Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 17, 2010

tEka-tEki #9 Nombor bukan Matematik

this is ninety-eighth..
..and I'm sorry..


Maklumbalas yang aku dapat dari pembaca tEka-tEki sebelum ni
banyak yang mengatakan tEka-tEki aku susah
lagi-lagi kalau nombor..
Mungkin sebab ramai yang tak suka matematik kot..
hehehe..

Kali ni aku nak bagi sekali lagi tEka-tEki berkaitan nombor..
Tapi lainnya kali ni, nombor ni bukan matematik..
Maka, logik akal je dah mampu nak jawab..

Enjoy!!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Serpihan yang Hilang

Tahap kesukaran C


Dari gambar di atas,
ianya dibina dari serpihan bentuk yang sama
(yang ditunjukkan dengan serpihan berwarna).

Namun, di rajah kedua,
terdapat satu kotak bahagian yang hilang.
Sedangkan segala bentuk sama dan hanya disusun kembali.

Apakah silapnya?


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Susunan

Tahap kesukaran D


Perhatikan susunan nombor di bawah..

1
11
21
1211
111221
312211
13112221
.....


Nombor apakah yang patut muncul selepasnya??


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lahir Tahun Lompat

Tahap kesukaran E


Salmah dan Johan gembira dengan kelahiran bayi mereka, Borhan, yang lahir pada 29 Februari 2008.
Ianya istimewa kerana lahir pada hari tahun lompat.
Namun,
kemudian mereka terfikir bagaimana mahu sambut ulangtahun kelahiran.
Sedangkan tahun lompat hanya sekali setiap empat tahun.
Maka,
keputusan dicapai,
mereka mahu sambut ulangtahun kelahiran Borhan pada 365 hari selepas tarikh lahir itu, seperti orang biasa sambut ulangtahun mereka.

Apakah tarikh ulangtahun pertama Borhan?


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebarang persoalan boleh ditujukan ke penulis dalam komen.
Cubalah jawab,
tak salah kalau salah,
takde sape pun nak gelak...

Jawapan telah dikeluarkan dalam post #106

ALL THE BEST!!!




3 comments:

  1. Follow me on my blog for my updates! :)nice to meet u and have a good day!!

    ReplyDelete
  2. peningnyeeee O__O
    xpe, nnti akn try jwb :D

    ReplyDelete
  3. wahh..fenin2..
    urmm..
    no.1) silap susun la kot..heheheh..
    no.2) 111111111
    no.3) 1 Mac 2009

    wahh!!..siyes xtau..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: