seorang penyajak warga Amerika menulis sebuah sajak mengenai kesukaran membuat pilihan.
Sajaknya dikatakan memberi inspirasi kepada berjuta orang yang membacanya.
Hingga kini, masih ada yang turut terkesan dengan sajaknya.
Dia adalah lelaki yang mempu menyentuh hati orang lain.
Kini aku mengalami situasi yang, pada aku, agak sama..
Tapi tahap kesukarannya tidak seringkas 4 rangkap sajaknya.
Aku mahu bertanya,
jika kalian diberi dua pilihan;
- Satu
Anda yang merupakan manusia biasa diberi kuasa super luarbiasa. Namun setiap kuasa datangnya tanggungjawab. Maka, anda bertanggungjawab bukan sahaja memelihara keamanan dan harta orang lain, juga bertanggungjawab besar menjaga sesuatu yang bernilai, lebih bernilai dari nyawa sendiri. Tapi harga untuk kuasa itu ialah, anda kena tinggalkan segala impian anda sebagai manusia biasa kerana, sudah tentu, anda sudah bukan manusia biasa.
- Dua
Terus menjadi manusia biasa dan berpeluang mengejar impian dengan hasil titik peluh anda sendiri. Impian yang selama ini anda tulis di atas kertas dan tampal di atas syiling tepat dengan tempat tidur anda sebagai pembakar semangat setiap kali anda bangun dari tidur tanpa dibebani dengan tanggungjawab berat lain. Tapi harga untuk kehidupan ringkas itu ialah anda berkemungkinan besar kehilangan sesuatu yang selama ini anda anggap lebih bernilai dari diri sendiri.
Maka,
mana satu pilihan kalian?
Terlalu rumit untuk difahami?
Bayangkan satu dacing.
Sebelah kiri adalah sesuatu bernilai tinggi yang anda mahukan.
Sebelah kanan adalah impian anda tanam sejak dari kecil.
Untuk teruskan hidup, anda perlu pilih hanya satu bahagian.
Jika anda pilih kiri, anda bakal kehilangan matlamat hidup,
dan sudah tentu, anda ada matlamat baru iaitu tanggungjawab.
Jika anda pilih kanan, anda akan kehilangan peluang pantas meningkatkan taraf hidup,
dan kemungkinan besar, anda bakal kehilangan sekeping bahagian hati.
Mana satu pilihan kalian?
Sajak 'The Road Not Taken' karya Robert Frost sekalipun gagal menggambarkan keadaan sebenar aku.
Aku dan segala dilema.
Walaupun aku berkias di permukaan, tapi harap sangat dapat pendapat dari kalian.
=============================
50) [link] Pitch Black
49) [link] SNAP dan EPIK!
48) [link] Suatu Ketika...
47) [link] 17 Minit Percuma Hidupku
46) [link] Sampai #3 Jika
45) [link] Sampai #2 Kenapa?
...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse
ak xpnh wt kptsn yg btl wlaupn ak da sgt yakin ngn ape yg ak da wt 2 :(
ReplyDeleteak faham maksud entry ko kali ni..penuh tersirat n tersurat..ak bace 2 3 kali baru ak paham meaning entry ni..haha
ReplyDeletetelalu rumit untuk wat satu keputusan tu..satu je penyelesaiannye..wat la solat istikarah..harap ko boleh wat keputusan yg terbaik..all the best and gud luck cero..
sangat complicated cEro. kalau aku jadi kau pun aku akan rungsing n taktau nk wat plhn yang mana satu. pk yang terbaik dan plg utama ko wat solat istikarah moga dapat dipertunjukkan jalan. insyaAllah. gudluck cEro. :)
ReplyDeleteak da lupe sajak the road not taken,so ak xkn komen psl tu
ReplyDeleteklo ak,ak akan menggapai dua2 pilihan
ak akn balancekn dua2 pilihan supaya ak dpt merasai dua2 yg merupakan impian ak
sbb ak percaye blh dpt dua2nya bile keinginan ak adalah utk kedua-duanya
mgkn bg ko lbh sng pilihan kedua sbb ia lbh simple
tp suatu hari nnt jgk mgkn ko akn amat mnyesal akibat pilihan tersebut
so pada ak ko ptut ade kberanian utk ambil pilihan pertama
sbb nnt ak percaya dlm masa yg same ko masih mmpu mgerakkan pilihan kedua
hny mase yg mnentukan
tp jika dr awal2 lg ko plih pilihan 1, maka pilihan 2 akn trus hilang slamenya
apepun yakin pd diri sndiri!
hny pndpt aku..
setiap bnde pown mesty ade hikmah d sebaliknye bukan??xsemestinye ape yg kite nak kite dapat..dah ketentuanNya
ReplyDeletehahau
ni sajak masa high school kan? :)
ReplyDeleteBtw benda2 mcm ni ko kena tanya balik kat diri ko. ko prefer yg mana. Kalau minta ko dh ke arah itu. better ko pilih yg itu sbb percaya lah bila ko dh minat benda yg susah pun ko sanggup buat.
aku prefer kanan@pilihan dua, pape pun kalu kau ssh sgt..smhyangla sunat istikarah.ngee
ReplyDeleteaku tertarik dgn pendapat Al. buangkan fahaman rigid yg selalu berkehendakkan kita memilih salah satu antara 2 pilihan. cuba capai keduanya walaupun bukan dalam masa yg sama
ReplyDeletetiada yg mustahil...
aku plih num 2,,
ReplyDeletetak sronok jd superhero..
ramai org bermati-matian nk tgk ko gagal
aku pilih jalan yang ade highway lah...jad superpower pun orait jgk ape..ade tanggungjawab ea..manusia biase pun ad je tanggungjawab..yang patut kene tanye adalah nk tak nkje jalankan tanggungjawab kan..kalau manusia biase pun slebet xgune jgk
ReplyDeletebuatlah solat sunat istikharah , kerana Dia tahu lebih drp apa yg kita sendiri tahu~
ReplyDeletejap jap, betul lah kan hari ni hari ahad?
ReplyDeletehaha. ingatkan salah set mase post tadi :p
aku tak paham sangat. hoh. bahasa penuh kiasan. tapi, kalau aku, first choice! hohoho. tanggungjawab..
aku ada reason sendiri utk jawapan aku.
btw, gambar 'dacing' kau sangat err.. aku geli doh.
cero...sangat rumit....hmmm....susahnyeee... T-T
ReplyDeletecero..its so hard right..aku tak tahu nak rolong..cuma aku hope kau decide yang terbaik..setiap satu pilihan tu aku yakin Allah akan bagi kemanisan untuk kau.. Atau keduanya berkait rapat tanpa kau sedari..Mungkin kau tak nampak sekarang tapi kelak kita tak tahu.. Mintak petunjuk Dia.. Itu yang terbaik.. Hanya dia yang tahu setiap apa yang direncanakan untuk kita.. Semoga berjaya..
ReplyDeletesumpah pening! wargh! :|
ReplyDeletejalan pantas x pernah kekal lame. i think u should go for the second choice that bring u slow to the destination. =)
ReplyDeleteaku ta pandai nk bg pndapat.sbb bg aku,if ad berjuta pndpapat pun tp hati kau berat utk ikut ap yg orang lain utarakan,tak mmbantu jugak kot.
ReplyDeleteeverything lies inside.u yourself need to find it.
nak buat keputusan memang payah.. apapun.. Mohon pentunjuk dari pada-NYA.. insyaAllah. DIA maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yag terbaik buat hambanya.. ^__^
ReplyDeletesusah ni...
ReplyDeleteIn the spirit of "The Road not Taken", awak sepatutnya pilih yang mana awak rasa susah nak buat. Tapi itu kata Robert Frost la kan.
Kalau dua-dua susah dan benar-benar buntu, buat lah sembahyang istikharah. Allah will show the way.
sajak ni kite blajar mase nak form 4/5 kn?..
ReplyDeleteaku slalu rase sajak ni terlalu ssh nak ditafsirkan..apetah lagi ngn pilihan dalam kehidupan sebenar..
mohon pada Allah..Die Maha Mengetahui..
solat sunat istikharah..mintak petunjuk..sesungguhnya Dia maha mengetahui..(",)
ReplyDeletepilihan .. memang susahkan nak cari mana yang terbaek.. tapi lagi kasihan.. bagi orang yg x de pilihan dalam hidup dier..
ReplyDeletecam tue gak dgn hidup ko skrg.. ko ad pilih.. jdi ko pilih yg mana rasanyer terbaek untuk hidup ko dan masa depan ko.. pandang benda tersebut ke arah masa depan juga.. adakah berbaloi..
kekadang.. benda yang ko fikir.. sangat susah utk ko lalui hari nie.. bila ko laluinya.. mybe..lebih mudah dari ap yg ko pikirkan..
tp ap yg penting.. ko kena berani.. n kena kuat utk pikul tanggungjawab tue.. jgn mudah give up.. n mengaku kalah.. dengan diri sendiri..
p/s:: org yg lemah adlh org yg mengaku kalah pada diri sendiri..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaku prasan entri kali ni x de postquam-scriptum....
ReplyDeletesatu dan dua...mmg ssah nk pilih...
aku pernah lalui perasaan ini...
wlpn tak la sama keadaan tapi perasaan yg dirasa ttp agak sama..
dlu aku pon mempunyai satu dan dua pilihan tapi baru aku sedar kerana aku tidak ikt pilihan2 tersebut...aku tidak mempunyai mn2 pilihan sekarang...haha3 dan rasanya lebih menyakitkn...hurmmm.. :(
moga cero dpt mmbuat pilihan yg lbih baik... :)
The Road Not Taken.
ReplyDelete