Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 25, 2011

Tiga Jejaka, Satu Bunga, Lif dan Kentut.


Mesti kalian pernah berhadapan dengan kawan yang banyak cakap.
Aku ada seorang kawan, yang memang banyak cakap.
Dan lagi teruk, selalunya dia banyak cakap sampai salah cakap.

This is the story of my friends...



Di sebuah pusat membeli-berambus,
ada tiga sekawan,
si rambut cacak (Cacak)
si rambut serabai (Serabai)
si rambut mangkuk (Mangkuk).

Mereka bertiga masuk ke dalam lif untuk ke tingkat atas.
Belum sempat pintu lif tertutup,
ada seorang gadis tahan pintu, lalu memasukinya tergesa.

Gadis itu, memang dalam kelasnya, adalah comel.


Muka si Cacak riang.
Mereka bertiga tahu jenis gadis begitu adalah kegemaran si Cacak.
Masing-masing tersenyum sesama sendiri.

Maka bermulalah perjalanan satu lif berisi 3 jejaka dan seorang bunga.


Tiba-tiba,
Suasana sunyi dalam lif bertukar.

Cacak : Bau apa ni?? Busuk betoi...
Mangkuk : Uih...
Serabai : Kentut...
Si Gadis : ....

Cacak : Ampa kentut ka? Busuk nak mampuih eh!!


Dengan konfiden melambung ke langit, si Cacak tu menuduh salah seorang dari kawannya yang kentut. Al-maklumlah, siapa yang bersuara kuat pasti nampak hebat, terutamanya di hadapan si gadis comel pujaan hati..

Cacak : Kentut busuk habes, bau teloq..Ngaku cepat sapa buang nih..
Serabai : Hush!!! Shhhh!! Diam laaa...

Cacak : Hang ka kentut bai?? Apsal nak hush hush? Buruk perangai eh..
Mangkuk : Hm...
Si Gadis : ....


Dek kerana over-confident yang dah nak sampai planet Jupiter dalam usahanya menuduh Serabai yang kentut, maka mulut pun tak reti nak diam dah..

Cacak : Buat naya anak orang ja..Kentut busuk menyengat sampai ke tulang eh..Nak tengok sikit sapa mak abah dia..Hahaha
Serabai : Adoiyai...Hang tak reti senyap ka?

Cacak : Nak sengap wat apa? Hang tu kentut busuk sangat..
Mangkuk : Haha..
Si Gadis : ....

DINGG!!!
Lif berhenti. Pintu terbuka.
Si Gadis tu cepat meluru keluar.

Cacak : Hang tengok, awek cun dah lari. Sapa suruh kentut..

Si Serabai dan Si Mangkuk berpandangan sesama sendiri.

Serabai : Biar aku habaq mai kat ang.. Jujurnya, bukan aku yang kentut.
Cacak : Memang laa, sapa nak ngaku kentut dalam lif? Kan?

Serabai : Serius laa, bukan aku. In fact, bukan kami pun.
Cacak : Ampa nak kata awek tu laa yang kentut? Camtu?
Mangkuk : Yup. Awek tu laa orangnya.

Cacak : Tak mungkin dia...
Serabai : Sebab apa ang kata tak mungkin dia?

Cacak : Sebab dia perempuan..
Mangkuk : Kenapa pulak sebab dia pompuan, bukan dia yang kentut?

Cacak : Sebab takkan pompuan nak kentut depan orang ramai. Pompuan kan pemalu, lembut.
Mangkuk : Memang dia laa kentut. Kentut tak mengenal erti jantina.

Si Cacak terdiam seketika.

Serabai : Biar aku tanya hang sat..Bagi perempuan, tindakan pertama dia kalau terbau busuk dalam tempat tertutup adalah apa?
Cacak : Err..Hm...Tutup hidung?

Serabai : Correcto mundo! Perempuan akan tutup hidung dan buat muka berkerut jika terbau busuk di tempat tertutup dan tak mampu melarikan diri. Tapi, kalau ang perasan, awek tadi tak tutup hidung pun, kan?
Cacak : Err...

Serabai : Ianya sama ada dia terbiasa dengan bau busuk tu, ataupun rasa bersalah lebih kuat dari rasa mahu tutup hidung. Mana-mana sebab ni pun, dua-dua merujuk kepada dialah dalang di sebalik kentut.

Si Cacak hanya mampu berdiam diri.

Mangkuk : Lagipun, masa dia masuk tadi, dia tekan butang 4 untuk ke tingkat 4. Sedangkan tadi dia turun hanya di tingkat 1A. Dan tingkat 1A adalah level untuk parking sahaja.
Cacak : Mungkin dia nak melarikan diri dari kita?

Mangkuk : Bagi perempuan yang berani masuk ke dalam lif yang hanya ada 3 lelaki separa hensem macam kita ni, melarikan diri bukanlah alasan yang kuat. Jadi, alasan dia keluar di tingkat bukan kehendaknya adalah nak lari dari rasa bersalah kentut dalam lif tertutup bersama 3 lelaki.

Si Cacak mula tergelak.


Mangkuk : Aku tahu tujuan kau bising-bising dalam lif tu adalah untuk menarik perhatian awek tu dek kerana sindrom 'orang-yang-bising-akan-kelihatan-hebat' kau tu..Tapi tanpa kau sedari, kau laa orang yang paling kejam dan mengguris perasaan dia paling teruk sekali.

Serabai : SETUJU. Apa laa salahnya kita diam dan menikmati kentut awek tu seketika. Lagipun, bukan selalu dapat bau kentut busuk dari awek yang lawa, kan?

Si Cacak terdiam. Bersalah.


Maka berakhirlah kisah satu lif berisi 3 jejaka dan seorang bunga.

Jika kalian berada dalam lif dan terbau kentut,
APA TINDAKAN KALIAN?

postquam-scriptum:
Sindrom 'orang-yang-bising-akan-kelihatan-hebat' adalah satu penyakit di mana dalam sekumpulan manusia, pasti ada yang bersuara kuat dan bising, gelak kuat-kuat, dan suka pukul-pukul demi untuk menunjukkan bahawa dia adalah alpha-male/alpha-female dalam kumpulan itu. Sindrom ini juga termasuklah orang yang suka mencarut kuat-kuat dalam sekelompok kumpulan yang konon hebat, selalu berlaku di sekolah-sekolah di kalangan puak pelajar bermasalah.


21 comments:

  1. sah2 tutup hidung dulu. sambil dalam hati,berkata 'mangkuk mana leh kentut dalam lif nih'. teeehehe..

    ReplyDelete
  2. selalu dapat kawan yang mengalami sindrom "orang-yang-bising-akan-kelihatan-hebat" selalu yang mengalami mangsa orang yang mengalami sindrom ini ialah orang yang pendiam sebab malas nak layan. xde guna nak layan orang yang mcm tu kan?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. sumpah segan gile kene drop kaw2 punye.bhahaha,i loikeee this entry :D

    ReplyDelete
  5. hahahaha..kalo aku le..tutup idung..kua je lif cari udara segar..hahahaha...pencemaran betul

    ReplyDelete
  6. seorang gadis terkiut dlm klas d chop sbg 'silent killer' tanpa bukti yg kukuh - dan akibatnya, sehingga skang melekat word 'silent killer' itu d kalangan geng kami.

    oh, sungguh x masok bila kiut = kentut. teehee


    dan gadis kiut itu smp skang x tau kami menggelarnya sedemikian rupa.kikiki


    kesian dia..

    owh, maafkan aku kwn aka gadis kiut. :p

    ReplyDelete
  7. barangsiapa yg kentut dlm tmpat yg tertutup/kedap udara cthnye lif, dan kereta maka beliau tergolong dlm golongan yg keji ataupun mmg da xtahan sgt nk yak2. hahaha

    ReplyDelete
  8. "Apa laa salahnya kita diam dan menikmati kentut awek tu seketika." LOL!

    klu ak diam je klu ada org kentut dlm lif. tapi dlm hati x tau lah apa yg aku duk maki. hahaha

    ReplyDelete
  9. kalau aku terbau kentut aku buat bodoh jela. maybe tangan aku secara automatik akn ttp hidung bagi mengelakkan aku pengsan. lg 1, sindrom orang-yang-bising-akan-kelihatan-hebat tu mmg lumrah. berlambak sgt. bg aku sgt annoying. suka tarik perhatian. nak2 kalau ade aweks cun/balak jambu. mula la gelabah ckp kuat2, control segala. tah pape. huhu

    ReplyDelete
  10. haha. ttup idung duk diam sudeyh..

    ReplyDelete
  11. kentu tak kenal erti jantina. haha.

    ha'ah weh. sindrom ni selalu aku jumpa. macam automatik, nak tarik perhatian. annoying adalah -,-"

    ReplyDelete
  12. ermm..kalau bsuk sgt ttup hidung and just let it be...lumrah alam laa kentut tu...so bukan slh org tu dia telepas kentut..hehe..lgpon kalau bising2 mesti org yg terkentut tu sakit hati..kesian dia..buakn sengaja pon..heheh ;)

    konklusinye..buat x tahu je la..^.^

    ReplyDelete
  13. Haha.Betulla tu.setiap manusia berhak melakukan aktiviti normal manusia.Tapi yang abnormal,bila orang mempertikaikan kenormalan tersebut.uiks

    ReplyDelete
  14. apsal org kentut msti dikecam..aku x leh blah la..tau x seksa nak thn kentut..bg aku, cool gile klu dpt kentut n bg org bau..haha (terok aku nih)

    ReplyDelete
  15. dulu sy ada gak berada dlm situasi nie,tp kat pejabat pos yg sah2 pakai aircond.ye.pejabat pos kat sebuah ipta kat selangor haha ada sorg perempuan masuk,student lah.tetibe bau busuk menusuk kalbu.giler busukkkk..tp budak perempuan tue buat muka x bersalah sambil buat tak tahu yg ada udara busuk kat situ.hampeh.rupanya dialah yg melepas tue.sbb tetibe dia bangun dan rasa gelisah.masa tue lah bau busuk lg semakin kuat.owhhh tidakkk...............

    -Dhia

    ReplyDelete
  16. kalau aku.secara rilek aku berterima kasih dkt awek tu dgn ckp kt dia yg kentut mu itu xkn ku lupa smpai bila2

    ReplyDelete
  17. hahaha3 aku pling x ske org guna sindrom tue...bg aku org gitu suke buat bising...tp kdg2 aku ni jenis bersuara kuat...apakah? oh tidak...=.=" kentut? awat awek tue x cover skit tp myb kentut tue kluar secara x sengaja...klu aku yg kentut aku akn blakon mcm aku yg x kentut...ttup hidung n muke berkerut kecuali didpn family@ kwn baik...ahaha3

    ReplyDelete
  18. @nur.sa
    hahaha, dlm hati dah sumpah seranah abes dah kalo aku..

    @nourelcahaya
    org yg alami sindrom tu slalu nmpak hebat bile ramai2 je, tp kalo bile dia sorg2, diam seribu bahasa..

    @hahau
    sebab segan laa awek tu larik kot..hahaha

    @pu3aan
    kalau naik lif yg 30 tingkat tu, pergh!! hanya ketahanan yg kuat je mampu bertahan...

    @~* chirpy_chummy *~
    alaa, kesian dia samapai kena label pon dia tak tau...
    mesti perasan habis bile dia dipanggil kiut, kan??

    @Lupi
    ahahaha, awek cun kentut terus jatuh saham cun 100%

    @WZulhilmi
    bukan senang nak bau kentut awek cun..
    agak2 kalo dia sorg2, mesti dia kentut bunyik kuat, kan??

    @hanaahmad
    sindrom tu mmg sangat selalu ada dikalangan org yg bajet hebat tapi sebenarnya takde laa hebat sanagt pon...

    @Nesa Wazir
    hahaha, org lain punya kentut, kita yg naik malu..hahaha

    @m i r a f i q a
    pernah terfikir tak macam mana adab kentut yg sebenarnya??

    @Bungakopi
    hahaha, apa salahnya??
    hehehe

    @miera myrofa
    buat tak tau adalah jalan terbaEk rasanya...drpd bising2 dan annoyed org keliling...

    @airaniez wirdani
    itu adalah antara aktiviti normal yg dipandang serong semua org...mungkin sbb busuk kot..hahahah

    @CikGusi BingbOo
    hahaha, aku suka komen ko...
    mmg kool kalo kentut dan ngaku sendiri..yg buat dikecam adalah bau busuk tu..hahaha

    @Anonymous
    adoi...mmg sakit laa kentut dlm pejabat beraircond...lama nak hilang tu..hahahah

    @hentakbelipat
    hahahaah, best gile kalo buat camtu..
    sure awek tu terharu habes...

    @Miss Comot
    kalo depan famili or kawan baik, memang kalo aku mengaku terus...baru nampak lebih kool dan ada unsur humor sket..hehehe
    tp kalo depan awek???

    ReplyDelete
  19. ak tgk wyg cte scream4 aritu.xde la lawak sgt cte tu.cte seram kut.tapi mamat kt dpn row aku ni mngalami syndrome mcm yg ko ckp tu la.gelak over gle.gelak2 pastu tgk org sblh.konon mcm die faham sgt conversation dlm cite tu.org lain xgelak pn.ak rase mcm nk jirus je kpala die ng air sprite yg ak n wife ak minum.annoying gle kut.haha

    ReplyDelete
  20. @mr cekodok
    kalo dlm wayang, aku benci org yg camtu..kdg2 jadi pengulas filem sepenuh masa tayangan..kdg2 jadi spoiler plak sbb konon dia pernah tgk sblom tu..kdg2 just nak tunjuk otai, bising sana sini..klakar plak rasenye...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License