Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 27, 2010

Si Kacak, Si Tidak Kacak, Bola Getah dan Sabar

one-o-fourth,
and I'm sorry!!



Cerita bermula di sebuah taman permainan kanak-kanak..
Dua lelaki duduk melepak,
seorang kacak seorang tidak,
bercerita tentang apa yang yang berlaku dalam hidup dan apa yang tidak..

Lalu,
akibat dari melepak berdekatan dengan tempat kanak-kanak bermain bola,
bola getah berisi angin terbang mengenai si lelaki yang tidak kacak itu.
"Sori bang!!" kata seorang budak.
Lelaki tidak kacak itu angkat tangan tanda tiada rasa apa.

Masih rancak berbual,
datang lagi sekali bola terbang
tepat ke bahu kanan lelaki tidak kacak itu.
Kawannya, si lelaki kacak, tersenyum,
namun tiada senyuman dibibir lelaki tidak kacak..
"Sori bang!!" kata seorang budak.
Si lelaki tidak kacak berdiam diri.
Perbualan mereka disambungnya..

Selang beberapa minit,
sekali lagi bola terbang menerjah ke satu kepala,
masih milik si lelaki tidak kacak..
"Ooppss!!!" kedengaran keluh salah seorang budak,
si lelaki tidak kacak itu bangun dari tempat duduknya..

"Sabar aku ada limitnya..
Kalau dah 3 kali, sape boleh tahan!!!"

Si lelaki tidak kacak ingin memarahi budak-budak berkenaan.
Namun,
lengannya diragut lelaki kacak selaku kawannya..

Lelaki kacak berkata,
"Aih, sabar ko limit dia 3 je??
Sape yang tentukan??
Kenapa tak limitkan banyak sket??
50 ke, 100 ke..
Baru banyak pahala dapat!!"


Tikaman 1000 jarum menusuk ke kalbu si lelaki tidak kacak itu..
Lalu dia kembali dulu dan sambung perbualan..

Kemudian,
bola sekali lagi terbang ke arah mereka
kini hinggap di satu hidung
bukan milik si lelaki tidak kacak,
tetapi milik lelaki kacak pula..
Hidungnya merah, dan lendiran merah mengalir perlahan keluar..

"CELAKA PUNYA BUDAK!!! KORANG SENGAJA KE??"
Herdik si lelaki kacak itu..
Hm.....










Lelaki tidak kacak itu adalah aku..




18 comments:

  1. ckp sng la kan..
    sekali kena kat diri sendiri..rasakan..

    malas nak sign in..hehe..

    ReplyDelete
  2. ahahahahahahahahahahaha!

    serius cakap,some peeps pndai ckp tp xpndai buat...

    ad ilmu tp xde amal..

    typical human

    ReplyDelete
  3. hahahha..

    lelaki kacak itu pula..siapa gerangannya??

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. comments reply

    @KERAKNASI
    haha, sbnrnye bukan tu yg nk ditekankan..

    @iema_z
    typical human, suka menasihat tp tak suka dinasihati..

    @.::WaNiE::.
    hahahaha

    @little cart00n
    nama dia dirahsiakan..
    tp boleh panggil dia mr uNo

    @AyanaAsham
    ape yg takleh caya??

    ReplyDelete
  6. woit, kutuk aku dlm blog!!!
    siot arr...
    hahahahaha!!

    dimaafkan sbb kata aku kacak!!
    hehehe

    ReplyDelete
  7. selagi boleh sabar, sabar, asalkan bukan kali pertama dan kedua... orang kata timbang rasa...

    tapi kalo dak lebih dari 5 tu bersabar lagi, kite kire hebat la...

    mmg btol bersabar separuh dari iman, tapi tanye diri kite berapa ramai yang boleh bersabar kalo kene lebih dari 10 kali?

    tapi kagum tengok orang yang cool bila kena apa2 masalah.

    aku? lebih 3 kali pun dah rase nak bunuh orang haha, kelemahan diri =)

    ReplyDelete
  8. haha!teruk betul lelaki kacak tu..
    eh?puji diri sendiri pulak??;p

    ReplyDelete
  9. comment reply:

    @mr uNo
    wahai kawanku, jgn laa marah..
    aku puji ko kacak kot..
    hahaha

    @shukjessa
    that's my point..
    sape laa yg tetapkan sabar mesti 3 je, kan??
    kasik laa up sket, 5 ke, 10 ke..
    hehehe
    tp, aku pon kurang sabar orgnya..
    tp itulah perangai yg aku tgh nak ubah skang..

    @e~car182
    hahaha, harap lelaki kacak tu tak bace lg..
    abes aku kena nanti..
    hehehe

    ReplyDelete
  10. hahaha
    biasa terjadi tu
    nasihat org pandai
    tp sendiri terkena dia lg teruk

    ReplyDelete
  11. klako hehehe :p
    kau kacak gak pe..

    ReplyDelete
  12. comments reply

    @Kapten
    ramai org camtu..
    aku pon kdg2 camtu gak..

    @m i r a f i q a
    wahaha, mane ade..
    sgt tak kacak ok..

    ReplyDelete
  13. jadilah lelaki kacak
    baru skima
    hehe

    ReplyDelete
  14. @joegrimjow
    hahaha, ko dh mmg kacak joe..
    aku ni ke, nk kacak kena wat pembedahan plastik seluruh muka..

    ReplyDelete
  15. hahaha. 1x pun takley saba. tu la, cakap mmg senang. nak buat susah tuu.



    nak tgk apa yg kamu sudi komennn = Maya! Kenapa nak Dani jugakk??

    ReplyDelete
  16. @Nisaeciz

    hehe, lumrah manusia..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: