Day #0 Control Your Drink sebelum membaca entri ini.
Belumpun sampai sehari,
jam pun belum sampai pukul 11 pagi
tapi badan aku dah penat nak mati rasanya.
Selalunya, pagi aku disarapankan oleh sebiji kuih dan segelas teh.
Itulah sumber tenaga aku dari pagi sampai mulut bertemu makan tengahari.
Namun, pagi tadi aku hanya makan sebutir kuih dengan air suam.
Maklumlah, nak cuba hidup tanpa minum air bersusu atau jenis 3-in-1.
Penat!
Badan aku jadi cepat penat.
Tak ada tenaga yang selalunya penuh macam kolam air melimpah.
Tambahan pula aku perlu menempuh 33.3km perjalanan ke Shah Alam menunggang motosikal.
Tenaga aku macam diperah bak kain tuala muka basah lepas maraton 5 batu.
Semuanya sebab aku kurang bekalan gula segera dalam badan.
Selalunya sumber tenaga segera aku dapat dari air manis yang aku minum semasa sarapan.
Namun, oleh sebab sarapan kali ni tiada air manis,
aku jadi cepat penat.
Aku lihat jam (di telefon bimbit)
"Aduh! Lambat lagi nak masuk waktu makan tengahari..
Apa patut aku buat?"
Kalau perkara ini berterusan,
alamatnya aku takkan dapat bertahan 5 hari,
entah-entah 2 hari je aku dah dijumpai terdampar di tepi highway Kesas.
"Aku perlu buat sesuatu..."
Aku tekad.
Berhenti di kedai serbaguna di sebuah stesen minyak,
aku masuk dan mencari sesuatu.
Sumber tenaga segera.
Gula-gula.
Dibeli aku dua bungkus besar gula-gula manis yang selalu aku makan.
Aku bekalkan di dalam beg aku supaya tiap kali aku rasa aku perlukan gula,
aku akan ambil sebiji sebagai sumber tenaga segera.
Dan hasilnya,
aku bertenaga hingga ke petang.
Aku rasa kalau aku tak makan tengahari pun aku OK.
Cuma,
dari dua bungkusan besar gula-gula yang berisi 10,
di akhir hari, hanya tinggal 20 bungkus plastik bungkusan.
Arghh!
Takut nanti, deprivasi gula dapat aku elak,
tapi jangkitan kaviti pada gigi pula yang aku dapat!
postquam-scriptum:
Mak aku pernah label aku yang aku ni adalah anak dia yang paling banyak berfikir. Sampaikan cara nak buang sampah dengan lebih efisyen tanpa perlu menyusahkan diri pun aku kena fikir panjang. Akibatnya, otak aku sentiasa bergerak walaupun untuk perkara yang tidak berfaedah. Bila banyak berfikir, kita perlukan lebih tenaga. Tenaga datang dari makanan. Oleh itu, diingatkan kepada semua, jika mahu berprestasi tinggi di awal pagi, JANGAN TINGGAL SARAPAN!
lor..kalo ye pun..jgn le smpai xamik gula lgsg..gile ke hape?? kang pengsan kurang gula kang payah plak..
ReplyDeletegambatte ne..??
kalo ikut diet westerner, breakfast pada diorg paling tidak kene ada carbo, sumber telur dan daging.
ReplyDeletemeans kalo simplifiedkan hidangan breakfast ala2 McD, telor hancur, roti dan sekeping daging. kalo dkt sane diorg gune bacon.
tapi diet org malaysia lain, ada yang tanak sarap langsung, ada yang extreme dan ada yang berlebih.
kalo aku dulu zaman sekolah, breakfast adalah milo kosong tanpa gula. zaman U, sedikit kuih dan still milo tu minuman tradisi pagi2.
tapi bila dah sambung degree dan ade awek, diet totally sgt berubah. roti canai 2 ketul or sepinggan nasi lemak. akibatnya mata akan kuyu aje.
p.s: idea gula2 tu bagus, selalunye orang diabetic selalu amalkan jika terlalu kurang gula dalam badan. aku selalu kunyah gula2 getah je
try amik madu pg2 utk bekpes - ganti gula. Alhmdulillah, segar smp ke ptg
ReplyDeletemadu pn byk khasiatnye.. fikir2kan dan selamat mencuba!
sampai gitu sekali jadinya.. mcm zombie dh gmbr tuh.. hahaha.. gudluck2! 4 more days to go!
ReplyDeleteNasib hanya gula naik harga..kalau gula2 naik harga?heh...minuman terbaik utk bg tenaga ialah *kopi super power*.mmg power & akibatnya,hidup mcm *zomba* sepanjang hr..hihi
ReplyDeleteaku takut dari seorang adiccted to caffein,kau akan bertuka menjadi diabetes sbb balun gula2 bnyk..petua aku adalah lu kena mandi lama2 sikit waktu pg dan minum air suam sampai kembung perut kalau boleh
ReplyDeletehaha, kot ye pun nak kurangkan gula, bfast tu bolehla nak tibai teh tarik ka, apa ka...kalau lunch dah makan nasi jgn lak tibai kafein lagi. kena pandai seimbangkan nye la cEro. hahah. apa2pun ko memang banyak berfikir la....
ReplyDeletebetul cik chirpy chummy cakap.
ReplyDeleteamik madu.
else, gantikan dengan buah.
tau kan ada penyakit yang hari-hari kene amik gula lebih dari orang lain, kalau tak dia pengsan?
ape ntah nama aku tak igt.
haha.
goodluck cero. ko letih tu sebab badan ko cuba nak bereaktif dengan ketidaknormalan yang ko sedang usahakan.
ok lepas ni mesti boleh kurus? xD
-kudozu
pepagi x smpat bancuh air..so, minum air mask je + roti skeping + kismis..
ReplyDeletehaaa..klu qasa badan kurang gula, mkan la kismis or kurma..mmg sumber t'baik glucose ahh
hohoho..semoga berjaya menhan godaan minuman jnis 3 in 1..hehe
ReplyDeleteerks! gula tue penting la...at least mnum la minuman yg ber'O'...de gule jgk skurg2nya...
ReplyDeletegula2 mmg slh satu sumber tenaga...tp klu choclair tue...ttp bersusu jgk...hehe3
alah.. knp smpai baik ati sanat.. x pew la.. nant da smpai opis leyh ar buang kat opis kan.. bgus2.. kalau ada sejuta org macam awk.. xdew la pekerje nk bersihkan jalan.. jimat kos..
ReplyDeletedlm nutrition, gula2 dipanggil sbg empty-calorie sbb bg tenaga tp xde nutrient y lain..smalh mcm carbonated drink..kena hati2 mkn gula2 ni takut blood glucose naik
ReplyDeletejgn terlebih gula pulak,lg ssh nanti.
ReplyDeletebyk nye cEro mkn gula2...haha
ReplyDeletejgn mkn byk sngt, xelok...
jgn jgak xde gula lgsung...
nanti timbul lak kes 'terdampar di tepi highway Kesas'.
xmo...xmo...hehe (:
em..sampai camtu sekali ko cero...ganti lah gula tu ngn manisan lain...
ReplyDeleteaku jarang dpt bersarapan.huhu
ReplyDeletewell,sweets good.tp,errr.sebungkus gula sme mcm satu pinggan nasi :)
gula ni power smpi ke ptg ke amik nya..jgn berlebihan lain plak jadinya kang..
ReplyDelete@pu3aan
ReplyDeletehahaha, terlalu semangat nk jayakan misi..konon!
@Shukjessa
hehehe, dulu aku pon camtu, tp skang aku kalo sarapan yg ringan, aku pastikan aku amik mkan tghari..
tp kalo rase2 nk skip mkan tghari, aku sarapan berat2 sikit..
@~* chirpy_chummy *~
haah laa, madu..tak terpikir plak...
@WZulhilmi
hahaha, 4hari lg kena tahan..
@airaniez wirdani
alaa, takleh minum kopi laa...
@hentakbelipat
hoho, ngeri gile dgr..tp air suam tak sedap laa..sangat tak sedap!
@hanaahmad
sebab tak biasa, tu yg mcam kelam kabut sikit tu...
lama2 nanti ok laa kot
@2346660817712695259.0
kudozu, aku gemuk ke???
aku kurus laa...
@Anonymous
haah, kena spare kismis dlm beg rasenye ni..thanks 4 d idea
@LuFFy
terima kasih
@Miss Comot
yeke choclair bersusu?? patut laa aku suka..hahahah
@RNIS RZIZ
hahaha, sbb spanjang perjalanan tak jumpa tong smpah..tp bila jumpa, lupa plak ade smpah dlm poket..
@nourelcahaya
baik! bagusnya ada penasihat nutrition..heheheh
@PenuliS
hahaha, sedang cuba utk mengawalnya...
@raja dinie
tak sedar termakan byk..
tau2 je dh pulun habis dah..
hahahah
@tulip
sedang cari alternatif lain mcam buah, madu atau kismis..
@iemaZAIMAH
haahha, tp jgn laa tak makan nasi langsung...lapar nanti..
@oya
keh keh keh, terlebih dos..hahaha
lunch aq pkul 11.hahaha.dinner aku pkul 6.30.mlm kunyah2 ringan.
ReplyDeleteok x?aagagaga :D
haha! ko sedang nak kurangkan minuman bersusu, aku lak the same kes. tp aku bukan nak kurangkan susu, aku nak kurangkan nasi. haha
ReplyDelete@iemaZAIMAH
ReplyDeletehahaha, sgt tak sihat pemakanan ko..
ubah weyh..kang ilang sorg kawan aku...
@Amir Auxin
hahaha, nmpak gaya aku pon bakal buat misi kurgkan nasi jugak kot nanti, sbb perut dah hilang shape...