Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 31, 2011

Cipta Mesin Masa, atau Dalami Ilmu Sejarah




Jadi,
bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia boleh memahami erti sebenar kemerdekaan?

Pada aku,
secara peribadi,
rakyat negara kita kini takkan dapat faham erti sebenar kemerdekaan melainkan dua cara;

1) Cipta mesin masa dan dengan mesin maa itu, kembali ke zaman gelap derita dijajah penjajah dan rasai sendiri perbezaan kehidupan dengan zaman sekarang.

2) Dalami sejarah dan segala peristiwa sepanjang perjalanan tanah air menuntut kemerdekaan dari tangan penjajah melalui sumber seperti buku, tinggalan sejarah, muzium, cikgu sejarah, ataupun dengar sendiri secara 'first-hand' pengalaman dari veteran sama ada veteran perang atau tokoh negarawan yang masih ada.

Yang pertama adalah mustahil.
Yang kedua, walaupun tidak mustahil, namun amat susah dilakukan memandangkan budaya kita tidak menitikberatkan ilmu sejarah dan lebih memberatkan ilmu 'menjadikan diri lebih berharta'.

Sejujurnya,
aku sendiri tak mampu mendalami erti sebenar kemerdekaan.
Tiada mesin masa, tiada peluang berjumpa tokoh, dan tiada usaha untuk membaca.

Jadi,
disebabkan kebanyakkan kita tidak tahu erti sebenar kemerdekaan,
jangan pertikaikan apa yang negara sudah berikan kepada anda..
(Subsidi, royalti, duit kopi, biasiswa, tender)
Sebaliknya, fikirkan apa yang boleh kalian buat supaya negara menjadi tanah tempat tinggal yang lebih baik tanpa persengketaan, permusuhan sesama kaum, perbezaan fahaman politik, dan keruntuhan moral.
Selepas itu,
selepas segalanya menjadi baik,
kita sendiri dapat merasakan nikmatnya.
Seperti pejuang kita dulu bertungkus-lumus mendapatkan kemerdekaan.


Apa pun,
AKU TETAP BANGGA JADI
ANAK MALAYSIA.



Bagi kalian,
apa sebenarnya erti kemerdekaan?

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54

Aug 30, 2011

Syawal Datang Lagi Dengan....



SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI

Sempena hari baik ini,
aku selaku pemilik penuh blog ini ingin meminta ampun sepuluh jari atas segala salah silap yang pernah aku buat sepanjang blog ini beroperasi sama ada aku perasan atau tidak.

Jika ada yang masih terasa hati, silalah berhubung terus dengan aku dan kita boleh slow talk sambil minum air oren bertemankan kuih tart nenas.

Dan...

Jika kalian sedang baca entri ini pada hari raya pertama, Selasa 30hb Ogos 2011, aku menyarankan agar kalian....

TUTUP KOMPUTER
.
PERGI BERSIAP
.
KELUAR BERAYA
.

Hari raya pun nak melekat depan komputer?
C'mon...You can do better, right?

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.

Aug 28, 2011

Bahana Tart Nenas



Dalam banyak-banyak kuih raya,
aku ada satu kegemaran sepanjang zaman.
Kuih Tart Nenas Gulung.








Namun, haruslah diingat..
Itu kuih raya.
Makan waktu raya.
Bukan makan waktu dua hari sebelum raya.
Siang pulak tu.

postquam-scriptum:
Ini kategori 'ter-' ke ek??

postquam-subscritptum:
Maaf, lukisan lain sikit. Buruk.
Lukis dengan laju sebab mood raya dah membuak-buak. Alasan.

Aug 26, 2011

Satu Libasan Sayap Rama-Rama di Timur Mampu Membangkitkan Taufan di Barat Dunia


Aku adalah orang yang percaya bahawa setiap dari kita adalah berkaitan.
Aku adalah orang yang percaya satu libasan sayap rama-rama di timur mampu membangkitkan taufan di barat dunia.
Aku adalah orang yang percaya setiap perlakuan kita memberi kesan kepada orang lain walau sedikit.
Aku adalah orang yang percaya apa yang pipih takkan datang melayang yang bulat takkan datang bergolek...

Di bawah adalah satu karya kartun yang aku jumpa semasa selongkar almari google.

Pada aku,
semua yang aku katakan di atas ada dimuatkan dalam karya itu.
Walaupun sebahagiannya bukan dalam budaya kita,
tapi sedikit sebanyak pointnya tetap ada.

Enjoy!



sumber: Luke Pearson's Mumbling Idiot

postquam-scriptum:
Maaf jika entri agak berat.
Tapi ianya berbaloi untuk dikongsi.

Aug 24, 2011

Weez Wordless Wednesday 6 #WW




Aug 22, 2011

Kini, Semua Orang Mampu Tangkap Gambar Seperti Seorang Professional



Aku memang tak berapa pandai dalam fotografi.
Tambahan, aku langsung tak ada kamera
kecuali kamera henset yang sudah pasti tak canggih.

Aku juga jarang berkesempatan dapat pegang kamera.
Apatah lagi menangkapnya.

Tapi,
bila ada diberi kesempatan,
aku sedaya upaya buat yang terbaik.

Bila diberi tanggungjawab untuk tangkap gambar,
dan kemudian tuan kamera tegur
"Oi, gambar senget laa.."
Seolah-olah aku tak pandai sangat fotografi,
aku akan menjawab,
"Itu dipanggil Rule of Thirds."

Rule of Thirds

Rule of Thirds dalam fotografi adalah aturan meletakan objek di sepanjang garisan pembahagi skrin selepas skrin itu dibahagi sembilan bahagian sama besar (3x3).

Sekiranya anda pengguna DSLR,
mesti tahu dengan option meletakkan grid di skrin
membahagi skrin kepada 9 kotak, kan?



Orang biasa akan ambil gambar (awek hot dari belakang)
dengan meletakkan 'elemen utama' di dalam kotak tengah,
seperti ini..



Tapi gambar itu akan kelihatan 'biasa'..
Tak ada 'moment'..

Tempat yang tepat untuk meletakan 'elemen utama' adalah di sepanjang garisan, terutamanya di persilangan garisan.



Dengan itu,
gambar akan jadi lebih sedap dipandang
dan ada 'moment' tersendiri.



Bandingkan dua gambar di atas (sumber wiki)
Yang mana, pada kalian, lebih mearik?


Bagaimana nak pastikan apa itu 'elemen utama'

Bagi gambar permandangan/ lanskap,
elemen utama adalah garis horizon atau garis pemisah antara permandangan dengan latar belakang.



Bagi gambar objek jarak sederhana
sebagai contoh gambar kumpulan,
elemen utama adalah kepala.



sudah tentu kadang-kadang tak semua kepala dapat masuk dalam satu garisan.

Bagi gambar jarak dekat
sebagai contoh gambar portrait,
elemen utamanya adalah mata.



Ya, sudah tentu tak semua cantik untuk diambil gambar jarak dekat.


Jadi,
kalian yang membaca,
semuanya sudah mampu tangkap gambar serupa professional.
Sekarang, pergi ambil kamera anda
dan bangkitkan bakat fotografi masing-masing
(kalau ada kamera laa, macam aku tak ada.)

Seorang jurufoto hebat pernah nasihat kat aku,
"Untuk mengambil gambar yang hebat, ada dua 'key elements'. Pertama, pencahayaan. Kedua, komposisi. Jika kamera gempak segala bagai, tapi pencahayaan teruk, gambar tetap teruk. Jika kamera gempak, pencahayaan bagus, tapi komposisi hancur, sila belajar lagi.
Jenis kamera tak pernah jadi penentu gambar yang elok.
Kalau tidak, kenapa gambar lama dengan kamera flash api dulu masih menjadi sumber inspirasi jurufoto kini?"



Dan kini,
bila ada yang komen kenapa kalian ambil gambar senget,
cuba kata dengan angkuh
"Tak tahu ke Rule of Thirds?
Pergi balik, cari dalam Google."

lebih lanjut, wiki


Postquam-scriptum:
Jika selepas dapat tahu ilmu dua kupang aku ni kalian berhasrat nak jadi jurufoto professional, dan kalian berjaya, masa interview dalam majalah sila laa mention aku yek. Dan kalau dah banyak duit, belanja arr aku sebiji kamera..alaa, yang cikai-cikai pun okay dah pada aku...

Aug 20, 2011

#11 Sihat Bersenam di Bulan Ramadhan



Orang kita ada satu perangai yang suka mengaitkan sesuatu
dengan sesuatu yang lain yang kononnya ada kaitan
sedangkan tak ada kena mengena langsung.

Sebagai contoh kes curang Khairul Fahmi Che Mat dan Elia
disamakan dengan kes Mawi dan Ina Naim dulu.
Whiskey-Tango-Foxtrot?

Jadi,
bila ada yang kaitkan Ramadhan bulan mulia
dengan kekangan untuk berjogging
dan berkata, "Siapa yang nak jogging bulan Ramadhan?"
"Tak penat ke, ke tak puasa?"
"Ramadhan mana boleh jogging."
Aku terpanggil untuk memberitahu...

KITA MASIH BOLEH JOGGING DI BULAN RAMADHAN.





Are you serious? Puasa dah penat, nak jogging pulak?

Jikalau kita ambil menu yang sesuai untuk sahur,
percayalah,
seharian kita takkan rasa penat berpuasa.
Jadi, penat puasa boleh dihindar.

Ambil makanan dengan kandungan serat (fiber) yang tinggi.
Serat merupakan kunci yang melambatkan pencernaan makanan.
Makanan berserat juga akan menahan insulin,
hormon yang bertindak membawa masuk glukosa ke dalam sel,
daripada dirembeskan terlalu cepat dan banyak.
Ini menstabilkan proses penghadaman secara keseluruhan.
Lambat cerna, maka lambat rasa lapar,
lagi lama boleh tahan rasa kenyang.

Ambil juga karbohidrat dan protein kompleks
dengan tujuan yang sama juga, melambatkan pencernaan.
Makan seperti oat amat sesuai
kerana mempunyai karbohidrat dan serat yang sesuai.
Minum susu semasa sahur juga sebgai sumber protein.

Permulaan yang baik (sahur) menjanjikan hari yang baik.



Jadi, kita patut jogging seawal pagi kerana tenaga di peringkat maksimum?

Kebanyakan akan anggap sebegitu,
tapi, selepas jogging, tenaga yang tinggal kurang
dan kemungkinan tak cukup untuk sampai ke waktu berbuka.

Jogging adalah antara senaman kardio,
berfungsi menguatkan jantung dan meningkatkan stamina.
Seharusnya,
waktu yang sesuai untuk berjogging
(atau senaman kardio yang lain)
adalah 30-45 minit sebelum waktu berbuka.

YA!
SEBELUM WAKTU BERBUKA.
Dalam pukul 6.30-7.00 petang.

Waktu tersebut sesuai kerana selepas habis jogging,
kita berpeluang mengembalikan tenaga badan
kerana terus ke agenda berbuka puasa.

Ya,
memang akan penat,
tapi senaman jogging itu perlulah dibuat atas kemampuan badan.
Jangan perasan hero dan mendesak badan.
Lakukan sedaya yang mampu sahaja.





Alaaa, petang nak pergi bazar Ramadhan la.
Nak bersiap untuk berbuka lagi.


Jangan jadikan ia sebagai alasan.

Walaupun dipanggil jogging,
senaman kardio boleh dibuat hanya dengan berjalan kaki.

Daripada berkenderaan untuk ke bazar,
apa kata kita berjalan kaki sahaja.
Pilih bazar yang dalam lingkungan 2-3 km jarak dari rumah
dan berjalan dengan kelajuan yang konstan.

Sampai di bazar,
cuba berniat untuk ulang 2-3 kali pusingan
bagi menggantikan aktiviti jogging petang anda.

Mengusung juadah berbuka yang berat
di kiri dan kanan tangan anda juga adalah senaman.


Errr, malas laa pulak sampai nak kena ulang 2-3 pusingan.
Jogging malam lepas berbuka je la, OK?

Boleh juga.
Tapi, semasa berbuka, jangan laa pulun makanan habis.
Makan sedikit sedaya mahu membekal tenaga sahaja.
Dan biarkan perut lapang 20 minit sebelum berjogging.
Ini adalah untuk beri peluang perut untuk 'kenyang'.
Jika tak, nanti keluar balik semua juadah yang dimakan.

Selepas jogging,
boleh laa sambung makan.
Cuma, rasanya, selera pada waktu tu tak sekuat waktu berbuka dah, kan?


Errr, lepas berbuka nak bersedia untuk berterawih.
Tak pergi terawih untuk jogging, kang orang kata apa pulak.


Jangan.
Jangan jadikan terawih sebagai alasan untuk tak jogging.
Atau jadikan jogging sebagai alasan utnuk tak terawih.

Daripada bergerak denga kenderaan,
apa salahnya jalan kaki untuk berterawih.
Tak perlu berjalan laju, jadi tak akan berpeluh kuat.

Dan semasa berterawih,
tumpukan perhatian kepada setiap pergerakan badan
kerana solat itu sendir adalah bentuk senaman.

Semasa balik,
cuba cari alasan untuk berjalan ikut laluan
yang sedikit lebih jauh dari selalu.
Berjalan dnegan kelajuan yang konstan.
Kalau berpeluh lebih pun,
dah nak balik rumah, apa salahnya.

Jadi,
kita dapat dua-dua.
Terawih pun dapat, bersenam pun dapat.



Alaaa, terawih dah cukup penat, nak berjalan lagi, jalan jauh lagi, pengsan oo.







Jika tak mahu, lepas terawih,
jika ada treadmill atau basikal kayuh di rumah,
bolehlah ambil beberapa minit untuk gunakannya.

Catatkan prestasi setiap hari,
pastikan sentiasa ada kemajuan.

Kita tak boleh jadikan Ramadhan sebagai alasan tidak mahu bersenam menyihatkan badan.


Malas laa, balik terawih nak makan dan tidur. Esok nak bangun awal untuk sahur.

Whiskey-Tango-Hotel?
Sebenarnya semua ni alasan tak mahu bersenam, kan?

Jika diri kita tak ada keazaman,
beri masa seribu tahun sekalipun,
tak ada makna...


ERRRRRRRRR...



postquam-scriptum:
Semua soalan yang bold dan italic adalah datang dari aku, dan yang menjawab itu adalah kawan aku yang arif bab sukan.



Mari sokong cEro menjadikan dunia tempat yang lebih baik:


Lagipun, Kita Hanya Ada SATU BUMI.
#1 Save Water, Save The World
#2 Dunia Hebat Tanpa Beg Plastik
#3 A Billion Acts of Green®
#4 Harimau dan Panda Merintih dalam Facebook
#5 Kita Pelihara Dunia Untuk Pewaris Di Masa Akan Datang
#6 Nasib Si Rusa
#7 Makhluk Paling Sunyi
#8 Jimat Tenaga Bermula Dari Rumah
#9 Menghadapi Jerebu
#10 Nasib Harimau Malaya

Aug 18, 2011

Mungkin Ini Memang Jalan Takdirku, Mengagumi Tanpa Dicintai


Hari minggu kebanyakkan lelaki tempoh hari dikejutkan dengan berita yang...
entahlah...
mungkin berita baik kepada sesetengah orang,
dan juga berita buruk kepada sesetengah yang lain.







untuk lebih lanjut mengenai isu di atas,
klik sini

Semakin hari,
masyarakat kita dipenuhi dengan orang yang bercinta.
Namun, cinta mereka lain.
Orang yang dicintai mereka itu tak tahu pun kewujudan mereka.
Ya..
Robert Pattinson, Mizushima Hiro, Shaheizy Sam..
Lisa Surihani, Jessica Alba, Emma Stone (ehem..ehem)
Senarai nama kekasih hati (khayalan) sentiasa bertambah hari ke hari..
Syok sendiri namanya...
Soalnya, macam ada harapan...


postquam-scriptum:
Aku pernah fikirkan berapa peratus kemungkinan Emma Stone boleh jatuh cinta dengan aku.
Kalian tahu graf bagi garisan bawah persamaan y = 1/x
Garisannya takkan bersentuhan dengan nilai x=0, dan menuju ke titik infiniti?
Aku garisan itu, Emma Stone titik x=0..

Aug 16, 2011

Sedang Bernafas Udara Bahagia





Bersalaman dengan kawan yang lama tak jumpa,
satu soalan keluar bertanya;
"Amacam awek? Sihat?"

Awek?

Pada waktu sekarang,
seorang demi seorang kawan mendirikan rumah tangga.
Tak kurang dengan yang bertunang
menunggu waktu sesuai untuk dilangsung.
Semua itu takkan lekang membuatkan senyuman muncul di bibir.

Masakan tidak,
kawan yang dulu sama-sama bermain,
bergelak ketawa,
bersukan bersama,
ada yang tidur bersama,
kini sudah mula membina keluarga.

Namun,
tidak seperti yang lain,
aku sedikit pun tidak risau
dan tak pernah muncul desakan hati
untuk segera membina keluarga.

Tapi,
bila di tanya tentang 'awek',
aku terdiam seketika.

Bukan soal ada ke tidak.
Tapi kalau kalian di tempat aku
untuk jatuh hati terhadap orang lain sesingkat itu
menghampiri mustahil.

Ianya seperti demam.
Untuk demam, nak dapat memang susah.
Tapi sekali demam, nak bangun memang payah.

Ya, kalian boleh kata.
Aku terkesan dengan cinta sebelumnya.
Aku sampai ke tahap tak terfikir nak cari lain
sehinggakan dituduh minat kaum sejenis.
Selagi nyawa dikandung badan,
ianya berlaku tak akan.

dan bila ditanya,
"Amacam awek? Sihat?"

Jawapan aku,
"Sihat, Alhamdulillah...."
kerana aku tahu, di satu sudut dunia ni,
tak kira siapa pun dia, di mana pun dia,
si dia separuh dari aku itu sedang bernafas udara bahagia.

Aug 14, 2011

Satu Hari di Bulan Ramadhan 4: Alasan



Ramadhan banyak mengajar kita erti kehidupan.
Dan salah satu daripadanya ialah...








Malangnya,
tak semua perkara perlukan alasan
kerana kadang-kadang
alasan menguatkan lagi keraguan.

postquam-scriptum:
Jikalau kalian di tempat si Rambut Tajam tu,
agaknya apa yang kalian buat?

Aug 12, 2011

Tanpa Tajuk #5

Tanpa Tajuk adalah tajuk kepada entri di mana menjadi mangsa aku membebel tanpa poin yang jitu.


1. Enam bulan pemerhatian.

Selama 6 bulan, setiap minggu aku akan simpan statistik blog ini untuk dibuat perbandingan.



Hasilnya,
aku dapati hari paling tak produktif dari segi jumlah pengunjung dan bilangan komen adalah hari jumaat dan sabtu tak kira berapa hebat pun entri pada hari itu.

Hari sabtu aku faham, sebab entri tentang 'selamat dunia' sememangnya kurang mendapat sambutan umum.

Tapi untuk hari jumaat pula,
aku agak pelik kenapa hari itu antara hari yang kurang pengunjung dan kurang komen.
Satu sebab yang mampu aku terfikir adalah, hari jumaat adalah penghulu segala hari, jadi kebanyakan pembaca akan habiskan masa di masjid dan surau. Atau mungkin hari jumaat yang merupakan kepada bayangan hari sabtu, di mana fikiran semua orang sudah nampak ke arah menikmati hujung minggu yang mendatang.

Kalian tahu apa sebab hari jumaat kurang popular?
Kongsilah yee..
Jika kalian baca sampai sini, sila komen dengan perkataan 'Enam'



2. Awesome picture from the net.

Jadi, aku jumpa satu gambar yang menarik ni sewaktu menyelongkar almari terbesar dunia yang dipanggil internet.



"What the fart gambar belang-belang dikatakan menarik?"
"You can do better, cEro!"

Lek luuu...
Kalau kalian sampai ke sini, sila komen dengan perkataan 'awesome'.
Cuba kalian tengok gambar tu,
kalau tak nampak apa-apa kecuali belang,
sambil tengok skrin, cuba perlahan-lahan jauhkan kepala dari komputer.
Sampai satu tahap, kalian akan nampak bayang kepada gambar ini.

Awesome, kan???
Tapi tak dapat lawan ke'ohsem'an Hentak Belipat.


3. Menghormati Ramadhan

Kalian ada baca entri 'Bila Bangku Diduduki Tiga Lelaki' kan?
Banyak komen kata angka 3flat, 3.4 dan 3.1 merujuk kepada saiz sesuatu yang tak lelaki ada tapi perempuan ada.





Actually, entri tu ada sequel dia,
yang menerangkan tentang segalanya.
Tapi sebelum apa-apa, jika kalian sampai ke sini, sila komen dengan perkataan 'Ramadhan'.
Tapi, entri tu sedikit kurang sesuai dalam bulan Ramadhan ni, so aku bercadang akan publishkannya selepas Ramadhan habis.

Tapi yang pastinya,
ianya tak ada kena mengena dengan saiz apa-apa pun..
Tak sangka otak pembaca aku ni boleh tahan gak,
aku ingat aku je otak kuning kat sini...
hehehehe...


------------------------------

Sekian.
Silalah tinggalkan komen yek..
Walaupun hari ni hari Jumaat..
heheheh

Aug 10, 2011

Weez Wordless Wednesday 5 #WW [Seriously?]


Aug 8, 2011

Ajaran #12 - 'Ignore' dalam Facebook adalah singkatan kepada 'I don't want to be your friend so stop adding me!!'


Hanya melalui Facebook,
banyak ragam manusia dapat kita lihat...
Antaranya...









Tidak kalian tahu,
'Ignore' dalam Facebook adalah singkatan kepada perkataan
'I don't want to be your friend so stop adding me!!'...

postquam-scriptum:
Sekarang aku tahu fungsi button 'Report/Block This Person' di bawah setiap profil pengguna.

Aug 6, 2011

#10 Nasib Harimau Malaya



28 July 2011,
adalah tarikh yang diingati di mana kita dikecewakan dek squad Harimau Malaya kerana gagal mara dalam pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia.

Khairul Fahmi Che Mat berkata,
"Diingatkan, kita bukan kalah. Kita hanya seri dalam perlawanan kedua."
Kalah tetap kalah..
Just except the fact and do something.

Namun,
ramai yang tak tahu bahawa, hari esoknya,
29 July 2011
adalah Hari Harimau Sedunia 2011. (World Tiger Day 2011)



Di kala pasukan bola Harimau Malaya
disokong hampir 90,000 penonton di stadium,
Harimau Malaya yang sebenar (Malayan Tiger, Pak Beang, wiki)
hanya tinggal 600-800 dalam kehidupan liar menurut wikipedia,
namun menurut WWF Malaysia, mereka hanya tinggal kurang dari 500 sahaja..

Jika dibandingkan dengan Harimau Bengal atau Harimau Sumatra, Harimau Malaya mempunyai bilangan yang agak banyak dalam kehidupan liar, namun angka itu terlalu sikit sehingga dilabel sebagai spesies terancam (Endangered IUCN 3.1, wiki)

Cuba ambil masa anda sebentar untuk menghayati video terbitan WWF Malaysia ini yang berdurasi 9:16



Aku tahu kebanyakkan dari kalian tak tengok video ni,
korang akan skip je, terus ke bawah...
tapi jika kalian tengok, ada dua bahagian ditunjukkannya bahawa Pak Belang yang tertangkap itu mengalir airmata tanda kesakitan.

Kita boleh menjerit minta tolong jika kesakitan,
tapi harimau, segarang manapun mereka
apa mampu mereka lakukan tanpa sokongan kita?

Aku sendiri,
di bulan puasa ini,
mengalir air mata menonton video ini..

Serendah RM30 (sama harga dengan tiket bola) kita mampu menjadikan harimau sebagai haiwan angkat dalam kempen 'Adopt A Tiger' oleh WWF Malaysia.
Klik sini untuk info lebih.

postquam-scriptum:
Jika kalian tanya "cEro tu, cerita bagai nak rak, tapi dia tu ada ke nak adopt harimau tu? Cakap lebih arr"
What did you expect?
Did you really expect aku akan jaja kempen suruh adopt harimau sedangkan aku goyang kaki layan berita kat rumah??
Seriously?
I've done my part, sedaya aku mampu sekarang..
Tapi semuanya bergantung kepada individu, kan?
Aku masih nak tunjuk harimau hidup dalam zoo bila aku jalan-jalan dengan anak aku nanti dan berkata, "Itu harimau, belum pupus.."


Mari sokong cEro menjadikan dunia tempat yang lebih baik:


Lagipun, Kita Hanya Ada SATU BUMI.
#1 Save Water, Save The World
#2 Dunia Hebat Tanpa Beg Plastik
#3 A Billion Acts of Green®
#4 Harimau dan Panda Merintih dalam Facebook
#5 Kita Pelihara Dunia Untuk Pewaris Di Masa Akan Datang
#6 Nasib Si Rusa
#7 Makhluk Paling Sunyi
#8 Jimat Tenaga Bermula Dari Rumah
#9 Menghadapi Jerebu

Aug 4, 2011

10 Perkara Tak Patut Berlaku di Bazar Ramadhan Tapi Tetap Berlaku Juga Setiap Tahun



Hai, biar aku beritahu,
Ramadhan adalah bulan yang ditunggu oleh para peniaga kerana kemeriahan bazar Ramadhan yang tak dapat disangkal.

Namun tak semua tentang bazar Ramadhan menggembirakan.
Jika kalian pernah pergi ke bazar Ramadhan (walaupun sekali), pasti hal berikut pernah kalian rasa.



10 Perkara Tak Patut Berlaku di Bazar Ramadhan Tapi Tetap Berlaku Juga Setiap Tahun.

1. Berborak-borak dengan kawan di tengah jalan.
    "Lama tak jumpa..Kau buat apa sekarang? Dah kahwin? Anak berapa? Bini berapa?"
    Sedangkan bazar yang penuh dengan orang berpusu-pusu, ada pula program jejak kasih tengah ruang jalan.

2. Emak usung anak kecil berduyun-duyun.
    "Nampak tak? I subur! Sebab tu laa anak ramai. I datang bazar sebab nak tayang anak I je.."
    Kadang-kadang rasa macam datang Program Hari Kantin sekolah rendah pulak.

3. Cakap telefon di tengah orang ramai.
    "Hellooo!!! Haaaaa??? Tak dengaq laa.."
    Tengah menunggu bungkus nasi kerabu dalam kelompok manusia yang banyak, pastu expect boleh berborak-borak telefon dengan aman? Otakmu di mana??




4. Usung anak kecil dalam kereta sorong.
    "Laaaa, aku ingatkan sini Mid Valley.."
    Kesian ke anak kecil tu. Dia nak tidur dengan aman dan tenteram laa. Takkan ada tempat dekat bazar ramadhan tu yang aman dan tenteram.

5. Berpayung.
    Seriously?
    Berpayung pergi bazar?
    Seriously?

6. 'Keretapi' manusia terpanjang dengan dikepalai warga tua berjalan perlahan.
    Bukan nak under-rate warga tua, tapi apa salahnya serahkan kerja mencari makanan di bazar kepada yang lebih muda dan perkasa. Al-maklumlah, pergi bazar macam nak pergi berperang. Tertanggal tulang kaki, sapa nak tanggung?

7. Sekumpulan perempuan bajet 'super-hot' nampak pusat jalan seiringan ala-ala Pussycat-Doll atas runaway tak kasi orang celah langsung.
    Kalau salah seorang kena raba, kena pegang sana-sini, tolong jangan salahkan kaum Adam 100%. Orang puasa nak tambah amal, bukan nak kasi orang lain tambah dosa.






8. Orang yang tengah jalan, tiba-tiba terbehenti dan tukar arah.
    "Alamak, gua dah terlepas popia basah laa. Patah balik sekarang"
    Nasib baik belakang dia manusia juga. Kalau belakang dia lori balak ke, steamroll ke, kempunan popia nanti.

9. Drama siri bergenre romantik sepanjang perjalanan.
    "I love you. Jom beli nasi dagang."
    "I love you too. I mahu air katira."
    Oh man..c'mon!! Get a room!!

10. Orang lain pakai kaki, dia pakai moto.
    "Pin..pin.."
    Alahai, tahap minyak moto melimpah ke sampai takleh nak turun jalan kaki? Orang lain pun ada moto gak, kalau moto kau tu 5000cc ok gak laa, sedap sikit dengar.
    Setakat Honda Cup 70, hon orang konon...

------------------------

Kalian ada tahu mana-mana perangai annoying lain yang sering berlaku di bazar?

Ceritakanlah...

postquam-scriptum:
Tapi, above all, bazar Ramadhan seakan-akan tak lengkap kalau tiada ragam macam ni, kan??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License