Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 9, 2011

#2 Dunia Hebat Tanpa Beg Plastik

#2 Dunia Hebat Tanpa Beg Plastik
Siri cErolian Go Green: Make the world a better place.

Duduk semeja dengan seorang pelajar jurusan sains persekitaran memberi aku ilham untuk menulis artikel ini.

Ikuti perbualan antara aku dan kawan aku.



Aku:
Setiap sabtu adalah hari tanpa beg plastik, apa pendapat kau?

Kawan:
Total BS! Cara baru orang bisnes nak kaut untung dengan menggunakan alam sekitar sebagai 'marketing strategy'.

Kata-kata yang kasar untuk seorang pelajar sains persekitaran.
Aku tergamam.

Aku:
Kenapa kau kata macam tu?

Kawan:
Ambil contoh satu pasaraya besar bernama Nobita.
Seorang surirumah ni, ambil barang keperluan rumah dengan banyak, hampir RM300-RM400. Semasa bayar, katanya si cashier bahawa hari sabtu hari tanpa plastik beg, tapi setiap plastik beg yang diperlukan akan dicaj 20sen. Dengan barang yang banyak, agaknya apa tindakkan surirumah tu?

Aku:
Ntah! Barang banyak, tiada pilihan selain bayar 20sen setiap satu beg plastik.



Kawan:
Itu kebanyakkan orang akan buat. Tapi, apa jadi jika si cashier beritahu mereka ada jual beg guna semula dengan harga RM3.50 satu. Di mana, beg itu boleh digunakan semula berkali-kali. Dengan membayar RM3.50, kita boleh elak beg plastik, dan selamatkan dunia. Apa tindakan kau sebagai surirumah?

Aku:
Of cos aku beli beg tu.

Kawan:
Dan sudah tentu satu beg tidak cukup mengisi barangan kan? Jadi, paling kurang beli 2, 3 atau mungkin sampai 5. Jumlahnya dah bertambah berlipat kali ganda.

Aku:
Aku nampak point kau tu. Tapi, itu sekali guna, kan beg tu boleh diguna berkali-kali?

Kawan:
Baiklah. Rasa-rasa, dalam 10 orang surirumah yang beli beg guna semua tu,berapa banyak yang bawa beg itu semula di kemudian waktu membeli belah?

Aku:
Hmm, mungkin ada yang bawa.

Kawan:
Memang ada, tapi berapa yang dia bawa? Lima? Aku rasa hanya satu, kan? Dan satu takkan cukup untuk mengisi barangan. Jadi, dia kena beli lagi, atau beli beg plastik, kan? Beg guna semula sekarang memang didesign untuk mudah dilipat dan disimpan, tapi kebanyakkannya mempunyai tapak yang sempit, dan kurang sesuai untuk diisi barang yang besar seperti bungkusan gula yang dibeli sekali 5 paket, kan?

Aku:
Oh! Jadi, setiap kali membeli barang, mereka akan beli beg guna semula yang baru. Untung supermarket tu kan?

Kawan:
Bagi yang sedar hal ni, mereka akan terus gunakan beg plastik, kerana beg plastik hanya 20sen satu, dan mampu mngisi pelbagai barang dan mudah dibawa.
Tapi mereka sudah tidak mesra alam, kan?

Aku:
Yup. Bukan sahaja sudah tak mesra alam.
Mereka juga menguntungkan pihak supermarket dengan membayar 20sen satu plastik, di mana sepatutnya kita boleh dapat dengan percuma sebelumnya, kan?



Kawan:
Pandai. Kalau di luar negara, mereka guna beg kertas. Selalunya, boleh dilipat dan disimpan, tapi jika basah dan koyak, masih boleh dikitar semula menjadi beg kertas semula. Tapi kenapa hal ini tidak diamalkan di Malaysia?

Aku:
Ntah. Kita kedekut kertas kot?

Kawan:
Bukan laa. Sebab Malaysia negara yang beriklim panas dan lembab sepanjang tahun. Hujan turun sepanjang musim. Kertas tak sesuai digunakan. Lagipun, dengan tabiat membeli sekali banyak yang diamalkan masyarakat kita, beg kertas adalah mustahil kerana siapa mampu bawa beg kertas sekali harung sampai 10 beg. Dah laa tak ada pemegang.

Aku:
Jadi, pada kau, apa jalan terbaik nak kurangkan penggunaan beg plastik ketika membeli barang.

Kawan:
Secara peribadi, ada beberapa jalan yang bagus.
  1. Rancang PEMBELIAN ANDA.
    Walaupun beg guna semula yang berlambak di pasaraya tu kurang praktikal dan mahal, ada pencinta alam sekitar kita sedang sedaya upaya mencipta satu beg yang bersifat eco-friendly, murah, praktikal dan mudah dibawa, ringan, dan tahan lama. Sehingga wujudnya benda itu, apa kata kita guna beg plastik yang kita ada. Bawa dalam 10-15 beg plastik pelbagai saiz yang kita simpan di rumah ketika mahu keluar beli barang keperluan.
    .
    .
  2. Simpan BEG PLASTIK dan poket/beg tangan.
    Kalau kita beli benda sikit dan kecil di kedai runcit, instead of dia bungkuskan guna plastik, bagi dia plastik yang kita bawa sendiri dari rumah. Kalau lelaki, apalah sangat bawa satu plastik dalam poket. Perempuan pula, selit satu plastik dalam beg tangan tak membawa imej yang buruk pun.
    .
    .
  3. Beli BEG GUNA SEMULA kerana praktikaliti, bukan kerana FESYEN.
    Beg guna semula di pasaraya selalunya dibuat dari cotton, atau kanvas dengan alasan boleh lupus. Tapi, bahan ni kurang tahan, kadang-kadang hanya sebuah buku baru yang berbucu tajam sudah mampu membuatkannya koyak. Abaikan corak yang trendy dan menarik, cari beg guna semula yang luas, senang dipegang, dan tahan lama. Simpan satu atau dua di dalam kenderaan.
    .
    .
  4. Elak langsung BEG PLASTIK.
    Beli barang sekadar sebungkus keropok Twisties dan satu tin Air Nescafe Mocha, tak payah laa nak berbungkus plastik. Ada sebab tangan ada dua, dan setiap tangan ada 5 jari.
    .
    .
  5. Amalkan BUKAN HANYA HARI SABTU.
    Amalan kurangkan penggunaan beg plastik ini perlu dilakukan bukan hanya hari sabtu, tapi sedaya upaya setiap hari di mana-mana, bila-bila masa. Istiqamah yang paling penting, bukan sehari dua je semangat.



Aku:
Banyak kau bercakap hari ni. Selalu kau diam dan hanya cakap bila ditanya.

Kawan:
Aku hanya sampaikan apa yang perlu disampaikan. Lagipun kau yang tanya, kan?

Aku:
Hehe, THANKS A LOT. Banyak aku belajar.

Kawan:
You are welcome.

Ada pandangan?
JOM KONGSI di ruangan komen.

Siri cErolian Go Green adalah terbitan setiap sabtu.
Ikuti bacaan lain untuk menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik.
Lagipun, Kita Hanya Ada SATU BUMI
#1 Save Water, Save The World

You read this because YOU CARE.

*UPDATED:

Tips dari kawan-kawan:

~* chirpy_chummy *~ :
Be creative, guna kertas surat khabar lama untuk dibuat sebgai 'paper bag'.

jaaFahiza :
Tips dr Martha Stewart; guna baju terpakai jadikan beg mengisi barangan.

kudozu :
Rancang pembelian, jangan beli belah semasa lapar, bawa duit hanya cukup untuk barangan yang sudah dilistkan.




21 comments:

  1. saya kalau pergi shopping memang bawa beg guna semula tu..paling kurang 5 beg..sebab memang dah ade list nak beli barang ape kan? pastu kalau yg besar2 punye barang just letak dalam troli..sampai kereta pindahkan masuk dalam bonet..just simple as that..takde alasan..^_^

    ReplyDelete
  2. mak aku slalu selitkn beg plastik dlm kete..so kalo kua shopping ari sbtu dh ade plastik dh..aku lak jenis xbeli brg byk..kalo nk beli brg byk aku xbeli ari sbtu..ehehhe..

    ReplyDelete
  3. wah!! pelajar yang cemerlang.. bijak menilai. thanks cero for the brilliant info.

    ReplyDelete
  4. Amboi2 kemain budak nerd cermin mata berputar2 tu ceramah. LOL!.

    Tapi entry ni best!

    ReplyDelete
  5. aku selalu kumpul plastik :P

    ReplyDelete
  6. setuju sgt ttg idea pkai beg kertas. dl masa blaja kt india, kdai kt sana guna sokabar lama bt beg kertas. sgt menarik dan kreatif. even kecik, tp bley je nk tarok brg. in fact, kita sbg pengguna ni plak yg simpan leklok beg kertas tu byk2, syg nk buang. pastu kasi smula kt kdai tu utk d recycle.


    *penah gak utarakan isu ni dlm n3 lelama dulu. :)

    ReplyDelete
  7. nesa jarang bli barang byk2..lgpun depan asrama ade koperasi..mmg kat koperasi pun kne bayar klu nk beg..jadi rela pegang je sume brg2 2..dekat je pun..hehe

    ReplyDelete
  8. now i know why malaysia didnt use paper bag!!! (muke teruje)
    except at mdc. hmm~

    ReplyDelete
  9. dalam martha stewart pernah bagi tips elak pakai plastik beg.dia tunjuk macam mana nak buat beg guna tshirt lama yang buruk dan tak boleh pakai.potong lengan tshirt dan jahit bahagian bawah tshirt tu and jadi la beg. try la.

    ReplyDelete
  10. brilliant entry!

    yela, negara Barat dapat gaji ikut minggu. negara kita dpt gaji ikut bulan.tu yang sekali dapat gaji terus borong sampai penuh troley.huhu.

    ReplyDelete
  11. Aku cadangkan tiap kali nak bershopping, kita bawak guni beras sebagai pengganti beg plastik huhu..

    ReplyDelete
  12. family kitorang memang aware of this kind of things so selalu jugak rancang nak beli apa dan apa, then bawak jugak beg tu.

    satu tips dapat dari radio kot, jangan beli belah semasa lapar. ini memang betul sebab kalau tak semua benda rasa nak capai je.

    paling penting, list dan bawak duit cukup-cukup je. kan dan selalu beli belah,surely boleh agak berapa nak spend.

    goodluck untuk semua!

    -kudozu

    ReplyDelete
  13. thanks 4 info..bru tau knp malaysia x guna paper bag..huhu

    ReplyDelete
  14. baru aku tahu sebab apa tak guna paper bag kt malaysia. lolz. sebab org malaysia mmg suka beli sekali harung banyak rupanya haha

    ReplyDelete
  15. kalau beli barang, angkut sekali ngn troli2 atau bakul smpai umah..
    takdelah bazir paper beg atau plastik beg..
    hahahhaha

    ReplyDelete
  16. wow...nice info...aku klu g 7e k...bli air kotak 1 n cekedis..sumbat dlm beg je...sbb nnt buang semua jgk...lgpon beg plastik yg sng dilupuskan(yg trbaru ni) cpt sgt koyak...sbb tue ske bwk beg bsar2 leh sumbat semua jnis brg...haha3

    ReplyDelete
  17. agak bodoh kawan ko tu.

    tiada untung pasaraya besar, since pendapat kawan ko tu bodoh kate hanya satu dari lima yang guna bag.

    dari pemantauan aku, sume either masuk sume dalam troli bawak ke kete,
    or bawak beg sendiri, takde yang beli. banyak je beg masih terbiar.

    bodoh bodoh dengan ko skali bodoh.

    ReplyDelete
  18. @Anonymous
    haah laa, betol kata ko..
    lupa pulak ko ada mata di mana-mana boleh lihat semua keadaan di seluruh negara..
    aku ngaku aku kurang mahir bab-bab camni, tp dgn katakan org lain bodoh, dan ko tak bagi apa-apa cadangan dan hanya nak dgr lantang, kita boleh assume yg ko pun apa kurang bodohnya, kan??

    thnaks btw sebab komen..

    ReplyDelete
  19. alahai..terserlah kebodohan diri sendiri bila mengatakan orang lain bodoh. xyah layan la die ni cEro. dia fanatik sgt dgn ko ni. haha

    ReplyDelete
  20. sowi mencelah tp x semua org ltk brg dlm troli n bwk troli ke kereta...wlpn diorg guna troli, diorg still perlukan beg @ beg plastik tok asingkn brg2 n mmpermudahkn diorg nk agkut brg dri kereta k dlm rumah sbb kat rumah x de troli...x kan nk agkut skit2 brg2 yg berlmbak msuk rumah?
    lgpon klu brg2 x ltk dlm beg @ beg plastik x ke berterabut dlm bonet kereta?

    BTW...stupid(bodoh) is a harsh word.

    -Comot sokong Cero- hehe3

    ReplyDelete
  21. sangat sangat setuju ngan pendapat kawan ko. guna beg kertas memang boleh, cuma untuk iklim negara kita x beberapa nak sesuai. lagi-lagi ngan cuaca x menentu macam sekarang ni~

    BTW, pe hal si unknown person kat atas tu? Nak berbodoh-bodoh plak... Ooo, aku tau, orang TERLEBIH pandai macam ni la jadinya ek... Lalalalala~ No manners langsung.

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: