Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 25, 2011

Kita Nampak Apa Yang Kita Mahu Lihat

We see what we want to see.
We think what we want to think.
We believe what we want to believe.

Lihat gambar di bawah.

Arnab atau Itik?

Aku rasa semua orang pernah lihat gambar ni.
Sama ada yang ini, atau alternatif kepada ini.
Atau gambar orang kepala orang tua yang nampak macam perempuan muda sedang berpaling tu.
Atau gambar lembu yang nampak macam peta kawasan tu.

Apa yang aku nak tekankan,
kita percaya apa yang kita rasa nak percaya.

Masa sekolah menengah dulu,
malam Ahad sepatutnya adalah waktu santai di asrama.
Semua orang melepak kat asrama membuat onar sendiri.

Yang rajin, akan naik ke sekolah untuk studi
padahal prep class adalah wajib tiap-tiap malam selain malam itu.

Suatu hari, aku yang malas,
buat keputusan nak baca komik malam minggu tu.
Tapi malangnya, komik aku berada di kelas,
aku sorok bawah locker buku sebab hari tu ada spotcheck.
Nak tak nak, aku kena naik ke kelas amik komik tu.

Asrama dan sekolah dipisahkan dengan seluas kawasan gelap tanpa lampu.
Yang ada lampu hanyalah laluan gajah menyusur (tempat pejalan kaki).

Bukan sekolah asrama laa kalau tak ada cerita hantu.
Tapi, seeing is believing kononnya...
Aku dengan gagah naik sorang-sorang ke kelas meredah kegelapan.
Deng, jantung aku berdegup sama laju macam selepas larian merentas desa.

Tengah cemas berjalan, pandang kiri kanan,
aku terlupa nak pandang satu kawasan, iaitu BAWAH!

Tiba-tiba,
aku terpijak satu objek lembik.
Orang tengah cuak pastu terpijak pulak mende camtu,
dah tentu aku terkejut dan lari dengan pantas seolah-olah esok kiamat.
Tapi, dalam milisaat aku sempat berpaling dan tengok apa yang aku pijak..



Sampai di kelas,
adalah kawan-kawab aku yang super-rajin tengah studi sejarah yang bosan.
Aku yang termengah-mengah datang bercerita apa yang terjadi.

"Aku terpijak labah-labah besar.
Sebesar tapak tangan, bentuk macam tarantula.
Aku terpijak sampai terkeluar cecair badan hijau dia..."

Demmit aku kena gelak..
Diorang tak percaya, kata aku perbesarkan cerita.

Aku berani sumpah apa yang aku nampak.
Tapi 'sumpah' adalah perkara taboo di sekolah aku,
jadi aku tak ucapkannya..

Nak redakan keadaan,
seorang kawan aku cadangkan kita sama-sama pergi ke tempat kejadian dan lihat apa yang telah aku pijak.
Cadangan diterima.

Pelik!
Sampai di tempat kejadian, tiada apa-apa.
Tak ada kesan langsung.
Dan tentunya, aku kena gelak berdekah-dekah..
and for the next 7 consecutive days, aku kena bahan.

Tapi, aku berani jamin,
aku memang ada pijak sesuatu.
Tapi.....APA??


Mungkin aku terlalu takut
sampai aku percaya apa yang aku nak percaya
sedangkan tak ada apa-apa.



postquam-scriptum:
Di sini aku ada jumpa satu imej hebat untuk dikongsi.
Gambar di bawah adalah satu imej yang memanipulasi pemikiran prasangka. (Preconception)
Bagi kanak-kanak (atau dewasa yang masih kudus), mereka akan melihat sekumpulan dolfin sedang bermain-main di air.
Sedangkan, kebanyakan orang dewasa hanya akan nampak sesuatu yang lucah.
Satu imej untuk difikirkan.



Ingat, 'kita nampak apa yang mahu kita lihat'..


23 comments:

  1. arnab atau itik tu aku pernah nmpak dkt satu ads...pusing2 nampak itik..pusing lg nampak arnab=.="

    aku rase kau pijak anak ayamla..hahaha

    ReplyDelete
  2. aku rase ko berimaginasi lebey kot..heheh..

    p/s: aku memerlukan seminit lebey utk mengenalpasti kedudukan dolfin2 tersebut..erkk..!

    ReplyDelete
  3. aku nampak due2 skali..cmne nih??
    haha

    ReplyDelete
  4. MULE2 NMPK ARNAB PASTU NMPK ITIK PLAK..HEHE..PIC KE2 TU ERRRR..HEHE..AMIK MASE SKET NAK NMPK SEKUMPULAN DOLPHIN..HEHE..KENAPAKAH?

    ReplyDelete
  5. setuju..
    kita hanya nampak apa yang kita mahu nampak, fikir dan percaya. benda ni apply hampir semua aspek dlm kehidupan, sama ada skandal seks ke, ahli politik main kotor atau tak percaya tuhan sebab tak nampak. kan seeing is believing (bagi yg berkenaan)..haha

    dan dari apa yg kau tulis ni, aku dah banyak lalui dan adakalanya aku salah dgn apa yg aku nampak, fikir dan percaya. kata sorang yg menjadi idol aku, ALWAYS VERIFY YOUR ASSUMPTIONS. if not, we end up being an ASS between U and ME

    bak kata saudara lepat, ramai org semakin beriman dgn sokabar dari sumber yang sebenar

    ReplyDelete
  6. pic yg arnak abatu itik tu first time aku nampak.

    tp aku mula2 nampak itik.

    pic yg last tu agak susah nak nampak dolphin (-_-')

    ReplyDelete
  7. tgh mengamati gambar terakhir.. tak nampak bayangan dolphin.. dolphin..dolphin.. @_@"

    ReplyDelete
  8. kau pijak taik lembu kot...tapi apasal aku nmpak orang mmbace buku dengan tekun sambil minum nescafe atas meja dalan balang tuh..wahhh murninya otak aku

    ReplyDelete
  9. cbe kire dolphin tuh..ade 11 tak.??

    ReplyDelete
  10. sgt bersetuju!! ak pun nk cerita lah sikit. dulu aku guna tandas luar. wakaka. so tiap2 subuh sebelum nak pergi sekolah wajiblah untuk u'uk. disebabkan dulu mindset otak sgt sempit, klu dgr bunyi ranting patah je mesti ingat ada org minyak lalu. wakakaka. Padahal kucing aku je dok main kat luar. = ="

    ReplyDelete
  11. aku nampak apa yang cuba kau sampaikan..bukan gambar..tapi benda lain..

    ReplyDelete
  12. aku tak nampak dolphin pun. nmpk sgt aku sgtttttttttt tak kudus. wah. aku dewasa! :D

    ReplyDelete
  13. otak aku still suci murni lagi..haha..ko pijak cicak x malam tu? x pun jeng jeng jeng jeng....

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. aku rasa benda yang kau pijak ituialah katak. dan dia lari bila kau belah, walaupun perut dia dah terburai.

    ReplyDelete
  16. 'kita nampak apa yang mahu kita lihat'

    sbb kdg2 kita byk fikir...
    smpai sume bnda nmpk real...

    ReplyDelete
  17. @mr delirium
    gilo anak ayam berkeliaran tgh malam??hahaha

    @Lizzie Yasmin
    er, tp kenapa bile dtg balik dh takde???

    @pu3aan
    seminit ok lg, aku kena amik masa hampir sejam hanya nk nmpak satu dolfin je...hahaha

    @hahau
    ko lucah yang kudus..hahaha

    @d_LA
    sebab ko dah dewasa! tahniah!!!

    @Dark Half
    ya betul..
    smpai satu tahap, ada kelompok manusia yang percaya dan yakin dgn apa yg mereka fikiran itu adalah kebenaran mutlak..
    TIADA KEBENARAN MUTLAK DALAM ANDAIAN.

    @Sophie Al-yahya
    hehehe, susah kan??
    ko tunjuk kat budak kecil yg konfem suci, dia akan nmpak dolfin dulu sebelum mende lain...

    @linda
    tak nampak smpai sudah ke???

    @hentakbelipat
    kalau sekolah aku ade lembu, sure bising satu daerah..hahahaha
    dan nescafe ko tu, mmg nmpak camtu laa...

    @AmriGloomySunday
    er, tak kira laa pulak..hehehe

    @WZulhilmi
    grr, kdg2 sekadar embun menitis kat ranting pon dh dengar macam orang datang nak terkam..hahaha

    @sakura lover's
    bagus!! ada 3 lapis mesej dlm entri aku kali ni...

    @m i r a f i q a
    Kau dewasa!!
    kau patut jadi mak orang!!!
    Tahniah!!!

    @tulip
    cicak pon takkan terkeluar bendalir hijau??eeeeyeekk!!

    @Akulah Aqilah Itu
    katak terburai perut boleh bergerak lg ke???

    @raja dinie
    sbb kdg2 kita terlalu kuat berimaginasi, tu yg salah anggap tu...

    ReplyDelete
  18. sgt susah nak nampak dolphin! aku hrp ianya normal sbb kat atas2 ni semua komen pon xnmpk dolphin! hahah

    ReplyDelete
  19. @hanaahmad
    jangan risau..mmg normal bg org dewasa sbb pikiran dh luas..heheheh

    ReplyDelete
  20. aku dlu pnh msuk rumah hantu msa lwtn skolah....de pelampung kat laluan yg kite kn pijak...disbbkn konon2 rasa nk takot aku imagine aku pjak myat...so aku menjerit la igt btol tp klua je mmber aku kate pelampung...ceit! ddeeeeemmm! hahaha3

    ReplyDelete
  21. @Miss Comot
    hehehe, klakar...
    yg bestnya, tak ada satu pon rumah hantu pernah aku masuk mampu menakutkan aku..hahahaha

    ReplyDelete
  22. hahahahahahahahaha

    aku tgk pic plg bawah and aku gelak sorg2.malu ok.i couldnt find the dolphin.my God.otak aku kotor.ahhaa

    -.-'

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License