Bila matahari condong ke barat,
aku selalunya buat rutin aku, berjogging..
Tapi hanya dengan syarat ada matahari..
Belakangan ni, matahari selalu dilindung hujan..
Satu petang yang nyaman dek kerana lepas hujan,
aku lakukan rutin aku..
Pada permulaan berjogging,
aku memotong seorang gadis, yang juga berjogging.
Berambut merah gelap, berbaju-t kuning kecil, berseluar ketat perang,
siapa pandang dia pun akan terpandang dua kali.
Dengan muka bangga aku memotong dia,
dan meneruskan rutin aku.
Aku berkeputusan nak mengambil laluan terpendek mengelilingi tasik,
sebab konon nak pusing 2-3 kali..
Jika dilihat dalam peta tasik di awal entri,
aku mula berjogging di titik A.
Non-stop power-jog memang menyemputkan.
Jadi, nak didramatikkan cerita,
bila aku berjogging dari titik A ke titik B,
aku terkejut beruk di tahap beruk pun tak terkejut macam aku.
Jantung aku macam berhenti berdegup 0.5 saat
dan bersambung degup selepas tu dengan kerancakkan
berkali lagi hebat dari lagu Auburn - All About Him.
Apa yang aku nampak?
Aku nampak di depan aku,
gadis berambut merah gelap, berbaju-t kuning kecil, berseluar ketat perang,
yang aku potong setengah tasik tadi.
Dia di depan aku. HADAPAN.
Aku pelik seribu persoalan.
Aku dah laa buat power-jog,
dengan mengambil laluan paling pendek jaraknya,
masakan pula orang yang aku potong setengah tasik tadi
boleh berada di hadapan aku?
Alasan yang masuk akal pada aku ialah:
- Gadis tu ikut jalan jauh tapi berlari dengan super-pantas semata-mata nak mengejut-berukkan aku di pertengahan tasik.
. - Gadis tu berenang merentasi tasik dengan pantas dan tukar baju jadi kering dengan kelajuan cahaya, dan kemudian mengejut-berukkan aku di pertengahan tasik.
. - Gadis itu ada kuasa membengkok kontinuum masa-ruang, ataupun kuasa berlari laju seperti kilat, atau kuasa melompat jauh seberang tasik, atau kuasa teleportasi dan muncul dipertengahan tasik untuk mengejut-berukkan aku. (Terlampau banyak layan siri Heroes ni)
. - Gadis itu ada kembar seiras yang dah berjogging separuh tasik darinya dan dengan hebatnya mereka pun ada tompok peluh di baju dengan corak yang sama dengan kembarnya dan kemudian mengejut-berukkan aku di pertengahan tasik.
. - Gadis itu secara tidak sengaja memasuki pintu dimensi yang tembus di pertengahan laluan tasik dan mengejut-berukkan aku.
..dan misteri itu sampai sekarang,
MASIH TIADA JAWAPAN.
Anda ada teori?
ke kau laju sgt sampai dah jumpe balik awek tu...ke kau nk ckp kau terer lari laju sbenanye oi ni camne ni haa
ReplyDeletehahahaha...cmne ni? aku pun misteri membacanya.
ReplyDeletegadis itu sebenonya tak berlari.. dia cuma berlari setempat jerp.. koh koh koh
ReplyDeleteerrr....kaloi ase an an
ReplyDeletedye ade lorong rahsie laa
ade jalan pintas nie
ade jmbatan kowt kat kolam uwh
tkpe t kaloi hntar spy arr kat kolam uwh
mende yang nak misteri nye.. pompuan memang lagi tere, pantas, cepat, tangkas dalam semua segi berbanding lelaki. tu pun tak tau ke lahai..
ReplyDelete:|
err..agak kompius di situ..ke sebab ko tak sedar ko lari terlalu laju dan smpai di tempat awek tu berdiri td..eh?macam tak logik je..(-_-")
ReplyDeleteHAHAHAHA.. sokong hentakbelipat tu. jangan-jangan kau dah lari dua tiga round, awek tu tak habis-habis lagi seround. itu pasal dia ada kat depan. HAHAHA..
ReplyDeletengeh ngeh ngeh
ReplyDeletemmg misteri
kalau terjumpa lagi sekali tanya dia pls hahaha
akulah gadis tu. cepat tanya aku.
ReplyDeleterasenye sbb cero yg laju..the girl sbnrnye blom pon smpt nak habis pusing cero dh jumpe dia balik.. *boleh terima pakai rasenye teori nih! ;) *
ReplyDeleteawek tu makhluk halus.
ReplyDeleteeh?? mana komen ak yg ak post pagi tadi?? aiyoooo hilang! siyes mana pegi??!!!
ReplyDeleteawek 2 ptah balik kot,then sngaje nk menterkejut beruk kn ko kot cero...hehehe
ReplyDeleteaku pn rasa cam dorg2 kt atas ni.
ReplyDeleteko sj nk kate ko jogging eh, lari laju ek?
konon2 ko lari laju sgt, smp da patah blk ke pompn tu td.
kee...ko terbayangkan pompn tu je?? ayok!!
hah kau jumpa penunggu tasek la tu, hehe. btulke korg lari same arah ni?
ReplyDeletewahaha..hebat owh gadis 2..! btul ke cEro nmpak gadis ni..?..atau...
ReplyDeleteaku cume boleh bg pengajaran kat sini, sila jangan pandang pempuan sebelah mata..haha =P
ReplyDeletehahah!bace entry jogging ni teringat si jambu ML lak.ade twin dtg kot.dorg saje je xnak jog sesame :P
ReplyDeleteitu namanya GIRL POWER! :p
ReplyDeletekonfem pmpuan tu lari ke belakang... kan dah jadi trend skang..
ReplyDeletejawapan aku,gadi tu menumpang mamat motor yang bersiar kat taman tu.pastu sambung jogging balik.
ReplyDelete@hentakbelipat
ReplyDeletekalo aku laju sgt pon, takkan laa baru separuh tasik dah jumpa dia..patut dia yg laju kot..
@hanaahmad
serius bile pikir balik naik seriau badan aku...
@Aujinz
tp dia tak tmpat yg lain dr tmpat aku jumpa..
@nurkaloi
mungkin kot..lorong rahsia yg lagi pendek dr jalan aku..
@Dayana
argghhh!!! aku tidak dapat menerimanya!!! hahahaha
@5261526032676014390.0
cik sha, kalo aku lari cukup satu bulatan, mungkin logik..tp baru separuh bulatan je...
@dylli
hahaha, kalo aku dah tiga round, maknanya aku jumpa dia dalam 3 kali camtu..kan???
@.::WaNiE::.
mmg aku akan cari awek tu sampai dapat...
@cik heroin
aduh! ko ke??
cer citer cer citer..hahaha
@miera myrofa
mmg boleh terima pakai dgn syarat aku habis paling kurang satu pusingan..tp aku baru setengah pusingan je...
@m i r a f i q a
woit!!! nanti blog aku dihantui....
@WZulhilmi
ade ke?? takde pon...
ko lupa tekan publish kot..
@topek
ha'ah..itu mungkin boleh jadi...
@~* chirpy_chummy *~
hahaha, takde niat camtu laa..hahahah
@fISZ
kitorang mmg lari arah yg sama, sbb aku ingat aku skodeng blakang dia..hahaha
@Nesa Wazir
hush!! tak mau takut takut..nanti takleh tidor malam nanti...
@CikGusi BingbOo
hahaha, macam lagu Anita Sarawak..hehehe
@Misal Zarith
itu mungkin gak...kembar kan??
@little cart00n
hahaha, mungkin dia boleh terbang!
@Sellynna
hahaha, tak tau plak aku..mungkin kot...
@storyfromme
hahaha, tp mmg ade org bawak moto kat tasik tu, sbb nak memancing...
dunia ini penuh dengan HEROES!!!!!!!
ReplyDeleteBeruk sial bomoh-bomoh tikar terbang. Punya cero
ReplyDelete