Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 23, 2011

Hari #5 Mai Secawan

Kalau dibandingkan cara aku mencabar diri sendiri, takkan sama dengan cabaran orang lain seperti mahu terjun bungee, mahu berjoging 5 km sehari, mahupun mahu menyelam sedalam 50 meter. Cabaran aku mudah, iaitu tahan diri dari minum minuman pra-campuran 3-in-1 dan minuman bersusu. Namun, bagi seseorang yang sudah biasa dengan minuman jenis itu selama sejak 12 tahun yang lalu, cabaran ini amatlah susah.

Bermula 16 Februari lalu, cabaran ini bermula, dan kini apa kata kita ulangkaji apa yang terjadi sepanjang beberapa hari cabaran ini sudah berlalu:




20 Februari 2011

Maknanya, sudah masuk hari kelima,
merangkap hari terakhir cabaran.
Aku sedikit rasa sudah terbiasa hidup tanpa minuman pra-campuran 3-in-1 dan yang bersusu.
Setelah difikirkan, bukanlah susah mana nak tempoh beberapa hari ni.

Oleh sebab aku melarang diri dari minum air sebegitu,
maka aku perlu ada minuman alternatif, terutamanya di rumah.
Maklumlah, selalunya di rumah jika aku mahu minum, aku akan buat air sendiri.
Bila air pra-campuran 3-in-1 dan bersusu bukan dalam pilihan,
hanya satu sahaja pilihan minuman untuk aku,
iaitu TEH-O.

Aku tak pernah buat teh-o sendiri,
malah, peristiwa berak keras akibat terlampau banyak minum teh-o masa kecil dulu pun masih segar dalam ingatan.
Maka, aku perlu belajar caranya.
Dan tentunya dari mak aku.



Mak aku ajar cara buat teh-o.
Kedua-dua cara, menggunakan uncang dan yang menggunakan serbuk.
Maka, ilmu buat teh-o sudah aku pelajari.
Aku bangga sebab tak ada seorang pun adik-beradik lain yang pandai buat teh-o.

Sedang aku mengacau cawan aku sambil hidu aroma teh strawberi yang aku buat,
Abah aku tegur.

"Wah! Wangi laa teh ni... Mai Abah secewan.."

Maklumlah, anak yang baik (sebenarnya nak berbangga), maka aku pun turuti kehendak Abah aku tu.

Siap.
Aku bawa cawan teh ke kerusi malas dia.
Dia sambut, hidu dan hirup.

"Kenapa tak sedap?"

Mendengar kata-kata Abah, hati aku remuk, hancur luluh!
Airmata hampir menitis, tapi sebab anak jantan, aku tahan.
Sampai hati Abah kata direct macam tu?
Kalau ye pun tak sedap, apalah salahnya berkias sikit!

"Betul, tak sedap!
Tak caya cuba hang rasa..."

Aku capai cawan dari Abah, dan hirup sedikit.
Terbeliak mata, aku diam.










Aku lupa elemen penting dalam pembuatan teh-o,
iaitu GULA.
Tanpa gula, teh-o rasa sangat tak sedap!
Tak caya, cuba buat teh-0 tanpa gula...



postquam-scriptum:
Cikgu Sains tingkatan 3 aku pernah berkata,
"Kawan yang hanya berpura-pura di hadapan kita umpama air teh tanpa gula.
Nampak luaran sama, baunya pun sama, namun rasanya tidak pernah sama."
Pada ketika itu, aku tak faham apa maksudnya,
kini, selepas aku pandai buat teh-0,
baru aku sedar intipati perumpamaan itu.


19 comments:

  1. haha..sengall..buat teh o konon2 da terer laa..alih2 lupa gula..amendeee laa..keh keh.

    xpa, cuba lagi! yosh~

    ReplyDelete
  2. kahkahkahkah..
    kunun nk bangga diri la..?sabo je la..
    tp aku mmg expert wat teh o sbb teh o minuman harian aku..tp kalo teh susu..hampeh..mak aku xpenah bg aku wat teh susu..katanye aku wat nnti xsedap..so smpai skrg xpandai wat..
    tp kene le bljr jugak kn??

    ReplyDelete
  3. hee..sabar tau cero
    tp atty nk bg tips acamane nk bg teh O sedap..
    first, air mesti panas
    2nd, letak teh dulu smpai warna cantek
    3rd, kluarkn teh (uncang atau serbuk)
    lastly, baru gula :)
    hope cero pndai buat teh O n air yg lain juga lpas ni..hee

    ReplyDelete
  4. hahah bro teh o tanpa gula tu ubat untuk cirit birit je.

    aku pun penggemar teh o. tapi kalo buat aku tempting untuk letak gula lebih. manis memang bestla kan cuma tak bestnya gula banyak. tapi sebab teh o aku ni teh o ais, kalo kurang gula bila dah letak ais nanti lagi la kurang manis.

    teh o simple je pada aku nak buat, jangan rendam terlalu lame sebab nanti rase pahit tu terlalu kuat melainkan cirit birit or nak buat teh susu.

    tapi hakikatnya teh ni tidaklah berkhasiat sangat melainkan teh hijau. sebab kalo pergi kedai, teh yang kita kate sedap tu lah yang paling bahaye.

    p.s: pernah try minum teh misai kucing? warna dia tak pekat sangat, dan ada sedikit bau herba tak sewangi teh biasa, tapi bagus untuk turunkan tekanan darah.

    ReplyDelete
  5. gula pun boleh lupa ke bang..ishish=.="

    ReplyDelete
  6. memang takkan sedap :P hakhakhak

    ReplyDelete
  7. teh cina takde gula sedap =)
    ah, aku baru saja berangan semalam mahu jadi penggemar teh


    -kudozu

    ReplyDelete
  8. 3 mende je.. gula teh air panas..cane leh lpe zzz -.-

    ReplyDelete
  9. teh tanpa gula adalah teh cina. weh, teh tanpa gula pastu perah limau nipis..fuh, dapat mengempiskan perut. hihi

    ReplyDelete
  10. cubalah teh cina atau teh hijau tanpa gula. kasi buang itu toksik

    ReplyDelete
  11. kau ni.........ape ke de hal?gule boleh lupe -.-'

    btw,aku sokong statement psl kwn dan gula!

    ReplyDelete
  12. teh strawberry mmg wangi...tp de org x ske...
    pnh try x teh tarik strawberry 3 in 1?

    ReplyDelete
  13. adesss cero...camne ko leh lupe ni...haha..cbe ganti gula ngn garam plak..ape rase die..ha...aku penggemar teh...=)

    ReplyDelete
  14. Nesa slalu gune yg uncang dan teh yg paling best bagi nesa -Lipton.

    Oh! Nesa x bole sgt minum teh nt kembung perut ;D
    Teh yg ade perasa n bau nesa x minum :( x besh~

    ReplyDelete
  15. tu lah riak lagi kan terus dapat instant karma.. kah kah.. btw cantik gmbr teh uncang tuh.. =)

    ReplyDelete
  16. @~* chirpy_chummy *~
    hahaha kegagalan yg mengajar..

    @pu3aan
    wlaupun nmpak senang, tp sbnarnye kena ade skill, baru sdap, kan??

    @atty
    thanks atty, bakal dipraktikkan..hehehe

    @Shukjessa
    misai kucing bukan mahal ke?? patut laa, cegah penyakit rupanye...
    tp teh yg direndam lame mmg buat air jd tak sedap..

    @mr delirium
    hahaha, eksaited sgt kot buat air utk abah...

    @.::WaNiE::.
    sangat tak sedap!

    @Anonymous
    kudozu, mane aku boleh tibai segelas teh cina???

    @Lupi
    sbb dh biasa buat air takyah taruk gula..hahahah

    @hanaahmad
    sedap ke??? cam kelat je nanti..takpe2, aku cuba!

    @Dark Half
    teh hijau ek? tp kena ade skill kan nk buat teh hijau..

    @iemaZAIMAH
    tak sengaja lupe laa..hahahah

    @Miss Comot
    ade ke?? sedap ke??? mcam tak sedap je namanyae..

    @8133488638367527119.0
    kan???

    @tulip
    hahaha, kompem abah aku pengsan lepas minum teh garam..hahahah

    @Nesa Wazir
    lipton laa yg paling byk kuarkan variasi teh...

    @WZulhilmi
    hahahaha, menusuk kalbu kena sound dgn abah sendiri..hahahah

    ReplyDelete
  17. teh oh tanpa gula adelah teh plg sdp didunia....=D

    ReplyDelete
  18. @LMN
    pahit laa..serius...
    tp bergantung kpd teh ape ko try kan, liana?

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License