Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 3, 2011

Baru Berlari 100 Langkah, Sudah Pancit Mengalahkan Peserta Merentas Desa Kebangsaan



Masa sekolah rendah, aku adalah atlit balapan termuda mewakili sekolah aku.
Di kala wakil lain sudah darjah 5 dan 6, aku hanya darjah 4.
Hanya dua orang sahaja pelajar darjah 4 ketika itu.
Aku bangga dengan stamina aku.

Masa sekolah menengah, aku merasakan acara larian sudah bosan
hanya kerana aku sudah aktif dalamnya di sekolah rendah.
Aku rasa tiada seorang pun kawan sekolah menengah aku tahu aku berbakat dalam acara larian.
And maybe due to cronyism, or just i was a plain loser,
aku tak terpilih untuk mewakil apa-apa dalam acara sukan tahunan
kecuali kawad kaki...pfftt!!
But I still proud of my stamina.


Semalam,
ketika sudah dua kali aku keliling The Mines membuang masa,
aku dapati poket aku kiri aku kosong.
Poket seluar kiri sepatutnya berisi sesuatu, at least keys.
Dan aku sedar, aku tertinggal kunci motosikal aku.
Mungkin kunci itu masih tergantung di motosikal di tempat parking.

Aku ambil 15 saat untuk analisa keadaan.
"Parking moto di aras 2A,
aku sedang di aras 2..
Shortest distance dalam 250-300 meter.
ETA, 35 saat ikut tangga.
Aku sudah terlalai selama hampir 40 minit,
kalau ada yang mahu curi moto aku,
dia mungkin sudah keluar dari Kuala Lumpur sekarang."

Dari McD, aku pecut ke parkir motosikal aras 2A.
Tapi pecut hanyalah perkataan,
baru 100 langkah aku berlari, aku pancit!
Aku mengeluh seperti sudah berlari 4 pusingan stadium bola.



Aku sangat TAK bangga dengan stamina aku!


Setelah 100 saat, aku sampai ke parkir motosikal,
Alhamdulillah,
my dear Elisa still in her place.
Kunci pun cantik tergantung di slot kuncinya.
Dalam kepenatan yang teramat, aku terduduk bersyukur.


Something flew through my mind,
it's a secured parking where all in and out must be through gates with either bar-coded ticket or Touch n' Go card. The ticket is in my pocket, therefore it's nearly impossible to steal and take my bike away without a proper plan. Lagipun, motosikal biasa macam motosikal aku tu siapa yang nak curi, di mana ia dikelilingi motosikal yang jauh lebih hebat dan berharga.



Ada dua perkara yang mengecewakan aku;

Pertama,
kemahiran aku menilai keadaan cemas.
Aku patut lebih tenang dalam menilai situasi cemas sebegini.
Walaupun kepala aku sibuk memikirkan jika bagaimana motosikal aku dibawa lari, aku patut lebih tenang.
Semuanya tentu kerana emosi aku kurang stabil,
akibat dari peristiwa semalam.

Kedua,
stamina aku amat mengecewakan.
Aku pancit hanya selepas beberapa tapak pecutan.
Nasib ini hanya satu kecemasan kecil,
tapi apa akan jadi jika ianya satu kecemasan yang melibatkan nyawa
seperti ancaman haiwan liar
mahupun alien luar bumi ataupun wabak zombi?
Aku mungkin akan mangsa pertama,
seperti watak sampingan dalam mana-mana cerita zombi di luar sana.

Hasil dari peristiwa itu,
aku beli kasut jogging jenama Power di kedai Bata dengan harga RM21.00 selepas diskaun 70%.
Mulai esok, aku akan kerap berjogging, menjaga stamina,
agar aku takkan jadi mangsa awal serangan zombi.

Sekian.

(Ini adalah entri merapu aku yang kalian boleh renyukkan dan buang ke dalam tong sampah berdekatan. Maaf tiada isi - jika anda fikirkan ianya tiada isi - )


23 comments:

  1. serangan zombie tu yg xleh tahan hahahaha

    ah tp motor ttp bahaya sbb senang nak cilok sana cilok sini

    ReplyDelete
  2. pi le jogging..slain tambah stamina ley jugak ko manfaatkn masa ko dr merayap kat shopping complex..

    ReplyDelete
  3. owh, BATA ade sale lg ek? harus pergi. kasut beraktiviti aku pn da hampir lebur, sbb nek bukit last wik.

    ReplyDelete
  4. wakaka. lawak lah entri ni keh3.
    aku baru habis PERSAK last week.
    seminggu aku berlariiiii jee..
    first day training, satu round padang kawad aku dah pancit. 2nd day training.. 4 round takdehal. motif disini. kene rajin jogging. and have proper shoes hehehe :p

    ReplyDelete
  5. Wow! ko semakin mengamalkan cara hidup yang sihat! Tahniah. LOL. Zombie tu klu ak berlatih guna pistol mcm resident evil sbgai persiapan.. muahaha..

    ReplyDelete
  6. kau memang gempal.

    -kudozu

    ReplyDelete
  7. sejak mggu lpas nesa bertekad nk jogging.mak blikan ksut sport bru.tp smpai ari ni msih blom mula....gud luck 2 u @_@

    ReplyDelete
  8. aku masa sekola kurus - sbb jln kaki ulang alik balik sek






    sekarang gemuk.- sbb tak pernah jalan kaki. asik berkereta

    dem

    ReplyDelete
  9. x ambil minuman 3 in 1 + jogging = menuju ke arah kehidupan yg lebih baik...go go cero..=)

    ReplyDelete
  10. @.::WaNiE::.
    hahaha, walaupun berfikiran mcam tak logik, tp siapa tahu, kan??

    @pu3aan
    mmg nk jogging pon...
    baru badan sihat n taf macam fahrin ahmad..

    @~* chirpy_chummy *~
    ade!! paling rendah 30% diskaun..
    untung beb, untung!!!

    @m i r a f i q a
    persak tak best, aku pernah nk join dulu, tp ade sbb peribadi aku tak join...
    deng! i hate it!!

    @WZulhilmi
    common, skang aku mampu lawan zombi dgn tangan kosong dgn syarat one-on-one..hahahah

    @Anonymous
    alamak! thanks sbb terus terang walaupun aku rasa nak nangis!!

    @Nesa Wazir
    kalo nesa dkat sini, bley ajak jogging same2..hahahah

    @Al
    heheh

    @kata kila
    hahaha, baik ko jogging gak..
    ilangkan yg mane tak perlu tu..hahaha

    @tulip
    saya mahu kelihatan lebih hensem...
    which is, never...hahaha

    ReplyDelete
  11. murah atau mahal, harta sendiri tetap berharga.. member aku hilang motor kapcai C100 yg lebih 10 tahun umurnya.. pencuri kdg x memilih

    aku jugak penah pancit walaupun pernah mewakili daerah dlm acara larian di sekolah. sebab apa? sebab lama x jogging..haha

    ReplyDelete
  12. cero..sudah makin kembang pancet ka?ni kes senam atas katil jela kan.hehehe..

    ReplyDelete
  13. @Dark Half
    kan?? stamina tu penting kena jaga...
    mane tau ade emergency camni...

    @farahmoque
    uih, atas katil tu dgr mcam sedikit kuning...
    hahahaha

    ReplyDelete
  14. aku pun dah lama bertekad nak bersenam.

    Tapi nait sekadar niat je.

    Aargh!!

    ReplyDelete
  15. kaLau dah ada kunci tak sampai 10 saat motor kau dah kena curi

    Lari Laju nak mampus pun tak guna..haha

    nasib kau baik

    ReplyDelete
  16. @Akulah Aqilah Itu
    hahaha, niat ade pon dah kira baik hape...

    @DuniakuAbstrak
    kan?? syukur sangat2...
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  17. perghhh! siap kira2 dlu...
    klu aku sah x kire dh....trus lari cek tgk...tp stakat ni klu g mn2...kdi skjp je skali pon mesti knci tgkuk n u-lock skali....bmbg tkot hlg...ko slambe je leh lpe tggal knci...haha3

    ReplyDelete
  18. @Miss Comot
    hahaha, tak sedar beb...
    kepala aku terfikir benda lain...
    hehehehe

    ReplyDelete
  19. hahaha..aduhai cEro, kesian kau ni.
    Aku pun sekarang berjinak2 dgn joging sbb swimming hanya akan membidangkan badan aku yg dah bidang ni jd aku tak suka. Mula2 penat sgt jogging. Lepas hampir seminggu baru terasa ringan sikit jogging. =)

    ReplyDelete
  20. @Sophie Al-yahya
    haha, aku tau, swimming akan buatkan upper body jadi berotot, so mmg patut arr ko jogging, kan??
    hehehe

    ReplyDelete
  21. @iemaZAIMAH
    bukan gemuk laa, cuma kurang kurus..hahah

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License