Jika anda tidak suka cEro yang negatif, sila tinggalkan blog ini dengan segera.
Apabila manusia kerdil menentang organisasi yang besar dan berpengaruh,
kita sudah tahu siapa menang siapa kalah tanpa mengira kebenaran dan keadilan.
Masalah dalam perasaan bukan satu-satunya masalah aku awal tahun ini,
aku juga bermasalah dalam akademik dan masa depan.
Birokrasi dan proses berprosedur adalah masalah besar dalam organisasi.
Sangat besar sampaikan ianya memberi kesan kepada golongan sasaran.
Bayangkan, sebagai contoh,
apabila organisasi seperti sebuah universiti berbangga dengan sistem mereka,
sehinggakan kononnya mereka diiktiraf dengan ISO bla bla bla yang mengesahkan kecekapan dan ketelusan sistem mereka,
dan tiba-tiba ada kes terpencil pelajar yang jarang,
mungkin hanya satu setiap 5 tahun,
mereka akan menutup kes itu umpama menutup bangkai kucing yang dilanggar di tepi jalan dengan surat khabar yang dikutip berterbangan di tepian longkang.
Dan bagi organisasi begini,
cara mereka adalah dengan menggunakan kaedah BIROKRASI dan PROSEDURAL.
Mereka akan kata "awak harus berurusan dengan pihak ini bla bla bla.."
seterusnya di pihak berikut, "..ini urusan pihak itu bla bla bla..."
dan akhirnya di pihak satu lagi, "..ini bukan urusan kami, kenapa awak ke sini??"
Umpama bola, perkara di atas mampu membunuh masa depan seseorang.
Oleh kerana sesebuah organisasi semakin lama semakin mengejar nama dan pangkat,
pengiktirafan dan kenamaan,
mereka kadang-kadang lupa bahawa tujuan asal mereka ditubuh pada satu ketika dahulu
adalah untuk MENOLONG!
Dengan menutup kes terpencil dari pandangan umum dan mengatakan itu adalah akibat dari kesalahan diri yang perlu ditanggung,
sebuah bintang masa depan di langit telah dinafikan kewujudannya.
Aku manusia.
Kuat bagaimana sekalipun, aku tetap manusia.
Hati aku bukan dibuat dengan galian mampat bawah tanah.
Sampai tahapnya, berjuang bagaimana hebat sekalipun, kalau tiada yang angkat kepala,
aku tetap akan terduduk kecewa.
postquam-scriptum:
Giving up is not an option.
Sokong, manusia berpangkat sekarang lupa tatkala berada di atas. Mereka lupa tentang tanggungjawab sebenar mereka, dan menuding jari ke arah orang lain itu disangka penyelesaian terbaik.
ReplyDelete...dan kita harus ambil ikhtibar dari itu supaya kita tidak menjadi seperti itu :)
ni apa masalah kamu ni cEro?
ReplyDeletekau study mane? ayah aku lecturer. mane lah tawu kot2 die leh tolong kau. Sbb dia mmg slalu tolong orang.
kau ada masalah kat tempat belajar eh?
aku keje kat universiti..so aku paham ape yg ko cube smpaikan..
ReplyDeletebg aku kat mane2 pun kerenah birokrasi xkn penah abis..bile berdepan mslh yg pd mereka xdpt diselesaikan atau malas nk selesaikan..sumenye ditaruk tepi..
ntah la..kdg2 manusia cepat lupa diri bile dh berjaya..
p/s: hmmm..(apsal aku ngeluh pepagi nih..?)
same dgn pu3aan, kami ni same2 keje bdn berkanun. Kat mana2 pun sama dgn karenah birokrasi, jgn kata student, staf pun gitu gak. Dats y aku slalu ingatkan diri aku utk 'be nice n helpful' sbb keje aku pun entertain student. Almaklumlah, separa kerani separa pegawai. Meh sini study kt tmpt aku, aku pampered baik punya hahaha
ReplyDeletehahaha aku dah pernah kena dulu. masalah berkaitan dengan elaun time aku praktikal diploma dulu.
ReplyDeletealkisahnya diberitakan bahawa elaun sehari seorang student boleh dapat sekitar rm10. so dengan gumbiranya member2 aku berangan2 la nak pergi praktikal jauh-jauh, alerh dapat elaun kan best.
sekali, bila hantar borang claim, ada probs dekat pejabat (alah ko tau la pejabat mane). So leader kelas aku gi la tanye pej. bendahari. mengejutkan diorang kate diorang takde masalah pun nak bagi elaun tu cume masalah dengan pejabat. WTF kan????
last2 kitorg dpt half je dari total value sumer tu. pelik bila satu jabatan dengan jabatan yang lain tak synchronize. persoalannya mane pergi duit2 tu sume????
aku pun pernah rase..
ReplyDeletedorang sebenarnye malas..malas nak lyan ape sume..dah dtg bhgian ni..die suh pg bhgian tu..aleh2..die suh g bhgian yang 1st aku pegi..tension!!
lbih2 dalam sektor perkhidmatan awam.
setuju. politik dan birokrasi sebenarnya menyusahkan. masing-masing suka menendang sana sini tanpa fikir kita bersusah payah dengan penuh lelah. oh, aku benci semua ini.
ReplyDeletebe strong cero! and yes giving up it's not an option!
ReplyDeletei've been thre..ditolak ke sana sini.
ReplyDeletebe strong cEro...
ReplyDeletekuat...kuat...kuat...(:
aku ingat aku je selalu tertindas..rupanya ramai lagi student kene tindas macam ni..mungkin nasib pelajar kita memang macam ni kot
ReplyDeleteapa dekan tu dah buat kt kau cer..
ReplyDeletebiasa lah..dorang tu malas..aku pun pernah kene..dorang tu aku rase patut bertanggungjawab..kene lah jalankan tugas..
ReplyDeletetak baca pun.sbb ianya drpd cero yg negatif.tp terbasa sesuatu.
ReplyDeletebiarpun dtgnye negatif,ia ttp terkandung sedikit positif.kekadang kite perlukan sesuatu yg buruk untuk mendapat yg cantik :)