sikit.."
"Ya, apa dia?"
"Kalau awak dipersalahkan di atas satu kesalahan yang tidak awak buat,
tapi berdiam diri adalah lebih baik kerana kebenarannya akan melukakan hati ramai,
apa awak buat?"
Aku agak terkejut dengan soalan itu.
Sangat tepat dengan apa yang aku sedang alami belakangan ini.
"Saya ada satu prinsip, di mana,
berdiam diri tak pernah selesaikan masalah!
Ya! Mungkin berdiam diri dapat menyembunyikan kelukaan,
tapi ianya hanya satu tindakan melarikan diri dari masalah."
S mendengar tekun.
"Tapi, ada sebab kenapa wujudnya perkataan SABAR.
Kita boleh berdiam diri sampai ke suatu masa yang sesuai untuk diluahkan kebenarnnya."
"Oh ya! Awak nak balik?
Nak pakai payung saya."
"Eh? Betul ke ni?"
"Yup! Tak elok pompuan duduk termenung seorang tepi kedai bawah hujan."
"Tapi, awak macam mana? Nak kongsi payung?"
"Saya pentingkan diri. Saya tak suka kongsi payung. Nanti basah.
Awak pakailah. Nanti bila ada masa, pulangkanlah ye..
Sebab tu payung mak saya..heheheh"
"Baiklah. Terima kasih!"
Perbualan tamat.
S redah hujan dengan payung aku.
Aku keseorangan depan kedai melihat titisan hujan.
Hati kecil berkata,
"Aku pandai bagi nasihat, tapi aku sendiri tak pandai nasihatkan diri aku."
Aku ketawa kecil
sebelum lari meredah hujan.
Cikgu aku pernah beritahu:
Jika nasihat hanya layak diberi oleh orang yang lebih atas,
siapa yang layak menasihat orang yang paling atas?
Sebab tu, nasihat layak diberi oleh sesiapa sahaja,
dari sehina-hina penagih dadah
mahupun semuda bayi baru lahir
ataupun sebodoh-bodoh Pak Pandir.
Kerana kita semua manusia biasa. Lemah dan mudah lupa.
- oleh Cikgu Latifah Abdullah (difrasa semula oleh aku)
postquam-scriptum:
"Kalau awak disalahkan di atas satu kesalahan yang tidak awak buat,
tapi berdiam diri adalah lebih baik kerana kebenarannya akan melukakan hati ramai,
apa awak buat?"
APA KALIAN AKAN BUAT?
meremang bila baca ni..
ReplyDeletesuke ayat ni..wakaka->"hanya yang tulen tahu sakitnya redah hujan dengan moto"
ReplyDeletesabar...sabar..hurmm.aku xtau nak cakap ape sal nie..
yeah like u did, simpan dan sabar smpai masa sesuai br aku luahkan. haha
ReplyDeleteberdiam diri mmg xkn dpt menyelesaikan masalah..tp kalo buka mulut akan menyakitkan hati orang lain..mungkin orang tu berharap xkan pernah tahu kebenarannya..
ReplyDeleteaku pun tga serabut. bila aku citer kt org, aku cool mcm nothing serious. padahal.. ribut petir kt otak aku. isk
ReplyDeletebingung kot nk buat apa..
ReplyDeleteehehe..
aku x tau nk buat apa sbb ak x pernah berada dlm situasi mcm tu. so better ak x pyh tulis something benda yg merepek2 konon2 ak tau nk buat apa..
ReplyDeleteberdiam diri dan sabar...
ReplyDeleteatau mgkin gak brterus terang...
tngok situasi...
sbb bila kena kt diri sndiri bru tahu rsanya...
susah nk jangka...
apa yg kita nak xsmestinya kita dpt buat...
hurmmm...
membalas postquam-scriptum:
ReplyDelete"akhirnya blog jadi tempat mengadu.. tempat melepaskan geram.."
tue kalau aku la.. orang laen.. persepsi.. masing2...
good question cero! itu yang aku selalu rasa.. bila kita berdepan satu masalah, tak semua masalah kita mampu selesaikan..then kita akan berdiam diri dan berharap masalah itu akan selesai dengan sendiri..memang tak logik..tapi itu kenyataan..
ReplyDeleteMemang semua orang nak selesaikan masalah..tapi tak semua orang nak dengar penjelasan kita..mungkin dari penjelasan kita tu, akan muncul lagi bermacam masalah yang orang lain tak faham takpun lebih menyakitkan hati diri sendiri dan orang lain..entahlah..mungkin betul kata orang, kenyataan itu kekadang lebih menyakitkan..
Kepala otak aku sendiri berserabut..bak kata kau sendiri, sendiri pandai bagi nasihat kat orang tapi nasihat diri sendiri pun tak pandai..entahlah...
menjawab pertanyaan ko, kalo sesuatu perkara tu boleh menyakitkan hati ramai, aku mungkin berdiam diri..tapi sebenarnye kene tgk jgk situasi tu..
ReplyDeletemungkin aku akan diam
ReplyDeletethen lupakan atau buat buat lupa
kalau berdiam diri itu perlu, teruskan.
ReplyDeleteuntuk nasihat menasihati tu, aku rasa zaman sekarang ni orang muda pun punya hak menasihati yang tua. tak kira usia. kadang2 yang makan garam belum tentu seiring dengan arus kemodenan yang kita lalui kan?
aku akan blur.. dan diam je. kadang2 diri sendiri kena korban unutk membahagiakan orang yang penting dalam hidup kita..
ReplyDeletekau penah ckp kat aku dulu cero..
ReplyDelete"sebenarnyer, diam tak pernah pilihan terbaik..
tp dlm kes ko ni, berdiam dpat elakkan konflik, jadi takpe laa..
selagi ko boleh sabar, sabar je..."
its true...but...sometime...xleh berdiam gak....kan?
something are better left unsaid
ReplyDeletetulen yg tahu sakitnya redah hujan dengan moto? redah ngan basikal pon rase skit jgk malah lgi merana...ahaha3
ReplyDeletetgk keadaan n situasi..
mcm ko kate...
de time lbih bek bersabar n berdiam diri hgga tpat wktunya...
de time bek meluahkan saje...
aku pnh alami situasi ni n sgt perit...tp stlah aku meluahkn....rase lega yg tidak terhingga tp parutnya kekal...
semua org mampu beri nasihat.tetapi kurang yang mampu melaksanakan nasihat yg diberi :)
ReplyDelete