Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 24, 2011

Hari Penentuan: Selepas 5 Hari

5 hari sudah berlalu. Cabaran tidak minum minuman pra-campuran 3-in-1 dan minuman bersusu sudah sampai ke garisan penghujung.


Seperti yang dijanjikan (kepada semua dan diri sendiri),
selepas 5 hari aku bertahan dari anasir itu (air 3-in-1 dan air bersusu)
aku akan minum segelas dan perhatikan apa yang berlaku kepada diri aku.

Ke dapur, ambil gelas.
Ambil pek 3-in-1 Milk Tea, bancuh.
Kacau, hidu, hirup.

Dunia aku terhenti seketika.





Segalanya bermula (seperti yang disebut dalam Hari #0 Control your Drink) apabila selepas aku habiskan secawan air Teh dari pek 3-in-1, aku sudah tidak merasa kesedapan yang sama seperti saat aku pertama kali meminumnya. Dek hampa dengan kemampuan lidah yang mengecewakan, aku berkeputusan mahu berhenti minum air pra-campuran 3-in-1 dan bersusu selama 5 hari.

Hari pertama, dek kerana bersarapan tanpa segelas air manis bersusu, aku jadi cepat penat. Tak sampai tengahari, badan aku macam sudah diperah tenaganya sama seperti lepas merentas desa. Dari situ aku belajar, walaupun tidak mengambil susu di pagi hari, aku perlu gantikan sumber gula dengan yang lain, seperti contoh, air teh-o (walaupun pada masa itu aku decide untuk ambil 2 bungkusan gula-gula)

Hari kedua mencabar aku untuk lebih berdisiplin. Oleh kerana sudah biasa beli air tin nescafe ais di kedai serbaguna, aku hampir meminumnya. Nasib aku sedar tentang cabaran aku, lalu tukarkannya kepada air alternatif lain (air soya). Aku boleh je minum air nescafe ais tu dan kata kepada semua yang aku tidak meminumnya, namun kalau aku menipu, itu termasuk juga aku menipu diri sendiri. Di akhir hari, aku rasa lebih puas dan kuat hanya kerana aku berjaya disiplinkan diri.

Namun, kadang-kadang nasib bukan di tangan kita. Hari ketiga menunjukkan aku perlu membuat keputusan genting. Tuan rumah kepada sebuah keluarga yang aku ziarah menghidangkan secawan kopi, dan aku dalam dilema sama ada mahu minum sebagai tanda hormat, atau tetap pendirian untuk bertahan. Hasilnya, aku teruskan cabaran dan dengan kesopanan, menolak minuman yang dihidangkan. Aku bersyukur, dapat mempelajari adab menolak dari guru terbaik dunia, iaitu PENGALAMAN.

Hari seterusnya, aku lebih santai dengan membincangkan perihal perlakuan manusia duduk di warung-warung untuk santapan teh. Siapa tahu perkara yang selalu diambil mudah semua orang seperti perlakuan 'ngeteh' terkandung isi yang sangat bermakna. Aku dapat belajar 'ngeteh' adalah bahasa Jawa dari selatan Tanah Air dan maksudnya tiada kena mengena dengan teh. Maka, perkataan 'ngemilo', 'ngopi', atau 'ngeteh-o' TAK PERNAH WUJUD!

Hari terakhir, pada aku paling berharga. Aku belajar ilmu yang aku tak pernah fikir mahu belajar; ilmu membancuh teh-o..Sebab waktu tu rumah aku hanya ada uncang teh strawberry, maka percubaan pertama aku adalah teh-o strawberi yang wangi! Namun, buat teh-o YANG SEDAP buakn semudah koyak pek 3-in-1 dan bancuh dengan air panas. Jumlah dan suhu air panas yang tepat, waktu rendaman uncang yang sesuai, bilangan sudu gula dan penyediaan adalah amat penting. Percaya tak, semalam aku berangan nak bancuh teh-o kepada bakal isteri aku. Bunyi macam sangat cool.


********


Tak sangka saat ini sudah sampai.
Air bancuhan teh 3-in-1 yang aku minum itu adalah TERBAIK yang pernah aku minum.
Bukan kerana rasanya, bukan kerana aromanya,
tapi kerana usaha aku untuk sampai ke hari itu.
Aku sungguh tak sangka aku mampu bertahan (walaupun selama hanya 5 hari)
Sangat terharu.


Namun,
selepas beberapa ketika, perut aku memulas.
Perasaan yang sama seperti bila aku minum kopi.
Nampak gaya, badan aku sudah menolak sebarang air pra-campuran 3-in-1.
Aku cirit selama 5 minit.



postquam-scriptum:
Maka, aku berkeputusan untuk mengurangkan jumlah pengambilan minuman 3-in-1 dan bersusu. Mungkin seminggu dua gelas, dan jika di kedai mamak atau warung minuman, aku akan berusaha memesan air buah (bukan kordial). Menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat.


postquam-subscriptum:
Seorang kawan pernah beritahu,
"Kalau kita pulang dari Raub ke KL, apa yang penting adalah sama ada kita sampai ke destinasi atau tidak. Namun, yang lebih berharga adalah apa yang kita dapat sepanjang menempuh perjalanan 1 jam setengah itu."

"It’s about the journey, not the destination"




15 comments:

  1. tahniah~ (:
    lepas ni dah boleh minum abc.

    ReplyDelete
  2. bagus2.. elok la tu. org kate, x elok mnum 3-in-1. nnt buah pinggang cpt rosak. kalo minum air bancuhan snirik xpe..

    ReplyDelete
  3. cero..atty suggest je tau
    better minum air suam mineral beroksigen..
    pelawas yg baik plus sunnah Baginda SAW juga..
    pape pn, atty doakan yg terbaik jep utk dear cero :)
    insyaAllah~~

    ReplyDelete
  4. tahniah cero..wuhuuu..!! *sambil tabur kertas2 gliter kat cero*

    ReplyDelete
  5. Bagus lah klu dh kurangkan minum air 3-1 tuh.. Byk kn minum jus senang nk u'u'.. LOL.. Cero guna tandas luar ke? Hahahah

    ReplyDelete
  6. jd ape kesimpulan kau cero, tentang air pra-campuran, kopi susu dan impaknya terhadap anatomi manusia?

    sebab aku tak boleh minum teh campur susu. nanti aku pening-pening lepas tu jantung laju macam baru lepas tengok hantu pastu badan lemah sebab otak pening.

    -kudozu

    ReplyDelete
  7. dh menolak lah tu.tak pasal pasal cirit.hahaha

    order jus lg sedap lorh.hehehe

    ReplyDelete
  8. tahniah! aku sendiri sangat alergik dengan kafien. boleh sebabkan migrain. pasni ko kena banyakkan minum air kosong je cEro. lebih elok. :)

    ReplyDelete
  9. berangan nak bancuhkan utk isteri tak leh blah tu. haha.. tapi cool la. susah zaman sekarang nak dapat suami yg sanggup buatkan air utk bini.

    aku dah tak minum kopi 3 in 1 lepas habis belajar. aku akan mengalami perut memulas kalau minum nescafe 3 in 1. tapi coffee tersedap yg aku minum ialah Ali Cafe 3 in 1 tongkat ali.

    ReplyDelete
  10. kurangkan 3 in 1.ramai yg kata minuman macam tu tk elok.i dunno.sbb selalu minum milo dan penagih kopi.heeeeeeeee

    ReplyDelete
  11. @m i r a f i q a
    hahaha, ko nk blanje?? terima kasih..

    @~* chirpy_chummy *~
    betul2, sbb masih muda, jadi nk jaga kesihatan..nanti tua takde laa susah sgt idup...

    @atty
    thanks atty...
    air suam yek...

    @pu3aan
    yeah!! seronok!!!

    @WZulhilmi
    hahaha, itu gambar semata2..hahahaha
    u'uk tandas luar menakutkan...

    @Anonymous
    aku tak boleh cakap secara general utk anatomi badan manusia, kalao nk ckap kena ada fakta..
    tp utk diri aku, once badan aku dah menolak, maksudnya ade laa bawak kesan buruk kat diri...
    kopi, 3-in-1, kordial..semua aku tolak...

    @iemaZAIMAH
    jus pon kena pilih zaim, sbb ade jus kordial tu sekadar badan pewarna dgn gula je...

    @hanaahmad
    uih, smpai tahap tu...
    mmg ko jgn minum kopi lgsg, nanti teruk diri...

    @Sophie Al-yahya
    aku nk kawal je, bukan taknak minum lgsg...tp kalo berenti terus pon, ape salahnye kan???

    @PenuliS
    milo ok kot...milo bancuh arr, milo 3-in-1 ttp same gak..hahahaha

    ReplyDelete
  12. aku try nk kurangkan minum air b'karbonat tp x blh..aku cume leh krg kan mnum coke..sbb aku hantu coke..bg tips sket..aku tau bkn sng kan..hahaha..

    ReplyDelete
  13. @CikGusi BingbOo
    em, kalo ko btol2 serius nk tinggal coke, aku ada satu cara...
    pastikan ko ada mentos sentiasa sama ada dlm poket atau dlm beg...
    sebelum minum coke, telan sebijik mentos dulu...selepas pun ok gak...
    perut ko akan rasa muak dan mual, mungkin ke tahap muntah...
    try laa..if only ko serius nk tinggal coke..

    ReplyDelete
  14. jus asli lah maksud aq.jus kedai,jus btul selalunye.jus yg kt psr mlm tu yg tipu2.

    ReplyDelete
  15. aku x leh minum coke...coke leh wat aku ketagih nak minum air tu selalu..*sigh*
    menuju ke arah kehidupan yg lebih sihat cero..=)

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: