Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 11, 2011

Cerita Kedai Kopi #2 [Topik Tipikal]

Bagi yang rabun dan tak pakai cermin mata atau kanta lekap,
pandangan mata mereka adalah kabur.
Ya! Aku juga begitu.
Tapi, mari pandang dari sudut positif yang berbeza.
Bila mata tak nampak, telinga dan hidung menjadi lebih sensitif.



Duduk di kedai mamak layan teh halia memang best.
Apatah lagi bila luar hujan turun membawa suasana dingin.
Setiap teguk air panas mengalir di tekak adalah nikmat.
Syukur!

Sedang duduk berteman secawan teh halia,
dengan niat menghilangkan pening kepala,
telinga sensitif aku terdengar perbualan orang sekeliling.

Kumpulan pakcik sebelah kanan lantang tentnag politik.
Mereka bercerita lebat tentang peristiwa di Mesir.

"Nampak tak macam mana rakyat Mesir nak jatuhkan pemimpin mereka?
Belum cerita pasal Tunisia lagi..
Kita pun patut buat macam tu kalau nak orang atas dengar!"

Dalam hati aku berkata,
"Are you suggesting that rakyat Malaysia patut menggugat keharmonian negara semata-mata nak jatuhkan pemimpin?
Berbaloi kah?"

Aku tak kata pemimpin kita 100% adil dan tak ada salahguna kuasa,
tapi adakah kita sampai ke tahap itu untuk menggulingkannya?


Kumpulan belakang aku adalah remaja belasan tahun bercerita tentang artis.
Seorang kata Ayu Raudhah cun, seorang kata Intan Ladyana cute.
Hati kecil aku berkata,
"Dude! Ko lupa ke kewujudan Lisa Surihani?
Sharifah Amani?
Itulah definisi cun dan cute!"



ambil tanpa izin.. follow her @sharifahamani



Kawan aku yang sedang duduk di sebelah berkata,
"Bro! Awek sihat?"
Dengan sekali pandangan tajam,
aku abaikan soalan itu.

Tipikal.
Asal lelaki lepak duduk di kedai kopi.
Apa yang dibualkan mesti ada perempuan, politik, kereta dan bola.
Tak ada topik lain ke?

AKU SILAP!
Ada juga bincang topik lain.

Aku terdengar perbincangan kumpulan belia meja sebelah kiri aku.
"Aku nak tanya kau. Nabi Adam manusia pertama kan?"
"Yup!"
"Kau rasa dia ada pusat tak?"

Satu kedai terdiam........





postquam-scriptum:
Bila siap je lukisan gambar teh dalam gelas tu di atas,
baru aku perasan ada sesuatu yang sangat tak selaras.
Cuba kalian teka apakah dia?
Cuba bandingkan lukisan itu dengan gambar di bawah.


20 comments:

  1. amani cumil!!

    dorang tak fkir ke akibat bile kite lakukan reformasi ni??duh..

    wah ape jadah die tye pusat lak tetibe=.="

    ReplyDelete
  2. berkenaan gambar:

    sudu dalam lukisan tu tegak.

    hehe.

    ReplyDelete
  3. err...atas kate air teh halia..tp bwh gmb kopi o kan?

    ReplyDelete
  4. gambar ko lukis tu teh halia..tp gmbr bawah kopi???

    ReplyDelete
  5. lukisan atas ko pakai gelas dan lutsinar, lukisan bawah pakai cawan dan tak lutsinar. erk? haha.

    bercerita perihal cerita kedai kopi, masing-masing ada topik tersendiri, lecturer aku pernah tanya, kenapa kalau kita berborak, pasti akan bertukar-tukar topik, contoh : dari topik perempuan bertukar kepada si polan kemudian pasal artis pastu politik selepas tu bersambung2 ke topik yang lain.

    ada kajian yang dibuat pasal benda ni tapi aku lupa! hahahaha.

    ReplyDelete
  6. pasal lukisan 2 ermm sudu n tangai cawan tak selaras..
    hahhaha bley gitu..

    ermm nape yea llki suka lepak kedai kopi..??

    ReplyDelete
  7. kedudukan sudu.

    tersenyum aku bila baca pasal nabi Adam. hee..interesting.

    -kudozu

    ReplyDelete
  8. unik btol org yg tny sal pusat tue...haha3 tp btol jgk...agk2 ade k? hehe3 lgponkan mcm mn kte leh brbeza2 sdgkn asl-usl kita dri adam dan hawa kan...?

    byk beza sal cwn tue...air, cwn@glas,sudu...tol x...tol x...tol x?

    ReplyDelete
  9. baru aku tfikir ttg pusat nabi adam!!aah lah die x da pusat!

    ReplyDelete
  10. org minum teh panas mana ada dlm gelas.. biasanya dlm cawan.. hahaha.

    btw nabi adam x de pusat ke???

    ReplyDelete
  11. cero, anda di tag:

    http://chirpy-chummy.blogspot.com/2011/02/aku-nak-berenti-kerja.html

    ReplyDelete
  12. pic tu aku dpt tgk broken image lah..so aku x tau lah perbezaan die..haha..

    ReplyDelete
  13. @mr delirium
    soalan pusat tu mmg buat aku tergamam sbb aku tak pernah terfikir pon sampai ke tahap tu...

    @Fara Wani
    hahaha, tepat sekali...
    there's no way sudu tu boleh tegak!!

    @~* chirpy_chummy *~
    oh, itu tak ada kaitan..gmbr tu dr google, teh halia dlm google tak ada yg ada sudu di dalamnya..

    @pu3aan
    hahahaha, bukan tu laa sayang...

    @hanaahmad
    the best thing about topik kat kedai kopi adalah, ianya takkan ke mana-mana, all end there..tak mcam bilik mesyuarat yg boleh buat gaduh smpai kat luar, kan???

    @mizz greenApple
    tangkai ek???
    ala, sori laa..tak reti nk lukis lawa2..hehehehe

    @Anonymous
    satu soalan yg tak ada siapa tahu kebenarannya.
    Allahu alam

    @Miss Comot
    salah laa com, sbb sudu tu tegak je..salah lukis..hehehehe

    @si nelayan
    mana ko tahu dia takde???
    mgkin ade ke..sape tau kan???

    @WZulhilmi
    hahahaha, tp aku mmg tgh minum teh halia dlm gelas sbb aku tak suka cawan..sikit n tak puas...
    yg nabi Adam AS tu aku tak pasti..ntah laa..tak brani nk ckap ape2..hahaha

    @Irwan
    alaaa, alaaa, alaaa, baiklah...
    bakal di buat InsyaAllah...

    @tulip
    laaa, refresh laa byk kali...
    bandwidth berat ke ek??
    alaaaaaa....

    ReplyDelete
  14. masa kecik2 pun aku pernah tertanya pasal nabi Adam tu. Huhu.

    ReplyDelete
  15. thanks, cero. nothing personal. just respecting cik chirpy..

    ReplyDelete
  16. apsal ko senyaaaap jer dalam akuskizo?

    pemalu ke apa?

    ReplyDelete
  17. soalan tentang pusat nabi adam sgt menarik. lepas aku google, takde jawapan yg sahih. cuma islam berpendapat nabi adam mempunyai pusat sedangkan christian tak menganggap begitu berdasarkan dia tidak dilahirkan dari perut seorg ibu tetapi dicipta

    kau jumpa jawapan tak cEro?

    ReplyDelete
  18. @Akulah Aqilah Itu
    wah! kecik2 ko dh berfikirkan mcam tu..
    hebat..

    @Irwan
    ala, irwan..aku baca je..komen tak selalu sbb takut arr dgn ko..hahahha

    @Dark Half
    tak jugak..
    aku sbnrnye nk buat entri khusus ttg hal ni, tp aku takut tersalah fakta, so aku on hold dulu..

    ReplyDelete
  19. perbualan kosong.any topic will do.kadang2 yg xmsuk akal tu lah yg dibual.most of the time,mestilah bnd yg ckp je boleh.buat takleh.kan?

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License