Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 25, 2011

#7 Makhluk Paling Sunyi

Pernah rasa kesunyian?
Sudahlah tiada pasangan, duduk pula di rumah seorang diri.
Makan di kedai pun pakai meja untuk dua, tapi kerusi hanya satu.
Nak ajak kawan-kawan keluar, banyak sahaja alasan.
Kerja laa, keluar dengan awek/pakwe laa..
Maka, bernafaslah kita dalam udara kesunyian,
keseorangan.

Jangan bersedih!
Selalu dengar orang-orang hebat berkata,
"Jika kita bersedih, ada yang lagi sedih dari kita."

Inilah dia,
makhluk paling sunyi dalam dunia.

Memperkenalkan,
GEORGE
(a.k.a Lonesome George, individu terakhir dalam subspesies Kura-kura Pulau Pinta ,Chelonoidis nigra abingdoni, wiki)



Kura-kura gergasi ini berasal dari Kepulauan Galapagos dan salah satu dari 15 cabang subspesies kura-kura di kepulauan itu.

Dipercayai George merupakan satu-satunya individu dari subspesies itu yang tertinggal di muka bumi selepas bermacam-macam usaha mencari mana-mana pasangan betina untuk George.

Pertama kali di lihat di Kepulauan Galapagos pada 1971, George dipercayai berusia lebih 100 tahun.

Pelbagai usaha membiak dijalankan termasuk percubaan mengacuk dengan baka subspesies kura-kura yang lain, tapi (setakat artikel ini ditaip) tak pernah berjaya.






Dipercayai antara sebab subspesies kura-kura ini menuju kepupusan adalah tindakan membawa masuk kambing yang meragut habis makanan utama kura-kura ini iaitu rumput Kepulauan Galapagos.
Kini semua kambing yang menjadi punca ketandusan rumput di kepulauan itu sudah dibawa keluar, dan rumput kembali tumbuh subur di sana.
Namun, agak terlambat, subspesies kura-kura ini kini hanya tinggal SATU.

Juga diberitakan,
kepada sesiapa yang terjumpa subspesies kura-kura ini yang betina di mana-mana pelosok dunia, akan diberi ganjaran $10,000.



Maka,
apabila kita terasa diri ini sunyi dan berasa kesian dengan diri sendiri, sentiasa percaya bahawa ada lagi makhluk yang lagi sunyi dari kita.
Buktinya, Lonesome George.

Nak jadikan motivasi, simpan gambar George dalam henset anda.
Setiap kali berasa sunyi dan kesian dengan diri sendiri, tatap wajah ceria kura-kura tua beusia lebih 100 tahun ini sebagai motivasi.

postquam-scriptum:
Aku pernah maki seorang kawan dengan berkata, "Jika hanya tinggal kau seorang sahaja manusia dalam dunia ini pun, aku takkan pernah mintak tolong kau lagi." Tetiba rasa takut, sebab kalau tinggal seorang dalam dunia ini, nak minta tolong siapa lagi?

-----

Mari sokong cEro menjadikan dunia tempat yang lebih baik:


Lagipun, Kita Hanya Ada SATU BUMI.
#1 Save Water, Save The World
#2 Dunia Hebat Tanpa Beg Plastik
#3 A Billion Acts of Green®
#4 Harimau dan Panda Merintih dalam Facebook
#5 Kita Pelihara Dunia Untuk Pewaris Di Masa Akan Datang
#6 Nasib Si Rusa


14 comments:

  1. pasni nak simpan gambar George dalam henset, buat wallpaper! teehee! :p

    ReplyDelete
  2. gmbr ceria george?? hahaha. mmg besoo kan dia ni.

    ReplyDelete
  3. rupa2nya ada yang lebih sunyi dari aku! pasni kena lebih hargai hidup kan cEro! :)

    ReplyDelete
  4. cEro, aku pon penah cakap lebih krg camtu tp gurau2 la.. ''kalau dah xde laki dlm dunia ni, aku xkan kawen ngan ko..'' hehe ;)

    ReplyDelete
  5. nak cari pasangan pn kne reward beribu..sian george..

    ReplyDelete
  6. Sunyi...tapi masih ada bunyi pengubat sunyi... ^_^

    ReplyDelete
  7. ekceli, hidup kita takkan pernah sunyi pon...

    syaitan sentiasa ada, malaikat sentiasa ada, Allah lagi lah ada di mana-mana, cuma kita tak nampak...

    kalo kita nampak... wallahualam... ramai yang meninggal muda terkejut kot tutup lampu nak tidur malam2

    ReplyDelete
  8. oh.sian George. Nesa jarang sunyi..org sekelilimg nesa sgt riuh rendah ==

    ReplyDelete
  9. owh.. rupenye aku masih lagi sorang insan yang bertuah.. huu

    ReplyDelete
  10. sunyi? meh sy nyanyikan lagu

    ReplyDelete
  11. aku tengah makan aiskrim waktu baca post ni. sekali keluar gambar george. tekak aku loya terus -,-" cane nak simpan dlm hanset ni? HIHI

    ReplyDelete
  12. bulan 9 ni aku alik KL...jom lepak dengan aku....:)



    p/s: aku rindu blog niii beb...tapi..aku xde masa skrg... :(

    ReplyDelete
  13. wala0, sampai takde pasangan langsung utk dia T.T

    p/s: awat leher dia panjang? sebab amik viagra kot hhahahaha :3

    ReplyDelete
  14. dear george,

    saya ade sekor kura2 tp tataw spesis ape. nak berkenalan?

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License