Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 13, 2011

Metafora Kegagalan



Sedang tengah makan di medan selera Tesco,
oleh sebab tak lalu makan akibat banyak masalah nak fikir,
aku tengok keliling..

Nampak ada budak kecil baru pandai berjalan.
Ibubapanya hanya tengok dari jauh.
Jalan dua-tiga tapak, jatuh ke lantai.
Bangun semula.
Jalan dua-tiga tapak lagi, jatuh ke lantai.
Bangun semula.

Situasi itu berlanjutan beberapa kali.
Dan sangat membanggakan, budak itu tidak menangis.
Malah, setiap kali jatuh, wajahnya nampak lebih ceria.

Melihat situasi begitu,
aku tersentuh.
Adakah aku begitu masa kecil dahulu?
Kenapa aku tidak begitu sekarang?


postquam-scriptum:
Hidup banyak dugaan.
Tapi, tanpa dugaan, hidup kosong.
Aku patut bersyukur.


15 comments:

  1. bayi mana ada masalah macam orang dewasa macam kau. isk. wake up, wake up! jangan smpai masalah kau tu, menggangu ekosistem kau. be as normal as possible. hehe

    ReplyDelete
  2. rilek..chill! banyakkan mengadu kepadaNya. ingat kt Dia. InsyaAllah, masalah bley d setelkan dgn tenang.

    ReplyDelete
  3. jatuh bangun dalam hidup tu mmg dh lumrah..
    dari kecik mcm tu la kite belajar jatuh dan bangun semula..cume itu yg perlu kite adaptasikan dalam kehidupan sebenar..
    jgn mcm ni la cero..sgt bukan kau..

    p/s: ayt "sedang tengah makan" tu sedang dan tengah bukan same ke..?

    ReplyDelete
  4. sebelum kau sempat berlari...
    kau akan jatuh berkali2...

    cero,
    refer to your previous entry..
    ok cpt cerita nape sedeh!!!

    janji x citer kat mane2..hee

    ReplyDelete
  5. ape ni cEro????!!! tak macho ah camnieee...camnie aku lg macho lah dr kau.

    Bangun cEro! hidup ni satu realiti. kau kena jd survivor dlm hidup. !!

    ReplyDelete
  6. ingat, ada org ada mslh lg besar drp ko.

    ReplyDelete
  7. aku rasa cEro steady jer tu
    hidup tanpa masalah dan dugaan hanyalah hidup seorang gila

    ReplyDelete
  8. sampai besar pun hidup akan senantiasa ada jatuh dan bangunnya. walau sebesar mana pun kau, PUTUS ASA itu tidak perlu wujud dalam kamus hidup. Bangun cEro! aku tahu kau mampu bangun.

    ReplyDelete
  9. itu beza antara budak kecik dengan orang dewasa. Budak kecik melihat kegagalan dia jatuh untuk berjalan satu cabaran yang menyeronokan. tapi orang dewasa melihat kegagalan 'jatuh' adalah satu dugaan yang buat kita putus asa.

    Aku pun bukan hebat sangat nak atasi 'kejatuhan' orang dewasa. cuma bila aku tension serabut dengan masalah aku just follow gerak hati. aku percaya gerak hati dalam hidup aku.

    ReplyDelete
  10. aku suka pe yg sakura lover tu ckap..dalam hidup kite mesti berjalan dulu..bru boleh berlari..dlm mase ko berjalan tu mesti ade terjatuh..waktu tu lah ko kene bangun walaupun sakit..x de sape yg mampu tolong kite melainkan diri sendiri..wake up cero!!

    ReplyDelete
  11. hi cero.. ape yg budak kecik tu buat sbenarnye ilham utk ko..

    so that ko bleh bgun dgn senyuman jugak mcm dia.. u can do it.. =)

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License