Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 26, 2011

Lagipun, Kita Hanya Ada SATU BUMI.

Baiklah,
jika anda baca entri ini pada hari sabtu 26 Mac,
maka malam ini akan berlangsung Earth Hour 2011
satu acara di mana pada jam 2030,
semua yang turut serta akan menutup lampu tidak penting selama satu jam sebagai tanda sokongan.

Tapi jika anda baca entri ini bukan pada sabtu 26 Mac 2011,
entri ini masih relevan.

Baiklah,
ini adalah entri bersempana Earth Hour 2011,
tapi aku takkan bercerita tentangnya,
kalau kalian nak baca soalan lazim yang sering didebat semasa Earth Hour,
kalian boleh ke sini.

Apa yang aku nak ceritakan adalah tindakan SELEPAS Earth Hour.


Selepas acara Earth Hour,
akan ke udara berita khas tentang sambutannya di media-media tempatan mahupun antarabangsa.
Akan ada orang yang berkata,
"Eleh! Apa kebaikan event ni? Saje suka-suka je..Bukan boleh sejukkan bumi yang makin memanas ni.."

Abaikan mereka.
Now, keep your positive thinking hat ON,
dan fikir...

Setiap perubahan adalah bergantung kepada individu.
Sebab itu wujudnya pepatah 'Every building starts with a brick'.
Jadi, apa boleh kita buat selepas Earth Hour untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik?
Apa kita boleh buat bukan sahaja pada waktu Earth Hour, tapi pada waktu-waktu selepas itu.


Idea Earth Hour ialah usaha nak memelihara tenaga.
Kerana tenaga menyebabkan haba,
dan haba memanaskan bumi.

Salah satu cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga ialah 'GO GREEN'.

Aktiviti Go GREEN melibatkan 3R:
  1. Reduce (Kurangkan):
    Kita boleh mulakan dengan kurangkan penggunaan tenaga. Tutup lampu yang tidak perlu. Selepas cas henset, tutp plak dan cabut charger dari soket. Jika nak bergerak ke tempat yang dekat, gunakan basikal atau berjalan kaki. Kurangkan penggunaan plastik bag, kerana plastik mengambil masa 500 tahun untuk degradasi semulajadi, lagi lama bermakna lagi banyak tenaga diperlukan.
    .
    .
  2. Reuse (Guna semula):
    Jika ada barang yang kemungkinan masih boleh diguna semula, jangan buang. Seperti contoh, bekas aiskrim besar boleh dijadikan cebok pengganti gayung. Juga, jika ada barang yang masih boleh digunakan, tapi anda tak ada kegunaan, bolehlah dermakan kepada orang yang memerlukan. Baju-baju lama yang masih elok, boleh dikumpul dan diberikan kepada agensi yang menguruskan hal-hal seperti itu. Kadang-kadang, di kawasan perumahan, akan ada kotak besar di mana ianya boleh diisi dengan barang yang masih boleh digunakan dan akan disalurkan kepada rumah-rumah amal dan anak-anak yatim.
    .
    .
  3. Recycle (Kitar Semula):
    Paling mudah, tapi paling susah dilakukan manusia. Bahan-bahan seperti plastik, kaca, kertas, dan besi boleh dikitar semula menjadi sesuatu yang baru. Masih ingat lagu "Coklat untuk kaca, biru kertas punya, tin untuk jingga dan plastik juga." Kitar semula mudah, tapi perlukan keazaman dan disiplin. Kita boleh latih diri kita supaya lebih berdisiplin dengan kitar semula.


Ok, cukup sampai di sini.
Dengan ini aku mengumumkan setiap hari Sabtu aku akan buat entri untuk berkongsi cara-cara untuk menjadikan Bumi kita tempat yang lebih baik.
At least itu yang boleh aku buat dengan blog ini.
Percayalah, kita hanya ada satu je Bumi.
Jika bukan kita yang jaga Bumi kita, SIAPA LAGI?




Baiklah,
APA IDEA dan CARA ANDA
UNTUK JADIKAN BUMI
TEMPAT YANG LEBIH BAIK?
Berbasikal ke tempat kerja?
Tanam pokok luar rumah?
Tak guna plastik pada setiap masa?
Kongsi kereta ke tempat kerja?
Guna buku kertas kitar semula?
Kongsi dengan aku di ruangan komen dan mungkin dengan sedikit kajian, aku akan buat satu entri khusus tentang idea anda dalam usaha menjadikan Bumi tempat yang lebih baik.



Pesanan komuniti ini dibawa khas oleh cEro.
You read this because YOU CARE.


21 comments:

  1. you read bcoz you care. yes i am

    ReplyDelete
  2. kalau kt usm mcm2 kempen kelestarian dah ada. cume segelintir je lah yg aware dan prihatin. kat asrama nesa kitorg mmg x gune polisterin dan plastik.nesa rse pembangunan ni sume dah bole stop.bukannye kite x perlukan kemajuan, tp kemajuan yg melampau pun xbawa kemane kalau bumi ni dlm bahaya.

    nesa harap dpt hidup aman dgn anak cucu 10 hingga 20 tahun lagi diteman pokok2 dan udara segar bukan bangunan tggi2 dan asap tebal.

    ReplyDelete
  3. entry ni dah boleh jadi PSA : Public Service Announcement. terbaik bro! aku sokong earth hour dan aku juga mengamalkan budaya berkongsi kereta ke tempat kerja dengan housemate aku dan kurangkan penggunaan plastik beg. Sayangi bumi kita.

    ReplyDelete
  4. 1) beli barang runcit tak perlukan plastik.
    2) kalau dpt plastik, recycle jadi plastik sampah <-perkara biasa.
    3) seboleh2 nya tak print out notes, slalu guna buku recycle untuk tulis <-okeh ni tipu sikit tapi pnah buat
    4) guna public transport since tak own transport apetah lagi lesen. penggunaan petrol untuk sebijik kereta bersamaan dengan ermmm..tak ingat, tapi jumlah pokok yang besar.
    5) duk umah bukak lampu 1 jek.
    6) buang sampah tak terbiodegradasi ke tempatnye lah.
    7) boleh buang sampah terbiodegradasi ke atas tanah tapi jangan ke dalam longkang
    8) guna air untuk keperluan bumi
    9) berbakti kepada tanah maksudnye tanam la pokok
    10) rajin-rajin lah bersenam.


    -kudozu

    ReplyDelete
  5. aku nih ade tabiat..suke kumpul plastik, tin kosong dgn resit..xtau knp..tp mk aku suke ckp aku nih kumpul smpah..ke mmg tabiat nih x bagus utk kesihatan? huhu

    ReplyDelete
  6. hahhaha... setuju dengan cero..
    TERBAEK ayat tue... lagi bagus kalau mampu sedarkan masyarakat luar.. yang not open-minded..

    ReplyDelete
  7. 'you read this bcoz u care' i like..hihi..

    tanam pokok kat sekeliling rumah..tanam pokok bunga pun dah cukup untuk tolong hijaukan bumi..
    hari sabtu tanpa plastik..itu dah dilaksanakan sekarg..
    botol2 air ngn air tin yg selalu kite beli kat kedai tu bleh la kumpul utk kitar semula..kumpul paper ke..benefit kumpul bnd ni leh dpt 2 in 1..kalo jual leh dpt duit n dpt kitar semula..

    *support earth hour*

    ReplyDelete
  8. aku kalau beli barang kecik2 dan muat masuk beg, aku memang tak nak plastik.

    ReplyDelete
  9. Wow! This is great cero! Tak sangka ko kan buat entry pasal hal ni. =). mmg complete entry nih. really proud of you. Go mothernature!!

    ReplyDelete
  10. aku prefer minum air tin compare ngn air botol, sbb tin boleh recycle?

    ok, aku tipu. haha.

    *support Earth hour! woohoo cEroro!

    ReplyDelete
  11. aku support Earth Hour jugak..! tiap2 tahun aku join..!

    ReplyDelete
  12. kalau dekat uni aku dalam kalendar HEP DPP(dewan Penginapan Pelajar)aku la yang buat program smpena earth hour.bangga wei.sb kitorang stu-satunya DPP yg snggup brgelap slama 1 jam.mmang stu DPP brglap..so aku sngat2 skong mnda ni..

    ReplyDelete
  13. um care....um care..um care...
    haha..kat tempat aku no polystrene...tp...byk pokok yg ditebang..tp dorunk tak jalankan aktiviti pemuliharaan balik kat um.. :( dh la tgh kL ni panas...

    ReplyDelete
  14. um care....um care..um care...
    haha..kat tempat aku no polystrene...tp...byk pokok yg ditebang..tp dorunk tak jalankan aktiviti pemuliharaan balik kat um.. :( dh la tgh kL ni panas..

    -nekmo-

    ReplyDelete
  15. setuju dengan hanaahmad, boleh jadikan PSA.. ehehehehhe.. support Earth Hour.. berbasikal! mungkin Bumi akan lebih sihat.. =)

    ReplyDelete
  16. hohoho betul2
    nak tanamkan hobi suka recycle skang ;D
    kurangkan pngunaan plastic bag etc2 ^^

    ReplyDelete
  17. hidup earth hour!!!*semangat lebih pulak*

    ReplyDelete
  18. 1.Bawak bekas makann sendri bile tapau.
    2.Bwk plastik beg masa shopping.
    tutup air semasa mengosok gg or mandi, bile bilas baru bukak.
    3.Berbelanje mengikut keperluan, it also helps to reduce waste generation.
    4.Makan, biar smpai habes. Jgn membazir. Reason same as no.3

    Hey, islam sendiri dah ajar utk kite bersederhana n x mbazir. Lihat kembali asal usul kite :)

    Bagos entri2 kau pasal bumi. like 1000x

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License