Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 3, 2011

Kisah Aku dan Budak Gemuk Busuk!

Oleh kerana aku menulis blog setiap malam sebelum 12,
dan dijadualkan utk terbit selalunya pagi pukul 9,
ini merupakan entri pertama aku tulis dalam tahun 2011.


Duduk atas kusyen, layan Buletin Utama.
Ada satu liputan tentang budak darjah 1 masuk sekolah untuk orientasi.
Wartawan tanya "Besar nak jadi apa?"
Ada kata nak jadi pilot, cikgu dan lebih memeranjatkan,
ada jugak yang nak jadi ustaz.

Alhamdulillah!
Ada jugak generasi muda yang bercita-cita nak jadi ustaz.



Benda alah ni membuatkan aku terimbau kembali memori darjah satu aku.
Otak aku diajar agar tidak terlalu lama menyimpan perkara yang tak memberi manfaat terhadap diri,
ianya umpama survival skill of archiving memories in head something like that crap..
Akibatnya, hanya sedikit memori tentang masa aku darjah satu.
Antaranya, ialah cikgu bertanyakan cita-cita semasa hari pertama persekolahan.

Cikgu kelas aku bernama Salmi.
Dia cantik, dia manis, dia lembut.
Aku memang sangat sukakan dia.
(Nampak tak? Dari kecik aku tak gay, aku okey!)

Cikgu Salmi bertanya satu-satu pelajar tentang cita-cita mereka.
Ada yang kata doktor, pilot, cikgu...
ala, jawapan cliche kanak-kanak yang kudus dan mulus.

Sampai ke giliran aku,
"Sebut nama awak, dan cita-cita awak..."

"Nama saya _______"
Tetiba ada satu budak gemuk busuk dari belakang bersuara.

"Kenapa nama macam perempuan??"
Diikuti dengan gelak tawa yang kuat dari ramai orang!

Aku jeling dia.
Cikgu Salmi kawal keadaan supaya berhenti ketawa.
Uh! Dia betul-betul Wonder Woman aku...

"Awak nak jadi apa??"
"Saya nak jadi pegawai bank!" aku jawab!

"Dia ni gila duit!!"
Juga datang dari budak yang sama, dan diikuti dengan ketawa satu kelas.

Aku jeling dia lagi.

Waktu rehat,
semasa di kantin, aku nampak budak gemuk busuk tu dari jauh sedang makan.
Aku lalu sebelah dia, aku 'sengaja buat tak sengaja' tumpahkan gelas air sirap dia di atas meja dan mengakibatkan air tu tumpah di bahagian cawat seluar dia.

Selepas mintak maaf, aku berambus dalam senyuman.
Kena carut sekali dua tu, alaa, dah immune laa...

Bila waktu masuk kelas semula,
semasa budak gemuk busuk tu masuk kelas,
aku jerit dan berkata,
"Eh?? Asal seluar dia basah??? Kencing dalam seluar ke??"

Ketawa habis satu kelas.
Termalu budak gemuk busuk tu.
Terdiam!

Balas dendam terlaksana!





postquam-scriptum:
Sejak dari tu, budak gemuk tu dah tak mulut bising dah.
In fact, dia berkawan rapat dengan aku selama darjah satu,
sebab darjah dua aku dah berpindah ke Kuala Lumpur.

===================

Aku sisipkan di sini FB Page blog ni..
Saja nak promote..Harap-harap kita boleh lebih berinteraksi dengan kerap di Facebook!
Like laa yek!!!




28 comments:

  1. dari darjah satu dah nampak kau bijak.. kenakan orang! huehue ;)

    ReplyDelete
  2. waaa...aku x tahu nak kata kau ni pandai ke nakal..kedua2nya sekali lah kot..

    ReplyDelete
  3. oi..awal2 masuk sekolah mane boleh buli budak dah..kene la tunggu 2-3 hari dlu

    ReplyDelete
  4. kecik2 dh pandai balas dendam..ish3.
    aku pun tengok jugak berita tu..mula la nk ngimbau2 kenangan masuk darjah satu time tuh..eheheh..

    ReplyDelete
  5. kesianye kat kau..T.T
    aku da byk kali lupe log out fb..tp sume lam bilik..paham2 jela bile dalam bilik..ade je status plik ade nt

    ReplyDelete
  6. eh asal aku komen entry yang atas@@
    aku bile besa aku cakap kt cg aku nak jadi perdana menteri.hoho

    ReplyDelete
  7. dulu banyak cita2 :P satu pn tak tercapai haha

    ReplyDelete
  8. kenapa aku tak nampak like page tu ha?

    ReplyDelete
  9. @m i r a f i q a
    bijak kenakan org?? heheh!! itu yg terbaEk!!

    @Sophie Al-yahya
    aku lg suka ko kata aku nakal/jahat!! pandai tu mcam overrated laa...

    @kata kila
    hahaha..best oo balas dendam..

    @hentakbelipat
    hahaha, sape suro dia kenakan aku dulu...dendam weyh!!

    @pu3aan
    kan? kan?? teraa diri nk jadi kecik balik!!

    @mr delirium
    hahaha, patut aku takleh nk tangkap komen pertama ko td..hahahah
    jadi PM mcam klakar laa pd aku..
    hahaha

    @Fina Fento
    hahaha, cite2 yg biasa2 cam nk jadi doktor, peguam, cikgu, semua satu perkataan je..
    takde ke yang nak jadi pengarah urusan JPJ ke, ketua pegawai eksekutif Medai Prima ke..

    ReplyDelete
  10. @Akulah Aqilah Itu
    hm, ko on9 kat ne nih???
    sbb pihak berkuasa block FB kot..
    try bukak lain kali...

    ReplyDelete
  11. hahaha..kecik2 dah pandai ek..bagus2..hahahha

    ReplyDelete
  12. terus kwan baik? hahaha.. mcm mana pulak tu?

    ReplyDelete
  13. ouh, xbaik tu dendam camtu cero. ahaha

    ReplyDelete
  14. bijak2..kecik2 da kenakan org..=)

    ReplyDelete
  15. pity u..lain kali hati2 tau..log out lu..following...

    ReplyDelete
  16. @sakura lover's
    hahaha, kecik2 dah jahat...

    @WZulhilmi
    nice question...
    soon, bakal diketahui...

    @luvly mya
    hahha, kecik lg laa...tak tau pon dendam tu hape..

    @tulip
    hahaha, jahat laa, bukan bijak!

    @FarhanaFabulous
    hahaha, thanks!!

    ReplyDelete
  17. bapaklah nakal hang ni...kuat berdendam ni. hahaha

    ReplyDelete
  18. haha1 power i idea ko1 suke21 hehehehe.. boleh buat 'teladan' ni! haha..

    aku paling jahat pun siram 1 botol air mineral sampay abes kat kapla sorang budak lelaki yang lagi tinggi dpd aku. sebab dia telah melakukan sexual harassment trhadap aku dgn menepok bon-bon aku. huh! pasrah jer kena siram sampai lencun. terus ponteng sekolah.ngee :P

    ReplyDelete
  19. @hanaahmad
    hahaha, bukan dendam, tp bagi balik ape yg dia bagi sebelumnye..

    @eeqa~
    hahaha, ko lg ganas...
    seb bek laki tu tak buat pape kat ko plak...
    hahah

    @Mi Ss KaLeKaLe
    hahaha, jahat lg dari kerek!!

    @Amir Auxin
    hhaha, thanks!!

    ReplyDelete
  20. masa kecik mak ayah aku soh jd doktor jd jwpn masa kecik dlu nk jdi doktor...hahaa3

    ReplyDelete
  21. @Miss Comot
    hahaha, mak abah aku tak pernah suro aku jadi ape2, jd takde cite2 mcam tu..hahahah

    ReplyDelete
  22. @iemaZAIMAH
    budak kecik! what do you expect??
    hahaha

    ReplyDelete
  23. ko nie sangat2 nakal ek...isyh2..uhuh

    buatkan aku ingat kat kawan2 kelas aku tyme kecik2 dulu..kenangan tyme kecik2 dulu mmg sangat indah..

    ReplyDelete
  24. @sam_sunshine06
    haha, budak kecik, kena arr nakal skit..
    tp kenangan kcik2 sume best2..
    even yg tak best pon bila dikenang jd best!

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License