We see what we want to see.
We think what we want to think.
We believe what we want to believe.
Lihat gambar di bawah.
Arnab atau Itik?
Aku rasa semua orang pernah lihat gambar ni.
Sama ada yang ini, atau alternatif kepada ini.
Atau gambar orang kepala orang tua yang nampak macam perempuan muda sedang berpaling tu.
Atau gambar lembu yang nampak macam peta kawasan tu.
Apa yang aku nak tekankan,
kita percaya apa yang kita rasa nak percaya.
Masa sekolah menengah dulu,
malam Ahad sepatutnya adalah waktu santai di asrama.
Semua orang melepak kat asrama membuat onar sendiri.
Yang rajin, akan naik ke sekolah untuk studi
padahal
prep class adalah wajib tiap-tiap malam selain malam itu.
Suatu hari, aku yang malas,
buat keputusan nak baca komik malam minggu tu.
Tapi malangnya, komik aku berada di kelas,
aku sorok bawah
locker buku sebab hari tu ada
spotcheck.
Nak tak nak, aku kena naik ke kelas amik komik tu.
Asrama dan sekolah dipisahkan dengan seluas kawasan gelap tanpa lampu.
Yang ada lampu hanyalah laluan gajah menyusur (tempat pejalan kaki).
Bukan sekolah asrama laa kalau tak ada cerita hantu.
Tapi,
seeing is believing kononnya...
Aku dengan gagah naik sorang-sorang ke kelas meredah kegelapan.
Deng, jantung aku berdegup sama laju macam selepas larian merentas desa.
Tengah cemas berjalan, pandang kiri kanan,
aku terlupa nak pandang satu kawasan, iaitu
BAWAH!
Tiba-tiba,
aku terpijak satu objek lembik.
Orang tengah cuak pastu terpijak pulak mende camtu,
dah tentu aku terkejut dan lari dengan pantas seolah-olah esok kiamat.
Tapi, dalam milisaat aku sempat berpaling dan tengok apa yang aku pijak..
Sampai di kelas,
adalah kawan-kawab aku yang super-rajin tengah studi sejarah yang bosan.
Aku yang termengah-mengah datang bercerita apa yang terjadi.
"Aku terpijak labah-labah besar.
Sebesar tapak tangan, bentuk macam tarantula.
Aku terpijak sampai terkeluar cecair badan hijau dia..."
Demmit aku kena gelak..
Diorang tak percaya, kata aku perbesarkan cerita.
Aku berani sumpah apa yang aku nampak.
Tapi 'sumpah' adalah perkara taboo di sekolah aku,
jadi aku tak ucapkannya..
Nak redakan keadaan,
seorang kawan aku cadangkan kita sama-sama pergi ke tempat kejadian dan lihat apa yang telah aku pijak.
Cadangan diterima.
Pelik!
Sampai di tempat kejadian, tiada apa-apa.
Tak ada kesan langsung.
Dan tentunya, aku kena gelak berdekah-dekah..
and for the next 7 consecutive days, aku kena bahan.
Tapi, aku berani jamin,
aku memang ada pijak sesuatu.
Tapi.....
APA??
Mungkin aku terlalu takut
sampai aku percaya apa yang aku nak percaya
sedangkan tak ada apa-apa.
postquam-scriptum:
Di sini aku ada jumpa satu imej hebat untuk dikongsi.
Gambar di bawah adalah satu imej yang memanipulasi pemikiran prasangka. (Preconception)
Bagi kanak-kanak (atau dewasa yang masih kudus), mereka akan melihat sekumpulan dolfin sedang bermain-main di air.
Sedangkan, kebanyakan orang dewasa hanya akan nampak sesuatu yang lucah.
Satu imej untuk difikirkan.
Ingat, 'kita nampak apa yang mahu kita lihat'..